Langkau ke kandungan utama

Blog penulis bakal mencecah kunjungan unik 100,000 pembaca

Saya mempunyai tiga buah blog yang bercerita mengenai perkara yang sama pada susunan yang berbeza. Bukan kerana saya ingin menghasilkan blog spam, tetapi setiap satunya mempunyai ceritanya tersendiri.

Saya bemula menulis blog menggunakan Blogspot pada Julai 2005 secara konsisten. Selepas beberapa lama saya tidak berpuas hati kerana ia tidak mempunyai bahagian kategori untuk saya asingkan entri yang mempunyai pelbagai cerita.

Saya mula kenal dengan Wordpress. Adanya bahagian kategori pada blog menjadikan saya memilih untuk menulis pada Wordpress. Tetapi saya tidak meninggalkan Blogspot. Sayang sekali mahu ditinggalkan begitu sahaja. Maka saya kekalkan kedua-duanya.

Selepas itu, saya bersahabat dengan saudara Sabri penulis buku Rahsia Buat Duit dengan Internet terbitan PTS Profesional. Pada awalnya saya bercadang menghasilkan laman web sahaja. Saudara Sabri mencadangkan saya mempunyai blog pada hosting sendiri.

"Bagaimana jika blog di hosting percuma hilang tiba-tiba?" soal beliau kepada saya.

Akhirnya saya memilih E-commercemastery.com sebagai tempat membeli hosting dan domain sehingga hari ini. Kerana servis dan perkhidmatan semasa dan selepas jualan yang bagus, saya mencadangkan kepada beberapa penulis PTS bermula dengan Tuan Shamsuddin Kadir, rakan-rakan usahawan dan keluarga saya sendiri. Rasa-rasanya sudah lebih 20 orang yang saya cadangkan menggunakan E-commercemastery.com.

Hari ini saya menjaga ketiga-tiga blog dengan membuat sedikit ubah suai pada teks berdasarkan keperluan.

Salah satunya akan mencapai hit kunjungan unik sejumlah 100, 000 kunjungan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Sebagai tanda terima kasih kepada kunjungan saudara-saudara pengunjung kepada salah-satu blog ini, saya ingin memberitahu sesuatu yang pasti akan menggembirakan semua. Sesuatu yang bakal diberikan pada setiap bulan bermula catatan 100,000 kunjungan pada setiap bulan.

Apakah agaknya ya?

Screenshot hit kunjungan di blog Motivasi Minda menggunakan Wordpress

Saya bakal menghadiahkan buku hasil tulisan dan buku pilihan terbaik bacaan saya pada setiap bulan bagi pemberi komen bertuah pada setiap bulan pada tahun 2009.

Jangan lupa sertakan nama dan e-mel yang masih aktif pada hujung komen bagi memudahkan saya menghubungi. Saya akan umumkan pada setiap awal bulan komen siapakah yang dipilih bagi mendapat buku percuma.

Terima kasih kepada 100,000 pembaca blog penulis buku Malaysia, Zamri Mohamad.




Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Nizam Ahmad berkata…
congrats in advance! is it time for you to giving back to community?

tp nanti kalau aku bg komen bukan utk hadiah tau. tp sebagai tanda ingatan. yalah hp bukan slalu bernyawa kan? hiks~

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .