Isnin, Ogos 31, 2009

Apa yang adik kecilku baca nanti?



Apakah bacaan bulan Ramadan dan bacaan Syawal yang dapat kita hadiahkan kepada adik kecil, anak buah dan anak-anak kecil di rumah sepanjang bulan puasa dan menjelang Syawal ini.

Pastinya sesuatu yang memberi nilai tambah yang mendidik dan menghiburkan sepanjang kedua-dua bulan ini. Bulan yang menjadi keseronokan kepada anak-anak kecil dan menjadi bulan-bulan yang ditunggu-tunggu menjelang usia dewasa mereka.

Pengisian mengenai keindahan Ramadan dan Syawal yang menyeronokan. Koleksi cerita penuh kenangan mengenai keluarga dan harapan keceriaan dalam hati yang akan sentiasa subur. Semuanya menjadi pakej lengkap dalam satu hadiah istimewa buat mereka. PTS One memperkenalkan Remaja@ptsone 2009. Bakal berada di kedai-kedai buku seluruh negara menjelang Ramadan ini.

Boleh jadi, ia dapat menjadi hadiah galakan buat anak-anak yang baru pertama kali berpuasa.


-----


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Seni menulis rencana yang berpengaruh (2)

Dalam bengkel penulisan rencana kendalian wartawan NSTP diberikan tip-tip berikut.

  • General Features atau rencana umum terdiri daripada pelbagai kategori seperti isu, trend, cara hidup dan cerita-cerita yang menarik perhatian manusia.
  • Sebagai contoh, rencana isu melibatkan peristiwa seperti serangan virus H1N1, jerebu dan kemalangan jalanraya. Ia adalah sesuatu yang menjadi paparan utama akhbar dan kerap menjadi berita hadapan yang dipanjangkan melalui siri berita dan rencana.
  • Rencana trend melibatkan aktiviti yang menjadi ikutan ramai seperti kitar semula dan seumpamanya.

------
  • Adakah entri ini bermanfaat kepada saudara? Jika ya forward atau sebarkan pada rakan-rakan di emel.
  • Dapatkan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas di sini

--------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ahad, Ogos 30, 2009

Seni menulis rencana yang berpengaruh (1)

Dalam bengkel penulisan rencana kendalian wartawan NSTP diberikan tip-tip berikut.

  • Penulisan rencana adalah cara kita mengembangkan sebuah berita menjadi sebuah cerita yang lebih panjang yang mempunyai perkara baru. Penulis membuat analisa terhadap berita dari pelbagai sudut.
  • Rencana mengandungi suara orang ramai dan pandangan peribadi.
  • Rencana terdiri daripada pelbagai kategori iaitu rencana umum, ulasan, temubual dan cerita perjalanan.

------
  • Adakah entri ini bermanfaat kepada saudara? Jika ya forward atau sebarkan pada rakan-rakan di emel.
  • Dapatkan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas di sini

--------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sabtu, Ogos 29, 2009

Diari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 | 19 - 28 Mac 2010

Senarai buku sempena Diari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 daripada 19 hingga 28 Mac 2010 di gerai PTS Publication and Distributor. Semak senarai ini dari masa ke semasa. PBAKL 2010 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC.

Kategori Bisnes
Rahsia Bisnes Mamak

Kategori Buku Pengurusan dan Motivasi Kerja
Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart
Mengurus Konflik Gaya Streetsmart

Kategori Buku Pengurusan Diri

Kategori Buku Kerjaya Penulisan
Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas
Tip Menjadi Penulis Bestseller

Kategori Buku Pemasaran Internet Internet Marketing
Internet Marketing untuk Bisnes Kecil
Buat Duit dengan YouTube

Kategori Buku Novel Remaja
Geng Genius Misteri Luqman

Kategori Perhubungan dan cinta Islam Kontemporari
Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
Memahami Bahasa Cinta Lelaki
77 Tip Melembutkan Hati Lelaki
Magnet Cinta

--------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Isnin, Ogos 24, 2009

Makan ramai-ramai atau makan seorang diri











Tuan Mohd Hamizal, Retail Executive MPH One Utama mengorbankan waktu selepas kerja jam 6 petang untuk melayan para penulis. Menemani kami berbuka dan mengimamkan kami dalam solat Maghrib berjemaah.

Terima kasih kepada rakan Facebook dan tim PTS yang hadir dalam majlis sebentar tadi.

Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dalam program kemerdekaan anjuran PTS sejak 2007. Ia bermula dengan sesi fotografi dalam majalah Quil pada tahun 2007, bicara buku dalam dua minggu berturut-turut pada tahun 2008 dan hari ini, majlis berbuka puasa bersama pembaca dan penulis di Book Cafe, MPH One Utama.


Melihat buku-buku dalam bahasa Melayu disusun dalam keadaan yang tidak difikirkan oleh penulis-penulis tempatan sebelum ini, menjadikan kami semakin bulat hati menghasilkan karya yang bermutu dan mempunyai satu tujuan yang jelas, meningkatkan dan memandaikan bangsa (dan diri) melalui ilmu yang berkualiti.

Tugas para penulis adalah menulis. Itu adalah kerja sepanjang hayat. Saya ingin memetik sejarah perjalanan buku-buku dalam Bahasa Melayu dan bagaimana ia berada dalam kedudukan yang memerlukan kita semua memperjuangkan secara konsisten dan berterusan.

----

Siapa yang masih berkata kumpulan elit Melayu tidak membaca buku-buku Melayu?

Sebenarnya, orang Melayu yang tidak sudi hendak membeli dan membaca buku-buku Melayu adalah terdiri daripada golongan yang tidak suka pergi ke kedai buku, tidak membeli buku, apatah lagi membaca buku! Kota Putrajaya adalah bandar kelas menengah Melayu.

Jika tuan-tuan pergi ke Putrajaya, singgahlah ke kompleks membeli-belah Alamanda. Di situ ada kedai buku MPH yang mempamerkan banyak judul-judul Melayu. Malah MPH Alamanda mempamerkan 80% judul Melayu manakala judul Inggeris 20% sahaja.

Keadaan begini tidak pernah terbayangkan oleh para pejuang buku Melayu.
Di kompleks membeli-belah No.1 besar di Malaysia, yakni di Midvalley Kuala Lumpur, ada sebuah kedai buku MPH. Ia adalah kedai MPH yang paling besar.

Dulu-dulu sebuah buku Melayu pun tidak terdapat di dalamnya.
Lima tahun yang lalu MPH membuat eksperimen menjual buku Melayu dan memberi ruang 50 kaki persegi sahaja.

Baru-baru ini MPH menambah ruang itu terus menjadi 2000 kaki persegi.
Dulu-dulu, buku Melayu tidak laku, ataupun kalau laku, sangat sedikit jumlah yang terjual.

Disebabkan buku Melayu tidak laku, maka buku-buku itu di susun di rak belakang-belakang, berdekatan dengan pintu tandas! Begitulah merempatnya buku Melayu di tanah airnya sendiri.
Sekarang, banyak kedai buku elit mempamerkan buku-buku Melayu betul-betul di depan pintu masuk! Itulah zon paling mahal dalam ruang kedai buku.

Penerbit sanggup membayar sewa kepada kedai buku supaya bukunya dapat diletakkan dalam zon emas itu.
Dulu-dulu buku Melayu tidak merasa dipamerkan dalam zon emas di depan pintu masuk kedai-kedai buku elit seperti MPH, tetapi sekarang keadaan sudah berubah.

Petikan entri UNIKA 14 Julai 2009.


-----


Tetapi dalam kemewahan dan kedudukan yang diberikan ini, menjadi tanggungjawab penulis terus menulis buku yang berkualiti dan dapat dijual. Peranan penerbit menghasilkan buku yang mempunyai pakej yang menarik dan mencipta strategi pemasaran yang dapat menarik perhatian ramai.

Peranan pembaca adalah terus membaca buku-buku yang berkualiti dalam bahasa Melayu, mengkritik semata-mata mahukan penambahbaikan, mencadangkan agar sesuatu yang bersifat segar dapat disuntik ke dalam buku dan terus menerus membaca, membeli dan menghadiahkan buku kepada mereka yang dapat memanfaatkan.

----

Sikap bersaing perlu dikonsepkan agar persaingan yang dilaung-laung dalam mana-mana penerbitan adalah persaingan yang fokus kepada peningkatan pakej buku dan bukan persaingan meletakkan diri di hadapan dan meninggalkan yang lain.

Ini tidak akan membantu mana-mana pemain dalam industri buku malah merencatkan lagi usaha murni ini.

Persaingan juga berlaku dalam sebuah organisasi apabila jabatan saling bersaing sehingga lupa keperluan asas bagi membentuk sinergi antara satu jabatan dan jabatan lain.

Ciri-ciri pesaing dalam jabatan cukup mudah dapat dilihat melalui tingkah laku dan keputusan yang diambil. Saya melihat dalam pengalaman kerja terdahulu sebelum menjadi penulis bagaimana persaingan ini cukup memperdayakan keseluruhan organisasi.

Steve Jobs pernah memisahkan syarikatnya kepada dua kumpulan jabatan yang menghasilkan dua model komputer yang berbeza. Mereka saling berlaga dalam menghasilkan komputer yang terbaik bagi menunjukkan kepada Steve Job siapa lebih ke hadapan membaca pemikiran beliau.

Apa yang terjadi?

Sudah ada pengasingan tanpa sedar dalam satu organisasi sendiri. Sebagaimana di dalam organisasi mereka bekerja dalam satu unit, di luar pun mereka bersama-sama bersosial sesama mereka dari unit yang sama, malah digambarkan dengan begitu jelas dalam sebuah filem, keadaan menjadi begitu teruk sehinggakan dalam majlis sosial anjuran organisasi pun masih kelihatan dua kumpulan berbeza.

Kesan negatif itu kembali kepada Steve Job.

Apakah itu akan terjadi pada kita? Kayu ukurnya cukup mudah. Bilakah kali terakhir atau sekerap mana kita duduk makan semeja bersama rakan-rakan dari unit lain bertukar fikiran dan mencipta sinergi baru?

Usah terkejut kesan daripada kekerapan ini ia memberi terapi menghadapi stress dan membuka laluan jenis produk yang bersilang antara satu unit dan unit lain.

Kita belajar daripada Google. Bagaimana Google Maps asalnya sebuah projek aplikasi peta yang dibuat suka-suka oleh tim Google daripada pelbagai unit ketika mereka duduk semeja bersosial. Apabila produk itu semakin matang, ia menarik perhatian Google sehingga menjadi sebahagian daripada aplikasi penting yang semakin berkembang.

Satu demi satu corak kejayaan silang antara unit yang memahami perbezaan persaingan peningkatan kualiti dan persaingan sesama unit. Ia adalah dua perkara yang sangat berbeza.

-----



Saya percaya kepada konsep sinergi dan saya bereksperimen kaedah ini berkali-kali. Saya mula menyertai bengkel penulisan di PTS anjuran Puan Ainon sejak tahun 2005 dan dalam tahun keempat saya masih mengulang menyertai bengkel ini bagi mencuba kaedah sinergi ini.

Dari bengkel ke bengkel saya kenal para penulis yang berpotensi baik lama dan baru. Sebahagian daripada mereka menjadi bertambah akrab kesan daripada hubungan roh yang memberi keselesaan jiwa.

Saya bereksperimen kaedah sinergi ini dalam menghasilkan karya. Ia bermula dengan buku Rahsia Bisnes Mamak bersama Tuan Faisal Sharbuddin. Kemudian mencuba menulis buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah bersama Tuan Imran Yusof.

Percubaan bersama bekas editor perolehan PTS Pro, Ahmad Yahaya Fadzli Jusoh membawa kepada buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart dan bersama beberapa lagi penulis hampir enam orang dalam judul berbeza.

Sinergi sentias menghasilkan energi dalam budaya kerja.


------


Bukti jelas dalam industri yang sama, persaingan saling membunuh secara senyap dan kita berasa tidak apa dan tidak berasa bersalah.


Julai 2008, saya diizinkan Allah bertemu dan minum semeja bersama Tuan Ahadiat Akashah. Beliau berkongsi ceritanya.

"Dahulu, pekedai buku besar tidak pandang karya Melayu. Hanya kedai-kedai buku Mamak sahaja yang sudi menjual karya kami," kali ini kami menjamah roti jala.

Tuan Ahadiat juga menceritakan bagaimana sebuah penerbitan Mamak yang sama-sama dalam industri yang sama cuba memasuki kedai buku rangkaian.

Pada awalnya, hanya tiga judul novel Melayu diterima masuk. Itu pun dengan perasaan berbelah bagi oleh pegawai terbabit. Mereka meminta sepuluh tajuk dimasukkan dalam senarai, ia tidak dilayan.

"Saya masih ingat lagi bagaimana rakan penerbit kami menjual buku-bukunya. Mereka bergerak dari kedai ke kedai dengan menaiki bas. Ketika kami berjumpa mereka, tangan kanan dan tangan kiri mereka menjinjit bungkusan plastik berisi buku-buku Melayu untuk dijual. Mereka turun-naik bas dengan bungkusan-bungkusan plastik berisi buku," kata Puan Norhayati Fauzi, isteri dan rakan kongsi Tuan Ahadiat.

Tuan Ahadiat menyambung cerita, "Apa paling menyeronokkan apabila novel-novel Melayu diterima masuk ke dalam kedai buku rangkaian. Apabila mereka melihat tiga judul dijual laris kurang daripada dua minggu, mereka sendiri meminta ditambah lagi judul-judul baru dibawa masuk."

Saya terus mendengar.

"Dahulu adalah zaman yang penuh bangga bagi kami sebagai penerbit novel tempatan. Pekedai tidak berani menekan kami dengan diskaun yang tinggi. Kami hanya memberi diskaun sehingga 30 peratus. Take it or leave it. Mahu tidak mahu, pekedai akan ambil," ceritanya.

Dalam cerita ada kegusaran.

"Apabila adanya penerimaan novel Melayu yang tinggi, maka timbul penerbit-penerbit novel indie mahu memasuki pasaran yang kami buka. Itu sememangnya ditunggu-tunggu, tetapi ada yang mendukacitakan," katanya.

Saya menunggu alasan dukacitanya.

Katanya, "Kerana semata-mata mahukan judul-judul mereka masuk ke dalam kedai buku rangkaian, mereka memberikan diskaun yang tinggi melebihi 30 peratus."

Apa kesannya.

"Pada satu keadaan ada yang sanggup menerima diskaun sehingga 45 peratus. Kesannya membunuh diskaun rendah penerbit-penerbit indie Melayu lain. Kedai buku rangkaian ada pilihan menolak dan mengambil buku penerbit lain. Mahu tidak mahu masing-masing akur dengan diskaun tinggi yang diminta kedai buku. Apabila penerbit indie tempatan tidak sepakat, kita ditekan," kata Tuan Ahadiat.

Fanomena ini akan terus berterusan selagi mana penerbit-penerbit indie masih memikirkan survival individu berbanding survival bersama dalam industri buku. Itulah menjadi kebimbangan beliau.

Sempat juga Tuan Ahadiat dan isteri bertanya bagaimana PTS mampu mencetus kegilaan mencetak ratusan judul buku dan terus survival dalam industri.

Secawan kopi pekat sudah habis diminum, Tuan Ahadiat berkata, "PTS tidak boleh berhenti. Bisnes mesti terus berjalan sampai bila-bila."

--------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ahad, Ogos 23, 2009

Bukan hanya cinta di awangan yang indah

Komen pembaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah terbitan PTS Millenia pada Ogos 2009.

----

Petikan komen pembaca buku

Aku lebih suka mengajak sahabat aku untuk membaca buku tentang hubungan yang berasaskan Islam. Kerana buku-buku seperti itu lebih membuatkan kita berfikir sebagai orang dewasa bukan hanya cinta di awangan yang indah sahaja.

Contohnya buku Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah.

Syukur, nasihat aku diterima pakai oleh kawan-kawan aku.

"Betul cakap kau, bila kita baca buku macam ini, kita dapat berfikir dengan lebih baik, bukan lagi emosi yang menguasai diri,kadang-kadang aku rasa apa yang aku buat semua itu betul, tapi sekarang baru aku tahu sikap aku sendiri macam mana."

Tapi bukan sahaja lelaki perlu berhati-hati dalam memilih soal pasangan, perempuan juga perlu berhati-hati.

Baca lagi komen pembaca di sini


------

Sehingga 23 Ogos 2009, buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah sukar didapati di kedai buku rangkaian MPH. Jika ingin memiliki Bagaikan Khadijah di Hati Rasullulah secara online, Klik di sini.
--------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Baiti Jannati di hati kami, di jiwa kami

Komen pembaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah terbitan PTS Millenia pada Ogos 2009.

Siapa pembaca buku ini?

-----

Bintang Timur dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Laut, Palekbang, Tumpat, Kelantan oleh ayahanda Wan Ismail Bin Wan Ibrahim dan bonda Rahmat Binti Hassan. Anak keempat daripada enam orang bersaudara. Dua puteri dan empat putera.

Memulakan pengajian di SRK Kg. Laut, SMK Kg.Laut, dan Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu.

Meneruskan pengajian dalam Foundation of Science (Engineering) di Unisel dan BSc(Hons) Mathematics with Statistics.

Berminat dalam aktiviti kemasyarakatan, kajian, sosial dan ketamadunan.

-----

Komen dipetik seperti berikut.

Baru sahaja selesai mengkhatamkan buku tersebut. Banyak input berguna buat si gadis, sang teruna, para suami dan isteri, dan mereka yang ingin menambah pengetahuan dalam soal rumah tangga. Buku ini saya beli ketika Pesta Buku Antarabangsa di PWTC yang lalu. Tersandar di dalam almari. Cuti ini saya gunakan untuknya. Membaca dan menghayati.

Bagi seorang manusia yang belum mengenal erti alam rumah tangga, saya tertarik dengan kupasan yang telah diolah oleh penulis.

Saya membaca bukan kerana saya bakal menamatkan alam solo dalam masa terdekat ini, tetapi sebagai persediaan dan ilmu bermanfaat untuk saya dan semua.

Mencari titik persamaan di sebalik beribu-ribu perbezaan adalah perkara yang terlalu sukar namun, di sebalik kesukaran itu ada manisnya.

Suami mengimpikan isteri sehebat Siti Khadijah. Isteri pula mengimpikan suami semulia Rasulullah s.a.w. Itulah gambaran yang diberikan oleh penulis. Lumrahnya, manusia mencari kesempurnaan dan mengabaikan kekurangan, kekhilafan dalam diri sendiri.

Saya menjadikan ayahanda dan bonda sebagai role model bagi membina sebuah ikatan perkahwinan dan keluarga yang bahagia. Ketegasan bonda dan kelembutan bicara ayahanda telah melahirkan kami berenam yang mengikut acuan mereka.

Mereka sebenarnya telah berjaya mewujudkan baiti Jannati di hati kami, di jiwa kami.

Tahniah buat teman-teman seperjuangan yang telah menamatkan zaman bujang. Kalian telah menunaikan satu lagi sunnah Rasulullah s.a.w. Semoga ikatan ini akan berkekalan dan meneruskan mata rantai perjuangan Baginda bagi menegakkan Islam di muka bumi ini.

Melihat saya yang tekun mengadap buku tersebut membuatkan Ma membuka petuanya.

"Dalam membina kebahagiaan rumah tangga, suami isteri mesti saling bertimbang. Buat apa yang dia suka, jauhkan apa yang dia benci selagi tak bertentangan dengan agama. Itu sahaja resepi kami orang dulu-dulu"

Kata Kak Han, kakak sulung saya dan satu-satunya kakak yang saya ada "Grad, kerja, ada duit baru nikah."

  • Bersyukurlah kepada orang yang menyakiti hati kita kerana dialah yang menabahkan hati kita,
  • Bersyukurlah kepada orang yang menipu kita kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kita.
  • Bersyukurlah kepada orang yang tidak mengendahkan kita kerana dialah orang yang memupuk kita agar berdikari.
  • Bersyukurlah kepada orang yang menyeksa kita kerana dialah orang yang menguji kesabaran kita.
Sehingga 23 Ogos 2009, buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah sukar didapati di kedai buku rangkaian MPH. Jika ingin memiliki Bagaikan Khadijah di Hati Rasullulah secara online, Klik di sini.
--------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Dari Osman Affan | menjadi Guru Tuisyen yang pusat tuisyen dan ibu bapa sanggup membayar lebih daripada kadar biasa


Kita mungkin ada bakat untuk mengajar. Mungkin anda juga ada minat untuk mengajar. Namun, itu sahaja tidak mencukupi. Komen Will Smith, pelakon dan penyanyi rap bertaraf dunia apabila Ellen DeGeneres memuji tentang bakatnya,

"Your talent will fail you if you are not skilled."

Walaupun berbakat, anda akan gagal juga jika anda tidak mempunyai kemahiran

Pelajari beberapa kemahiran asas dan penting untuk berjaya dalam usaha buat duit dengan tuisyen. Antara kemahiran yang bakal anda pelajari ialah:

Prinsip, Petua dan Etika mengajar yang membolehkan anda menjadi seorang guru yang berkesan.

Asas teknik memori dan bagaimana anak murid boleh dilatih supaya lebih mudah ingat apa yang diajar.

  • Kemahiran mencari pelanggan melalui teknik pemasaran berkesan.
  • Kemahiran memikat hati pelajar, pusat tuisyen dan ibu bapa yang merupakan pelanggan utama kita.

Sepanjang saya menguruskan pusat tuisyen, saya telah memecat berpuluh-puluh guru tuisyen yang tidak memenuhi ciri-ciri yang diperlukan. Saya juga telah jumpa bermacam ragam guru tuisyen yang tidak mampu bertahan lama di dalam industri tuisyen. Jadi, tidakkah anda mahu tahu

  • Bagaimanakah caranya untuk menjadi Guru Tuisyen Berkualiti dan tinggi permintaan untuk khidmatnya?
  • Bagaimanakah untuk menjadi Guru Tuisyen yang pusat tuisyen dan ibu bapa sanggup membayar lebih daripada kadar biasa?
  • Bagaimanakah caranya untuk bertahan lama di dalam industri ini dan kekal buat duit dengan tuisyen?
  • Bagaimanakah untuk menjadi Guru Tuisyen yang dilabelkan sebagai Pakar?

Informasi lanjut klik di sini

Cerita Ramadan | Maraton Sahur

Cerita Ramadan (1)

1987, Kampung Pokok Mangga, Melaka

Kanak-kanak berbasikal beramai-ramai seawal jam 4.30 pagi, membawa basikal sambil berkata "Sahur! Sahur!" dalam nada yang panjang.

Dari hujung kampung ke hujung kampung satu lagi yang berhadapan pantai mereka tidak jemu melaungkan perkataan yang sama.

Seingat saya, ada juga seorang lelaki mengetuk tin kosong sambil berjalan pada waktu pagi memaklumkan orang kampung bersahur.

2009, Kampung Sungai Cincin, Gombak, Kuala Lumpur

Kanak-kanak berjalan beramai-ramai seawal jam 4.30 pagi, sambil melaungkan "Sahur! Sahur!" dalam nada yang panjang.

Jelas kedengaran suara dari pembesar suara masjid, "Imsak! Imsak!" sepuluh minit sebelum Subuh.

Senyum dalam kenangan.

--------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.


Ramadan 2009 | Majlis Berbuka Puasa bersama Penulis


Majlis Berbuka Puasa bersama penulis di MPH One Utama (Book Cafe) pada 23 Ogos 2009 jam 7-8 malam.

Penulis pada hari itu, saudara Zamri Mohamad bersamaTuan Shamsuddin Kadir yang merupakan pakar kewangan peribadi dan penulis terkenal. Jemputan kepada para pembaca buku kedua-dua penulis tempatan ini.

Mereka yang berminat, daftarkan nama penuh, alamat, nombor kad pengenalan dan nombor telefon ke emel ini marketing@mph.com.my jangan lupa nyatakan maklumat info di atas dalam emel.

Tempat terhad.

Rabu, Ogos 19, 2009

Di sebalik tabir sesi fotografi tim Akademi Penulis

Sekadar selitan di sebalik tabir sesi fotografi tim Akademi Penulis. Jurufoto Tuan Zaidi. Lokasi penggambaran di pejabat utama, Fauzul Naim Sdn Berhad pada 19 Ogos 2009 jam 6.30 petang.






--------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Untuk siapa kita berpuasa hari ini?

Ketika zaman sekolah, ayah akan melekatkan senarai doa dan niat berpuasa berdekatan meja makan. Kami diajar membacanya dalam teks Arab dan kemudian membacanya dalam bahasa Melayu.

Selepas mengingatkan kembali cerita ini, saya teringat cerita lain pula. Ibu saya berkata ayah saya tidak pandai membimbing melalui kata-kata kerana beliau sendiri memang tidak banyak bercakap. Beliau akan membelikan buku-buku berkaitan untuk ibu berkaitan apa yang diperlukannya.

Jika beliau sukakan sesuatu, beliau akan potong dan tampal pada almarinya.

-----

Kemudian saya melihat diri saya di cermin, "Patutlah saya tidak begitu pandai menyampaikan hasrat hati saya melalui kata-kata melainkan benda-benda dan perkataan yang ditulis menjadi jurucakap saya."

Minda separa saya dilatih begitu cemerlang menggunakan kaedah itu untuk sekian lama.

Saya sedang cuba belajar mengalihkan atau setidak-tidaknya mengimbangi keadaan ini. Mungkin yang pernah menghadiri seminar dan bengkel saya seperti tidak percaya dengan cerita ini. Bagaimana saudara boleh menggunakan masa dua jam bercakap sedangkan saudara sebegini.

Percayalah, menjadi murid di sekolah penulisan PTS menjadikan saya bercakap dan bercakap. Pengalaman bercakap kali pertama pada Febuari 2006 saya tolak sehinggakan mentor saya mencipta situasi 'memaksa' saya bercakap.

Seingat saya ketika itu editor perolehan menyusun jadual itu dan memaklumkan kepada saya melalui panggilan telefon. Saya tolak. Kemudian dalam panggilan telefon yang sama, pengurusnya pula mengambil gagang dan menyampaikan mesej lebih tegas.

Saya akur. Akhirnya, MPH Alamanda menjadi tempat pertama saya bercakap. Esoknya MPH Wangsa Maju pula. Pengalaman pertama, dua hari berturut-turut.

Bersungguh-sungguh editor perolehan itu mencanai idea-idea untuk membantu saya. Dari kuiz, kepada ceramah dan seumpamanya. Wajahnya, kata-katanya, segala contengan kertas dengan idea-idea. Beliau lebih galak bercerita dan bayangan mengenai apa dan bagaimana begitu jelas sekali.

Semua diatur elok meskipun pada hari sebenar, saya dan editor ini hanya saling berpandangan. Semuanya kerana saya tiba-tiba senyap di depan khayalak dalam tempoh yang panjang. Mencari-cari apa yang perlu dikata.

Saya benar-benar menghargai jasanya membantu saya yang ketika itu sangat jahil dengan dunia buku dan seni mempersembahkan buku kepada khayalak. Pastinya beliau perlu bersabar bagi memberi pendedahan-pendedahan itu kepada saya.

Kita pasti memerlukan kesabaran yang tinggi membimbing orang yang masih ragu-ragu dan teragak-agak apabila masuk dalam dunia yang asing daripada kebiasaan. Editor perolehan ini menunjukkan bagaimana kesabaran ini dipamerkan dalam dunia sebenar.

Terima kasih Allah kerana mempertemukan saya dengan penerbitan ini. Kebanyakan cerita ini saya sentuh sebagai how to kepada pemula dalam berkarya melalui buku Tip Menjadi Penulis Bestseller terbitan PTS Professional

"Apakah dengan segala kebaikan ini saya mesti mengambil mudah terhadap setiap satu karya saya? Tidak, saya sudah ikat janji kepada diri saya sejak awal lagi. Jika Allah izinkan, dalam usia yang entah berapa lama lagi ini moga-moga karya saya menjadi sebahagian daripada bestseller di bawah pimpinan beliau sebagai membalas susah payah beliau dan timnya."

-----

Moga sahabat-sahabat baru bersabar dengan saya sekiranya saya ini seperti tidak bercakap banyak dalam apa-apa pertemuan dan mesej-mesej saya lebih banyak berbentuk tulisan ringkas dan sering diwakili objek bisu lain.

------

Kembali pada cerita asal.

Lama-kelamaan kami mula memahami apa itu puasa, kenapa perlu berpuasa dan menghafal bacaan niat puasa dalam dua bahasa. Ia menjadi pendidikan awal kepada kami yang masih bersekolah.

Dalam proses pendidikan, Sedikit demi sedikit tujuan berniat diterangkan oleh ibu bapa akan anak-anak tahu niat adalah asas kepada amal dalam hidup seorang Muslim.

Niat bagi menjadi Muslim yang baik dalam bulan Ramadan ini didukungi dengan doa. Allah memberi janji bagi memakbulkan kehendak hamba-hambanya yang mencari cahaya kebaikan sebagai panduan di dunia dan akhirat.

Ganjaran bermula daripada apa yang diniatkan dalam hati. Hadis dilaporkan oleh Umar Khattab dan direkodkan oleh Al Bukhari serta Muslim dalam bab Niat menyebut, "Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan."

Niat adalah perbuatan secara sedar. Maka dari masa ke semasa memperbetulkan tujuan beribadah adalah proses bagi mendapat kasih sayang Allah. Ia dilakukan secara konsisten. dari masa ke semasa kita mengingatkan diri agar perjalanan puasa hari ini sentiasa lurus dan tidak ada yang lain selain daripada Allah tujuan ibadat dibuat.

Usaha konsisten adalah kerana fitrah manusia meletakkan perkara-perkara lain apabila adanya kepentingan diri timbul. Ia timbul apabila keperluan ini jelas dapat dilihat dan dirasa melalui deria.

Manusia sudah terbiasa dengan ganjaran bersifat material dan ia boleh mensasarkan fokus ibadah kepada perkara lain. Kerana itu niat sentiasa diberi kesegaran dengan mengingat diri dan melakukan usaha-usaha lain sebagai daya sampingan.

Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri menulis dalam Memahami Hadis Niat, "Niat bertujuan membezakan untuk siapa seseorang itu beramal"

Soalan ini kembali kepada diri untuk menjawabnya, untuk siapa kita berpuasa hari ini?

Nota: Entri ini pernah dipanjangkan dalam sebuah akhbar sebelum ini dan muncul sebagai artikel pada tahun 2007 ketika bulan Ramadan.

--------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Isnin, Ogos 17, 2009

Tip Menjadi Penulis Bestseller | Ulasan akhbar Berita Harian Singapura

Bahagian hadapan (klik untuk paparan jelas)
Ulasan bahagian 1 (klik untuk paparan jelas)

Ulasan bahagian 2 (klik untuk paparan jelas)



Mengenai Berita Harian Singapura.


Satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang memaparkan isu-isu masyarakat Melayu Singapura, persaingan dan pencapaian mereka.

Pertama kali diterbit pada 1957, Berita Harian kini tampil di dunia maya menerusi lelaman cyBerita.

Sebagai wadah interaksi di dunia penampilan maya, cyBerita merupakan arus revolusi media yang terkini.

Petikan ulasan disiarkan semula di bawah.

-------------------

Ekstra! : 15 Ogos 2009 MEMPERKATA BUKU PANDUAN JADI PENULIS 'BUKU LARIS'
Penulis ada tanggungjawab sosial yang harus dipikul

Oleh
Rohman Munasip

ANDA seorang penulis?

Jika ya, maka buku Tip Menjadi Penulis Bestseller ini boleh menjadi mangkin yang dapat merangsang minat anda dalam dunia penulisan.

Pastikan pada suatu masa nanti anda dapat menerbitkan buku yang dibaca luas oleh masyarakat. Tetapi bagaimana caranya?

Jawapannya terdapat dalam buku panduan lumayan ini yang mengandungi pelbagai maklumat yang boleh dikatakan cukup telus dan tulus untuk dimanfaatkan oleh pembaca.

Tukilan yang terpapar di muka depan buku ini berbunyi 'Tulis buku sekali, buat duit berkali-kali.'

Tetapi, jangan salah sangka, bukan tujuan seseorang penulis itu berkiblat kepada duit semata-mata. Kata pengarang buku ini, Zamri Mohamad, perspektif penulis melihat wang sebagai alat bukan sebagai matlamat. Ada tanggungjawab sosial yang harus dipikul sama. Melalui penulisan, penulis dapat menyalurkan idea atau saranannya bagi menyelesaikan masalah mereka, memberi kekuatan jiwa dan membangunkan harapan dalam menghadapi keadaan masa depan.

Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama yang mengandungi 16 tajuk, lebih banyak menyentuh tentang persediaan untuk menjadi seorang penulis; bahagian kedua menumpukan perhatian kepada teknik-teknik dalam penulisan buku; dan bahagian terakhir dengan 10 tajuk, memberi panduan bagaimana hendak memasarkan buku yang telah dihasilkan.

KAEDAH KJ

Bahagian kedua yang memuatkan 14 tajuk, boleh dikatakan tulang belakang buku ini kerana tip yang dibincangkan boleh dipraktikkan untuk menghasilkan buku yang anda idam-idamkan.

Umpamanya, terdapat teknik yang dinamakan Kaedah KJ atau KJ Method. Gagasan ini mula bercambah sejak lepas Perang Dunia Kedua dan cuma diperkenalkan oleh seorang berbangsa Jepun, Kawakita Jiro, dalam 1960-an. Beliau menerima Anugerah Budaya Asia Fukuda 1993 kerana menyumbangkan kaedah pengurusan moden Jepun.

Kaedah KJ ini diubah suai dan diperluaskan dalam bidang-bidang lain termasuk dalam penulisan buku. Menurut Zamri Mohamad, yang kini seorang jurulatih penulisan bebas dan pengendali bengkel penulisan, penggunaan kaedah ini boleh mempercepat penghasilan karya dengan tidak menurunkan mutunya.

Apa yang menarik ialah kaedah ini dikatakan boleh membantu penulis menulis bukan saja sebuah buku, malah dua atau tiga buku serentak. Di samping itu, ia dapat mengelakkan penulis daripada menghadapi kebuntuan idea atau writer's block.

Pembaca akan dapat mempelajari Kaedah KJ ini langkah demi langkah dengan contoh-contoh yang dipaparkan pengarang sehingga anda berhasil mencapai hasrat menulis buku anda.

Setelah anda berjaya menyiapkan sebuah buku, anda dapat memanfaatkan pula beberapa tip yang dimuatkan untuk menghebahkan buku anda.

Panduan pemasaran ini dapat dibaca dalam bahagian ketiga di bawah tajuk 'Hebahkan Kelahiran Buku Pertama'. Pengarang menyenaraikan 22 cara untuk mendekatkan buku anda kepada pembaca menerusi pelbagai laluan. Selain ruang siber yang canggih, anda juga boleh salurkan buku anda melalui media massa.

Nota: Penulis ialah seorang sasterawan.


INFO BUKU

Buku: Tip Menjadi Penulis Bestseller
Penulis: Zamri Mohamad
Penerbit: PTS Profesional Publishing, 2009
Harga: RM28 ($11.50)

--------

Bagi memilikinya di Malaysia, dapatkan di MPH Bookstores, Popular dan rangkaian kedai buku seluruh negara. Buku juga boleh di pesan melalui kaunter buku rangkaian kedai buku terbabit jika tiada stok. Atau dapatkan melalui online. Klik di sini.

--------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ahad, Ogos 16, 2009

Buat Duit dengan YouTube | Pandangan Pengamal Komunikasi dan Media

Siapakah Tuan Zubli Zainordin?

Lecturer
BRO 538 - Radio And Television News
Faculty Of Communication And Media Studies
Universiti Teknologi MARA (UiTM, Shah Alam)

I am the Pioneer of The Art and Science of Total Success. In mission I prefer to serve as a Prime Mover of Malaysia. In practice I am a Public Communicator.

I am MARA Business Management Consultant, MARA Expert Trainer. I am a now amongst the Steers, National Book Development foundation (417309-P).

A Speaker At the Akademi Buku Malaysia. I have authored four books in my native language. I am now active here at Facebook, for friendship, and potentially building an e-Community. So, let's communicate.


-------

Daripada Tuan Zubli Zainordin

Mendahului pembaca, menghidangkan informasi berharga, bernilai, dan bermakna dengan kita semua.

Terkini, hasil usahanya ialah buku, Buat Duit Dengan YouTube, penerbitan PTS Professional Sdn Bhd - tersohor di Malaysia dalam arena penerbitan buku. Buku cetakan BS Print (M) Sdn Bhd, dengan kemasan penyudah terpuji.

Dijayakan setelah edit yang berpengalaman pimpinan Editor Kanan, Aizat Abdul Razak. Serta semua yang berperanan menerbitkan buku ini pemuas dahaga buku seumpama, 2009.

Membaca "Buat Duit Dengan YouTube", hampir 200 mukasurat, natijah yang boleh pembaca manfaatkan ialah bagaimana orang yang skeptik pada awalnya, lantaran tidak percaya bahawa Internet dapat membantu bisnes dikembangkan. Hal ini kerana mereka menyangka Internet hanyalah untuk mencari maklumat dan bersosyel. Namun, sebenarnya kita boleh buat duit dengan YouTube.

Dengan demikian, pembaca khususnya mereka berkecimpung dalam bisnes, pabila setelah membaca buku ini dan memperolehi natijah itu, maka suburlah perniagaan, industri, dan ekonomi negara.

Ainon Mohd - sumbangan bakti terus-terusan dalam arena penerbitan buku hebat di Malaysia.

Jika ada buku yang lebih kuah dari isi, tidak yang ini. Tulisan Zamri Mohamad memang langsung, padat berisi maklumat, dengan gaya bahasa yang mudah difahami, diiringi payungan falsafah penerbitan pegangan Ainon Mohd sejak dahulu hingga kini, yang selesa lazim kita kenali beliau.

Tanpa mengira lazim bahagian depan dan belakang, buku ini memuatkan mantap 27 Bab, ringkas, menarik, dan berguna.

  • Buktinya:

Diantara tarikan bacaan buku ini ialah YouTube Bukan Pilihan Tetapi Kemestian dalam Bisnes; Jenis Bisnes yang Sesuai Dijadikan Video Jualan, Tiga Elemen Video Jualan Berpengaruh; Strategi Pemasaran YouTube Cara Nike. Seterusnya, sama menarik terdapat 23 bab lagi.

Mudah pula dibaca dan diterjemahkan kepada tindakan susulan. Ertinya likuan yang dilalui dan dialami sendiri Zamri Mohamad, jejak langkah dalam pengalamannya itu, diterang jelas dalam buku ini supaya mampu jika sanggup diikuti susul pula kita semua dengan jaya khususnya pembaca kalangan mereka dalam arena bisnes.

Benarlah bahawa Zamri Mohamad telah mengambil langkah proaktif dan mengajak kita pula untuk turut proaktif sama. Maksudnya, YouTube yang begitu popular dengan kunjungan di antara tertinggi di dunia siber, sebelum ini sekadar dilawat sahaja. Atau petik angkat klip menarik untuk paparan di Blog umpamanya. Namun, bagi mereka yang proaktif, kenapa tidak, buat duit dengan YouTube. Satu peluang manis yang menjanjikan penyediaan ganjaran bukan kepalang lumayannya.

Memang sudah ada kalangan mereka dalam jumlah pengguna Internet di Malaysia yang telahpun melakukan ini. Namun tidak ramai sudi berkongsi cara bagaimana ianya terlaksana dan tercapai hasil yang memuaskan. Inilah kelebihan Zamri Mohamad. Dia sudi berkongsi informasi terpilih eksklusif.

Diharapkan setelah buku ini dibaca maka boleh pula kita manfaati dengan mengundang Zamri Mohamad, penulis buku ini yang juga penyelidik bebas, konsultan, juru runding bisnes, supaya dialukan ke atas pentas untuk berkongsi lanjut dari pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan kepakarannya dalam bidang ini.

Jika ditanya kepada saya, maka jawab saya, belilah buku ini, bacalah dengan kefahaman dan penghayatan, kemudian jom buat duit dengan YouTube.


--------

Buat Duit dengan YouTube boleh didapati diseluruh rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai buku seluruh negara. Pesanan boleh dibuat melalui kaunter kedai buku terbabit. Atau dapatkan secara online. Klik di sini.


--------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Kitab agama, pewangi kereta dan komisen seringgit


Minggu lalu saya bertemu seorang penjual kitab agama di restoran Bidayah. Wanita muda ini memandang saya dari jauh dan tidak menjual produk itu kepada saya sehinggalah saya menghampirinya dan bertanya.

"Ini buku panduan Tarawih, Puasa & solat Hari Raya," jawabnya.
"Berapa harganya?"
"RM20.00 termasuk CD."
"Kenapa tidak jual pada saya?"
"Saya fikir tuan orang Cina."
"Saya mahu beli!"

Dalam sehari penjual ini mesti berjumpa 100 sehingga 150 orang untuk menghasilkan enam hingga 10 jualan setiap hari. Apabila dicongak, 20 orang dalam masa sejam. Tempoh tugas mereka dari jam tujuh pagi sehingga tujuh malam.

Penjual ini mengingatkan saya kerja yang sama saya lakukan 10 tahun dahulu. Berpakaian kemeja ungu, berjalan dari satu restoran Cina ke satu restoran Cina lain sekitar Malim. Kemudian saya ke bengkel-bengkel kereta dan restoran Melayu. Berhenti sebentar dan sambung semula berjalan di sekitar stesyen bas Melaka. Semata-mata mahu menjual pewangi kenderaan berharga sepuluh ringgit.

Apabila ketemu sama rakan-rakan yang berjalan sama teman mereka, saya berjalan tunduk, tapi langkah menghampiri mereka. Mudah-mudahan kotak yang berisi wangian itu dibeli oleh rakan saya atau dibeli atas pujukan rakan wanita mereka.

Semuanya semata-mata mahukan komisen bagi setiap pewangi sejumlah seringgit tujuh puluh sen.

Mahukan nilai wang ini mesti bekerja dari jam 7 pagi sehingga 7 malam setiap hari.

Tambahan lagi, saya menaiki motor dua lejang milik senior yang menunjuk cara menjual seawal pagi dalam keadaan beliau baru sahaja kemalangan seminggu lalu. Lutut beliau masih cedera dan bernanah.

Geleng kepala.

--------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.


Khidmat komuniti | Kutipan Derma Rumah Amal Jalinan Kasih

Saya petik khidmat komuniti ini daripada blog ini

Forum Sementara Putera.com melancarkan kutipan derma untuk Rumah Amal Jalinan Kasih bagi mengisi aktiviti mereka pada bulan Ramadan ini.

  • Misi: Derma untuk Anak-anak Yatim Rumah Amal Jalinan Kasih
  • Lokasi: Melaka (berhampiran kilang Honda Malaysia)
  • Kumpulan Sasaran: Anak-anak yatim seramai 31 orang (13 lelaki & 18 perempuan)
  • Umur Kumpulan Sasaran: 12 tahun dan ke bawah
  • Syarat Menderma: Seikhlas hati

Biasanya, kos makan dan minum untuk satu hari (pagi dan petang) adalah RM8, namun pihak penganjur tidak menetapkan nilai minimum kerana untuk menderma tidak perlu ada nilai-nilai tertentu, semuanya terpulang kepada anda.

Bagaimana kutipan ini dijalankan?

Terdapat 31 kanak-kanak secara keseluruhannya.

Setiap kanak-kanak mewakili 1 lot. (Jadinya ada 31 lot kesemuanya.)

  • 1 lot bernilai RM10, dengan kata lain sekiranya anda membeli 1 lot, anda sudah menderma sebanyak RM10 dan berjaya menaja juadah berbuka dan bersahur seorg kanak-kanak.
  • Dan 31 lot dibuka setiap hari selama sebulan Ramadan!

Sekiranya anda mahu membeli lebih daripada 1 lot, pihak penganjur bagi pihak rumah anak-anak yatim ini amat bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan anda.
  • Jualan lot dibuka setiap hari bermula Sabtu sehingga hari Jumaat. Pada setiap hari Jumaat wakil pihak penganjur iaitu ogGy akan bank in sumbangan anda dan slipnya akan dipaparkan di forum sebagai bukti kesungguhan dan keikhlasan sumbangan anda.

Jadi bagaimana untuk menyumbang?

Rujukan & Pembayaran

Proses sumbangan boleh dilakukan melalui MAYBANK dan juga BIMB.

Nama : Ismail B Muhd Hanafi

  • MAYBANK - 155050288483
  • BIMB - 05021020190153
  • Contact No : 019 – 6818344
  • E-Mail - little_oggy87@yahoo.com
  • YM - little_oggy87@yahoo.com

Selepas anda memberikan sumbangan kepada mana-mana akaun yg tertera, langkah seterusnya ialah SMS kepada ogGy di talian 019 – 6818344 dan nyatakan:

  • Jumlah sumbangan
  • Jam berapa duit dimasukkan
  • Nama bank
  • No. rujukan
  • Nama anda

cth: RM50(jarak)Isnin4.32pm(jarak)BIMB(jarak)123456789(jarak)sicomel

Informasi anda dilayan sebagai P&C (Private and Confidential) tetapi pihak penganjur akan umumkan berapa banyak lot yang sudah dijual selama seminggu.

Setiap sumbangan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Buat Duit dengan YouTube | Kisah ibu tunggal Lauren Luke


Ini adalah salah satu contoh bagaimana prinsip Buat Duit Dengan YouTube dapat diaplikasi dalam perniagaan kecil di Malaysia.

Kita ambil kes Lauren Luke dari South Shields, England yang berumur 27 tahun. Beliau merakamkan cara penggunaan mekap yang dijualnya di Ebay ke YouTube. Ini dilihat sebagai satu perkhidmatan selepas jualan kepada para pelanggan atau sebagai demonstrasi penggunaan produk sebelum pembelian.

Kesan daripada paparan di YouTube, firma mencari idea baru dan penjenamaan popular, Anomaly menjalinkan kerjasama bagi mengeluarkan rangkaian mekap beliau sendiri menerusi syarikat By Lauren Luke.

Corak ini dapat diikuti oleh peniaga-peniaga kecil di Malaysia melalui rakaman dan pemasaran melalui internet secara konsisten dan mempunyai kempen mingguan yang teratur bagi mencipta pelanggan berpotensi dalam negara yang akan mengikuti video dari minggu ke minggu.

Formula Buat Duit Dengan YouTube cara Lauren Luke

  • Mempunyai produk yang dapat ditunjukkan demonstrasi dan rakaman khidmat selepas jualan
  • Rakaman dibuat secara berkala
  • Link atau pautan laman web produk di letakkan di YouTube.

Informasi: KOSMO

Bacaan lanjut: Buat Duit dengan YouTube yang kini berada di seluruh rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai buku seluruh negara. Boleh dimiliki secara online. Klik di sini.


--------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sabtu, Ogos 15, 2009

Sekitar Majlis Tahlil | Penulis PTS | Ahmad Zafran Abdul Mutalib






"Atas dorongan Sifu supaya beliau membeli laptop, dengan izin ibunya beliau menjualkan motosikal tua yang dibelikan oleh arwah ayahnya sewaktu beliau masih menuntut, buat modal membeli laptop terpakai dengan harga RM800. Menggunakan laptop itulah beliau mula bersungguh-sungguh menghasilkan karya untuk PTS.

Buah hati saya ini seorang yang kuat membaca, baik budi bahasanya, sopan santun orangnya, mulia hatinya, baik pula agamanya, sentiasa mendirikan sembahyang waktunya.

Beliau telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, sedangkan kita akan menyusul beliau dari belakang.

Moga-moga di syurga nanti kita semua, penulis dan Tim PTS, dapat berjumpa, saling ziarah menziarahi, berkat pahala yang terhimpun hasil titik peluh kita menghasilkan karya-karya yang memandaikan bangsa. Amin, ya Allah, Amin!'

Petikan dan bacaan lanjut di UNIKA

------

"Saya berjanji kepada diri bahawa saya akan hidup dan mati di dalam bidang penulisan ini. Ini bukan pilihan kedua lagi .Ini adalah pilihan yang satu. Saya tidak boleh berpaling lagi memandangkan usia saya juga sudah agak masak untuk merencanakan langkah yang seberani ini."

Petikan kata-kata allahyarham Ahmad Zafran

-------

Kepada Tuan dan Puan yang baru mendengar atau baru mengenali allahyarham Ahmad Zafran. Berikut merupakan pautan dalam entri terdahulu dalam blog ini sejak tahun 2006.

--------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Jumaat, Ogos 14, 2009

Sehari di bengkel penulisan rencana bimbingan wartawan NSTP

Para peserta bengkel penulisan rencana bimbingan wartawan NSTP (tengah)
Puan Syida Lizta Amirul Ihsan
Seni menulis rencana kembara

Latihan ulasan buku. Saya memilih menulis ulasan Be Happy Without Being Perfect tanpa mengetahui nama penulisnya (terlupa).
Para peserta
Latihan analisa berita menjadi rencana pendapat.


Saya berkesempatan mendaftarkan diri dan turut serta dalam bengkel penulisan rencana yang dikendalikan oleh wartawan NSTP, Puan Syida Lizta Amirul Ihsan. Beliau merupakan kolumnis dan penulis senior di sana.

Kelihatan seperti saya seorang sahaja satu-satunya peserta lelaki di situ sepanjang hari.

Bengkel ini mendedahkan beberapa perkara menarik dalam seni penulisan rencana yang diamalkan oleh warga kerja NSTP. Kami didedahkan empat bentuk penulisan rencana dan kaedah menulis untuk kesemua kategori ini.

  • Seni menulis rencana umum
  • Seni menulis ulasan buku dan produk
  • Seni menulis catatan kembara
  • Seni menulis rencana pendapat atau pun follow up story
Dengan izin Allah, saya akan cuba berkongsi tip-tip daripada Puan Syida Lizta Amirul Ihsan dalam blog ini. Terus ikuti dan berikan pandangan.

--------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.