Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2005

Mahallah Ali & kemenangan 31 Ogos

Satu malam yang mengubah banyak perkara. Selepas satu persatu keputusan pertandingan diumumkan dihadapan melebihi 2000 hadirin yang menjayakan bersama sambutan kemerdekaan malam itu yang melibatkan kehadiran para pensyarah, wakil jabatan dan para pelajar yang membanjiri tangga besar kampus malam itu, kami dalam kegelisahan untuk menantikan keputusan pada malam itu bagi pertandingan menghiasi kolej. Terdapat 14 kolej yang menyertai pertandingan tersebut. Sebagaimana disebutkan oleh pengacara majlis, pertandingan tahun ini menunjukan satu persaingan yang sengit. Dari tempat ketiga disebut sehinggalah kedua, kedua-duanya dimenangi oleh kolej perempuan. Kami semakin berdebar-debar. Dalam benak pemikiran kami, seolah-olah kemenangan sebagai satu pasukan akan disambut pada malam ini. Tambahan lagi, kami hadir dalam keadaan berbeza. Persamaan jelas kelihatan dari apa yang kami pamerkan secara fizikal, dengan pakaian rasmi MRC dan kemeja-T MALIC berwarna coklat bersama-sama 5 buah bendera Mala

Dekorasi Hari Kebangsaan Oleh MRC Mahallah Ali [4]

Dekorasi Hari Kebangsaan Oleh MRC Mahallah Ali [3]

Dekorasi Hari Kebangsaan Oleh MRC Mahallah Ali [2]

Alhamdulillah, dalam kesibukan berhadapan dengan peperiksaan dan tugasan sebagai siswa, masih ada lagi sedikit ruang untuk mengukuhkan ikatan persahabatan melalui gerak kerja sosial di kolej kediaman. Bulan kemerdekaan ini merupakan bulan istimewa bukan sahaja untuk negara tetapi di Mahallah Ali, wakil kerja kampus sama-sama memeriahkan sambutan ini. Fokus kami sangat besar untuk mendedahkan kepada semua pelajar tempatan dan antarabangsa tentang kemerdekaan dalam sudut pandangan kami. Gerak kerja di bawah kepimpinan pengurus program, saudara Amir memerlukan kepimpinan gaya 'sahabat' untuk memastikan semua orang bertindak mengikut skop masing-masing. Boleh jadi lanskap dan dekorasi Hari Kebangsaan di Mahallah kali ini menunjukan sisi 'lembut' kami dalam memainkan warna sehinggakan ada wakil-wakil dari kolej prempuan datang menziarahi kami pada petang itu. Selepas ini, program kemerdekaan akan diteruskan dengan siri tayangan filem terbuka di kolej pada Ahad 28 Ogos jam 8.

Dekorasi Hari Kebangsaan Oleh MRC Mahallah Ali [1]

Catatan hari ini bukanlah mahu bercerita tentang Mawi, kisahnya sudah cukup terpampang di media hampir setiap hari. Tetapi catatan hari ini adalah satu salinan semula kisah perjuangan dan kesabaran seorang wanita di ceruk Felda dalam mengayakan hidupnya dengan nilai kemanusiaan dalam berhadapan dengan kesusahan. Utusan Malaysia 27 Ogos 2005 Cerita sedih peminat Mawi ``Dah lama saya cari Kak Tim untuk kongsi cerita Misteri Mawi yang Kak Tim tulis dalam ruangan ini dua minggu lalu.''Begitu bicara seorang wanita pada Kak Tim melalui satu panggilan telefon beberapa hari lalu. ``Membaca tulisan Kak Tim itu, saya dapat rasakan, Kak Tim mungkin tidak dapat merasakan penderitaan hati seorang anak peneroka Felda seperti Mawi. Sebab itu, Kak Tim menganggapnya sebagai satu misteri bila melihat air mata mawi bertakung di saat Kak Tim tanyakan kisah keluarganya. ``Kak Tim, saya juga anak peneroka seperti Mawi. Kalau Felda Mawi di Kulai, Felda saya di Kahang Barat, Kluang, Johor. Felda Maw

Sekitar Seminar Sehari Gejala Pelacuran.(3)

Sekitar Seminar Sehari Gejala Pelacuran.(2)

Sekitar Seminar Sehari Gejala Pelacuran.(1)

Membina Kepimpinan Berkarisma

jerebu kampus

Tahu atau tidak?

Masih terpinga-pinga. Kenduri doa arwah kalau tidak ada ramai yang membantu boleh jadi tidak tentu arah dibuatnya. Masakan tidak nak melayan tetamu, kenalah yang terbaik. Nabi sendiri berpesan agar tetamu diberi layanan kelas pertama selama tiga hari pertama kehadirannya. Banyak manfaatnya jika ada orang bertandang. Dosa-dosa kita diampunkan. Dalam sibuk mengisi nasi ke dalam mangkuknya, air di dalam jag, kuah-kuah yang habis disantap, salah seorang saudara masih terpinga-pinga sehinggalah tamat kenduri. Nampak jelas diwajahnya setiap kali menyambut mangkuk-mangkuk nasi dan pinggan kuah dari dapur ke ruanmg tamu. Setelah selesai dipanggilnya aku. "Ini Kenduri apa?" "Ini Kenduri apa?" aku kembali tertanya-tanya. Tadi bukan main ligat menolong, tapi tak tahu kenduri apa yang dihadirinya. "Kenduri arwah" jawabku, kasihan melihat kerut-kerut di wajahnya tanda orang keliru. Dia berpaling memanggil nama isterinya. Lekas-lekas isterinya datang ke ruang tamu. Mung

Belajar tentang orang mati.

Berkesempatan pulang ke Melaka sekadar bercuti sehari untuk menghadiri majlis kenduri arwah. Biasanya sahabat karib ayah yang akan mengetuai majlis. Di kampungku, masing-masing adalah sahabat satu sama lain sejak dari waktu datuk lagi. Biasalah kalau pulang ke kampung, bertembung dengan rakan-rakan ayah, pasti ada cerita-cerita lama yang dikongsikannya denganku yang seusia dan ada yang lebih muda dariku. Sementara menunggu kehadiran jemputan, sempatlah bersembang-sembang dengan salah seorang saudaraku yang aku bahasakan sebagai 'abang'. Ceritanya menarik, tentang zaman murid-murid degil di sekolah. Degil dengan guru, degil dengan keluarga dan degil dengan sistem pendidikan, akhirnya degil dengan masyarakat. Namun, dalam kedegilan itu masih ada peluang dalam melentur mereka menjadi manusia yang hebat. Sebab itulah hanya manusia-manusia hebat sahaja yang layakmenjadi guru, bukan kerana pilihan terakhir. "Engkau bila habis belajar?" tanya Abang. "Insya Allah tahun h

Masing-masing kenalah ambil tahu

Sehari sebelum hujung minggu, aku dihubungi oleh abangku. "Sibuk tidak?" tanyanya "Kenapa?" "Esok, minta tolong sikit di kedai." ajaknya. Abangku dan isterinya akan membuka perniagaan mereka yang pertama dalam minggu ini. Memang semangat hendak berniaga sudah lama kelihatan dari gaya mereka berbual, awal-awal ia seperti interaksi bersifat berkongsi impian dengan orang lain. Semakin diceritakannya semakin bersemangat mereka. Alhamdulillah, hasrat mereka tercapai. Dalam sibuk-sibuk membantu, aku sempat mendengar cerita-cerita mereka tentang keusahawanan Melayu di Kuala Lumpur. Ketika itu kami sedang melintasi sebuah kedai menjual cermin mata di Gombak. Kakak iparku lantas menudingkan jarinya ke kedai itu, "Di situlah kakak buat cermin mata. Dapat harga murah. Kakak sempatlah tanyakan untuk perniagaan seperti ini berapa keuntungan sebulan? Pekerjanya cakap, untung bersih majikannya sahaja RM30,000" Amboi, besar benar nilai keuntungan tersebut kalau

Bukan hentam semberono

Kita mudah seronok apabila mempelajari sesuatu yang baru. Itulah intipati dalam proses pembelajaran dan hidup. Misalnya membaca akhbar, kita bukan membaca sekadara beritanya sahaja, boleh jadi gaya susun atur teksnya dan gambar memberi keseronokan dan pengetahuan yang memberi nilai tambahan dalam minda. Cubalah selak-selak akhbar dan majalah hari ini dan lihat mengapa satu-satu gambar dipilih menjadi gambar muka hadapan akhbar. Baru-baru ini ketika Pak Lah membuat lawatan ke Afrika, gambarnya membasuh tangan ketika sambutan air bersih dijadikan gambar muka hadapan. Apa yang menarik tentang Pak Lah membasuh tangannya, setiap orang membasuh tangan sepertinya. Tetapi bagi seorang pereka kreatif, mereka tahu apakah yang dimaksudkan dengan basuhan tangan pemimpin. Begitu juga apabila membaca berita dan rencana. Berapakah karakter (huruf dan ruang kosong) minima bagi kedua-dua jenis penulisan begitu? Mengapa demikian? Tidakkah boleh diubah? Kesemuanya ada alasan, bukannya hentam semberono, a

Seni Mengajar

Mengajar itu satu seni, bilang seorang pendidik. Komennya bercerita tentang seni dalam mengajar cukup menarik perhatianku untuk menulis sesuatu mengenainya hari ini. Katanya hari ini para pengajar digalakan untuk membantu alat bantu mengajar sebagai cara untuk menarik perhatian pelajar. sama ada ia benar-benar berkesan untuk setiap pelajar adalah sesuatu yang memerlukan pembuktian. Namun dalam kebanyakan keadaan ia memberi kemudahan dalam proses pendidikan. Bilang seorang pendidik, menarik atau menolak dalam proses mendidik pelajar pokok pangkalnya kembali kepada guru itu sendiri. Kita sebagai pelajar tahu siapakah pendidik yang bagus, sederhana dan kurang kualitinya. Cuba fikir-fikir, mungkin ada pengajar yang hanya duduk sahaja di mejanya, tanpa perlu bergerak, sekadar membuka mulutnya selama sejam dua puluh minit untuk mengajar. Jika ada dua orang pengajar melakukan perkara yang sama, boleh jadi pengajar yang pertama lebih menarik berbanding yang kedua. Begitu juga jika ada pengajar

Otak kiri Otak Kanan Mamak Restoran

Seawal jam tujuh pagi keluar ke kampus, masih ada satu jam lagi sebelum kelas bermula. Masakan tindak, dua hari lalu pensyarah membuat kejutannya sendiri dengan memanggil setiap pelajar membuat pembentangan tentang subjek psikologi personaliti, berkenaaan tentang gen D4DR, 'Morningness & Evengningness', neurotransmitter dan pelbagai perkara yang menyentuh tentang psikologi personaliti manusia. Apabila berada di dalam kelas ini, seolah-olah aku sedang menonton Motivasi Pagi TV3 dan mendengar Motivasi 5 Minit di Radio Nasional FM setiap jam 7.30 hari Isnin oleh Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Berkesempatan melihat gelagat manusia di pagi hari. Kasihan seorang makcik, ditegurnya oleh mandur kerana kerjanya yang tidak memuaskan hati. Boleh jadi sepanjang pagi sehinggalah petang, makcik ini hilang minat untuk bekerja. Siapa suka, dalam keadaan berjerebu, matahari tidak kelihatan, kesejukan awal pagi, anda ditengking sehingga kedengaran dari hujung jalan. Semalam pun cerita yang

Beurger King Muslim diperkenal

Beurger King Muslim diperkenal Berita Harian 4 Ogos 2005 PARIS: Industri makanan segera Perancis kini menyaksikan kehadiran ‘keluarga’ baru - BKM atau Beurger King Muslim yang selain menjadi saingan restoran Barat seperti McDonalds, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Quick, tetapi turut menjadi tarikan kepada masyarakat minoriti Muslim di negara itu. Malah, pekerja wanitanya turut kemas mengenakan tudung, berbeza daripada larangan memakai hijab yang dikenakan ke atas semua sekolah awam Perancis. Dengan penuh sopan, pekerja itu menyajikan burger - sesuatu yang tidak mungkin kelihatan di restoran saingan Quick atau pun McDonalds. Biarpun makanan segera Muslim berlambak di Perancis seperti kebab, namun Beurger King Muslim sebaliknya adalah yang pertama wujud dengan persekitaran menyamai restoran Barat dan popular di kalangan muda mudi Paris. – AFP Bukan saja makanannya unik, tetapi namanya itu dikatakan menyindir rangkaian restoran popular Amerika Syarikat (AS) dan perkataan ‘beur’ dalam ba

Kerana Cinta Makanan segera menjadi pilihan

Makanan segera atasi tekanan Berita Harian 27 Ogos 2005 LONDON: Satu pertiga remaja Britain mengakui mereka memilih makanan sebagai cara paling berkesan menenangkan diri kerana tekanan akibat masalah cinta yang disifatkan pakar boleh memberi kesan buruk ke atas fizikal dan menjejaskan mental seseorang. Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, Kumpulan Priory yang membantu mereka yang menghadapi masalah pemakanan, melakukan satu tinjauan ke atas 1,000 responden berusia 15-24 tahun yang mengalami masalah pemakanan yang buruk. Lebih 60 peratus responden mengakui berasa tenang apabila memakan coklat manakala 43 peratus lain berasakan perasaan sama dengan mengambil makanan segera. Perkembangan itu sebaliknya membimbangkan pakar yang risau dengan tabiat pemakanan remaja. Pakar itu turut memberi amaran, tindakan bergantung kepada makanan sebagai cara menenangkan diri, sebaliknya membawa kepada masalah lebih besar - pemakanan yang tidak betul. Lebih membimbangkan, pakar mendakwa tabiat p

Macam-Macam: Tangki air antara syarat mas kahwin

Macam-Macam: Tangki air antara syarat mas kahwin Petikan Berita Harian Rabu 27 Ogos 2005 BURAIDAH: Sebuah keluarga bijak mengambil peluang berikutan krisis air yang melanda Arab Saudi dengan meminta pihak lelaki menyediakan satu tangki air sebagai antara mas kahwin anak perempuan mereka. Akhbar Al-Watan melaporkan, pihak lelaki turut diminta menyediakan wang tunai 50, 000 riyal (RM50,000), perhiasan bernilai 70,000 riyal (RM70,000), kereta untuk bapa si perempuan sebagai hadiah sebagai mas kahwin. Lelaki berkenaan, bagaimanapun menerima semua syarat tetapi enggan menuruti syarat terakhir dan berkata, ia sesuatu yang tidak pernah dibuat sebelum ini. – Agensi

Rakyat Amerika makin kurang musuhi Islam

Berita Harian Khamis 28 Ogos 2005 Rakyat Amerika makin kurang musuhi Islam WASHINGTON: Satu tinjauan terbaru menunjukkan semakin kurang rakyat Amerika Syarikat (AS) berpendapat Islam lebih cenderung mencetuskan keganasan berbanding agama lain. Tinjauan Pusat Penyelidikan Pew dan Forum Mengenai Agama dan Kehidupan Rakyat diadakan selepas insiden letupan di London itu menunjukkan hanya satu pertiga atau 36 peratus percaya Islam berperanan membangkitkan keganasan berbanding 44 peratus yang berpendapat demikian dalam tinjauan pada Julai, 2003. “Ini mungkin menunjukkan pandangan negatif rakyat AS ke atas umat Islam yang ketara pada 2002 dan 2003 sudah mula berkurangan,” kata Andrew Kohut, Pengarah Pusat Penyelidikan Pew. Kajian itu turut mendapati siri letupan di London baru-baru ini tidak meninggalkan kesan ketara ke atas orang ramai mengenai penduduk Muslim AS atau pun Islam sendiri. Seramai 55 peratus mengakui yang mereka mempunyai pandangan positif terhadap warga Islam AS - angka sama d

Manusia makhluk asing?

Sembang-sembang pensyarah dalam kelasnya hari ini menimbulkan satu soalan yang diajukan kepada kami. Adakah kita makhluk asing di dunia ini? Terpinga-pinga kami mendengar soalan demikian. Namun maksud tersirat di sebalik soalan sebegitu sememangnya memberi kesan kepada kami untuk mengingatinya. Diajukan semula solan yang sama kepada beberapa pelajar yang lain, adakah manusia merupakan makhluk asing yang datang ke muka bumi ini. Ya dan tidak, itulah jawapan yang diberikan. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri apabila menjawab ya dan tidak terhadap soalan tersebut. Bagi mereka yang berkata ya, alasannya ialah kejadian manusia itu sendiri. Adam dan Hawa, pasangan manusia yang diciptakan Allah adalah penciptaan yang bukannya dari bumi. Sebaliknya kejadiannya di taman syurga sehinggalah ia diturunkan sebagai khalifah sebagaimana dikisahkan dalam Al Quran. Berbeza dengan penciptaan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang bermula dari planet yang kini dihuni lebih kurang enam bilion manusia. Nam

Peluang hadir dalam tindakan yang kecil

Dari pengamatanku seminggu dua, saya dapati antara cara hendak memudahkan kita untuk membina keyakinan diri dan mencipta peluang-peluang yang baru ialah dengan melatih diri dengan perkara-perkara kecil. Misalnya dalam seminggu lalu ada perkara-perkara yang kelihatan kecil tetapi impaknya memberi nilai motivasi yang menjadi pengajaran mendalam kepada diri. Satu berlaku di kelas sementara satu lagi ketika program Saudara Naim dalam ceramahnya Membina Karisma Dalam Kepimpinan. Dalam kelas pengajian Communication Reserah Method (CRM) Profesor Fazal Rahim Khan, pensyarah Pakistan yang secara peribadinya aku melihat sebagai jentera pemikir kewartawanan dan pakar dunia media Muslim-Barat bertanyakan kepada pelajar tentang peringkat-peringkat dalam membuat kaji selidik bagi tujuan akademik. Beliau menghilangkan salah satu langkah penting dalam proses membuat kaji selidik. Tawaran markah untuk jawapan yang tepat membuat ramai yang teruja. Maka ramai yang mencuba tapi majoriti tidak berjaya. Keb

`I love you' tidak akan dilupakan

Mencari motivasi cinta dari sebuah berita. Moga-moga kita tidak leka dalam memberi penghargaan terhadap sesiapa sahaja yang kita kenali dalam kehidupan ini. Boleh jadi rasa penghargaan dan kata-kata manis anda terhadanya adalah kata-kata yang terakhir yang terbaik untuk anda dari dirinya. `I love you' tidak akan dilupakan Petikan Berita Utusan Malaysia 31 Julai 2005 KUCHING 30 Julai - Warnidah Abdul Rahman, 32, isteri kepada mangsa terakhir yang ditemui terbunuh dalam nahas helikopter Bell 206 Long Ranger di Bukit Batu Tiban, Ulu Baleh, Kapit tidak akan melupakan ungkapan `I Love You' yang dilafazkan suaminya Sabtu lepas. Menurutnya, kata-kata itu dinyatakan ketika suaminya, Ramli Jamal menghubunginya pada pukul 11.50 pagi sebelum berangkat ke Long Singut bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sempadan. ``Itulah perkataan romantik terakhir yang saya dengar daripada suami saya sebelum dia meletakkan telefon,'' katanya di sini hari ini. Ramli, 35, merupakan kakitang