Langkau ke kandungan utama

`I love you' tidak akan dilupakan

Mencari motivasi cinta dari sebuah berita. Moga-moga kita tidak leka dalam memberi penghargaan terhadap sesiapa sahaja yang kita kenali dalam kehidupan ini. Boleh jadi rasa penghargaan dan kata-kata manis anda terhadanya adalah kata-kata yang terakhir yang terbaik untuk anda dari dirinya.

`I love you' tidak akan dilupakan
Petikan Berita Utusan Malaysia 31 Julai 2005

KUCHING 30 Julai - Warnidah Abdul Rahman, 32, isteri kepada mangsa terakhir yang ditemui terbunuh dalam nahas helikopter Bell 206 Long Ranger di Bukit Batu Tiban, Ulu Baleh, Kapit tidak akan melupakan ungkapan `I Love You' yang dilafazkan suaminya Sabtu lepas.

Menurutnya, kata-kata itu dinyatakan ketika suaminya, Ramli Jamal menghubunginya pada pukul 11.50 pagi sebelum berangkat ke Long Singut bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sempadan.

``Itulah perkataan romantik terakhir yang saya dengar daripada suami saya sebelum dia meletakkan telefon,'' katanya di sini hari ini.

Ramli, 35, merupakan kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) di Kuching yang sebelum ini dilaporkan hilang, ditemui mati oleh anggota mencari dan menyelamat (SAR) petang semalam.

Turut terkorban dalam nahas tersebut ialah juruterbang helikopter itu, Kapten Razali Sani, 48 dan anggota tentera dari Sembilan Briged Infantri, Empeni Anak Karong, 33.

Seorang lagi penumpang Razali Hasan yang juga merupakan petugas Jupem ditemui selamat dan mengalami beberapa kecederaan.

Menurut Warnidah, kali terakhir dia menemui suaminya ialah pada hari Selasa (19 Julai) sebelum dia pergi ke pejabatnya dan seterusnya berlepas ke kawasan sempadan.

Katanya, dalam perbualan telefon itu suaminya turut memaklumkan bahawa beliau akan pulang ke Kuching pada 30 Julai (hari ini) selepas kerja-kerja di kawasan sempadan selesai.

Menurutnya, sebelum berangkat suaminya ada memberitahu rakan-rakannya dia agak keberatan untuk pergi sebab terpaksa naik helikopter Hornbill Skyways.

``Dia masih teringat tragedi helikopter itu yang terhempas di Bario tahun lepas tetapi disebabkan tugas dia terpaksa pergi,'' katanya.

Warnidah yang kelihatan tenang sepanjang perbualan dengan wartawan berkata, berita mengenai kematian Ramli disampaikan oleh dua orang pegawai Jupem yang datang ke rumahnya pada pukul 9 pagi ini.

``Memanglah sedih tapi saya pasrah dan kuatkan semangat untuk terima apa yang telah takdirkan,'' katanya.

Ditanya reaksi tiga anaknya Nadia, 9; Fadzli, 7 dan Faiz, 5, terhadap berita kematian bapa mereka, Warnidah berkata, mereka belum mengerti apa yang terjadi tetapi kerap bertanya mengenai Ramli.

Allahyarham yang bertugas hampir 15 tahun dengan Jupem, sebelum ini merupakan petugas di bahagian tugas-tugas luar sebelum bertukar di ibu pejabat sebagai pemandu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...