Langkau ke kandungan utama

Pesan bisnes oleh Puan Norlela



Saya senaraikan beberapa tip daripada penulis yang memberikan ceramah buku pada hari Ahad lalu.

Puan Norlela menemuramah 50 usahawan di Malaysia.
  • Selaku seorang peniaga, diri bertindak sebagai mastermind dalam membuat keputusan bisnes. Budaya membaca memberi input dan menguatkan keputusan dalam bisnes saudara.
  • Carilah mentor dalam bisnes.
  • Tidak bermakna mentor perlu mengenal saudara. Buku-buku yang bercerita tentang individu sebenar dalam dunia bisnes boleh menjadi mentor saudara.
  • Budayakan suka mendengar kerana ia sumber maklumat bagi mengurus bisnes saudara.
  • Pembunuh bisnes adalah ego. Kerana ego menjadikan peniaga melihat pinjaman besar sebagai jaminan bisnes.
  • Jangan prejudis dengan orang yang gagal. Kebanyakan peniaga bertaraf jutawan adalah orang yang pernah gagal dan mempunyai cerita sedih masing-masing.
  • Kita boleh menjual apa sahaja pada apa sahaja harga jika kita menjual diri kita. Maksudnya menjadikan orang suka pada kita. Petua Dato' Maznah Hamid pengasas Securiforce diceritakan kepada Puan Norlela."Dato', bagaimana orang suka dengan Dato?" Jawabnya, "Klien di kalangan orang kaya ada yang sukar mahu tidur. Mungkin memikirkan keselamatan atau apa sahaja. Pada suatu hari, klien saya menelefon, "Puan, saya tidak boleh tidur." Kata saya, "Tuan jangan bimbang, saya bangun, saya sembahyang dan doakan Tuan." Mereka senang hati dengan jawapan seperti itu.
  • Dato Maznah memegang semua peranan kecil dalam bisnes bersama suaminya. Beliau menjadi kerani, penghantar surat dan pegawai pemasaran bagi membina bisnes.
  • Modal utama adalah diri bukan duit.
  • Jangan letak semua telur ke dalam satu bakul. Asingkan agar tidak rugi jika bakul itu jatuh. Telur itu ialah modal atau wang saudara.
  • Dato' Dr Zaharah Kadir yang menjadi usahawan produk berasaskan polimer bertindak sedemikian. Sebahagian model dijadikan sumber bagi bisnes utama. Ketika zaman gawat, bisnes utama mengalami kerugian. Maka, sebahagian modal yang dilaburkan dalam bisnes herba pula sedang menunjukkan peningkatan.
  • Jangan sesekali abaikan keluarga.
  • Cipta tabungan sebagai keutamaan bukan sekadar meminjam wang kerajaan.
  • Puan Hajjah Faizah, pemilik Beras Faizah yang menaja rancangan Bersamamu pada awalnya mengusahakan produk berasaskan rempah. Rempah diproses di tempat lain kerana beliau tidak mempunyai mesin pemprosesan, selain itu, Puan Faizah mengusahakan pembungkusan asam kecut secara sambilan sebagai cara mencipta tabungan bisnesnya.
  • Jangan teruja membuat membuat pelaburan besar membina kilang dalam perniagaan skala besar saudara. Ikuti rombongan perniagaan yang berkait rapat dengan jenis bisnes saudara. Mulakan dengan menjadi orang tengah membekalkan produk tersebut dari pengilang kepada pelanggan.
  • Apabila sudah mempunyai rangkaian pelanggan yang ramai dan kukuh, merancang kepada pelaburan besar yang dimaksudkan.
  • Orang yang meminjam dalam bisnes lebih mudah berbelanja besar tanpa rasa takut berbanding mereka yang menggunakan wang hasil simpanan sendiri.
  • Sebagai contoh, mudah bagi orang berbelanja dengan kad kredit tanpa rasa bimbang kerana ia bukan duit yang dikumpulnya.
ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...