Langkau ke kandungan utama

Teori fitrah

Sebelum berakhir tahun 2007, saya sedang berusaha menyiapkan dua buku, iaitu Tip Urus Masa untuk Wanita Moden dan Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart bersama-sama dua penulis bersama, saudara Firdaus Hamsin dan saudari Nadzirah.

Ketika membuat susunan, menulis semula dan menambah isi yang dihantar oleh penulis bersama bagi buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart, saya mendapati, asas kecemerlangan manusia di tempat kerja sangat berkait rapat dengan kecekapan individu mengurus aset peribadi. Saya tidak katakan aset seperti rumah dan kereta, tetapi komponen dalam diri manusia yang terangkum dalam satu jasad adalah aset yang penting dalam memaksimakan pengaruh personaliti yang juga menjadi sebahagian daripada ibadat.

Saya ringkaskan, secara mudah menjadi pekerja berpengaruh mereka mempunyai formula FITRAH.

Fikiran sebagai asas bagi menerima dan mencipta secara kreatif input serta output bagi menjadi individu berpengaruh secara aktif dan proaktif.

Inspirasi atau mempunyai model ikutan peribadi yang bertindak sebagai mentor dan pendorong.

Teknik iaitu kaedah-kaedah yang boleh diguna pakai bagi membentuk personaliti berpengaruh.

Respon iaitu sentiasa bersedia menerima maklum balas sama ada positif dan negatif dari masa ke semasa.

Aplikasi iaitu mengguna pakai teknik-teknik yang diketahui pada masa dan keadaan yang sesuai.

Hamba iaitu memahami konsep hidup insan sebagai hamba Allah yang berkhidmat cemerlang kerananya

Formula FITRAH adalah pendekatan secara streetsmart (pengalaman) dan dikembangkan melalui kaedah booksmart (teori dan kajian pakar).

Formula FITRAH adalah jawapan kepada andaian-andaian umum bahawa hendak menjadi berpengaruh perlu mempunyai teknik bersifat unik, tidak pernah diperkenalkan, luar dari jangkauan manusia biasa, pendekatan yang bombastik ciri-cirinya seolah-olah ia sesuatu yang baru dan luar biasa.

Kembali kepada FITRAH adalah asas kepada pembentukan personaliti yang kukuh mental, spiritual dan fizikal. Menggali kekuatan fitrah iaitu kembali kepada yang satu menjadikan individu berkembang sebagai kesinambungan rahmat daripada Allah.


ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .