Langkau ke kandungan utama

Pemasaran Internet Perniagaan Kecil | Kajian Kes | Mas Dino


Teruskan membaca entri di bawah

----------




Sebentar tadi saya baru sahaja mengikuti webinar kendalian Tuan Mas Dino. (klik gambar di atas) Nama beliau muncul dalam sebuah manuskrip yang saya sunting baru-baru ini. Beliau adalah pemasar internet sepenuh masa yang menetap di Ipoh. Oh, manuskrip beliau masih belum selesai lagi. Webinar adalah singkatan kepada Web Seminar atau pun pertemuan virtual. Hari ini saya berpeluang mengalami dan mengakses sendiri kemudahan ini.

Secara umum dalam dunia pemasaran internet, webinar berperanan memenuhi fungsi berikut.

  • Seminar maya
  • Mesyuarat
  • Pembentangan
  • Soal jawab
  • Pengendalian kursus dan bengkel dari rumah
  • Sesi lanjutan atau follow up session dalam kumpulan

Catatan Netlingo, saya petik, "A Webinar is primarily a marketing and sales tool that allows users to log in to the Internet and view either a PowerPoint presentation or an actual demonstration of a product while listening to the presenter via a conference call line. There are a variety of software programs you can use, including Microsoft Office Live Meeting, or proprietary services by other companies. "

Sebagai contoh, katakan saya menganjurkan satu sesi perbincangan dengan penulis-penulis bebas. Saya tetapkan masa jam 9.00 malam, masing-masing akan melayari laman web yang dimaksudkan. Sesi soal jawab boleh dilakukan melalui sistem chat yang disediakan di sebelah video siaran langsung tersebut.

Bayangkan ini adalah kemudahan bukan sahaja kepada orang normal malah kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berpeluang menghadiri kursus kerana faktor fizikal yang tidak memungkinkan beliau. Mungkin fasaliti itu sendiri tidak mesra OKU.

Pemilik bisnes juga boleh menggunakan kaedah yang sama bagi memberi penerangan kepada bakal rakan niaga dan pelanggan berkenaan produk mereka melalui Webinar. Tahap kepercayaan lebih tinggi kerana adanya interaksi face-to-face.

Bercakap mengenai potensi webinar. Saya gunakan webinar Tuan Mas Dino sebagai contoh. Dalam tempoh 30 minit, saya dapat mengajukan lima-tujuh soalan berkaitan tajuk yang disampaikan. Kedua, lebih 50 orang berada dalam talian mengikuti webinar pada waktu yang sama.

Bagaimana saudara mahu mengumpulkan 50 orang atau lebih pada jam 9 malam mengikut keselesaan masing-masing?

Webinar

Maklumat lanjut untuk pengusaha bisnes kecil dan peniaga kecil mengenai pemasaran di dunia internet, klik di sini dan layari laman ini bagi menyertai Seminar Pemasaran Internet untuk Peniaga Kecil Malaysia 2009

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...