Langkau ke kandungan utama

Kursus Ideator Kreativiti Inovasi JPA

Kami berada di atas bukit Cheringin bersama 25 orang peserta terdiri daripada para pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari Putrajaya, Intan Kedah dan JPA Cyberjaya. Ini adalah bengkel kali ketiga diadakan bersama-sama JPA. Sebelum ini kursus kreativiti dan inovasi diadakan di Putrajaya melibatkan para pegawai tinggi dan kemudian diikuti oleh kumpulan kakitangan cemerlang. Kali ini kami bersama FINE Academy Training bagi menjayakan usaha ini.






Kali ini kita bertemu kembali. Mencari, membongkar dan mengaplikasi kreativiti dan inovasi dalam kerjaya dan kehidupan.

Memulakan bengkel pada petang itu, saya bertanya kepada mereka, "Adakah Tuan dan Cik Puan percaya bahawa kita kreatif?"






Satu persatu latihan mendedahkan tahap kreativiti mereka dan meletakkan mereka dari aspek sedar kepada tahu. Sedar yakni mereka kini bersetuju bahawa mereka kreatif. Tahu bermaksud mereka tahu bagaimana meningkatkan daya kreativiti mereka.

Kreativiti berganding bersama inovasi. Idea yang dicetuskan adalah baik dan hanya berguna apabila dapat digunakan oleh pencetus dan mereka di sekeliling. Banyak idea yang bagus kekal menjadi idea tanpa memberi kesan kepada orang ramai apabila ia tidak dialihkan kepada kumpulan lebih besar.






Kursus dua hari ini dikendalikan bersama-sama Tuan Iskandar Syah (Pengasas Red Bubbes). Kaedah mengurus persepsi, menyelesaikan masalah dan mengurus stress secara kreatif telah dialihkan kepada para peserta.

Tuan Iskandar memperkenalkan pejabat sebagai gym mengurus stres kepada para peserta. Apa sahaja alatan yang berada di pejabat yang dilihat sebagai pemudah tugas sebenarnya bahan yang sama yang dapat meredakan stress di tempat kerja.




Ini adalah salah satu cara mengendurkan situasi tekanan dan mengelakkan daripada konflik tidak perlu yang tercetus secara tidak sengaja di pejabat.

---

Bagi jemputan mengendalikan bengkel kreativiti dan inovasi di organisasi, emelkan ke zamrimohamad@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...