Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Cerita Nuffnang dari e-mel peribadi saya

Cerita Nuffnang dari e-mel peribadi saya: Dear Nuffnanger, On this very date two years ago, Ming and I were awake at 2.30AM preparing to launch the beta version of Nuffnang. It was an odd time to launch it but Ming had insisted on the timing because a fortune teller had told him it was the most prosperous time to launch Nuffnang. Two years later Nuffnang has outstripped our wildest imaginations, growing from an office in Penang to having regional offices in Kuala Lumpur, Singapore, Manila and Melbourne. The number of Nuffnangers in the region had also grown from 75 on the first day of launch to over 85,000 as of February 2009. On top of that, the amount of ad money that Nuffnang pumps into the blogosphere can no longer be described in the thousands or hundreds of thousands but instead has shot far into the millions. The phenomenal growth story of Nuffnang is the result of lots of luck and good people. From the amazing capable people we have in the constantly growing Nuffnang Team (The

Perpustakaan Negara Malaysia & MPH | Jualan Buku Murah

Datanglah beramai-ramai ke Program Jualan Buku Murah anjuran PNM dan MPH Bookstores pada : Tarikh : 27 Februari 2009 sehingga 1 Mac 2009 (Jumaat - Ahad) Masa : 9.30pagi sehingga 6.00 petang Tempat : Perkarangan PNM Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Lagi komen pembaca Memahami Bahasa Cinta Lelaki

Info sisipan Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010 Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publicatio n and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 ( KLIBF 2010 ) Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia , PTS Professional , PTS One . Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika , PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH , MPH Online , Popular Bookstores , Bookcafe dan E-kedai.net Teruskan membaca entri di bawah ---------- Dipetik, diolah dan disusun semula dari blog pembaca Inside My Head | Kopie Sebahagian petikan entri 14 Januari 2009 "....Tapi, keseluruhannya, aku puas hati, sebab buku ini, ada gambar, ada madah-madah dan idea-idea cinta, ada footnote dan ada jugak mini kuiz di penghujung bab. Pada aku tidak ada yang rugi apabila membel

Geng Genius di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Ya, selama ini saya menumpukan kepada penghasilan karya-karya non fiksyen. Semalam satu pertemuan ringkas dengan PTS Millenia juga berkaitan dengan dua buah buku yang perlu diserahkan pada Oktober 2009. Ya, Oktober! Menulis buku memerlukan satu jangka masa. Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 , buku fiksyen pertama hasil gabungan tiga penulis akan diperkenalkan buat pertama kalinya pada 17 April ini. Geng Genius adalah novel berkaitan kegilaan dunia sains dalam kehidupan kanak-kanak sekolah rendah. Idea ini timbul pada peringkat awal apabila kami berbincang mengenai menterjemah kekaguman kami kepada Discovery Channel yang memaparkan pelbagai rancangan sains 'gila' seperti Myth Buster dan Mad Lab ke dalam sebuah buku. Itu cerita awal tahun 2008. Berkali-kali perkara ini melalui proses brainstorming , bermula dengan pemilihan tim, kemudian konsep dan seterusnya. Ya, ia mengambil masa setahun bagi mencari formulanya. Akhirnya Geng Genius yang awalnya angan-ang

Kini semua orang boleh menulis buku best-seller!

Akan berada di gerai buku PTS Publication di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2009) pada 17 April 2009. Buku Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah susulan kepada buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas yang diterbitkan pada tahun 2006 dan masih diulang cetak sehingga hari ini. Buku terdahulu mendedahkan tip menulis di majalah manakala buku Tip Menjadi Penulis Bestseller memfokuskan tip menulis buku bukan fiksyen (nonfiction). Tip Menjadi Penulis Bestseller mempercepat cita-cita Tip Menjadi Penulis Bestseller menjawab soalan dalam fikiran saudara Tip Menjadi Penulis Bestseller untuk penulis sepenuh masa dan sambilan Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah buku panduan asas penulis baru Tip Menjadi Penulis Bestseller mendedahkan teknik menulis terkini Kebebasan kewangan sebagai penulis buku bermula di sini Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah pencetus ilham Terima kasih kepada semua pembaca yang menjadikan buku ini sahabat akrab dan teman di mana sahaja berada. Segala m

Kursusperniagaan.com, Majalah IM dalam Utusan Malaysia

Kursus perniagaan di Utusan Malaysia 25 Febuari 2009 Baca di sini Dengan kerjasama Kursusperniagaan.com, majalah siber Majalah IM dan Alumni Mahallah Ali Abi Talib, satu seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil diadakan di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor, baru-baru ini. Seminar sehari itu pertama kali diadakan di UIAM dan melibatkan pelajar dan peniaga kecil. Ia bagi mengetengahkan potensi perniagaan melalui Internet dalam keadaan kegawatan ekonomi ketika ini yang boleh diceburi oleh bakal graduan dan ahli perniagaan lain. Lima panel mengetengahkan pelbagai topik yang menyentuh isu perniagaan internet, perlindungan bisnes kecil, penjenamaan dan pembinaan web mini serta skrip jualan berpengaruh. Seorang usahawan, Adly Mukhtar telah berkongsi pengalaman menariknya menjana pendapatan RM10,000 pada usia 17 tahun, "Amat penting mendapatkan RM1 pertama dalam perniagaan Internet sebelum menjana pendapatan lebih tinggi," jela

Blog penulis bakal mencecah kunjungan unik 100,000 pembaca

Saya mempunyai tiga buah blog yang bercerita mengenai perkara yang sama pada susunan yang berbeza. Bukan kerana saya ingin menghasilkan blog spam, tetapi setiap satunya mempunyai ceritanya tersendiri. Saya bemula menulis blog menggunakan Blogspot pada Julai 2005 secara konsisten. Selepas beberapa lama saya tidak berpuas hati kerana ia tidak mempunyai bahagian kategori untuk saya asingkan entri yang mempunyai pelbagai cerita. Saya mula kenal dengan Wordpress. Adanya bahagian kategori pada blog menjadikan saya memilih untuk menulis pada Wordpress. Tetapi saya tidak meninggalkan Blogspot. Sayang sekali mahu ditinggalkan begitu sahaja. Maka saya kekalkan kedua-duanya. Selepas itu, saya bersahabat dengan saudara Sabri penulis buku Rahsia Buat Duit dengan Internet terbitan PTS Profesional. Pada awalnya saya bercadang menghasilkan laman web sahaja. Saudara Sabri mencadangkan saya mempunyai blog pada hosting sendiri. "Bagaimana jika blog di hosting percuma hilang tiba-tiba?" soal bel

GENG : Pengembaraan Bermula dengan baik dan bergaya

Oh, saya stress. Dalam beberapa hari lalu saya mesti menyerahkan sebuah manuskrip baru kepada PTS untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 ( tonton video PBAKL di sini) . Dalam keadaan seperti ini, saya rehat sebentar dan mendengar beberapa orang rakan bercerita mengenai filem animasi tempatan GENG : Pengembaraan Bermula terbitan Les'Copaque Production , tim anak-anak muda yang penuh tenaga, hiperaktif dan berfikir di luar kotak pemikiran normal. Semuanya bertujuan bagi menarik orang ramai menonton filem ini. Dari zaman mustahil kepada dunia animasi tempatan, apabila Ujang bercita-cita besar menghasilkan Usop Sontorian disambut dengan keraguan. Kemudian ia bertukar kepada sambutan yang luar biasa penonton tempatan. Animasi yang masih kurang kemas dan kelihatan jelas frame demi frame pergerakan dirakam, ia tidak mencacatkan tumpuan penonton. Usop Sontorian berjaya kerana kekuatan ceritanya. Kemudian percubaan menghasilkan Silat Lagenda. Percubaan menggabungkan animasi 2D dan

Imaginasi, Hollywood dan angan-angan benar

Lintas langsung dari studio (?) "Bila mereka temuramah saudara?" Saya diam "Bila masa pula masuk akhbar" Saya diam juga. "Cis..." Saya senyum. Hakikatnya, saya merealitikan angan-angan Hollywood kepada diri saya sendiri melalui video di atas. Klik video di atas untuk menonton. Jika dahulu kita berkata wah kepada angan-angan Hollywood yang ditonton, tidak lama lagi lebih ramai pengguna internet dapat mencipta wah pada diri mereka sendiri. Inilah imaginasi yang kita bawa dahulu dari zaman kecil sehingga dewasa dengan angan-angan yang berubah mengikut berubahnya usia. Dahulu ketika sekolah rendah, kita teruja mahu menjadi juruterbang jet yang macho dan bergaya seperti Tom Cruise (1986) dalam Top Gun. Atau sekurang-kurangnya membawa kereta yang bercakap seperti Knight Rider yang dipandu oleh Micheal Knight lakonan David Hasselhoff. Semakin berumur kita menyesuaikan angan-angan agar lebih logik dan boleh dicapai kerana berpijak pada bumi yang nyata? Video di at

Praktikal Penulis Bestseller di JTC Training Centre anjuran Akademi Penulis

Assalam alaikum wbt Alhamdulillah, Bengkel Praktikal Penulis Bestseller di JTC Training di bawah kelolaan Akademi Penulis selama dua hari berjaya disempurnakan. Sedikit maklumat Bengkel Praktikal Penulis Bestseller daripada sumber Bengkel Intensif Teknik Menulis adalah program penulisan fasa kedua di Akademi Penulis. Bengkel berkomputer ini diadakan selama 2 hari. Pihak Akademi Penulis menyarankan agar para peserta berminat menyertai Seminar Jana Wang Dengan Menulis terlebih dahulu. Belajar Dari Pakar Akademi Penulis menyediakan tenaga pakar dalam industri penerbitan dan penulisan buku Malaysia bagi memberikan input terbaik untuk bengkel ini. Mereka mencurahkan kesemua pengalaman bertahun-tahun khusus kepada sesiapa yang berani bertindak merealisasikan impian hidup. Fauzul Na’im Ishak-seorang penulis, perunding latihan dan motivasi dan berpengalaman sebagai penerbit buku. Antara tenaga penggerak penting dalam Kumpulan PTS yang membawa kepada kejayaan penting syarikat itu. Berjaya melah

Tiada jodoh | Kami berdua kini telah berpisah

"Tidak!" "Banyak bawa bersabar" "Yang sudah itu sudahlah." "Jangan dikenang orang jauh." "Yang patah pasti akan berganti." Dari Melaka ke Kuala Lumpur, dalam perjalanan dua jam menggunakan khidmat Delima Ekspress, sempat saya menghantar pesanan melalui telefon bimbit. "Saya dari Melaka, dalam jam empat saya tiba di Kuala Lumpur," Rupa-rupanya itulah pesanan yang menjadi tanda perpisahan kami. Dia hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Selalunya ada sahaja celotehnya selang beberapa minit. Sehingga saya terpaksa mendiamkan dirinya tetapi bicaranya masih rancak. Hari ini hari yang sangat berbeza. Dia berkata sekali sahaja dan terus mendiamkan diri sehinggalah saya meminta pemandu bas menurunkan saya di Monorail Jalan Pudu. Di situlah saya sedar, kami tiada jodoh lagi. Hubungan kami yang bertahun akhirnya disambut dengan perpisahan. Di kaki tangga eskalator kami berpisah. Dia terus berada di dalam bas ekspress menuju ke Pudu

Badruzamani, cerita inspirasi seorang pembaca buku PTS

"Idea yang hebat ibarat biji benih yang lemah yang perlu di semai, di tanam, dibaja, disirami, dicahayakan dan sebagainya untuk menjadi pohon yang gagah, akar yang kuat, pohon yang rimbun (dapat meneduhkan orang lain) dan memberi buah yang manis tatkala dilontar dengan batu / kayu" petikan kata saudara Badruzamani ( sumber ) Pertama kali saya mengenalinya ialah ketika beliau memberi komen mengenai buku saya Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas dua tahun lalu di forum Wang Cyber. Dari situ saya mendapat tahu beliau memiliki buku saya melalui pembelian secara online. Melalui laman blog kendalian beliau, Badruzamani.org , kami mula berinteraksi dan beliau adalah pembaca yang memberi kekuatan kepada saya menulis kerana perspektif baru yang diberikan sebelum ini. Selepas saya mengetahui saudara Badruzamani seorang OKU, saya sedar bahawa bekarya bukan sahaja untuk orang normal sahaja, malah individu istimewa seperti beliau memanfaatkan bahan bacaan yang baik untuk orang ramai

Perjumpaan Internet Enterpreneur Malaysia (IEM)

15 Januari 2009, Ahad di KL Sentral. Satu perjumpaan kecil pertama antara ahli Internet Enterpreneur Malaysia (IEM) telah diadakan di KL Sentral. Satu perjumpaan bukan formal yang diadakan pada pertengahan bulan sebagai pemanas aktiviti IEM untuk tahun ini. Saya berkesempatan mendengar sebab disebalik pemilihan IEM. Pengasasnya, Catzer berkata, "Perkataan Enterpreneur dipilih bagi memberi gambaran bahawa IEM adalah untuk kedua-dua kumpulan. Iaitu kumpulan usahawan internet dan kumpulan usahawan konvensional yang mahu menjadikan internet medium pemasaran mereka. Teras kepada IEM mempunyai persamaan dengan kursusperniagaan.com menggalakkan keusahawan internet dan pada masa sama membawa yang bersifat konvensional ke dunia maya. Perjumpaan kecil tetapi siginifikan. Beberapa perkara dicadangkan akan diadakan oleh IEM tahun ini. 1. Penghasilan newsletter untuk 200 ahli yang terlibat memfokuskan kepada aktiviti bulanan IEM dan paparan ahli baru. 2. Penghasilan e-book Online atau On li

Lagi gambar Seminar Pemasaran Internet anjuran kursusperniagaan.com

Lagi gambar Seminar Pemasaran Internet anjuran kursusperniagaan.com dan MajalahIM. Baca cerita lanjut di sini http://www.majalahim.com/gambar-seminar-di-ukm-dan-uiam/

Buku keenam terbaru Zamri Mohamad sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

RM 19.50 / RM 21.50 (Sabah & Sarawak), 983-3604-30-7; 978-983-3604-30-2; 9789833604302 Tarikh Terbit: 16 February 2009 ; Jumlah Muka Surat : 304 halaman Ini adalah buku keenam terbaru Zamri Mohamad sempena P esta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Buku ini berjudul Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah. Buku ini membawa dua perspektif dari dua penulis. Dua perspektif dari orang bujang dan individu yang sudah berumahtangga disatukan dalam sebuah buku untuk pertama kalinya dalam buku perhubungan dan cinta. Bagi mereka yang ingin mendapatkan harga istimewa pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC, tinggalkan e-mel dan nama tuan dan puan dalam ruangan komen pada entri ini. Kami akan menghubungi. Sinopsis Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya. Walau apapun