Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2007

31 hari cuti bertapa

Mulai 1 Disember 2007, saya akan bercuti daripada blogging selama sebulan bagi menguruskan manuskrip-manukrip akhir, mengurus kerja terakhir di UIAM dan menguruskan kerja perpindahan ke Melaka. Insya Allah, blog ini akan diisi input terbaru pada 1 Januari 2008. Terima kasih kepada pembaca dan pembeli buku-buku Zamri Mohamad melalui Book Cafe. Rekod terakhir menunjukkan, tiga buku daripada empat hanya tinggal satu naskah sahaja . Dapatkan buku versi hadiah yang mempunyai layout menarik Magnet Cinta. Buku ini disusun bagi mereka yang sedang bercinta, baru mendirikan rumahtangga dan telah lama mendirikan rumahtangga! Sesuai dijadikan hadiah dan dibaca bagi pembaca berumur 18-34 tahun. Disusun dengan kaedah quick tip dan susun atur setiap bab dibuat dengan menggunakan font satu warna yang berbeza daripada buku-buku lain di pasaran. Ala-ala buku luar negara! Jika ada rakan-rakan bakal mendirikan rumahtangga, jadikan Magnet Cinta hadiah perkahwinan paling bermakna dan dibawa oleh peneri

Hantu Islami

Dalam bengkel menulis cerita hantu Islami, kumpulan bengkel telah sepakat dalam beberapa isu. Buku hantu boleh dijadikan bahan pengajaran dan pendidikan yang baik bermula pada umur tujuh tahun ke atas. Kesimpulan pin-poin di bawah bebas dikembangkan oleh para pelawat dengan memberi respon di bahagian komen entri ini. Terima Kasih. Watak-watak yang digunakan dalam buku hantu Islami hendaklah bersifat positif. Iaitu memaparkan watak hubungan bapa dan anak yang baik dari sudut akhlak, si anak belajar daripada bapa. Kaedah si anak menegur bapa dengan cara terbaik sebagaimana cara nabi Ibrahim menegur ayahnya yang menyembah patung berhala. Wujud watak rakan-rakan yang pelbagai ragam dan saling dorong mendorong ketika menyelesaikan kes. Diketengahkan unsur hantu yang menjadi kepercayaan tempatan dan antarabangsa. Bermula daripada kepercayaan yang menakutkan kepada kepercayaan bahawa hantu adalah benda yang tidak perlu ditakuti. Memberi bonus ilmu kepada pembaca. Sebagai contoh tim hantu Isla

Penulis bersama Rahsia Bisnes Mamak bergelar raja sehari!

Gambar diambil daripada Op, Forum Geng Jurnal Seperti saya ceritakan sebelum ini, sebelum memenuhi acara program ceramah buku di Alpha Angle, saya sempat ke majlis persandingan dan kenduri perkahwinan sahabat dan rakan penulis bersama, Tuan Muhd Faisal Sharbuddin dan Puan Wasilah Muda. Ha, panggil Tuan dan Puan selepas ini. Tahniah! Penulis bersama Rahsia Bisnes Mamak. Terbit pada tahun 2008. Muhammad Faisal Sharbudin dilahirkan pada 2 Disember 1979 di Kampung Pandan, Selangor. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (I) Kuala Lumpur, Ampang sebelum melanjutkan pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor. Berpengalaman luas dalam dunia bisnes sejak berumur sepuluh tahun lagi. Muhammad Faisal Sharbudin dilahirkan dalam keluarga bisnes dan dididik dalam budaya perniagaan India Muslim dari rumah. Saudara-mara beliau juga merupakan peniaga-peniaga yang aktif dalam pelbagai jenis bisnes melibatkan perniagaan runcit, kedai makan d

Bedah siasat ceramah buku

Bagi rookie atau orang baru dalam pengucapan awam di pusat membeli belah bagi menyampaikan ceramah buku, perkara penting bagi saya ialah melihat suasana. Ia berbeza dengan ceramah dalam dewan dan bilik yang lebih terkawal keadaan. Satu perkara yang tidak boleh dielakkan apabila membuat pengucapan awam di khayalak pusat membeli belah ialah kemampuan penceramah berlawan suara dengan bunyi-bunyian di sekeliling melibatkan kedai-kedai, tukang promosi dan orang ramai. Satu-satunya alat yang ada ialah pembesar suara yang disediakan oleh penganjur. Sebagai alternatif, penggunaan projektor LCD juga boleh digunakan bagi menarik pengunjung dari jauh. Bayangkan jika ada perkataan-perkataan seperti Buat Duit Cara Mudah, Bekerja dari rumah dilihat dari jauh, insya Allah ia mencipta tarikan. Bunyi pembesar suara di tempat awam adalah pada jarak yang pendek, lebih-lebih lagi jika hanya ada satu pembesar suara sahaja. Visual diguna sebagai cara kedua. Kedua, saya mempelajari dan saya perlu berterima

Tip-tip dari pengamal terapi kuasa minda

Tip-tip dari pengamal terapi kuasa minda yang merupakan penulis Rahsia Minda Jutawan. Saya petik daripada ceramah yang saya hadiri. Dikongsi oleh penulis dan pengamal terapi minda, Amar Mahmood. 60-70 peratus orang ramai banyak memasukkan program negatif dalam minda mereka. Bagi mengubah hidup, ubah rangka pemikiran dan sistem kepercayaan diri. Afirmasi adalah kaedah mudah mengubah cara berfikir, iaitu mengulang-ulang kata positif. Ia bertindak sebagai doa, menarrik tenaga. Sama halnya seperti orang bertapa, mengulang-ulang ayat yang sama sebagai memprogram minda. Ada yang duduk di dalam gelap, secara saintifik ia membantu mengubah gelombang otak kepada gelombang theta. Semua orang tanpa sedar adalah pengamal kuasa minda. Dahulu teknik ini diberi nama yang lain sehingga kelihatan seperti mantera misteri. Teknik memprogram minda secara visual mempunyai dua cara, bayangan dalam fikiran atau menampal gambar apa yang ingin dicapai. Kekayaan adalah tenaga. Fokus kepada tenaga.Anak-anak keci

Pesan bisnes oleh Puan Norlela

Saya senaraikan beberapa tip daripada penulis yang memberikan ceramah buku pada hari Ahad lalu. Puan Norlela menemuramah 50 usahawan di Malaysia. Selaku seorang peniaga, diri bertindak sebagai mastermind dalam membuat keputusan bisnes. Budaya membaca memberi input dan menguatkan keputusan dalam bisnes saudara. Carilah mentor dalam bisnes. Tidak bermakna mentor perlu mengenal saudara. Buku-buku yang bercerita tentang individu sebenar dalam dunia bisnes boleh menjadi mentor saudara. Budayakan suka mendengar kerana ia sumber maklumat bagi mengurus bisnes saudara. Pembunuh bisnes adalah ego. Kerana ego menjadikan peniaga melihat pinjaman besar sebagai jaminan bisnes. Jangan prejudis dengan orang yang gagal. Kebanyakan peniaga bertaraf jutawan adalah orang yang pernah gagal dan mempunyai cerita sedih masing-masing. Kita boleh menjual apa sahaja pada apa sahaja harga jika kita menjual diri kita. Maksudnya menjadikan orang suka pada kita. Petua Dato' Maznah Hamid pengasas Securiforce dice

Apabila mulut menggantikan tangan bercakap

Saya berkesempatan menghadiri tiga sesi bicara buku oleh tiga penulis PTS. Sesi ceramah saya adalah pada 17 November lalu, pada jam 2.00 petang Tuan Shamsuddin Kadir, pakar kewangan dan hartanah peribadi. "Kaedah paling mudah menyimpan wang ialah dengan sistem sampul. Sediakan sampul berbeza, bergantung kepada jenis bayaran. Apabila dapat gaji, masukkan wang ke dalam sampul bergantung kepada jumlah yang diperlukan. Kemudian saudara akan nampak jumlah wang sebenar," katanya. Saya yang masih kekenyangan makan nasi kenduri kahwin, saudara Faisal Sharbuddin, yang juga penulis bersama Rahsia Bisnes Mamak. Selepas itu saya meneruskan agenda bicara buku pada petang itu. Terima Kasih kepada pemberita Utusan Malaysia dan Berita Harian yang datang. Kedua-dua akhbar tempat saya menulis secara bebas. Tidak dilupakan kepada Cik Azharisyam selaku pegawai publisiti PTS yang bekerja keras mempromosikan program ini. Ceramah buku ini menjadi tempat pertemuan rakan lama.? Dua orang rakan sekola

Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

Pasangan ini menarik perhatian saya dari atas pentas, mereka berdiri selama sejam mendengar (dua dari kiri). Terima kasih kerana kehadiran tuan-puan. Tuan punya bisnes katering, Lusiana Catering, Tuan Hizamnuddin Awang (berbaju putih, dua dari kanan) turut hadir. Soalan daripada pengurus Grolier, Tuan Mohd Opin (berbaju merah) pada hari kedua turut menarik perhatian saya. Insya Allah saya akan menjawabnya. Sahabat sejak tingkatan satu, Wan Muhammad Firdaus ( Berjaket coklat) turun turun memberi sokongan. Kehadiran maskot MPH yang tidak pernah berhenti senyum Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas Indrashx, sahabat kita (satu di hadapan) dari Perpustakaan Negara turun hadir. Terima Kasih. Dari kiri, Tuan Amin Idris (Magnet Diri), Tuan Wan Muhammad Haeqal (Penulis Bersama, Menjadi Individu Berpengaruh Gaya Streetsmart) dan Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof (Resipi Kejayaan)

Makan Gaji Tapi Kaya

Bunting dihasilkan oleh Tuan Izwan Tuan Shamsuddin kekal rekod cemerlang, datang awal ke Jaya Jusco. Sama seperti rekod cemerlang beliau ketika Pesta Buku tahun lalu. Penulis contoh!

50 Kisah Usahawan Wanita

Bunting yang dihasilkan oleh Tuan Izwan. Suami Puan Norlela (baju merah belang dari kiri) hadir m emberi sokongan, pegawai publisiti, Cik Azharisyam (bertudung kuning) berada di belakang. Saya, sedang duduk bukan tidur, mencatat sesuatu, Tuan Izwan (baju hitam, berdiri) sedang membuat rakaman dan Tuan Zain di hadapan. Ini bukan persidangan wanita ya, tetapi gayanya ada.

Amar Mahmood

Baru tiba dari Melaka, Tuan Amar berkongsi ilmu. Sesi demonstrasi bersama pengunjung. Tuan Amar menerangkan mengenai teknik kawalan minda.

Terima Kasih!

Dengan nama Allah, Maha Pengasih dan Penyayang, Assalam alaikum wbt Tuan/Puan dirahmati Allah, moga-moga Allah memberi ketenangan, kegembiraan dan kekuatan dalam segala usaha seharian. Saya ingin ambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir ke program MPH Book Fair 2007, bagi program Bicara Karya Zamri Mohamad. Kehadiran Tuan-Puan amat saya hargai dan memberi kesan kepada saya secara peribadi. Segala komen dan cadangan dan kritikan dialu-alukan. Mohon maaf diatas segala kekurangan dari pihak penulis. Terima Kasih sekali lagi.

Sana-sini ceramah buku

Semua program di ruang legar Alpha Angle, Wangsa Maju, Kuala Lumpur Tarikh: SABTU 17 November 2007 Tempat: Centre Court, Alpha Angle Masa: 2.00 petang – 3.00 petang Penceramah: En. Shamsuddin Abdul Kadir Buku: Makan Gaji Tetapi Kaya Tarikh: SABTU 17 November 2007 Tempat: Centre Court, Alpha Angle Masa: 3.00 petang – 4.00 petang Penceramah: En. Zamri Mohamad Buku: Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas Tarikh: AHAD 18 November 2007 Tempat: Centre Court, Alpha Angle Masa: 2.00 petang – 3.00 petang Penceramah: Pn. Norlela Zubir Buku: 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia Tarikh: AHAD 18 November 2007 Tempat: Centre Court, Alpha Angle Masa: 3.00 petang – 4.00 petang Penceramah: En. Amar Mahmood Buku: Rahsia Minda Jutawan Tarikh: KHAMIS 22 November 2007 Tempat: Centre Court, Alpha Angle Masa: 3.00 – 5.00 petang Penulis: Selebriti AMAR Buku: 55 Silap Mata Mudah Tarikh: SABTU 24 November 2007 Tempat: Centre Court, Alpha Angle Masa: 2.00 petang – 3.00 petang Penceramah: En. Sunthara Segar Buk

Beri peluang yang adil.

A demonstration is an historically and geographically common form of nonviolent action by groups of people. Demonstrations can be used to show a viewpoint (either positive or negative) regarding a public issue, especially relating to a perceived grievance or social injustice. A demonstration is usually considered more successful if more people participate. Topics of demonstrations often deal with political, economic, and social issues. Wikipedia Rakyat bukan hendak mencabar Sebagai rakyat Malaysia salah satu perkara yang menjadi keutamaan sebagai seorang warganegara adalah hak dan kebebasan bersuara secara terpimpin dihormati. Kerajan dari rakyat untuk rakyat tidak menolak sebarang usaha selari dengan demokrasi yang membuka pintu kepada pemerintah agar mendengar sudut pandang rakyat. Hak menyuarakan pandangan bukan sahaja dalam penulisan semata-mata, ia hidup melalui lisan dan tindakan bersama yang jelas pandangan dengan prinsip hidup menunjangi alasan. Ahli keluarga yang berada di ka

Teori fitrah

Sebelum berakhir tahun 2007, saya sedang berusaha menyiapkan dua buku, iaitu Tip Urus Masa untuk Wanita Moden dan Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart bersama-sama dua penulis bersama, saudara Firdaus Hamsin dan saudari Nadzirah. Ketika membuat susunan, menulis semula dan menambah isi yang dihantar oleh penulis bersama bagi buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart, saya mendapati, asas kecemerlangan manusia di tempat kerja sangat berkait rapat dengan kecekapan individu mengurus aset peribadi. Saya tidak katakan aset seperti rumah dan kereta, tetapi komponen dalam diri manusia yang terangkum dalam satu jasad adalah aset yang penting dalam memaksimakan pengaruh personaliti yang juga menjadi sebahagian daripada ibadat. Saya ringkaskan, secara mudah menjadi pekerja berpengaruh mereka mempunyai formula FITRAH. F ikiran sebagai asas bagi menerima dan mencipta secara kreatif input serta output bagi menjadi individu berpengaruh secara aktif dan proaktif. I nspirasi atau mempunyai model ikutan perib

Satu resipi seribu rasa

Pada hari raya tahun 2005, ayah bercerita mengenai betapa hebatnya datuk ketika menjadi tentera melawan Jepun. Pada hari raya tahun 2006, ayah bercerita mengenai betapa hebatnya datuk ketika menjadi tentera melawan Jepun. Pada hari raya tahun ini, ayah masih lagi bercerita mengenai betapa hebatnya datuk ketika menjadi tentera melawan Jepun. Jika si anak mendengar cerita yang sama setiap tahun, saya kira penutup ceritanya begini; Pada tahun 2005, si anak ternganga mulut mendengar cerita ayah mengenai kehebatan atuknya. Pada tahun 2006, si anak sudah mula menguap mendengar cerita ayah mengenai kehebatan atuknya. Pada tahun 2007, si anak sudah boleh menyambung cerita ayah mengenai kehebatan atuknya. Itu cerita atuk dalam versi yang sama, bagaimana pula majalah dengan cerita versi yang sama? Penulis bebas perlu mencari sudut baru apabila menulis cerita yang sama setiap tahun bagi majalah dan akhbar. Bayangkan umur saudara sudah 20 tahun membesar dengan paparan isu yang sama setiap tahun. S

Siri terkini PTS WebTV

Assalam alaikum! Bunyi salam gembira sahaja hari ini. Saya tersenyum mengenangkan cerita-cerita animasi zaman persekolahan dahulu yang menjadi kegemaran. Biasanya jika siri animasi itu saya gemar kerana satu sebab, saya menjadi sebahagian daripada cerita itu. Cuma ia menjadi bayangan dalam fikiran. Insya Allah dalam entri akan datang saya akan bercerita mengenai salah satu animasi atau kartun bersiri yang menjadi kartun wajib tonton iaitu Mighty Max. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai siri kartun. Kali ini saya berkongsi dengan saudara pengunjung siri-siri terkini dalam PTS WebTV. Ulasan buku PTS Litera Utama. Sembang Penulis Bersama Zamri Mohamad. Sekitar Majlis Hari Raya Aidilfitri keluarga PTS Publication & Distributor. Ulasan buku PTS Litera Utama. Sembang Penulis Bersama Zamri Mohamad. Sekitar Majlis Hari Raya Aidilfitri keluarga PTS Publication & Distributor

Sama-sama berbeza

Saya sedang menyiapkan bahan bagi program ceramah buku di Alpha Angle pada 17 November nanti. Saya meneliti latar belakang beberapa penulis luar negara yang menembusi tembok bestseller di Amerika dan serata dunia. Antara penulis yang menjadi rujukan latar belakang ialah Stephen King, Dan Brown dan Christopher Paolini. Christopher Paolini membuat saya tersenyum dan teruja sendiri mungkin syok sendiri. Rupa-rupanya kami mempunyai persamaan. Beliau menulis buku Eragon pada usia 15 tahun dan buku itu diterbitkan oleh keluarganya sendiri pada tahun 2002. Langkah promosinya ialah menjalankan aktiviti ceramah buku dari sekolah ke sekolah. Christopher pergi ke 135 buah sekolah dan perpustakaan sebagai promosi bukunya sehinggalah sebuah penerbit berjaya menghidu potensi buku ini dan memohon hak pengedaran dari penerbitan keluarga Christopher. Saudara pengunjung sudah tahu apa kemuncak cerita ini. Akhirnya faktor Writing in Action mengambil tempat. Dari sebuah buku, Eragon diadaptasi menjadi fi