Langkau ke kandungan utama

Pemasar Internet Wanita di Malaysia



Majalah IM edisi Disember yang ditunggu-tunggu telah terbit. Inisiatif tim ini memperkenalkan majalah siber pertama memberi corak baru dalam dunia penerbitan tempatan. Memperkenalkan konsep majalah dan audio, majalah IM memudahkan para pelayar melungsuri laman sesawang mereka dengan paparan antara muka yang kemas. Majalah IM mempunyai 4000 orang ahli yang melanggan majalah ini, termasuklah saya.


Dalam edisi Disember 2008, isu yang diketengahkan tidak kurang menariknya. Ia mendedahkan kemunculan pemasar-pemasar internet di kalangan wanita tempatan. Fokus temubual pada bulan ini adalah Puan Ann yang mengendalikan laman web wanitamelayu.com.

Puan Ann layak bercerita mengenai pemasaran internet kerana laman forum beliau sahaja dikunjungi sekitar 3000 hingga 5000 pengunjung sehari. Latar belakang beliau yang tidak mendalam mengenai dunia internet pada peringkat awal tidak dijadikan alasan untuk tidak mencuba dan mempelajarinya.


Puan Ann menyentuh mengenai origanility atau keaslian sesuatu konsep dalam pemasaran internet. Keaslian konsep menjadikan pelanggan bertumpu kepada sesebuah laman web atau sebaliknya. Ini berdasarkan pemerhatian Puan Ann terhadap aktiviti-aktiviti peniaga yang cuba meniru konsep bisnes wanitamelayu.com.

Murai.com merupakan contoh laman web yang menggunakan kaedah pengulangan bagi menarik perhatian ramai. Menurut Puan Ann, jumlah statistik yang tinggi ke laman web ini sebenarnya sudah mencukupi bagi pengendali laman web Murai.com, tetapi dari satu sudut sasaran jumlah pengunjung yang bertambah yang ingin dicapai menjadikan usahakan pemasaran melalui pengulangan mesej Murai.com diteruskan di radio.


Saya mengharapkan lebih ramai pemasar internet di kalangan wanita tempatan melibatkan diri dengan perkembangan Majalah IM. Isu keluaran Disember ini sedikit sedikit lari daripada jangkaan saya. Mungkin dapat ditambah lagi dengan tip-tip pemasar internet yang sedikit berbeza dan disenaraikan pemasar internet wanita di Malaysia.

Tetapi inisiatif menyentuh isu ini dalam keluaran hujung tahun ini mesti diberi pujian. Ini adalah permulaan kepada lebih banyak pendedahan pemasar internet wanita di Malaysia. Pendekatan Majalah IM membina rangkaian pembaca melalui konsep e-majalah ini boleh diikuti oleh laman-laman web lain sebagai salah satu cara pemasaran viral.




Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...