Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2008

Tahun Baru 2009 | Hadiah kepada blogger dan pengunjung laman web

Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru Hijrah dan tahun baru 2009. Tahun ini adalah tahun terbaik kepada kita semua untuk mencapai matlamat yang diingini. Moga-moga Allah permudahkan usaha kita semua. Di sini saya berikan kalendar dan pelan perancangan percuma 2009 kepada semua pelayar blog ini. Klik pada gambar, klik pada butang kanan mouse dan save as. Kalendar ini mempunyai petak-petak khas pada setiap hari untuk mencatat aktiviti dan ruangan ini menurunkan idea secara bebas! Kata-kata hikmat dari tokoh terkemuka disusun sebagai inspirasi kepada saudara dan saudari dalam kalendar 2009 Ia boleh dicetak berwarna atau pun hitam putih dan dijilid untuk dibawa ke mana sahaja. Ia boleh digunakan untuk mencatat perencanaan tuan dan puan sepanjang 2009. Kalendar dan pelan tahunan 2009 dihasilkan oleh pereka grafik, Tuan Izwan Wahab a.k.a Robotys

Almarhum Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman dan kenangan sahabat lama

Arwah datuk. Haji Omar Haji Hassan pernah menjadi sahabat kepada Almarhum. Itu pun setelah arwah ayah saya bercerita mengenai peristiwa beliau disaman dalam satu kemalangan. Ketika itu ayah saya masih memiliki lesen L dan membawa skuter melanggar kenderaan lain di Tampin. Tetapi datuk saya seorang yang tegas. Beliau memang tidak beri peluang kepada ayah saya meskipun Almarhum bertanya untuk membantu. Ketika itu Almarhum adalah Pegawai Daerah (D.O) Tampin. D.O seperti sekarang juga ada beberapa bahagian seperti Bahagian Mahkamah Akibatnya ayah saya digantung lesen oleh hakim Mahkamah Majistret. Itu cerita zaman muda ayah sekitar umur 20-an Pada tahun akhir khidmat beliau menerima surat penganugerahan dari istana. Tetapi ayah menolak. Rupa-rupanya ayah tidak ke Istana ketika Almarhum menjadi YDP Agong untuk penganugerahan AMN kerana peristiwa ini. Saya sendiri hairan mengapa pada akhir tempoh persaraan tahun 1991, beliau enggan ke istana dan mengisi borang putih untuk menyatakan ketidakh...

Azam karier tahun baru 2009 | Sama tetapi baru

Bicara mengenai soal azam tahun baru, saya teringat kepada perkataan yang menjadi tajuk icara tuan Osman Affan di TV1 iaitu "azam yang tertunda", Ahad ini seorang lagi penulis PTS , Tuan Hj Ahmad Fadzli Yusof akan muncul membicarakan mengenai topik azam tahun baru. Saya kira azam ini mempunyai cabang-cabangnya. Azam menjadi insan lebih baik dari segi akhlak, ibadah dan kehidupannya. Untuk catatan blog ini, saya mahu berkongsi satu cabang dalam azam tahun baru iaitu, azam karier . "Saudara sudah lari daripada personaliti karier saudarakah?" "Apa maksud saudara?" "Bukankah saudara seorang penulis , kini sudah buat perkara lain." Oh, saya faham. Ini berkaitan dengan penglibatan saya dalam seminar terbaru pada Febuari ini. Sebenarnya kariernya sama, cabangnya berbeza. Tahun 2009 karier penulisan saya menyentuh kepada beberapa cabang baru. Tahun 2009, buku-buku baru akan saya hasilkan sesuai dengan misi bersama penerbit, memandaikan bangsa dengan kary...

Pemasaran Perniagaan Kecil di Internet | Kajian kes Puan Musringah binti Hj Ismon

Kini, teknologi komputer dan Internet (ICT) bukan sahaja diperlukan untuk mengurus dan meluaskan perniagaan besar, bahkan ia amat perlu untuk mengefisyenkan perniagaan berskala kecil dan sederhana. Mustika Hati Enterprise membuktikan bahawa penggunaan ICT telah membawa kejayaan besar kepada perniagaan pau yang diterokainya sejak 18 tahun yang lalu. Puan Musringah binti Hj Ismon, 48, ketika ditanya mengatakan beliau menyedari pentingnya penggunaan ICT ketika perniagaannya mula mendapat sambutan. Pada peringkat awal, beliau hanya menghasilkan 50 biji pau sehari tetapi pada hari ini, dengan ICT, permintaan terhadap paunya semakin meningkat, kepada sekurang-kurangnya 3000 sehingga 4000 biji sehari. Puan Musringah yang juga pemilik Mustika Hati Enterprise memulakan perniagaan pau pada tahun 1988 secara kecil-kecilan. Pada peringkat awalnya latihan dan bimbingan yang diikutinya banyak berkaitan dengan perakaunan, pemasaran dan kebersihan tetapi hari ini, bagi Puan Musringah beliau perlu ...

Catatan Kursus Penulisan | Harta Intelek | Akta Hak Cipta 1987

Satu catatan selingan untuk penulis bebas . Akta Hakcipta adalah 1987 pernah melalui pindaan dan dikenali sebagai Akta Hakcipta (pindaan) 1997. Saya petik: “Akta Hakcipta (Pindaan) 1997, mengakui tiga bentuk baru perlanggaran hakcipta di bawah Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987. Kesalahan tersebut adalah,merosakkan atau menyebabkan kerosakan sebarang tindakan kesan teknologi yang digunakan oleh pencipta berkaitan dengan mempergunakan haknya dan perlanggaran akta tidak dibenarkan, 2. memindahkan atau menggantikan sebarang hak elektronik maklumat pengurusan tanpa kebenaran; dan 3. menyebarkan, bermaksud untuk menyebarkan atau menyampaikan kepada orang awam, tanpa kebenaran, bekerja atau menyalin kerja dari sudut yang mana hak elektronik pengurusan maklumat telah dipindahkan atau digantikan tanpa kebenaran. Kesalahan-kesalahan ini adalah diberi hukuman denda maksimum RM250,000.00 atau hukuman penjara bagi suatu tempoh maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan sebarang kesalahan beriku...

Pemasaran Internet Perniagaan Kecil | Kajian Kes | Mas Dino

Info sisipan Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010 Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publicatio n and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 ( KLIBF 2010 ) Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia , PTS Professional , PTS One . Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika , PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH , MPH Online , Popular Bookstores , Bookcafe dan E-kedai.net Teruskan membaca entri di bawah ---------- Sebentar tadi saya baru sahaja mengikuti webinar kendalian Tuan Mas Dino. (klik gambar di atas) Nama beliau muncul dalam sebuah manuskrip yang saya sunting baru-baru ini. Beliau adalah pemasar internet sepenuh masa yang menetap di Ipoh. Oh, manuskrip beliau masih belum selesai lagi. Webinar adalah singkatan kepada Web Seminar...

Seminar Pemasaran untuk Perniagaan Kecil 2009 | Malaysiakini

Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil kini dalam hebahan Event Classified, Malaysiakini. Terima kasih kepada pengendali. Maklumat lanjut klik di sini . 5 Topik penting akan didedahkan kepada peserta seminar pada 7 Febuari 2009 Rahsia penulisan iklan untuk menjual di Internet oleh penulis 10 buah buku di Malaysia, Zamri Mohamad Cara mudah pembinaan mini-site dan optimasi carian di internet oleh pembangun sistem kreatif, Izwan Wahab a.k.a Robotys Perkongsian pengalaman oleh tim Flarebiz, usahawan Internet sepenuh masa, Adly Mukhtar a.k.a Labanon 2 Topik BONUS akan didedahkan kepada peserta seminar Pengurusan Risiko untuk Bisnes Kecil . Disampaikan oleh pakar dan pengamal serta penganalisis insuran bisnes kecil di Malaysia. Pembinaan Jenama Bisnes Kecil . Disampaikan oleh seorang peserta yang mengikuti sebagai forum penjenamaan antarabangsa baru-baru ini melibatkan enam pakar antarabangsa. Maklumat lanjut klik di sini .

Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil | Bicara Jutawan

Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil kini dalam hebahan Bicara Jutawan. Maklumat lanjut klik di sini Fakta! Mencari barang dan perkhidmatan melalui internet menjadi cara pertama sebelum mereka membeli di kedai berhampiran. Mereka tidak akan ke kedai selagi tidak mencari maklumat produk dan perkhidmatan melalui internet terlebih dahulu. Kaji selidik kami ke atas Lelong.com.my mengesahkan penemuan ini. Laman web Lelong dilawati 100,000 pengunjung sehari. Didapati 84 peratus terdiri daripada mereka berusia 20 sehingga 39 tahun. Apa yang akan terjadi jika bisnes anda tidak berada dalam internet? Peniaga bisnes kecil kehilangan 84% bakal pelanggan baru setiap hari jika tidak memasarkan produk dan perkhidmatan mereka melalui internet hari ini. Mahu mengiklankan dan memberitahu pelanggan melalui internet. Jika ya, bagaimana saudara mahu memasarkan produk dan perkhidmatan kepada mereka? Kami ingin mendedahkan kepada saudara. Dapatkan rahsia, teknik, strategi dan cara pemasaran bi...

Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil | Majalah IM menjadi penaja bersama

Majalah IM , majalah internet yang dilanggani 4000 subscribers menjadi penaja bersama bagi program Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil yang bakal diadakan pada 7 Febuari 2009. Terima kasih kepada tim Majalah IM yang memberi sokongan kepada penganjuran program ini. Semoga Allah mempermudahkan penganjuran seminar ini. Bagi mereka yang mahu mendaftar, klik di sini

Penulisan Penulis Bebas | The ASEAN Charter; Moving Forward

Jumaat, saya berkesempatan menghadiri satu ceramah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Fuzi Bin Hj Abdul Razak seorang Ambassador-at-Large atau Duta Asing, di bawah Kementerian Luar Negeri. Dalam catatan The Scribe A Kadir Jasin nama Tan Sri Ahmad Fuzi disebut dalam entri bertajuk Singapura Mungkir atau Kita Kurang Berfikir? saya petik sebahagian, " Maka Kabinet memutuskan agar tanggungjawab ini dipikul oleh Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak duta khas Malaysia yang pernah mengepalai pasukan Malaysia dalam lima pusingan rundingan dengan Singapura.... " Kembali kepada cerita asal. Bertempat di Universiti Malaya, di Institut Kajian Asia-Eropah, program ini dihadiri oleh duta-duta asing, pelajar peringkat sarjana dan bekas wartawan. Mengapa saya berada di sini? Ceritanya timbul dalam tempoh 24 jam sebelum majlis. Tan Sri Ahmad Fuzi menyampaikan sebuah ceramah bertajuk, The ASEAN Charter; Moving Forward. Apa pun, menarik perhatian apabila adanya pendedahan bahawa tid...

Seminar Perniagaan | Pemasaran Internet | Kajian Kes: Jambu Batu JJ88

Saya berkesempatan melawat sebuah gerai jualan jambu batu di sekitar Kelana Jaya pada Selasa lalu. Tujuan bagi melihat potensi kepada perkembangan bisnes ini. Dimaklumkan bahawa bisnes yang dikenali dengan nama JJ88 mempunyai lima buah kenderaan yang berfungsi sebagai gerai bergerak yang beroperasi di sekitar Kelana Jaya dan Rawang. Keuntungan sehari adalah sekitar RM600-RM1000 sehari bergantung kepada lokasi. Saya berada di sana sekitar tiga jam bagi melihat operasi bisnes tersebut. Secara bersih purata pendapatan daripada penghantaran buah dan pengedaran berbentuk gerai bergerak ini mencapai RM XXXXX sebulan. Saya berkesempatan melihat bagaimana bahan mentah dihantar pada setiap malam selepas waktu berniaga Menjelang jam 7 malam, waktu gerai mahu ditutup lebih ramai yang mengunjungi gerai ini membeli buah jambu batu dan air jambu batu. Majoriti pelbagai iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Potensi besar bisnes ini memerlukan laman web bagi menarik pengedar di luar. Bisnes JJ88 tela...

Kajian Kes Seminar Pemasaran Perniagaan | Buku Buat Duit Dengan Ikan Keli

Puan Ainon ada menyentuh serba sedikit berkenaan pemasaran internet yang saya lakukan apabila mempromosi buku top-seller Rahsia Bisnes Mamak melalui internet. Hari ini saya ingin menambah sebagai lanjutan daripada entri tersebut. Ia berkaitan satu produk yang saya jual secara online iaitu buku Buat Duit Dengan Ikan Keli . Buku ini membuat saya terdiam sebentar. Melihat kepada pesanan harian buku ini membuat saya terbayang betapa besarnya potensi dan minat orang ramai terhadap penternakan ikan keli. Sejak laman web mini Buat Duit Dengan Ikan Keli dilancarkan pertengahan November, hampir setiap hari saya menerima pra pesanan buku ini. Saya masih terfikir betapa besarnya potensi industri ternakan ikan keli di Malaysia. Berikut adalah paparan imej e-mel pesanan buku ini yang saya terima sehingga ke hari ini. Sebagai catatan, buku ini sudah ketiadaan stok di MPH Wangsa Maju. Klik imej untuk paparan lebih jelas. Lihat pada tarikhnya. Ini adalah salah satu laman web mini yang saya hasilka...

Temui penulis motivasi organisasi | motivasi kerja | Mengurus Konflik Gaya Streetsmart

Klik imej untuk paparan lebih jelas.

Jualan buku dan sesi bertemu penulis PTS di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa.

Hari Ahad ini penulis-penulis PTS akan bertemu para pembaca dan menjual buku-buku terbaru di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa. Kami membawa buku-buku PTS dengan diskaun menarik! Kami membuka gerai sempena Program Gaya Hidup Wanita anjuran HELWA Masjid Muadz. Aturcaranya seperti berikut: 7.30 Senamrobik 9.00 Perasmian 10.00 Demonstrasi masakan & gubahan serta pemeriksaan kesihatan 2.00 Forum ‘Wanita, Isteri & Muslimah’ - Dr. Hjh. Robiah K. Hamzah Jemput datang memeriahkan majlis!

Diskusi Rahsia Bisnes Mamak di Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad dan Rahsia Bisnes Mamak

Pada hari ini (Selasa, 16 Disember 2008) jam 2.30-4.30 petang, saya dan Tuan Muhammad Faisal Sharbudin akan berada di Auditorium ANGKASA (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad) bagi progam Bicara Buku Rahsia Bisnes Mamak. Insya Allah rakaman akan dibuat untuk siaran di internet, saluran keusahawanan dan pengurusan pelanggan untuk bisnes kecil. Terima kasih kepada para pembeli buku Rahsia Bisnes Mamak yang mendapatkan maklumat daripada laman web Malaysiakini. dari 9 sehingga 12 Disember 2008 Penghantaran buku akan dilakukan pada hari Khamis 18 Disember 2008 jam 10.30 pagi. Kaedah pembayaran secara online telah dihantar ke e-mel Tuan dan Puan. Maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas proses penghantaran selesai. Bagi mereka yang berminat mengetahui Rahsia Bisnes Mamak yang terbongkar. Layari laman web ini, klik di sini. Rahsia Bisnes Mamak adalah salah satu buku top seller terbitan PTS Professional yang mendapat paparan meluas dalam akhbar, majalah, televisyen dan laman web selu...

Penulis Buku di Selamat Pagi Malaysia RTM 1

Orang yang bersabar pasti ada ganjaran. Mungkin itu yang saya mahu gambarkan mengenai saudara Syarafuddin Sulaiman, penulis buku Akademi Kehidupan terbitan PTS Millennia. Selepas paparan dalam akhbar bahasa Inggeris, the Star ( klik di sini ), saudara Syarafuddin ditemubual mengenai buku siri Akademi Kehidupan yang diterbitkan tiga tahun lalu. Buku ini mula mendapat perhatian media selepas tiga tahun di pasaran kerana tiga faktor. 1. Pertama: Media menonjolkan penulis-penulis muda dan beliau salah seorang daripadanya. 2. Kedua: Personaliti beliau yang tenang dan tak banyak karenah dengan penerbit. 3. Ketiga: Buku itu sendiri ada kekuatan dan menjadi refleksi personaliti remaja. Ada guru menyukai buku ini tetapi meminta ia ditukarkan kulit buku agar lebih remaja sifatnya. Sesiapa mahu memiliki buku ini untuk dihadiahkan kepada anak-anak remajanya, anak jirannya, anak murid dan anak-anak yang menantikan waktu sembuh selepas khatan (saya serius) dan sesiapa sahaja, hubungi saudara Syarafu...

Classified Malaysiakini | Rahsia Bisnes Mamak

Paparan Utusan Malaysia : Rahsia Bisnes Mamak Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3 Terima kasih kepada para pembeli buku Rahsia Bisnes Mamak yang mendapatkan maklumat daripada laman web Malaysiakini. dari 9 sehingga 12 Disember 2008 Penghantaran buku akan dilakukan pada hari Khamis 18 Disember 2008 jam 10.30 pagi. Kaedah pembayaran secara online telah dihantar ke e-mel Tuan dan Puan. Maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas proses penghantaran selesai. Bagi mereka yang berminat mengetahui Rahsia Bisnes Mamak yang terbongkar. Layari laman web ini, klik di sini. Rahsia Bisnes Mamak adalah salah satu buku top seller terbitan PTS Professional yang mendapat paparan meluas dalam akhbar, majalah, televisyen dan laman web seluruh negara.

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Pemasar Internet Wanita di Malaysia

Majalah IM edisi Disember yang ditunggu-tunggu telah terbit. Inisiatif tim ini memperkenalkan majalah siber pertama memberi corak baru dalam dunia penerbitan tempatan. Memperkenalkan konsep majalah dan audio, majalah IM memudahkan para pelayar melungsuri laman sesawang mereka dengan paparan antara muka yang kemas. Majalah IM mempunyai 4000 orang ahli yang melanggan majalah ini, termasuklah saya. Dalam edisi Disember 2008, isu yang diketengahkan tidak kurang menariknya. Ia mendedahkan kemunculan pemasar-pemasar internet di kalangan wanita tempatan. Fokus temubual pada bulan ini adalah Puan Ann yang mengendalikan laman web wanitamelayu.com. Puan Ann layak bercerita mengenai pemasaran internet kerana laman forum beliau sahaja dikunjungi sekitar 3000 hingga 5000 pengunjung sehari. Latar belakang beliau yang tidak mendalam mengenai dunia internet pada peringkat awal tidak dijadikan alasan untuk tidak mencuba dan mempelajarinya. Puan Ann menyentuh mengenai origanility atau keaslian sesuatu k...