Langkau ke kandungan utama

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad dan Rahsia Bisnes Mamak


Pada hari ini (Selasa, 16 Disember 2008) jam 2.30-4.30 petang, saya dan Tuan Muhammad Faisal Sharbudin akan berada di Auditorium ANGKASA (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad) bagi progam Bicara Buku Rahsia Bisnes Mamak.

Insya Allah rakaman akan dibuat untuk siaran di internet, saluran keusahawanan dan pengurusan pelanggan untuk bisnes kecil.



Terima kasih kepada para pembeli buku Rahsia Bisnes Mamak yang mendapatkan maklumat daripada laman web Malaysiakini. dari 9 sehingga 12 Disember 2008 Penghantaran buku akan dilakukan pada hari Khamis 18 Disember 2008 jam 10.30 pagi. Kaedah pembayaran secara online telah dihantar ke e-mel Tuan dan Puan.

Maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas proses penghantaran selesai.

Bagi mereka yang berminat mengetahui Rahsia Bisnes Mamak yang terbongkar. Layari laman web ini, klik di sini. Rahsia Bisnes Mamak adalah salah satu buku top seller terbitan PTS Professional yang mendapat paparan meluas dalam akhbar, majalah, televisyen dan laman web seluruh negara.


Ingin sertai Kursus Pemasaran Online untuk Bisnes Kecil?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...