Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2007

Tip Temuduga Muslimah Moden

Akan datang, Tip Temuduga Muslimah Moden terbitan PTS Millennia Membina karier dan meningkatkan potensi kerja yang sedia ada bukan kerja seorang diri. Proses ini memerlukan kuasa rangkaian. Selalu ia disebut dengan istilah kabel, orang dalam dan kenalan. Kita memerlukan rangkaian untuk memenuhi cita-cita dan impian peribadi. Rangkaian membantu mempercepatkan proses mendapatkan pekerjaan dan mengurangkan kos peribadi dalam usaha mendapatkan jawatan yang diingini. Rangkaian peribadi membantu kita memperolehi pekerjaan melalui pandu arah yang dibentuk dalam rangkaian itu sendiri. Pandu arah yang terbentuk dalam kumpulan rangkaian membawa kita kepada sasaran yang betul untuk membina kerjaya. Ia membantu mengurangkan kesilapan. Memilih rangkaian sahabat dan kenalan yang betul memberi pandu arah untuk kita memfokuskan jenis karier yang kita inginkan. Potensi pekerja muda lebih terbuka dalam memilih jenis kerjanya. Namun begitu, skop yang luas ini perlu dipecahkan kepada bahagian-bahagian kec

Terkejut dan keliru

Saya berada di Carefour, wangsa Maju ketika saya menerima sms ini; "Zamri, kalau artikel keluar dalam akhbar .... ada apa-apa kesan atau tidak?" Rakan saya yang juga seorang penulis baru menyuarakan kebimbangan beliau apabila petikan artikel yang ditulis dan disiar dalam sebuah laman web NGO telah diambil oleh seorang editor dan disiarkan dalam akhbar politik ini. Petang itu beliau menerima panggilan daripada ibunya bertanyakan sejak bila beliau membuat kenyataan untuk akhbar politik. Rakan saya tidak dapat menjawab apa-apa. Dalam keliru dan marah, beliau tidak tahu apa yang hendak dibuat. Apa yang menyebabkan beliau keliru dan marah. Pertama. Editor akhbar tersebut tidak memaklumkan kepada beliau bahawa petikan artikelnya akan diambil dan dikeluarkan dalam akhbar tersebut. Kedua. Kesan daripada tindakan ini beliau menerima panggilan telefon dari keluarga dan rakan-rakan yang membacanya. Sedangkan beliau tidak tahu apa yang terjadi. Ketiga. Terkejut dengan sikap profesional a

Prof Madya Dr Faridah lakar nama UIAM di Pittsburgh

Jam 8.30 pagi saya dihubungi oleh saudari Huda dari unit fotografi, Jabatan Perhubungan Awam. Beliau meminta saya membuat tugasan di Jabatan Rektor untuk satu sidang akhbar. Saya kira ini kali kedua saya jadi bidan terjun jurufoto universiti. Tidak ada dalam skop kerja. Tetapi pengalaman tambahan untuk diri sendiri. Saya juga tidak dapat bereksperimentasi dengan kamera itu lama-lama. Ada kerja lain petang itu. Apa yang istimewa tentang sidang akhbar ini, biarlah akhbar Berita Harian 22 Jun 2007 berbicara; Faridah lakar nama UIAM di Pittsburgh UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melakar sejarah apabila penyelidiknya, Prof Madya Dr Faridah Yusuf muncul satu-satunya wanita negara yang berjaya meraih pingat pada pertandingan Invention and New Product Exposition (Inpex) 2007 di Pittsburgh, Amerika Syarikat, baru-baru ini. Pencapaian membanggakan itu membuktikan kecemerlangan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan universiti berkenaan pada peringkat antarab

Menjadi Usahawan Bidang Training

Kursus sehari ini mempertemukan para penulis di bawah PTS dalam mempertajamkan kemahiran untuk menjalankan latihan bagi peserta-peserta kursus di bawah modul masing-masing. Menariknya, kursus ini menjadi ruang pertemuan rangkaian penulis untuk berbincang projek bersama yang hendak dibuat bagi penerbitan 2007 dan 2008. Pada masa sama, ia menjadi tanda tanya kepada bekas wartawan TV3 saudara Adli dan bekas pengacara Bersamamu TV3 saudari Fifi tentang rahsia KJ Method yang membawa kepada penghasilan lima buah buku secara serentak pada satu-satu masa. Jawapan kepada saudara Adli dan saudari Fifi, hadirilah kursus Adapatasi 24 Jun 2007 dan kursus KLJ Method pada Ogos nanti Akhir progam buat saya bukan sahaja mendapat ilmu daripada Puan Ainon, tetapi satu lagi kerja baru dalam masa dua minggu ini, iaitu menulis bahagian pertama buku Panduan Temuduga Untuk Muslimah Moden. Ini adalah buku kedua dalam siri Muslimah Moden selepas Tip Urus Masa Untuk Muslimah Moden yang sedang disiapkan sebelu

Ekmeleddin datang melawat

Semalam (Rabu, 13 Jun 2007) saya berkesempatan menghadiri majlis makan malam dan lawatan oleh Setiausaha Agung OIC, Prof. Ekmeleddin Ihsanoglu di Dewan Banquet, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Jadi bidan terjun ambil gambar untuk peristiwa ini. Pada masa sama pameran hasil kerja pelajar-pelajar jurusan seni bina turut diadakan pada malam itu. Mujur ada beberapa jurugambar lebih profesional datang pada malam itu. Setidak-tidaknya ada gambar lebih baik berbanding yang saya ambil. Itu pun merangkak-rangkak belajar menggunakan kamera digital SLR. Kamera itu akan dilelong oleh tuan punya pada harga RM3,000. Ada sesiapa ingin membeli kamera digital Minolta-Sony miliknya? Kita tunggu keputusan lelong di internet Selasa ini.

Masam lebih susah dari senyum

Saya baru sahaja memasukkan entri terbaru untuk blog Urus Masa untuk Muslimah Moden . Satu fakta menarik yang saya dapat hari ini ialah penggunaan otot di muka ketika masam muka dan senyum. Fakta menyebut kita menggunakan 64 otot apabila memasamkan muka ketika marah dan 18 otot di muka ketika kita senyum. Signifikan penemuan sains ini kepada kita ialah emosi yang mempengaruhi kita sama ada menggunakan lebih banyak tenaga atau sebaliknya dalam keadaan berbeza. Jom kita sama-sama fikir sejenak. Rupa-rupanya marah itu lebih memeras tenaga dan tubuh kita berbanding senyum. Jadi kenapa perlu selalu marah? Benarlah kata orang, orang yang suka marah cepat tua

Syokkahwin.com

Laman weblog Syokkahwin.com adalah laman weblog yang paling aktif mempromosikan ketiga-tiga buku penulis. Laman web beliau mencecah lawatan sebanyak 14, 448 pegunjung sehari dan 200,000 halaman dilawati oleh mereka. Terima kasih atas sokongan Syokkahwin.com dalam mempromosikan ilmu perhubungan dan percintaan. Pertama kali saya mengenalinya melalui Syokkahwin.com Biodata beliau. Faisal Mohd Zabidy a.k.a. FayZ is the owner and developer of Syokkahwin.com, Malaysia & Singapore’s Premier Wedding Guide and Directory. A graduate of London School of Economics and Political Science (LSE), United Kingdom, FayZ has been online since early 2006. After a humble start in April 2006, his baby website Syokkahwin.com, has grown tremendously and has since been gaining rapid nationwide popularity in the wedding and online industry. You may reach him at fayz@syokkahwin.com . FayZ is also an active blogger at SecretAffiliateMarketing.com, a blog dedicated to methods and tricks in making money online.

Lelaki tunjukkan keinginannya melalui perbuatan.

Baru-baru ini saya berkesempatan berkunjung ke blog seorang pembaca. Berikut adalah komen beliau tentang buku magnet cinta (klik) dalam blognya. Jika saudari membaca entri ini. Saya ingin ucapkan terima kasih atas ulasan yang diberi. Catatan blog Nurkasihku Apa yang aku dapat simpulkan,banyak perkara yang aku pelajari dalam buku ini.walaupun sebahagiannya aku sudah sedia maklum kerana pakar rujukan terbaik dan utama dalam hidup aku adalah emaku sendiri. Aku dapati kebanyakan tips di dalam buku ini aku sudah sedia mempelajarinya dari emakku sendiri.Jadi setiap kali membelek helaian di dalamnya aku akan tersenyum sendiri. Benarlah kata-kata dan pesanan emak selama ini. Dalam bab ini menceritakan tentang seorang wanita yang berkongsi pengalaman hidup bersama suaminya selama 30 tahun.Wanita berusia sekitar 50 tahun itu menceritakan bahawa suaminya suka mengumpul keratan resipi yang diguntingnya daripada suratkhabar. Menurut wanita ini, suaminya sering meletakkan keratan resipi tersebut d

Bengkel urus dan buka restoran, F&B

Klik salah satu bengkel pilihan saudara dan saudari

SOHO fanomena bekerja dari rumah

Petikan Berita Harian, Rabu 6 Mei 2007. Klik gambar untuk paparan lebih besar SOHO adalah singkatan kepada Small Office, Home Office Ia adalah trend bekerja dari rumah tanpa mengira siapa sahaja. Terdapat dua jenis SOHO iaitu mereka yang bekerja dari rumah sepenuh masa dan bekerja secara sambilan. Perkembangan usahawan dan peniaga SOHO menjadikan ia satu pilihan gaya hidup untuk menambah pendapatan dan sebagai perancangan jangka panjang untuk tidak berkerja dalam sistem pejabat yang konvesional. SOHO berbeza dari satu individu dengan individu lain. Bagi pelajar, SOHO beroperasi dari bilik di kediaman kolejnya Bagi pekerja, SOHO beroperasi dari rumah sewa atau rumah miliknya Bagi suri rumah, SOHO beroperasi dari rumahnya Siapa pun saudara atau saudari, SOHO adalah alternatif yang sesuai untuk semua.

Kisah otak

Siapa pernah terfikir tentang otak sendiri? Saya pun lama tidak memikirkannya sehinggalah pada satu hari saya tergerak mencuba satu perisian komputer yang menguji kecenderungan seseorang menggunakan otak. Inilah hasilnya. Tahap penggunaan otak saya selepas beberapa siri ujian dan soalan. Saya ini lebih sedikit otak visual. Lebih ke kanan. Penerangan tentang penggunaan otak saya Penerangan tentang penggunaan otak saya

Tip-tip sang reporter

Sahabat saya memberikan tip-tip menarik dalam membina rangkaian sahabat. Beliau adalah wartawan praktikal di akhbar tabloid berbahasa inggeris. Antara berita beliau yang pernah muncul di muka hadapan ialah kisah pekedai di bertindak kasar terhadap pelanggan di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur. Terbaru, kes pelajar dipukul polis. Bagaimana beliau mendapat cerita ini? Memang payah hendak mendapat cerita dari mereka yang terlibat dalam kes mengkasari pelanggan. Apa yang beliau lakukan ialah menhubungi pusat membeli-belah terbabit dan menyamar sebagai wakil dari sebuah hotel. Kononya ada jemputan. Maka ditanyalah nama pengurus, umur dan segala macam makluma. Selepas beberapa lama beliau menghubungi semula, untuk mendapat komen dari pengurus ini memang sukar. Mahu tidak mahu, beritanya akan ditulis, "Pengurus .... ketika ditemui tidak mahu menjawab dan mengelak daripada terlibat dalam isu ini...." Akhirnya dia menjawab. Beliau menceritakan kepada saya pengalaman dikejar

Nenek Bangsar ubati masalah cinta dan kerja

Gambar diambil dari suhaimisulaiman.blogspot.com Adakah saudara dan saudari pernah putus cinta? Masih kecewa dan tertekan kerana kerja yang tidak seronok. Belajar pun ada kalanya membosankan dan hampir putus asa. Nenek Bangsar boleh membantu. Klik untuk maklumat lanjut. Cari entri bertarikh 2 Mei 2007

Mahu katering? The Makan jawapanya.

Gambar selepas program di UIAM. Bersama penulis dan pengendali katering, Tuan Web Sutera (kanan) Saya dihubungi oleh wakil pelajar di Kolej Kediaman Ali berkenaan perkhidmatan katering untuk majlis ulangtahun ke 10 kolej di UIAM. Sebut sahaja katering, minda separa sedar saya berkata www.themakan.blogspot.com . Blog ini benar-benar mencipta jenama dalam kepala saya kerana selalu diulang-ulang. The Makan adalah blog yang diwujudkan oleh Tuan Web Sutera. Beliau juga seorang penulis yang aktif. Alhamdulillah sempat juga bertemu beliau dalam majlis itu. Itulah pertama kali saya mencuba masakan Tuan Web dan kumpulan kateringnya. Sangat berpuas hati. Saya menjadi jemputan dan jurugambar juga pada malam itu. Satu komen positif yang boleh saya berikan ialah Tuan Web Sutera sendiri datang melihat meja-meja dengan kerap untuk memastikan semua orang dapat menikmati makan malam itu. Cara beliau bekerja dapat dilihat dari wajah beliau sahaja. Serius dan sungguh-sungguh. Inginkan perkhimatan kater

Bookworm PTS

Gambar diambil dari blog ini. Klik di sini Saya bermain dengan imaginasi atau kata orang tempatan, angan-angan. Pembaca blog ini tahu bahawa saya menulis di bawah penerbitan PTS dan sememangnya saya mendoakan perkara yang terbaik dalam perjalanan PTS dalam dunia buku tempatan. Saya melawat sebuah blog dan tertarik dengan entri pengalaman mereka berada di China. Entri tersebut menceritakan pengalaman mereka di sebuah kafe buku bernama Bookworm di Beijing. Saya membayangkan jika PTS mempunyai sebuah kafe yang menempatkan buku-bukunya di rak. Sambil-sambil pelanggan memesan secawan teh dan potongan kek, buku pilihan berada di tangan. Jika berpuas hati boleh dipesan atau dibeli terus dari kafe tersebut. Saya membayangkan kafe inilah menjadi tempat para penulis PTS menyampaikan ceramah-buku mereka di satu sudut. Mereka yang berminat dengan topik atau penulis ini akan menjadikan kafe ini sebagai tempat berkumpul. Saya membayangkan kafe ini mempunyai TV skrin rata yang menayangkan rakaman ce