Jumaat, November 18, 2011

Kursus Penulisan promosi kolej-kolej komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi






Berkat didikan Puan Ainon Mohd. pada tahun 2005, Buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas telah digunakan berkali-kali sebagai modul penulisan bagi keperluan organisasi. Ia diterbitkan pada tahun 2006.

Dengan izin Allah, kursus penulisan FINE Academy telah dianjurkan sebagai persediaan kepada perancangan media dan promosi kolej komuniti, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi.

Ia melibatkan sebahagian zon-zon yang mewakili kolej-kolej komuniti dari seluruh semenanjung dan Sabah serta Sarawak.

Kursus ini bagi menggerakkan usaha memperkenalkan kolej komuniti kepada khalayak pada tahun 2012.







Beberapa rancangan juga disusun bagi menggerakkan bengkel-bengkel penulisan mengikut negeri dan pada masa sama menggerakkan bengkel-bengkel berkaitan.

Bagi mendorong usaha memperkenalkan organisasi kepada khalayak, bengkel dapat diadakan di ruang keselesaan Tuan dan Cik Puan. Hubungi zamrimohamad@gmail.com

Selasa, November 15, 2011

Kursus Kreativiti dan Inovasi JAWI dimensi baru


Bengkel Kreativiti dan Inovasi,  Komunikasi Dakwah dianjurkan oleh JAWI. Bengkel ini bertujuan menilai, menyusun dan mengganda semula aktiviti dakwah berteraskan inovasi dan kreativiti. Trainer Zamri Mohamad dan Tuan Yusry Yusopp mengendalikan sesi berikut;


(1) Langkah Awal Langkah Daie
(2) Membina Komunikasi Kreativiti Dakwah
(3) Membina Kecantikan Sosial Media
(4) Peta Pemikiran Kreatif
(5) Analisa Kes Dakwah bersama Tuan Yusry Yusopp dari tim kajian hadis.

Kami sedang melihat keperluan lebih jauh kepada organisasi dakwah di seluruh negara melalui pembangunan kursus pada tahun hadapan seperti berikut;

(1) Kursus penceramah berpengaruh menggunakan kaedah CAT
(2) Kempen dakwah melalui psikologi pelanggan
(3) Viral Dakwah melalui media sosial
(4) Kit Dakwah untuk Daie menggunakan Enam Topi Kreatif

Semoga Allah permudahkan usaha-usaha ini.



---


ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis buku dan pengasas kursuspenulisan.com . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.


Isnin, November 14, 2011

Eksklusif POPULAR | Cinta Meraikan Kasih di Langit Syurga




"Kuntuman cinta luar biasa sedang mekar dalam hati insan yang saling merindui. Diriku dan dirimu."
Sang Roman Pencinta Agung

Cinta, Meraikan kasih di langit syurga (hardcover) terbitan PTS, edaran eksklusif POPULAR

Cinta itu cerita

Ke mana cinta Adam dibawa pergi? Bagaimana pula rindu Hawa akan disulamkan dalam hati? Semurni mutiara kasih Khadijah, loretan pelangi kasih Muhammad. Dalam bicara Aisyah diselitkan melodi rindu kepada kekasih langit dan bumi.

Cinta itu aku

Mereka mencorak cerita cinta yang diredai di dunia dan diraikan di langit syurga. Wajah cinta mereka menjadi wajah cinta kita.

Dalam harapan, percayalah ia dapat ditunaikan.

Cinta itu dia

Ketahuilah, pada matamu ada ketabahan Khadijah, kelembutan Hawa dan kesetiaan Aisyah. Teradun dalam resipi bahagia, dikutip dari sejarah dan dicipta dari kehidupanmu hari ini.

Terselaklah satu persatu tip pesona cinta abadi. Melentur hati si dia biar sayang terus mekar dalam setia. Mencambah berkat dalam perjalanan kita bersama.

Buat sang pencari dia mahu memiliki. Buat yang memiliki, dia mahu kekal dalam pasti.

Buku ini memberi langkah hidup penuh cinta yang dihargai.

Cinta bahasa syurga dua dunia


Ahad, November 13, 2011

Tip kursuspenulisan.com | Rahsia Menambat Hati Pelanggan

Hari ini mengikuti bicara buku penulis tempatan, Mohd Fathuallah di MPH Wangsa Maju. Beliau berbicara mengenai buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan terbitan Truewealth.





Bagaimana penulis ini menambat hati pendengar sehingga ke akhir program.

Beliau menumpukan isi presentasi dengan memecahkan isi kepada empat perkara iaitu berkaitan bisnes, pemasaran, jualan dan dorongan jualan. Mengulang semula di akhir presentasi adalah pendekatan pasak ingatan hadirin yang dilakukan.

Kekuatan beliau adalah ketika sesi soal jawab. Inilah kekuatan yang paling jelas selepas presentasinya. Kemampuan soal jawab ini diisi dalam empat keadaan.

Pertama, mengulang soalan sebagai kaedah mengesahkan semula soalan yang diajukan penonton.

Kedua, menggunakan representasi simbol menggantikan perkataan dalam menjelaskan perbandingan.

Ketiga, mengangkat jenama bisnes pelanggan yang juga hadirin program dalam sesi soalan. Beliau menulis nama perniagaan dan menjadikan pengaju soalan diikat mengikuti dan pada masa sama menjadi promosi kepada pengaju soalan sendiri.

Keempat, kemampuan menjalinkan soalan dengan maklumat yang relevan melalui fakta yang jelas dan padat. Lontaran balas yang energetik sifatnya.

Saranan kursuspenulisan.com | Berbaloi mengikuti bicara buku penulis ini dan momentum dapat kita perolehi melalui sesi soal jawab.


---


ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis buku dan pengasas kursuspenulisan.com . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.

Rabu, November 09, 2011

Tip kursus penulisan | Meminta Bantuan dari Langit


Tip kursuspenulisan.com

Cabaran penulis adalah mengekalkan kehambaan apabila menulis. Semakin diberi Allah ilmu dalam subjek itu meningkatkan tahu.

Kemudian semakin diuji sama ada kita mudah meluncur kata, "Oh itu saya sudah tahu!" dan "Eh, itu pun awak tidak tahu."

Benarlah kata Dr A'idh Al Qarni  di dalam buku Jadilah Pemuda Kahfi, halaman 68, "Bermunajat iaitu menyeru kepada Allah dengan suara yang perlahan agar Allah membantu,".

Jihad menjaga hati agar kekal dalam zon hamba.



---


ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis buku dan pengasas kursuspenulisan.com . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.




Berita Harian Singapura | Inovasi Kedai Mamak


Petikan pandangan Berita Harian Singapura 

Ketahanan dan inovasi kedai mamak
Oleh Shaik Kadir Shaik Maideen



Siapa tidak tahu Mustafa Centre di Little India.

Ia merupakan sebuah jenama terkenal di Singapura dan kebanggaan kaum India. Namanya mengharum di India Selatan sehingga sejauh Afrika Selatan.

Pusat beli-belah ini bak gedung serba-serbi - daripada rempah-ratus sehingga alatan elektronik. Beroperasi 24 jam sehari.

Mustafa, nama pengasas pusat beli-belah ini, memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan: bermula sebagai sebuah kedai mamak (yang bermakna pak cik dalam bahasa Tamil) yang kecil. Ketika itu ia hanya setakat tempat tumpuan kaum India Muslim di sini mendapatkan keperluan mereka.

Namun, hasil semangat inovasi dan ketekunannya, Mustafa menjadi gedung besar serbaneka - maju dan berkembang menjadi sebuah perusahaan yang gah hari ini.

Baru-baru ini, nama Mustafa disebut-sebut kerana sebab yang kurang elok - melanggar undang-undang keselamatan pelanggannya. Semoga pengalaman perit ini merubah caranya agar lebih baik.

Selain Mustafa, terdapat banyak kedai orang India Selatan Muslim yang menjalankan perniagaan khusus seperti menjual alat tulis, buku dan kain di Bras Basah Complex dan Little India, selain restoran-restoran nasi beriani dan martabak di sekitar kawasan Masjid Sultan.

Difahamkan banyak lagi perniagaan sedemikian pada masa lalu. Namun, banyak yang telah gulung tikar perlahan-lahan kerana tidak terdaya menghadapi saingan dalam dunia perniagaan moden. Ada pula pemiliknya sudah berumur dan balik kampung di India dan tidak pulang lagi.

Selain runcit, kedai atau gerai yang dikendalikan oleh seorang dua India Muslim memiliki tukikan dalam bidang yang paling digemari orang Singapura - makanan, seperti roti perata, mi goreng dan rojak. Kedai makanan sedemikian tidak terdapat di India Selatan, tetapi hanya di Asia Tenggara. Ini menunjukkan inovasi dalam tukikan niaga makanan dan minuman kaum India Muslim di Singapura dan Malaysia.

Kini roti perata dalam pelbagai bentuk dan perisa - sekadar 'kosong' saja atau berkeju, jem, halia dan sebagainya.

Rojak India merupakan adunan rojak Melayu dan rojak Cina serta inovasi orang India. Bahan-bahannya meliputi kentang, sotong, tauhu, tempe, telur dan bahan-bahan lain, termasuk ketam dengan tambahan hirisan timun. Kuahnya merupakan resipi 'rahsia' - boleh membuat orang Singapura meleleh air liur.

Rojak India dan Mi Maidin (mi berkuah yang menyaingi mi rebus buatan orang Melayu) pun tidak terdapat di India Selatan.

Malangnya, makanan terkenal ini tiba-tiba dijauhi ramai orang pada April tahun lalu ekoran kes keracunan dari gerai rojak India di pasar sementara Geylang Serai.

Kekuatan kedai mamak runcit atau disebut kedai kaka ialah pada usaha menjual apa saja - daripada gula-gula, rokok hingga kepada sabun dan syampu. Semuanya disusun rapi.

Pekedai mamak lazimnya tahan mata - berjaga dari pagi sehingga malam. Mereka terdapat di kawasan bandar dan Chinatown oleh kerana kedai-kedai moden seperti sekarang belum lagi bercambah.

Malah, ada orang kata, seorang India Muslim pantang melihat sebuah tembok yang kosong. Pasti dia akan membuka kedai kaka di situ.

Bagaimanapun, pembangunan dan kemunculan banyak kedai runcit sepanjang dua dekad lalu telah menjejas kedai-kedai mamak yang inovatif ini. Banyak 'kedai tembok' ini yang dibuka oleh orang India Muslim ditutup buat selama-lamanya. Segelintir saja yang bertahan, masih dibuka.

Nampaknya, daya inovatif saja tidak memadai pada hari ini. Soal kebersihan, keselamatan dan paparan produk dengan menarik menentukan jatuh bangun niaga.

Terbitan PTS Professional


Jelaslah, golongan peniaga India Muslim ini masih mengekalkan semangat inovasi mereka. Itu sesuatu yang amat baik dan merupakan rencah utama perniagaan mamak yang boleh kita pelajari.


Selasa, November 08, 2011

Tip kursuspenulisan.com | 'Buncit' karya, 'kurus' cerita


Catatan tim kursuspenulisan.com

Antara risiko penulis menulis dalam banyak tajuk pelbagai genre tanpa merancang siri setiap satu sebelum melompat adalah meletakkan editor dalam situasi 'diserang'.

Apa yang mesti dijawab oleh editor jika komponen pemasaran dan jualan bertanya dalam mesyuarat bagaimana mahu menjenamakan penulis kedai runcit? 

Kesan amalan penulis kedai runcit.
  • Penulis kedai runcit tidak ada peruntukan bajet marketing daripada penerbit
  • Penulis kedai runcit tidak ada promosi khusus meskipun judul bukunya banyak.
  • Penulis kedai runcit tergantung dalam rancangan editorial kerana road map tidak jelas.

Ini juga mendorong situasi stress editor dan kurang bersemangat membangunkan jenama penulis tanpa rancangan 'parit'.

---

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis buku dan pengasas kursuspenulisan.com . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.


Lelaki itu menghampiri. Kemudian jarinya....


Satu persatu halaman dibelek dan dibaca dengan teruja. Penulisnya masih muda, belum berumahtangga. Kisah cinta suami isteri dipaparkan dengan sebegitu visual sekali. Lalu menjadikan novel itu sangat real sifatnya. Membuat pembaca dan watak menjadi satu.

"Lalu dia memegang...."

"Dia menghampiri rapat, kemudian...."

"Jari jemarinya me..."

Mentor penulisan kami memberitahu ada risiko besar kepada penulis apabila menulis novel cinta yang mempunyai adegan mesra dan intim (bersifat dalaman) suami isteri yang memberi imaginasi 'seksual ringan' kepada pembacanya. Novel sebegini juga dikenali sebagai novel cabul. 

Risikonya adalah

  • Kecantikan sosial penulis terjejas dalam jangka masa panjang
  • Kepada perempuan yang belum berkahwin, menulis cerita sebegini menjauhkan lelaki yang baik-baik sebagai suami. 
  • Orang percaya apa yang ditulis itulah dirinya.



---

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis buku dan pengasas kursuspenulisan.com . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.



Lelaki kecil, lelaki besar dan timbang ikhlas



30 Strategi Membina Pengaruh terbitan PTS


Dua orang lelaki berbual mengenai niat ikhlas. Seorang lelaki bertubuh kecil dan seorang lagi bertubuh besar.

Kata lelaki bertubuh kecil, "Sekarang ini tujuan jadi penulis pun bisa dipersoalkan."

Bertanya lelaki bertubuh besar, "Mengapa begitu?"

Kata lelaki bertubuh  kecil, "Lihat, mahu jadi penulis kemudian mahu dikenali. Mahu dirai-rai dalam majlis. Bina populariti dengan ilmu."

Bertanya lelaki bertubuh  besar, "Maka penulis itu tidak ikhlas?"

Balas lelaki bertubuh  kecil, "Ya benar. Bukan sahaja penulis sekarang tidak seikhlas penulis dahulu. Malah dalam hal lain pun sama juga. Hari raya aidil adha lalu, seorang kaya mengorbankan sepuluh ekor lembu. Itu pun tak nampak ikhlasnya. Jika ada gadis mula bertudung, apabila orang puji-puji sudah suka."

Lelaki besar bertubuh  besar menggaru kepala dan diam.

Bertanya lelaki bertubuh kecil, "Kenapa kamu diam?"

Balas lelaki bertubuh  besar, "Ikhlas adalah perbualan yang tidak ada noktah. Kerana jawapan itu antara dia dan tuhan. Kerana mempersoalkan ikhlas, akhirnya orang yang menerima rugi."

Bertanya lelaki bertubuh kecil, "Apa maksud kamu orang lain yang rugi, sedangkan dia seorang sahaja begitu?"

Jawab lelaki bertubuh besar, "Apabila si kaya dipersoalkan keikhlasan, lalu dia tidak mengorbankan sepuluh ekor lembu, berapa ramai orang miskin yang tidak dapat merasa daging korban lalu hilang bahagian nikmat mereka?"

Lelaki bertubuh kecil diam.

Jawab lelaki bertubuh besar lagi, "Apabila kerja penulis berkarya dipersoal niat ikhlasnya, lalu dia berhenti berkarya. Berapa ramai pembaca hilang manfaat yang dapat dimiliki dengan membacanya? Kemudian mereka beralih kepada penulis karya khayal yang membuat mereka seronok tetapi tidak berkembang."

Lelaki bertubuh kecil diam.

Jawab lelaki bertubuh besar lagi, "Apabila si gadis mula bertudung dan dipersoal niat ikhlasnya, lalu gugur terujanya mahu menjadi sebahagian daripada kebaikan. Berapa ramai gadis yang baru mahu mula bertudung dan mendapat keberanian melalui keberanian wanita itu akan menangguhkan kebaikan? Satu sebabnya kerana kita..."

"Mempersoalkan niat ikhlas yang tidak dapat diukur dengan mata. Menjadi hakim kepada niat, maka jatuhlah hukum tanpa bukti." balas lelaki bertubuh kecil.


---

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis buku dan pengasas kursuspenulisan.com . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.

Ahad, November 06, 2011

Tokoh Haji, 85 dan 1000 kilometer


Seorang kanak-kanak datang menghampirkan diri kepada seorang lelaki berserban yang sedang mengemaskan ikatan pada lembu di tiang bersebelahan masjid.

Kanak-kanak itu bertanya kepada lelaki berserban, "Kenapa menyembelih haiwan korban dianggap mendekati Allah?"

Lelaki berserban menjawab, "Nabi Ibrahim tokoh haji sepanjang zaman. Hidupnya diuji lagi dan lagi. Pada usia 85 tahun, Allah memerintahkan nabi berhijrah melalui lebih 1000 kilometer menuju ke lembah batu tanpa sumber air dinamakan Mekah."

"Mengapa ibadah korban ini dikatakan menghampiri Allah kerana..." jawab lelaki berserban itu satu persatu-satu.

Pertama

Apa sahaja amalan yang dilakukan oleh para nabi adalah amalan yang mendekatkan kita kepada Allah. Maka apabila kita melakukan apa yang nabi lakukan maka kita menghampiri Allah.

Kedua 

Daging korban diagihkan 1/3 kepada jiran, 1/3 kepada keluarga yang berkorban dan 1/3 diberikan kepada fakir miskin. Maka secara langsung kita mengagihkan kegembiraan dan merapatkan hubungan.

Ketiga

Amalan korban ini sebenarnya sudah lama bermula sejak peristiwa Habil dan Qabil. Apabila Allah memerintahkan mereka memberi hasil terbaik daripada mereka sebagai korban.

Keempat

Kita tahu bahawa bahagian korban berharga beratus ringgit. Maka ia mendorong kita membuat pelan kewangan dalam membuat kebaikan.


Kelima

Ia seperti satu sindiran kepada manusia. Sedangkan haiwan yang tidak ada akal ini boleh patuh kepada perintah Allah, bagaimana pula dengan manusia yang berakal?

Sabtu, November 05, 2011

Kursus Ideator Kreativiti Inovasi JPA

Kami berada di atas bukit Cheringin bersama 25 orang peserta terdiri daripada para pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari Putrajaya, Intan Kedah dan JPA Cyberjaya. Ini adalah bengkel kali ketiga diadakan bersama-sama JPA. Sebelum ini kursus kreativiti dan inovasi diadakan di Putrajaya melibatkan para pegawai tinggi dan kemudian diikuti oleh kumpulan kakitangan cemerlang. Kali ini kami bersama FINE Academy Training bagi menjayakan usaha ini.






Kali ini kita bertemu kembali. Mencari, membongkar dan mengaplikasi kreativiti dan inovasi dalam kerjaya dan kehidupan.

Memulakan bengkel pada petang itu, saya bertanya kepada mereka, "Adakah Tuan dan Cik Puan percaya bahawa kita kreatif?"






Satu persatu latihan mendedahkan tahap kreativiti mereka dan meletakkan mereka dari aspek sedar kepada tahu. Sedar yakni mereka kini bersetuju bahawa mereka kreatif. Tahu bermaksud mereka tahu bagaimana meningkatkan daya kreativiti mereka.

Kreativiti berganding bersama inovasi. Idea yang dicetuskan adalah baik dan hanya berguna apabila dapat digunakan oleh pencetus dan mereka di sekeliling. Banyak idea yang bagus kekal menjadi idea tanpa memberi kesan kepada orang ramai apabila ia tidak dialihkan kepada kumpulan lebih besar.






Kursus dua hari ini dikendalikan bersama-sama Tuan Iskandar Syah (Pengasas Red Bubbes). Kaedah mengurus persepsi, menyelesaikan masalah dan mengurus stress secara kreatif telah dialihkan kepada para peserta.

Tuan Iskandar memperkenalkan pejabat sebagai gym mengurus stres kepada para peserta. Apa sahaja alatan yang berada di pejabat yang dilihat sebagai pemudah tugas sebenarnya bahan yang sama yang dapat meredakan stress di tempat kerja.




Ini adalah salah satu cara mengendurkan situasi tekanan dan mengelakkan daripada konflik tidak perlu yang tercetus secara tidak sengaja di pejabat.

---

Bagi jemputan mengendalikan bengkel kreativiti dan inovasi di organisasi, emelkan ke zamrimohamad@gmail.com

Kursus Penulisan | Menjadi Penulis Bestseller Gaya Andrew Matthews



Andrew Matthews ke PTS semalam dan berkesempatan memberi previu selama setengah jam. Rakan editor yang menghadiri dan berbual dengan beliau secara personal mendapat beberapa mutiara pengalaman beliau sebagai penulis bestseller.

Kredit foto Puan Ainon Mohd
  • Sebagaimana penulis lain, beliau juga pernah ditolak oleh penerbit di negaranya sendiri, Australia. Akhirnya beliau menerbitkan di Singapura dan buku Happiness Now meletup menjadi bestseller di dalam dan di luar Singapura. 

  • Ini menjawab persoalan saya minggu lalu mengapa semakin ramai penulis Singapura mempunyai literary agent dari Amerikan dan UK yang membawa karya mereka ke luar negara. 

  • Isterinya adalah pengurus kerjaya beliau dari aspek penerbitan buku dan professional speaker.
  • Mempunyai buku yang spesifik dalam bidangnya menjadikan beliau dikenali. 

  • Falsafah penulisan beliau, menulis kepada orang biasa dengan bahasa yang biasa.
  • Beliau antara yang berjaya memisahkan kekangan satu bakat untuk satu perkara sahaja. Latar beliau lebih bersifat kartunis sifatnya, tetapi menggabungkan satu lagi elemen yang dapat menembusi pasaran umum dan korporat. Iaitu professional speaking dan lukisan sebagai bahan modulnya. 

  • Dari aspek personaliti,  beliau adalah individu yang merendah diri dan selalu merasakan orang lain lebih hebat dan lebih berjaya daripadanya. 
  • Beliau suka sambal petai.

Merancang kejayaan penulis gaya Andrew Matthew. 


Zamri Mohamad merupakan penulis 20 buah buku sehingga tahun 2011, trainer dan penggerak kursuspenulisan.com bagi mendorong angan-angan penulisan kita menjadi realiti. Sertai dengan melayari laman web atau emel zamrimohamad@gmail.com