Langkau ke kandungan utama

Mahu katering? The Makan jawapanya.

Gambar selepas program di UIAM. Bersama penulis dan pengendali katering, Tuan Web Sutera (kanan)


Saya dihubungi oleh wakil pelajar di Kolej Kediaman Ali berkenaan perkhidmatan katering untuk majlis ulangtahun ke 10 kolej di UIAM. Sebut sahaja katering, minda separa sedar saya berkata www.themakan.blogspot.com . Blog ini benar-benar mencipta jenama dalam kepala saya kerana selalu diulang-ulang.

The Makan adalah blog yang diwujudkan oleh Tuan Web Sutera. Beliau juga seorang penulis yang aktif. Alhamdulillah sempat juga bertemu beliau dalam majlis itu. Itulah pertama kali saya mencuba masakan Tuan Web dan kumpulan kateringnya. Sangat berpuas hati.

Saya menjadi jemputan dan jurugambar juga pada malam itu. Satu komen positif yang boleh saya berikan ialah Tuan Web Sutera sendiri datang melihat meja-meja dengan kerap untuk memastikan semua orang dapat menikmati makan malam itu. Cara beliau bekerja dapat dilihat dari wajah beliau sahaja. Serius dan sungguh-sungguh.

Inginkan perkhimatan katering?

Saya syorkan www.themakan.blogspot.com atau hubungi 016-220 6876

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...