Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2006

Stereotaip, makin dengar makin percaya.

Catatan manuskrip jam 3.16 AM Stereotaip, makin dengar makin percaya. Kebanyakan orang mentafsir kecantikan dengan kayu ukur yang dibentuk sendiri. Ia boleh menjadi sesuatu yang dapat diterima dalam satu kelompok tetapi ditolak oleh kelompok yang satu lagi. Dalam beberapa keadaan, definisi cantik antara individu dengan individu yang lain mempunyai perbezaan. Definisi kecantikan diperjelas dengan cara yang salah sehinggakan ia menjadi pegangan umum bersifat palsu. Lebih jauh lagi, ia boleh memberi kesan kepada emosi seseorang yang berhadapan dengan stereotaip ini. Tanpa sedar, manusia dibahagi-bahagikan antara cantik dengan kurang cantik dan semestinya yang cantik itu dilihat indah sempurna, si kurang cantik penuh cacat cela. Stereotaip dalam menggambarkan kecantikan meletakan satu definisi umum dan sama kepada setiap orang. Ia memerangkap lelaki untuk menentukan kecantikan dengan cara yang dilihat betul oleh orang ramai. Stereotaip kecantikan sentiasa mengandaikan orang itu turut canti

Dulu tidak tenteram kini Roslan reda

Dulu tidak tenteram kini Roslan reda Oleh: RAHANA MD ROSLAN Zakaria (tengah) mendukung salah seorang bayi Pernim yang dipeliharanya sambil dikelilingi anak-anak kandung mereka dan anak Pernim. LIMA anak yang comel dan sedang membesar dan seorang isteri cantik yang pandai menguruskan rumah tangga dan tidak pernah jemu membantu meningkatkan taraf hidup sekeluarga melengkapkan hidup Roslan Zakaria dalam mengecapi nikmat perkahwinan. Apabila isteri tersayang, Norlina Alawi meluahkan perasaan belas mengenai seorang wanita cacat pendengaran dan bisu yang hamil hasil hubungan seks dengan penagih dadah, Roslan turut terasa pedihnya. Pegawai tentera berpangkat Mejar di Markas 12 Briged, Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur ini bersetuju untuk sama-sama isterinya menerima kelahiran anak itu sebagai ahli keluarga yang baru. Namun Roslan sedikit kaget apabila diberitahu anak itu mungkin pembawa penyakit yang paling ditakuti, iaitu HIV/AIDS, kerana penagih dadah yang bersama ibunya itu disahkan pe

Dari andaian menjadi kebenaran

Petikan dari manuskrip yang sedang dalam proses akhirnya untuk dihantar ke PTS Millennia. Dari andaian menjadi kebenaran. Seorang lelaki tidak akan membiarkan jangkaan-jangkaannya terhadap seorang perempuan dalam tempoh lama. Selagi mana ia tidak dibuktikan, sukar untuk lelaki berpuas hati. Maka ada pendekatan-pendekatan yang digunakan oleh lelaki untuk menguatkan jangkaan awalnya terhadap seorang perempuan adalah betul. Tahu, tetapi berpura-pura tanya Lelaki tidak mudah berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi dari satu sumber. Perlu ada orang kedua dan ketiga untuk menyebut perkara yang sama. Kerana itu, lelaki akan bertanyakan lebih dari seorang tentang perempuan yang menarik perhatiannya. Ada keadaan apabila lelaki akan terus bertanyakan kepada perempuan tersebut. Ia akan dibuat dengan gaya bersahaja untuk mengelakan perempuan berasa curiga dan berhati-hati dengan soalan-soalan yang diajukannya. Seandainya lelaki itu mendapat tahu perempuan yang menarik perhatiannya gemar melak

Khalid Yasin

Syeikh Khalid Yasin merupakan pendakwah di Amerika Syarikat. Dua produk yang pernah aku miliki ialah The Purpose of Life. Sejak hari itu aku sangat berminat untuk mendengar siri ceramahnya yang tegas, terang dan bersahaja. Iklan produk ceramah Syeikh Khalid Yasin ini boleh aku kategorikan sebagai metod pengiklanan yang berjaya dan bertaraf profesional dari susunan grafik animasinya sehinggalah suntingan video.

Kenangan zaman Persekolahan

Syamsul Erwan, rakan sekelas, satu sekolah dan satu universiti. Belas pelajar undang-undang UIAM kini di SME Bank Hari pertama Aidilfitri 2001 sudah seperti Tahun Baru Cina Gadis berdua ini tidak boleh berbahasa Cina, tapi faham bahasa Cina. Sebab pernah bersekolah di tadika Cina dahulu Kelas U6a2 Majlis Jamuan Perpisahan di KFC Wong Siao Yen orang Merlimau, Long Lee Chuen dan Swee Shia. Di belakang, Fendi pakar pancaragam

Usah prejudis, buat sahaja benda baik...

http://members.aol.com/zamrimohamad/u6a2.html Berapa kali dalam hidup kita teringat zaman sekolah? Aku tidak tahu untuk ke berapa kali aku tiba-tiba tersenyum mengenang zaman persekolahan yang aku lalui. Peristiwa paling ganjil tetapi benar ialah kehilangan rakan-rakan ketika tingkatan tiga. Kebanyakan rakan-rakan beria-ia hendak ke sekolah teknik selepas keputusan PMR keluar. Dalam beberapa belas orang rakan-rakan yang aku temui setiap hari, kesemuanya menghilangkan diri dari Sekolah Tinggi Melaka pada hari pertama kemasukan pelajar. Masing-masing telah menyambung pengajian mereka di sekolah teknik pilihan. Aku jadi orang asing ketika memasuki tingkatan empat. Tetapi ada hikmahnya, aku mengenali lebih ramai rakan-rakan baru. Pernah satu ketika aku berazam hendak menaiki pentas menerima hadiah sebagaimana rakan-rakan lain. Rasa seperti orang yang gagal sahaja apabila keseorangan. Kali kedua ia berlaku lagi selepas peperiksaan tingkatan lima. Semua rakan-rakan sekelas sekali lagi menin

Build Self Confidence

Alhamdulillah, video rakaman bengkel 'Build Self Confidence' telah berjaya disiapkan. Melalui laman Aliman Studio, rakaman sebegini akan dijual dalam dan luar Malaysia secara online bagi menampung dana aktiviti pelajar kolej kediaman residen Mahallah Ali. Mereka yang berminat mendapatkan VCD 48 minit ini boleh mengemailkan nama, alamat, nombor telefon ke alimanstudio@malaysia.com Harga bagi setiap VCD ialah RM10.00 Aliman Studio adalah seratus peratus projek pelajar bermula dari rakaman sehinggalah penghasilan VCD. Aliman Studio juga berperanan untuk merakamkan sebarang seminar, program dan aktiviti dengan kadar yang berpatutan. blog www.alimanstudio.blogspot.com akan dikemaskini dari masa ke semasa. sampel 1 Bagaimana hendak berhadapan dengan soalan yang sukar sampel 2 rakaman terpilih Sampel 3 promo

Majlis Penyerahan Zakat kepada MAIWP

RM9 juta zakat perniagaan telah diserahkan kepada Pusat Zakat Wilayah Persekutuan oleh lapan syarikat perniagaan di Hotel Grand Season, Jalan Pahang hari ini. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat aku rakamkan ketika menghadiri sidang media ini sebagai mewakili Ansar Channel. Tidak sangka pula berjumpa dengan pensyarahku yang mengajar hadis, Dr Che Omar Che Awang (berbaju batik kuning) yang kini menjadi penasihat zakat dan wakaf di Jabatan Perdana Menteri.

Cari Duit Cara Mudah sebagai Penulis Freelance

Cari Duit Cara Mudah sebagai Penulis Freelance Zamri Mohamad , PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Harga: RM 22.50 / RM 25.50 (Sabah & Sarawak) ISBN: ISBN 983-3585-31-0 Barcode: 9789833585311 Jumlah Halaman: 308 halaman Tarikh Terbit: 26 June 2006 Skor : [ dari 5 ] Sinopsis Ketahui bagaimana cara hendak menambahkan pendapatan dengan menulis artikel di majalah-majalah. Menjadi seorang penulis bebas tidak sekadar tertakluk kepada bakat semata-mata. Kaedah pengurusan masa, kaedah membina matlamat dan strategi menjana idea adalah faktor-faktor yang membantu seorang penulis bebas dalam pengkaryaan. Inilah antara perkara-perkara yang jarang disebut tetapi penting dalam merancang kejayaan. Buku ini disediakan khusus bagi mereka yang mahu men-jadikan penulisan majalah sebagai kerjaya sampingan dari rumah. Ia menguntungkan mereka sebagai seorang penulis bebas tanpa perlu menjejaskan pekerjaan yang sedia ada. Buku ini juga disusun khusus bagi para remaja yang berminat mencipta nama dan mem

Myteam dalam PTS

Shebby 'MyTeam' bersama-sama bukubuku keluaran PTS One. Gambar diambil oleh saudara Hisham Salmi, fotografi profesional. Lihat gelagat warga PTS dengan kehadiran Shebby dan penulis terbaru, saudara Fauzun. Klik http://www.darikawan.com/SHEBBY/shebby.html

Temubual Bicara Pengarang Berita Harian 15 Jun 2006

Terima kasih kepada wartawan Cik Siti Nursuhada Masri. http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Sastera/20060615081836/Article/

writers.net

Aku teringat saudara Ashadi Zain . Turun naik karier beliau sebagai penulis pernah dicatat dalam salah satu entri Universiti Terbuka PTS . Kemudian aku tergerak untuk mencari maklumat tambahan mengenai diri beliau melalui carian Google dan mendapati beliau turut melibatkan diri dalam sebuah laman web yang mempromosi penulis dan hasil karyanya. Tetapi untuk menyertai laman web ini, ia dilakukan sendiri oleh kita. Sebagaimana disebutkan dalam buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet oleh saudara Wan Mohd Syazwan Wan Syukri dan Sabri Hassan Assa'ari, enjin carian akan meletakan senarai laman web paling atas sekali apabila ia dibanyak kali dikunjungi oleh pelayar internet. Writers.net adalah salah satunya. Mari kita sama-sama pelajari pendekatan saudara Ashadi Zain dalam mempromosikan buku-bukunya. Ini adalah salah satu contoh bagaimana penulis sendiri mendaftarkan nama dan buku-buku yang dihasilkan http://www.writers.net/writers/48369 . Setakat ini terdapat 141 penulis Malaysia dari pe

Hadiah Berbalut Kertas Surat Khabar

Setiap petang ibu akan bersuara suruh kemas itu dan ini. Rumah pasti bersepah meskipun sudah dikemas oleh ibu pagi-pagi lagi. Itu belum dikira kalau bergaduh dengan abang. Sambil pijak-pijak perut, barang yang dirasakan sesuai dijadikan senjata akan digunakan, ini termasuklah barang-barang rumah. Petang menjelang, masing-masing akan menjadi budak baik. Ayah seorang yang serius. Jika pulang, jangan bising-bising. Kopi dan kuih di atas meja jangan diusik. Itu untuk ayah. Kami adik beradik akan ambil di dapur. Mujurlah RTM ada menyiarkan kartun, maka itulah yang akan mengunci mulut dan kaki kami. 5.40 petang, ayah pulang. Kali ini dengan barang berbentuk segi empat yang hanya dibungkus dengan kertas suratkhabar. Ayah menghulurkan kepadaku. Dengan tangan yang berbekas hitam karbon akhbar di tangan, aku membukanya; Sepuluh Siri Buku Sang Kancil berwarna. Buku cerita pertama pemberian ayah untuk seorang anak kecil berumur tujuh tahun. Al Fatihah buat ayah yang meninggalkan semangat dan kenan

Kedai Buku Mamak

Berjalan kaki dari Tabung Darah Hospital Besar Kuala Lumpur ke kedai-kedai buku di sekitar Chow Kit mengambil masa sekitar sepuluh hingga lima belas minit. Buat mereka yang tidak tahu, Tabung Darah HKL lokasinya dahulu berhampiran dengan bulatan Pahang sebelum berpindah lokasi sederet dengan Perpustakaan Negara dan Istana Budaya di jalan Tun Razak. Memang menjadi kebiasaan untuk ayah membawaku ke Chow Kit dengan berjalan kaki, kadang kala sampai ke kawasan Masjid India. Keretanya akan diletak di Tabung Darah tempat beliau bekerja. Ketika itu Chow Kit amat meriah dengan penjaja-penjaja Melayu dari hujung jalan sehinggalah hujung jalan yang satu lagi. Kaki jalan diletakan bumbung yang disediakan oleh DBKL dan adakalanya dibuat sendiri oleh penjual menggunakan kain kanvas dan papan lapis. Bunyi bising generator kedengaran sepanjang gerai-gerai jualan. Mereka berniaga seawal sepuluh pagi sehinggalah jam dua belas tengah malam. Ketika itu Chow Kit juga terkenal dengan Hankyu Jaya, Keramat B

International Islamic Fair 2006 [9]

Setiap orang datang ke sebuah karnival atau pameran dengan pendekatan dan tujuan berbeza. Namun terdapat beberapa idea bagaimana memanfaatkan peluang apabila menghadiri sebuah pameran dan karnival. Terima kasih kepada saudara Jef Hazimin Jaafar, Pengurus Pembangunan Program Ansar Channel. Lihat bagaimana sesebuah gerai pameran disusun oleh penyewa. Kenalpasti faktor-faktor yang menjadikan sebuah gerai pameran kelihatan menarik, suram, bertenaga atau suram. Ia bergantung kepada jenis aktiviti yang dianjurkan, ruang laluan, cara meletak produk dan sikap pemilik gerai sama ada mesra pengunjung atau sebaliknya. Meskipun kedudukan gerai pameran agak tersorok dan kebelakang, ia tidak patut dijadikan alasan untuk tidak menjadikan gerai pameran dalam keadaan yang terbaik dan menarik. Banner dan papan info adalah antara perkara yang mencuri tumpuan ramai. Grafik dan susunan bahasa yang menarik akan menjadikan pengunjung untuk datang dan melihat. Ambil peluang untuk mendapatkan kad bisnes dan ri

International Islamic Fair 2006 [8]

Adik Adiputra sedang membacakan nombor bernilai trilion dengan sekali pandang sahaja tanpa perlu mengira terlebih dahulu. Adik kecil ini mempunyai laptop VIAO Sony sendiri, cabaran untuk penulis . Adiputra juga telah menunjukan enam jenis penyelesaian untuk satu perkiraan matematik. Menurut ayahnya yang ditemui pada hari itu, kecenderungannya belajar dan mengulangkaji setiap hari bermula pada jam 12.00 malam ke atas. Selain itu, beliau juga menuliskan sebuah sajak untuk timbalan Perdana Menteri untuk diserahkan sendiri. Berdasarkan maklumat, Adiputra juga menjadi pakar rujuk Menteri Besar Terengganu yang menjadikannya sebagai anak angkat. Papan pameran Halal Jakim Produk baja keluaran Muslim

International Islamic Fair 2006 [7]

Makanan Halal keluaran Fatihah Tasbih dari kayu Kouka, Turkey. Penjual mengisi butir tasibih mengikut jumlah yang diinginkan Makanan Halal keluaran Fatihah

International Islamic Fair 2006 [6]

Al Quran dengan teknik tulisan dan warna yang tersendiri keluaran Yayasan Restu Khat kayu sebagai hiasan rumah. Tempahan dibuat di sini dan akan dihantar ke rumah Majlis Agama Selangor membantu menjual produk-produk ibu tunggal yang diberi bantuan zakat. Air Musoffa dengan pameran produk yang unik. deretan gerai pameran menjual barangan-barang berbentuk seni islami.

International Islamic Fair 2006 [5]

Majalah Jumuah. Diedarkan seluruh dunia meliputi pasaran Amerika, Pakistan, Mesir dan kini Malaysia. Harga sekitar RM10. Dijual RM5 beserta VCD dan dua satu majalah lain pada hari itu. Majalah ini tidak mempunyai gambar wajah manusia sebagai jalan tengah memastikan majalah ini sampai kepada semua yang mempunyai mazhab yang berpandangan berbeza. Illustrasi dan grafik 110% profesional dan menarik! Melihat gerai pameran ini mengingatkan kau kepada Elmaniq. Perniagaan Mamak yang berjaya di Pulau Pinang sejak tahun 1800 lagi. Kebab Iran dengan kurma percuma untuk pengunjung. Persatuan Hunafa, Perkim dan Global Peace (ABIM) antara NGO yang memeriahkan pameran.

International Islamic Fair 2006 [4]

Ini bukan pengumuman orang hilang. tetapi maklumat ceramah oleh Yvone Ridley, wartawan Barat yang memeluk Islam setelah ditahan oleh tentera pejuang Afghanistan. Tokoh besar dalam media barat dengan iklan yang ditampat di tiang-tiang sekitar tapak gerai. Bridges Foundation. Badan dakwah antarabangsa yang melatih dai'e-dai'e bertaraf global dan universal dari sudut metodologi dan pemikiran. Maklumat lanjut http://www.bridges-foundation.org Produk mee halal dan keluaran bumiputera. Sempat berbual-bual dengan pengusahanya. Kini boleh didapati di pasaran tempatan. Perusahaan makanan Ibu. MyCola, satu lagi minuman karbonat halal Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Penggunaan papan info di hadapan gerai yang menarik dengan pelbagai keratan akhbar. Turut menjual pelbagai jenis produk alternatif untuk pengunjung.

International Islamic Fair 2006 [3]

Karaoke dan multimedia doa menarik perhatian pengunjung menonton keletah anak-anak kecil menyanyikan nasyid doa. Aku yakin dua orang kanak-kanak itu adalah anak pemilik perniagaan ini. Maskot yang bernyawa. Aku sangkakan patung biasa sahaja. Gerai pameran One Production dari luar negara. VCD Syeikh Khalid yang ditayangkan merupakan vcd yang menarik. Merupakan produk popular keluaran One Production. Gerai pameran Ahlan Press. Ramai gadis-gadis Arab dan Melayu yang menetap di negara-negara Arab. Merupakan penerbit akhbar berbahasa Arab pertama di Malaysia dengan sokongan Kementerian Pelancongan dan kedutaan. Mereka juga menyediakan perkhidmatan pengiklanan, grafik dan penterjemahan dalam empat bahasa. Gadis Melayu (kiri) amat fasih dalam bahasa Inggeris dan bijak dalam presentasi. Akhbar percuma dan buku-buku agama diberikan percuma kepada pengunjung. Beg yang aku bawa kosong semakin berat dengan buku-buku tebalnya.