Langkau ke kandungan utama

Kajian Kes Seminar Pemasaran Perniagaan | Buku Buat Duit Dengan Ikan Keli

Puan Ainon ada menyentuh serba sedikit berkenaan pemasaran internet yang saya lakukan apabila mempromosi buku top-seller Rahsia Bisnes Mamak melalui internet. Hari ini saya ingin menambah sebagai lanjutan daripada entri tersebut. Ia berkaitan satu produk yang saya jual secara online iaitu buku Buat Duit Dengan Ikan Keli.

Buku ini membuat saya terdiam sebentar. Melihat kepada pesanan harian buku ini membuat saya terbayang betapa besarnya potensi dan minat orang ramai terhadap penternakan ikan keli.

Sejak laman web mini Buat Duit Dengan Ikan Keli dilancarkan pertengahan November, hampir setiap hari saya menerima pra pesanan buku ini. Saya masih terfikir betapa besarnya potensi industri ternakan ikan keli di Malaysia. Berikut adalah paparan imej e-mel pesanan buku ini yang saya terima sehingga ke hari ini. Sebagai catatan, buku ini sudah ketiadaan stok di MPH Wangsa Maju.

Klik imej untuk paparan lebih jelas. Lihat pada tarikhnya.

Ini adalah salah satu laman web mini yang saya hasilkan bagi menjual produk yang saya suka dan saya tahu, iaitu buku.


Insya Allah, teknik membina laman web mini bagi mereka yang zero internet akan didedahkan bukan seorang, tetapi lima penceramah dalam pelbagai subjek. Klik di sini bagi mengetahui kaedah membina laman web mini bagi menjual produk.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...