Langkau ke kandungan utama

"Semakin tinggi kemahiran, semakin tinggi keyakinan"






"Semakin tinggi kemahiran, semakin tinggi keyakinan"

Tuan Jason Ng berkongsi cerita, "Salah seorang peserta saya merupakan pengarah urusan di sebuah organisasi. Pada suatu hari saya bertanya kepada beliau mengapa mengambil kursus ini. Kata pengarah urusan ini, setiap kali beliau menghadiri majlis rasmi, pembantunya akan turut serta."

Apa yang berlaku selepas itu?

"Dalam setiap majlis, pengarah urusan ini tidak mempunyai kemahiran bersosial dan berbual yang baik. Akibatnya, pembantunya yang mempunyai kemahiran tersebut lebih menonjol berbanding beliau selaku majikan. Sehinggakan ada yang menyangka pembantu itulah pengarah urusan sebenar," sambung Tuan Jason.

Tuan Jason Ng merupakan pemenang pertandingan pengucapan awam peringkat Asia Pasifik pada tahun 2002.

"Saya hanya perlu bercakap dalam masa tujuh minit. Tetapi saya berlatih sebanyak 500 kali," dedahnya.

Katanya, "Dalam apa jua pengucapan awam, penonton hanya mengingati isi keseluruhan ceramah sekitar 30 peratus sahaja. Maka pembuka dan penutup adalah perkara yang perlu diberi sentuhan yang terbaik."

Sama ada kita seorang pelajar, ketua eksekutif, pekerja dan pemilik syarikat, kemahiran pengucapan awam adalah sesuatu yang mesti dipelajari. Saya juga mempunyai kesukaran yang sama dan mengambil peluang memperbaiki kemahiran ini dengan turut serta dalam mana-mana aktiviti. Saya memahami diri ini perlu dipaksa bagi mencipta hasil.

Saya menemui seorang pakar pengucapan awam bernama Jason Ng. Seorang berbangsa Cina yang berasal dari Kuching, Sarawak. Beliau merupakan bekas pelajar peringkat sarjana lanjutan di University of Southern Queensland dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia. Kini beliau menguruskan konsultan Mastery Development Centre.

Saya melihat cara beliau membuat presentasi di hadapan khayalak di MPH, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Pertama
Beliau tidak menggunakan mikrofon yang disediakan. Alasannya, beliau mahu memberi ganjaran hanya kepada yang duduk di kerusi dan berdiri di sekeliling. Jika beliau menggunakan mikrofon, ia akan memberi ganjaran kepada mereka yang berada di sekitar premis.

Kedua
Beliau menyediakan nota percuma yang diletakkan pada kerusi-kerusi disediakan. Ia adalah beberapa helai nota yang disertakan bersama sebatang pensil bagi tujuan catatan.

Ketiga
Beliau banyak melibatkan peserta dalam presentasi. Kekuatan cerita tidak dinafikan mempunyai magnet bagi mengumpan penonton.

Keempat
Cara pemakaian yang sesuai menggambarkan kepakaran beliau. Jason Tuan pernah melihat bagaimana seorang pengucap awam yang bercerita mengenai tip menjadi jutawan beberapa tahun lalu. Tuan Jason menyedari kelompok yang mendengar semakin berkurangan sedikit demi sedikit meskipun topik yang disampaikan sememangnya menarik.

Setelah diselidiki, Tuan Jason mendapati cara pemakaian yang tidak persuasif memberi kesan negatif kepada pengucapan awam. Penceramah tersebut benar-benar hanya memakai kemeja t kolar bulat dan seluar yang lusuh ketika bercerita mengenai teknik menjadi jutawan. Jason mempelajari, pengucapan awam memerlukan individu terbabit menunjukkan sesuatu yang meyakinkan kepada orang ramai.

Kelima
Tuan Jason cuba mengelak daripada memberi pengucapan awam di tengah-tengah kawasan membeli-belah. Alasannya, terlalu banyak gangguan di sekeliling. Sebaik-baiknya, Tuan Jason mencadangkan penceramah memfokuskan kepada penonton di kerusi dan libatkan mereka melalui interaksi.

Nota: Tuan Jason Ng merupakan salah seorang responden bagi buku akan datang, Berpengaruh Gaya Streetsmart.

Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.
Ketahui pendedahan 8 jutawan Malaysia oleh Irfan Khairi.
Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...