Langkau ke kandungan utama

Lelaki kecil, lelaki besar dan timbang ikhlas



30 Strategi Membina Pengaruh terbitan PTS


Dua orang lelaki berbual mengenai niat ikhlas. Seorang lelaki bertubuh kecil dan seorang lagi bertubuh besar.

Kata lelaki bertubuh kecil, "Sekarang ini tujuan jadi penulis pun bisa dipersoalkan."

Bertanya lelaki bertubuh besar, "Mengapa begitu?"

Kata lelaki bertubuh  kecil, "Lihat, mahu jadi penulis kemudian mahu dikenali. Mahu dirai-rai dalam majlis. Bina populariti dengan ilmu."

Bertanya lelaki bertubuh  besar, "Maka penulis itu tidak ikhlas?"

Balas lelaki bertubuh  kecil, "Ya benar. Bukan sahaja penulis sekarang tidak seikhlas penulis dahulu. Malah dalam hal lain pun sama juga. Hari raya aidil adha lalu, seorang kaya mengorbankan sepuluh ekor lembu. Itu pun tak nampak ikhlasnya. Jika ada gadis mula bertudung, apabila orang puji-puji sudah suka."

Lelaki besar bertubuh  besar menggaru kepala dan diam.

Bertanya lelaki bertubuh kecil, "Kenapa kamu diam?"

Balas lelaki bertubuh  besar, "Ikhlas adalah perbualan yang tidak ada noktah. Kerana jawapan itu antara dia dan tuhan. Kerana mempersoalkan ikhlas, akhirnya orang yang menerima rugi."

Bertanya lelaki bertubuh kecil, "Apa maksud kamu orang lain yang rugi, sedangkan dia seorang sahaja begitu?"

Jawab lelaki bertubuh besar, "Apabila si kaya dipersoalkan keikhlasan, lalu dia tidak mengorbankan sepuluh ekor lembu, berapa ramai orang miskin yang tidak dapat merasa daging korban lalu hilang bahagian nikmat mereka?"

Lelaki bertubuh kecil diam.

Jawab lelaki bertubuh besar lagi, "Apabila kerja penulis berkarya dipersoal niat ikhlasnya, lalu dia berhenti berkarya. Berapa ramai pembaca hilang manfaat yang dapat dimiliki dengan membacanya? Kemudian mereka beralih kepada penulis karya khayal yang membuat mereka seronok tetapi tidak berkembang."

Lelaki bertubuh kecil diam.

Jawab lelaki bertubuh besar lagi, "Apabila si gadis mula bertudung dan dipersoal niat ikhlasnya, lalu gugur terujanya mahu menjadi sebahagian daripada kebaikan. Berapa ramai gadis yang baru mahu mula bertudung dan mendapat keberanian melalui keberanian wanita itu akan menangguhkan kebaikan? Satu sebabnya kerana kita..."

"Mempersoalkan niat ikhlas yang tidak dapat diukur dengan mata. Menjadi hakim kepada niat, maka jatuhlah hukum tanpa bukti." balas lelaki bertubuh kecil.


---

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis buku dan pengasas kursuspenulisan.com . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...