Langkau ke kandungan utama

Demo anti IFC & Isu Ummah serantau di UIA

Nazree Yunos Presiden PMI Universiti Malaya
Syeikh Ibrahim dari Afrika Selatan
Kain rentang dari Universiti Malaya
Wanita-wanita Arab bersama-sama berdemonstrasi
Para pelajar UIAM memegang kertas sepanduk masing-masing




UIAM, 18 Ogos - Kira-kira 500 mahasiswa dan mahasiswi Islam hari ini berhimpun secara aman di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak sebagai melahirkan bantahan terhadap serangan Israel ke atas Lubnan dan kes murtad Lina Joy di Malaysia.

Perhimpunan yang dimulakan dengan laungan takbir sejurus selepas solat Jumaat tersebut turut diselang seli dengan laungan "Khaibar khaibar ya Yahud, jaisyu Muhammad saufa ya'uud" dan pelbagai lagi laungan mendapat sambutan jemaah solat Jumaat di masjid berkenaan.

Selain itu, 4 orang wakil mahasiswa yang berucap termasuk saudara Nazree Yunos (Presiden PMI Universiti Malaya) turut menyatakan rasa marah dengan nasib umat Islam kini yang ditindas dan diserang daripada segenap penjuru luar dan dalam. Kesemua mereka menyeru supaya warga UIAM bersatu demi mempertahankan kedaulatan Islam dan menyebarkan kesedaran Islam ini kepada masyarakat lain.

Dalam masa yang sama, wakil dari Afrika Selatan, Syeikh Ibrahim turut berucap menyedarkan peranan yang perlu dimainkan oleh setiap individu Muslim dalam membantu umat Islam Lubnan yang diserang tentera Zionis laknatullah.

Perhimpunan aman tersebut berakhir pada jam 3 petang setelah diselangi dengan deklamasi sajak oleh wakil mahasiswa dan bacaan doa oleh saudara Termizi M. Deen dari Kulliyyah Ilmu Wahyu. Perhimpunan berakhir dengan aman tanpa sebarang halangan dan sekatan dari pihak keselamatan UIAM.

Diolah semula dari http://www.e-harapan.blogspot.com

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Bagus laporan ini. Bagus benar student UIA masih kuat berjuang!
Zamri Mohamad berkata…
Semangat dan rasional masih selari. Gerak kerja tersusun mereka semua yang berjuang di sini. Kebelakangan ini sejak awal tahun 2006, para pelajar UIA sudah makin 'berani' semula

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...