Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2008

Forum Realiti Bisnes Malaysia bercerita mengenai realiti bisnes antara kaum

Tuan Ann Wan Seng, penulis buku best-seller Rahsia Bisnes Orang Cina (kanan) Forum Realiti Bisnes Malaysia bercerita mengenai realiti. Perubahan yang perlu dibuat bagi memastikan usahawan berkualiti dapat dihasilkan. Rata-rata peserta forum berpuas hati dengan penganjuran persatuan Ekonomi dan Sains Pengurusan apabila menghimpunkan tiga panelis pelbagai bangsa bagi bercerita mengenai dunia bisnes dari perspektif formula bangsa. " Di negara Cina pertumbuhan ekonomi meningkat sebanyak 15 peratus. Manakala Malaysia sekitar tiga peratus. Mempelajari budaya bisnes bangsa Cina sudah lama digalakkan malah dalam sejarah Islam, orang Islam digalakkan mempelajari beberapa ilmu penting. Pertama, kaedah membuat kertas menggantikan kaedah menulis atas pelepah tamar. Kedua, penghasilan sutera bagi digunakan membalut pedang. Ketiga mempelajari penghasilan tembikar bagi menggantikan bekas air daripada gangsa," bicara Tuan Ann Wan Seng membuka Forum Realiti Bisnes Malaysia di Bilik Persidang...

Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi (versi e-buku)

Maklumat Tajuk buku: Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi (versi e-buku) Laman e-buku: http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=d92ea9f4&a_bid=4e69d055 Penulis: Irfan Khairi Terbitan: Irfan Khairi Sdn Bhd dan Radio 24 Irfan dedah rahsia jutawan Oleh Zamri Mohamad Jarang sekali perkembangan buku elektronik atau e-book diulas. Mungkin ia masih dianggap sebagai satu perkembangan yang terasing dari industri buku fizikal. Ada juga menganggap ia masih belum benar-benar menjadi produk yang memberi persaingan sebenar kepada jualan buku sebenar. E-buku tempatan mempunyai pasaran luas di kalangan pengguna internet negara yang bertambah dari tahun ke tahun. Angka pada tahun 2005 memperlihatkan sejumlah 10,040,000 orang pengguna tempatan sehingga bulan Disember 2005. Berdasarkan jumlah pengguna yang direkodkan pada tahun 2005, ia mewakili 38 peratus jumlah penduduk negara. Sehingga tahun 2007, jumlahnya ia sebanyak 11,016,000 orang. Laporan Internet World Stats menyebut berlakunya pertambahan 20...

"Semakin tinggi kemahiran, semakin tinggi keyakinan"

"Semakin tinggi kemahiran, semakin tinggi keyakinan" Tuan Jason Ng berkongsi cerita, "Salah seorang peserta saya merupakan pengarah urusan di sebuah organisasi. Pada suatu hari saya bertanya kepada beliau mengapa mengambil kursus ini. Kata pengarah urusan ini, setiap kali beliau menghadiri majlis rasmi, pembantunya akan turut serta." Apa yang berlaku selepas itu? "Dalam setiap majlis, pengarah urusan ini tidak mempunyai kemahiran bersosial dan berbual yang baik. Akibatnya, pembantunya yang mempunyai kemahiran tersebut lebih menonjol berbanding beliau selaku majikan. Sehinggakan ada yang menyangka pembantu itulah pengarah urusan sebenar," sambung Tuan Jason. Tuan Jason Ng merupakan pemenang pertandingan pengucapan awam peringkat Asia Pasifik pada tahun 2002. "Saya hanya perlu bercakap dalam masa tujuh minit. Tetapi saya berlatih sebanyak 500 kali," dedahnya. Katanya, "Dalam apa jua pengucapan awam, penonton hanya mengingati isi keseluruhan ce...

Jadilah sahabat tanpa menunggu adanya keperluan.

"Jika mahu bersahabat, bersahabatlah tanpa ada kepentingan," nasihat Tuan Mazidul. Soal saya, "Bagaimana?" "Selalu orang menghubungi kenalan apabila ada keperluan. Contohnya, mohon membantu urusannya. Mengapa tidak dihubungi sekadar hendak bertanya khabar pada bila-bila masa," jawab beliau. Diam seketika, Tuan Mazidul menyambung kembali, "Saya adakalanya menghubungi rakan-rakan tanpa apa-apa keperluan khusus. Ada yang rasa hairan dan ganjil apabila dihubungi hanya sekadar menerima hai daripada kita." Ada juga sahabat yang tidak perlu dipanjangkan bicara. Berkongsi pengalaman, pernah beliau menghubungi seorang kenalan bagi bertanya khabar. Telefon berdering, penerima mengangkat telefon. Pemanggil memperkenalkan diri. Penerima yang juga seorang kenalan menjawab, "Ya, mahu buat pinjamankah?" Pemanggil menekan butang merah pada telefon bimbit. Kurang seminit telefon beliau pula dihubungi. "Talian putuskah?" tanyanya. "Tidak....

Jika mereka gembira bekerja di bawah saya, produk akhir lebih dari apa diharapkan

"Ramai orang tidak menjadi manusia dalam kerja," kata Tuan Mazidul. Apa maksudnya tidak menjadi manusia? Sambungnya, "Ramai yang bekerja berasa tidak gembira dengan kerja mereka. Maka mereka tidak menjadi manusia (gembira). Tuan Mazidul Akmal Sidik merupakan Ketua Hal Ehwal Semasa, Jabatan Majalah, Famili dan Dokumentari. Beliau bertindak sebagai penerbit, rancangan 999, penulis skrip, wartawan dan pengacara bagi rancangan 360 yang bersiaran setiap hari Rabu jam 9.00 malam. Katanya, "Apabila kita tidak berminat, maka hilanglah keseronokan. Ciri-ciri orang yang berminat dengan kerjanya mudah sahaja." Pertama Tidak mengeluh apabila diminta melakukan sesuatu. Kedua Ilmu yang diperolehi semakin bertambah apabila pekerja semakin berminat dengan tugasan itu. Ketiga Apabila pekerja berasa dia tidak cukup pengetahuan, beliau akan berinisiatif mencari sendiri. Keempat Berbeza dengan orang yang tidak berminat dengan kerjanya, apabila berasa dirinya tahu, dia akan kekal b...

Petua berkarya dari Tuan Mazidul Akmal Sidik

Jam 2 petang, Khamis 17 Julai 2008. Kami bertemu di hadapan panggung wayang, One Utama. Berbaju petak warna merah putih dengan beg galas berwarna merah, Tuan Mazidul Akmal Sidik menyambut dengan genggaman salam yang erat. Kami beredar menuju ke sebuah kafe. Sangka beliau sebelum ini, saya adalah individu berumur sekitar 30 hingga 40-an selepas membaca e-mel saya. Jangkaan itu meleset setelah melayari laman web saya. Katanya, "Jika saudara buang gambar dalam laman web, saudara berpotensi menjadi con man." Saya ketawa. Di kafe, saya bertanya, "Bagaimana Tuan terdorong menulis buku Virus Kehidupan?" "Saya tidak pernah terfikir mahu menulis buku. Tetapi sebagai pengendali rancangan realiti 360, saya selalu terfikir betapa perlu cerita yang dipaparkan pada setiap minggu diperincikan agar para penonton tahu cerita di sebaliknya," jelas Tuan Mazidul Pelayan menghampiri kami membawa pesanan hidangan yang sama. News Cafe menjadi tempat temubual secara tidak formal ...

Zamri Mohamad di sana-sini

Saya dijemput menjadi moderator forum anjuran Persatuan Ekonomi & Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak bersempena Entrepreneurship Festival 2008 berdasarkan maklumat berikut : Tajuk : Realiti Bisnes Malaysia Tarikh : 20 Julai 2008 (Ahad) Masa : 10 hingga 12 tengah hari Tempat : Cultural Activity Centre, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor Panelis : En. Fauzul Na’im Ishak (Pengurus PTS Millennia Sdn Bhd merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Book Pro) En. Ann Wan Seng (Pengarang buku Rahsia Bisnes Orang Cina) En. Muhammad Faisal Sharbuddin (Pengarang buku Rahsia Bisnes Mamak) Bagi mereka yang ingin mencadangkan soalan-soalan mencabar bagi diajukan kepada para panelis, mohon nyatakan soalan di kotak komen bagi entri ini. Terima kasih

Irfan Khairi mendedahkan rahsia Mentor Jutawan melibatkan 8 Jutawan Malaysia

Ikuti transkripsi penuh temubual Irfan Khairi bersama ikon & mentor jutawan Malaysia. Daripada: Irfan Khairi Lokasi: Kuala Lumpur Memang tidak dapat dinafikan lagi, kelapan-lapan jutawan ini tahu segala rahsia, tip, strategi, teknik dan minda bagaimana hendak menjana berjuta ringgit! Apakah harga satu ilmu yang boleh diperturunkan oleh satu jutawan kepada anda untuk kejayaan anda? Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini? Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor! Azizi Ali, Jurulatih jutawan Chef Li (Dato’ Dr Rusly), Jutawan Senyap Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM) Billi Lim, Jutawan Berani Gagal Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura Irfan Khairi, Jutawan Internet Setiap ikon jutawan yang berkongsikan ilmu di dalam ebook ini telah terbukti kejayaan mereka di mata masyarakat. Strategi-strategi yang mereka gunakan adalah strategi jutawan-jutawan seluruh dun...

Empat jam perkongsian ilmu oleh Tuan Mazidul Akmal Sidik

Insya Allah cerita akan disampaikan dalam tempoh terdekat. Antara temubual dan perkongsian ilmu yang ingin saya susun agar ia mudah difahami oleh para blogger. Mohon sabar ya!

Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan jam 1.05 tengah hari ini

Saya tiba di Kuala Lumpur jam 5.00 petang. Bas Delima Ekspress yang dinaiki berhenti betul-betul di tepi jalan tempat mereka berhimpun. Kelihatan ramai sudah berkumpul di hadapan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur. Waktu kerja sudah tamat, sebahagian yang keluar dari pejabat menunggu di situ bersama kumpulan yang sedia ada dan sebahagian lain menuju ke monorel. Ada yang terpinga-pinga bertanya apa yang sedang berlaku. Masing-masing yang berada di situ memegang sepanduk Free Anwar dan kenderaan membunyikan hon tanda sokongan. Saya sendiri tidak pasti apa yang berlaku kerana tidak berkesempatan mengikuti berita tengah hari ini melainkan makluman Datuk Seri akan ke Putrajaya dan IPK hari ini. Mahu mengambil beberapa foto, tetapi bateri kamera hanya bertahan untuk beberapa minit sahaja. Gambar yang diambil pun tidak sebagus mana. Sampai ke KL Sentral, saya membuka e-mel dan membaca e-mel ini. Office of Anwar Ibrahim info@anwaribrahim.com Press Statement – For Immediate Release KUA...

Debat Anwar dan Shabery bersiaran langsung di kedai Mamak

Siaran langsung Debat di sebuah restoran Mamak Melihat kepada siaran langsung Debat anjuran Agenda Daily dan TV3 serta TV9 selaku hos penyiaran, ia membawa kepada satu petanda demokrasi sedang diamalkan dalam negara ini. Wacana isu kebajikan rakyat melalui tajuknya Hari Ini Membentuk Kerajaan membayangkan satu episod menarik dalam politik tempatan. Namun rancangan Debat ini memerlukan satu susulan penting. Ia memerlukan satu maklumbalas daripada rakyat selaku penonton pada 15 Julai lalu. Kerajaan melalui media-media tempatan dapatlah menjadikan ini sebagai peluang ke arah pembaikan demi kesejahteraan bersama. Satu kaji selidik dan maklumbalas daripada program siaran langsung ini perlu bagi melihat kecenderungan rakyat. Kecenderungan ini memfokuskan kepada cadangan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.50 melalui mekanisme yang diperkenalkan. Sehingga entri ini ditulis, kenyataan Perdana Menteri ditunggu-tunggu. Sama ada beliau bersedia menggerakkan jentera kerajaan bagi mengkaji pende...

Dua buku terlaris dalam carta best-seller terbitan PTS Professional

Alhamdulillah, atas izin Allah dan kepercayaan Tuan dan Puan sebagai pembaca menjadikan dua buah buku tulisan Zamri Mohamad menduduki carta buku terlaris atau best-seller PTS Professional bagi siri buku Bisnes terbitan PTS Professional pada bulan Jun 2008. Rahsia Bisnes Mamak Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas Kedua-dua buku ini boleh dibeli secara online di katalog sebelah kanan blog ini. Selain itu buku yang saya jual secara online juga dicari ramai iaitu Buat Duit dengan Terbit Sendiri Buku juga best-seller. Ia boleh didapati di sini (klik) . Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan Tuan dan Puan. Semoga ia memberi manfaat kepada semua. Sumber senarai http://ptssales.blogspot.com/2008/07/40-tajuk-buku-bisnes-profesional-pts.html

Afdlin Shauki, Los dan Faun serta mari mengundi lagi

Saya juga ada kegilaan meskipun blog ini selalunya entri yang serius. Sebagaimana sikap manusia, ada kegilaan dan serius silih berganti. Kali ini saya dan penulis Hantu Silap Mata iaitu Alif Firdaus atau Cartoonrama bersama-sama memasuki pertandingan dialog lucu kelolaan tim Afdlin Shauki bagi filem terbarunya Los dan Faun. Klik pada blog ini dan undi kami berdua! Bagaimana? Layari http://losdanfaun.blogspot.com/2008/07/time-to-vote.html Klik pada butang komen terawal. Tulis "Kami undi Zamri Mohamad dan Cartoonrama." Kemudian klik publish. Klik http://losdanfaun.blogspot.com/2008/07/time-to-vote.html sekarang! Nota: Kami manusia normal, kerana itu kami menyertai pertandingan suka-suka ini. Marilah mengundi! Hanya ada tujuh hari sahaja.
Al Fatihah kepada ibu Tuan Nazrul Samsuddin, pengurus PTS Professional yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Sabtu 12 Julai 2008. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan solehah. ZAMRI MOHAMAD

Penulis suka-suka atau sebagai karier?

Saya dan Tuan Serunai Faqir berada di Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra, sama-sama mimum teh petang, sepinggan pisang goreng dan roti canai berkuahkan kari. Sudah lama saya tidak bertemu beliau. Bertemu pada kali ini membawa kepada cerita-cerita baru mengenai diri beliau. Sahabat saya sudah berumahtangga pada bulan Mac lalu. Kali ini Tuan Serunai Faqir juga memilih menjadi penulis bebas sepenuh masa selepas sembilan tahun berkhidmat. Kami sama-sama bersetuju bahawa cabaran pertama yang perlu dihadapi ialah mengubah persepsi. Persepsi keluarga yang sudah terbiasa dengan dunia kerja. Tetapi kami tidak menuding jari kepada sesiapa. Isunya, kefahaman belum timbul dan menjadi penulis bebas sepenuh masa ini sebenarnya masih asing dan dianggap satu kerja hobi semata-mata. "Enam bulan pertama memilih jalan ini adalah ujian yang besar," jelas Tuan Serunai Faqir. Ujian ini termasuklah pengurusan kewangan, mencari sumber pendapatan melalui penulisan, memberi keyakinan kepada ahli ke...

Bill Zanker, Donald Trump, Annex Learning dan Think Big and Kick Ass

Saya masih belum tergerak hati untuk membeli mana-mana buku tulisan Donald Trump. Sejak awal lagi, saya hanya membaca di kedai buku sahaja. Buku terbarunya, Think Big and Kick Ass merupakan buku yang ditulis bersama Bill Zanker. Selama sejam saya membacanya di Borders, memori saya menyimpan beberapa cerita menarik daripada Bill Zanker. Siapakah Bill Zanker? Bill Zanker adalah pengasas Learning Annex, sebuah perunding yang menjalankan kelas kemahiran sepanjang hayat. Khususnya subjek kemahiran interpersonal dan komunikasi. Selain daripada itu, kelas pengurusan diri dan organisasi juga dikelolakan. Bill Zanker bertemu dengan Donald Trump apabila Bill mempelawa Trump menjadi jurucakap kepada program di bawah Learning Annex. Tetapi Bill terpaksa membayar USD$1,000,000 bagi membawanya ke program itu. Jumlah yang tidak pernah dibayar kepada mana-mana penceramah sebelum ini. Tetapi itulah jumlah yang ditawarkan oleh Bill selepas tawaran jumlah yang lebih rendah ditolak. Kerana Trump, buat per...

Mazidul Akmal Sidik, 360 dan buku Virus Kehidupan

"Pada awal tahun 1995, ketika menganggur saya menumpang di rumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. Pada 16 Jun 1995, sehari sebelum menghadirkan diri ke sesi ujibakat di TV3, saya berada dalam keadaan kelam kabut. Di mana saya hendak mencari sepasang kemeja?" Ketika saya membelek-belek buku bertajuk Virus Kehidupan, saya membeleknya dengan rasa teruja. Penulisnya membuka kisah dalam buku tersebut itu bermula daripada beberapa hari sebelum ke ujibakat TV3 setelah sekian lama menganggur. Melalui bantuan rakan baik bernama Nazri yang sudi menumpangkan beliau di rumahnya dan membawanya ke TV3, penulis buku ini telah mencipta satu pengalaman menarik dan menulis sejarah unik tersendiri sehingga ke hari ini. Nama beliau dikenali, kontroversi rancangan kendaliannya menjadi magnet yang menarik penonton dan paparan realiti yang disampaikan mencetuskan kegerunan. Hari ini, penulis ini sudah bersama TV3 melebihi 13 tahun. Pengalaman beliau di TV3 khu...

Cerita di sebalik filem Sepi, filem cinta, air mata lelaki dan ulasan tiga buah filem Hollywood

Ketika saya menulis entri ini, saya sedang demam. Suara menjadi ala-ala Tuan Ramli Sarip. Mahu menelan pun sakit. Agak-agaknya petunjuk dari Allah bahawa bulan Rejab ini digalakkan berpuasa. Maka dalam tiga ke empat hari ini, sesiapa yang menghubungi saya akan disambut oleh pembantu peribadi saya yang akan berkata, "Assalam alaikum, saya Zamri Mohamad. Maaf, saya tidak dapat menjawab panggilan anda. Sila tinggalkan pesanan. Terima kasih." Kemudian disusuli bunyi beep yang pendek. Kembali kepada cerita di kafe buku. Saya didatangi oleh seorang pemuda yang membawa bersama beg galas. Kemudian beliau datang memberi salam dan bercakap dalam bahasa Inggeris dengan skrip yang dihafal. "Cakap bahasa Melayu sahajalah," kata saya. "Abang, saya datang hendak menjual DVD filem terbaru. Beratus-ratus filem saya bawa. Boleh dimuat turun ke dalam komputer riba. Abang hendak filem apa?" katanya. "Saya sudah menonton semua filem terbaru," jawab saya. "Abang...

Menulis di sudut sebuah kafe buku

Dalam buku Goal-Free Living, Steve menceritakan beliau pernah merancang keluar dari keadaan biasa di tempatnya dan memandu ke kawasan tertentu untuk menulis. Saya juga cuba-cuba berbuat demikian. Memilih dua tempat, Selasa lalu di KLCC di medan seleranya menghadap cermin lutsinar yang jelas kelihatan lanskap di luar. Kedua, pada hari ini di dalam kedai buku Borders, ketika entri ini ditulis. Memang berbeza perasaan dan situasinya. Teringat saya kepada sebuah kisah Hindustan bertajuk Baghban. Kisah ini menceritakan bagaimana pasangan suami-isteri veteran bernama Raj Malhotra (Amitabh Bachchan) dan Pooja (Hema Malini) yang romantis. Mereka dipisahkan oleh anak-anak lelaki mereka. Mereka tinggal berasingan bersama anak-anak. Enam bulan mereka tinggal di rumah anak-anak masing-masing. Ditambah lagi dengan sikap empat orang anak lelaki dan menantu yang melihat ibu-bapa sebagai beban, sudah tentu mereka terasa hati. Sedih dengan sikap anak-anak lelaki dan menantu, Raj lebih selesa berada di ...