Langkau ke kandungan utama

GENG : Pengembaraan Bermula dengan baik dan bergaya



Oh, saya stress. Dalam beberapa hari lalu saya mesti menyerahkan sebuah manuskrip baru kepada PTS untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (tonton video PBAKL di sini). Dalam keadaan seperti ini, saya rehat sebentar dan mendengar beberapa orang rakan bercerita mengenai filem animasi tempatan GENG : Pengembaraan Bermula terbitan Les'Copaque Production, tim anak-anak muda yang penuh tenaga, hiperaktif dan berfikir di luar kotak pemikiran normal. Semuanya bertujuan bagi menarik orang ramai menonton filem ini.



Dari zaman mustahil kepada dunia animasi tempatan, apabila Ujang bercita-cita besar menghasilkan Usop Sontorian disambut dengan keraguan. Kemudian ia bertukar kepada sambutan yang luar biasa penonton tempatan. Animasi yang masih kurang kemas dan kelihatan jelas frame demi frame pergerakan dirakam, ia tidak mencacatkan tumpuan penonton.

Usop Sontorian berjaya kerana kekuatan ceritanya.



Kemudian percubaan menghasilkan Silat Lagenda. Percubaan menggabungkan animasi 2D dan 3D dilakukan buat pertama kali. Sejarah warisan Hang Tuah lima bersaudara diangkat melalui watak-watak remaja yang menjadi hero dan penyelamat keadaan.

Meskipun dikritik kerana dianggap jalan ceritanya yang lemah, pergerakan yang kaku dan susunan cerita yang tidak kemas, tim ini masih dilihat memberi sumbangan besar kepada perkembangan animasi dengan percubaan menggabungkan animasi 2D dan 3D.

Selepas itu, beberapa animasi 2D muncul di kaca televisyen. Hero gila seperti Kluang Man menjadi siulan. Aksi Sang Wira, haiwan seperti kucing dari planet lain yang menjadi sahabat manusia. Kemudian karya Dato' Lat, Kampung Boy dianimasi dan ditayangkan di Astro. Begitulah seterusnya satu proses kematangan animasi negara sehinggalah kelahiran Geng.

Les'Copaque Production mengambil langkah bijak memperkenalkan watak Upin dan Ipin selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2008 dan 2007 sepanjang bulan puasa. Animasi pendek yang diulang-ulang menjadikan watak Upin dan Ipin sebagai sebahagian kebiasaan menonton televisyen rakyat kita.

Kemudian filem mula dipromosikan pada tahun ini selepas beberapa hebahan baik dalam bentuk promosi, siaran akhbar dan sembang penulis blog.

Saya sendiri tidak dapat menonton pada dua waktu tayangan berbeza pada Ahad lalu sehinggalah ke hari Isnin.

Apa komen penulis buku tempatan ini mengenai filem animasi Geng

  • Mempunyai jalan cerita yang kuat dan elemen hidup kampung diterjemah dengan baik sekali.
  • Jenaka ringan yang kena pada tempatnya. Mesej sosial yang sampai pada semua peringkat umur.
  • Informasi budaya dapat memberi nilai tambah mengenai nilai hidup kampung kepada anak-anak bandar yang menonton.
  • Sekali lagi, paparan budaya dan teras Malaysia yang ditonjolkan sebagai formula sukses filem ini mengikut jejak Usop Sontorian dan Kluang Man, iaitu kampung sebagai latarnya.
  • Babak demi babak yang tidak begitu kompleks, sesuai sebagai sebuah filem animasi pengenalan sebelum sekuel keduanya.
  • Opet, watak haiwan dari dunia lain memerlukan sedikit pembaikan. Variasikan cara percakapan bahasa asing watak haiwan tersebut agar babak dialog tidak nampak pengulangan yang keterlaluan.
  • Geng sebenarnya bersifat memperkenalkan setiap watak dan konsep heronya diterjemah melalui kumpulan. Selepas ini mungkin watak Upin dan Ipin akan ditonjolkan lagi.
  • Berbaloi menonton di pawagam kerana Les'Copaque Production berjaya menampilkan hasil kerja animasi yang bermutu dan bersifat menghargai setiap sen dan ringgit tiket menontonnya.



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .