Langkau ke kandungan utama

Tip-tip dari pengamal terapi kuasa minda

Tip-tip dari pengamal terapi kuasa minda yang merupakan penulis Rahsia Minda Jutawan. Saya petik daripada ceramah yang saya hadiri. Dikongsi oleh penulis dan pengamal terapi minda, Amar Mahmood.
  • 60-70 peratus orang ramai banyak memasukkan program negatif dalam minda mereka.
  • Bagi mengubah hidup, ubah rangka pemikiran dan sistem kepercayaan diri.
  • Afirmasi adalah kaedah mudah mengubah cara berfikir, iaitu mengulang-ulang kata positif. Ia bertindak sebagai doa, menarrik tenaga.
  • Sama halnya seperti orang bertapa, mengulang-ulang ayat yang sama sebagai memprogram minda. Ada yang duduk di dalam gelap, secara saintifik ia membantu mengubah gelombang otak kepada gelombang theta.
  • Semua orang tanpa sedar adalah pengamal kuasa minda. Dahulu teknik ini diberi nama yang lain sehingga kelihatan seperti mantera misteri.
  • Teknik memprogram minda secara visual mempunyai dua cara, bayangan dalam fikiran atau menampal gambar apa yang ingin dicapai.
  • Kekayaan adalah tenaga. Fokus kepada tenaga.Anak-anak kecil membesar dengan kuasa visual yang besar.
  • Jangan diperkecil, contohnya anak-anak berangan-angan menjadi peniaga kaya raya disahut pula oleh ibunya, "Jangan hendak berangan. Bukan senang nak jadi jutawan." Tindakan ini mengecilkan kuasa visualnya.
  • Program televisyen berulang adalah contoh teknik afirmasi yang memprogram minda penonton.
  • Teknik mengawal minda ketiga dengan menulis. Amalan Feng Shui menyebut jika ingin perubahan positif tulis dengan fokus selama 40 hari.
  • Jadilah CEO kepada diri. Kawal cara saudara berfikir.
  • Ramai memperkenalkan subjek minda positif. Tetapi mereka hanya memperkenalkan konsep sahaja. Apa yang diperlukan kini ialah pakar terapi minda. Diri pakar terapi minda bertindak seperti doktor.

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam sejahtera dan ucapan berbanyak terima kasih kerana telah membuat review program bicara siang tadi.
Saya baru je sampai dari KL...jadi kepenatan sedikit. Baru berkira untuk update di blog sambil merayau mencari informasi.
norzamzilah berkata…
Terima kasih kerana berkongsi ilmu.
MYA MARJA berkata…
Assalamualaikum,

Terima kasih paparan ilmu ini. Tentang 40 hari itu, pesanan guru saya, dalam hal solat berjemaah begitu juga. Mungkin disebabkan itu juga ada kumpulan tabligh yang keluar 40 hari bagi bertujuan berdakwah dan melatih diri dengan amalan solat berjemaah dan lain-lainnya.

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .