Langkau ke kandungan utama

Bookworm PTS

Gambar diambil dari blog ini. Klik di sini

Saya bermain dengan imaginasi atau kata orang tempatan, angan-angan. Pembaca blog ini tahu bahawa saya menulis di bawah penerbitan PTS dan sememangnya saya mendoakan perkara yang terbaik dalam perjalanan PTS dalam dunia buku tempatan.

Saya melawat sebuah blog dan tertarik dengan entri pengalaman mereka berada di China. Entri tersebut menceritakan pengalaman mereka di sebuah kafe buku bernama Bookworm di Beijing.

Saya membayangkan jika PTS mempunyai sebuah kafe yang menempatkan buku-bukunya di rak. Sambil-sambil pelanggan memesan secawan teh dan potongan kek, buku pilihan berada di tangan. Jika berpuas hati boleh dipesan atau dibeli terus dari kafe tersebut.

Saya membayangkan kafe inilah menjadi tempat para penulis PTS menyampaikan ceramah-buku mereka di satu sudut. Mereka yang berminat dengan topik atau penulis ini akan menjadikan kafe ini sebagai tempat berkumpul.

Saya membayangkan kafe ini mempunyai TV skrin rata yang menayangkan rakaman ceramah penulis PTS di sana-sini.

Bookworm di Beijing mungkin ada kelas tersendiri. Tetapi saya lebih suka melihat Bookworm versi PTS sesuai untuk orang-orang biasa juga. Tidaklah terlalu jauh jurang kelasnya sehingga hendak melangkah pun segan.

Wah, angan-angan besar saya ini ya! Biasalah bukankah angan-angan itu seronok. Umpama angan-angan berpasangan dengan bidadari pesona jiwa.

Bookworm, Beijing http://www.beijingbookworm.com/index_photo.htm

Ulasan

Dewangga Sakti berkata…
Salam Zamri,
Bookworm Cafe ni tidak terlalu ekslusif.Orang-orang biasa pun boleh pergi sebabnya selain buku,makanan yang ada pun harganya berpatutan.
Kalau PTS dapat buat lagi bagus!

Zul

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...