Langkau ke kandungan utama

Belajar tentang orang mati.

Berkesempatan pulang ke Melaka sekadar bercuti sehari untuk menghadiri majlis kenduri arwah. Biasanya sahabat karib ayah yang akan mengetuai majlis. Di kampungku, masing-masing adalah sahabat satu sama lain sejak dari waktu datuk lagi. Biasalah kalau pulang ke kampung, bertembung dengan rakan-rakan ayah, pasti ada cerita-cerita lama yang dikongsikannya denganku yang seusia dan ada yang lebih muda dariku.

Sementara menunggu kehadiran jemputan, sempatlah bersembang-sembang dengan salah seorang saudaraku yang aku bahasakan sebagai 'abang'. Ceritanya menarik, tentang zaman murid-murid degil di sekolah. Degil dengan guru, degil dengan keluarga dan degil dengan sistem pendidikan, akhirnya degil dengan masyarakat. Namun, dalam kedegilan itu masih ada peluang dalam melentur mereka menjadi manusia yang hebat. Sebab itulah hanya manusia-manusia hebat sahaja yang layakmenjadi guru, bukan kerana pilihan terakhir.

"Engkau bila habis belajar?" tanya Abang.
"Insya Allah tahun hadapan"
"Lambat pula engkau habis. Kakak engkau (merujuk kepada isterinya)masuk UKM sama tahun dengan engkau kan?"
"Memanglah, tapi sistem berbeza. Saya di UIA lima tahun setahun bahasa, empat tahun pengkhususan." terangku. Isu lewat habis memang satu topik popular dibincangkan setiap kali aku bertembung dnegan saudara maraku. Isterinya menyambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang sejarah melalui tiket perguruan.
"Merana kakak kau mengajar sekolah baru." keluhnya sambil geleng-geleng kepala.
"Kenapa pula?" soal cungkil rahsia.
"Kakak engkau mengajar sejarah dijawabnya budak-budak, "Cikgu, buat apa kita belajar tentang orang mati. Kita cerita tentang orang hidup sudahlah!" Rasa nak tukar sekolah saja..." jawabnya.

Amboi, hebat murid-murid sekarang dengan pemikiran logiknya. Tetapi tidak kena pada gaya. Cabaran menjadi guru makin sukar, untuk memenangkan hati seorang murid setinggi pinggang guru semakin hari semakin banyak karenah yang terpaksa dihadapnya. Tetapi masih ramai lagi yang bersedia memikul amanah mendidik rakyat, moga-moga niat baik mereka didukung bersama dengan kerjasama ibu bapa dengan memulakan pendidikan sebenar yang berakar dari ruymah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...