Langkau ke kandungan utama

Mazidul Akmal Sidik, 360 dan buku Virus Kehidupan



"Pada awal tahun 1995, ketika menganggur saya menumpang di rumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. Pada 16 Jun 1995, sehari sebelum menghadirkan diri ke sesi ujibakat di TV3, saya berada dalam keadaan kelam kabut. Di mana saya hendak mencari sepasang kemeja?"

Ketika saya membelek-belek buku bertajuk Virus Kehidupan, saya membeleknya dengan rasa teruja. Penulisnya membuka kisah dalam buku tersebut itu bermula daripada beberapa hari sebelum ke ujibakat TV3 setelah sekian lama menganggur.

Melalui bantuan rakan baik bernama Nazri yang sudi menumpangkan beliau di rumahnya dan membawanya ke TV3, penulis buku ini telah mencipta satu pengalaman menarik dan menulis sejarah unik tersendiri sehingga ke hari ini. Nama beliau dikenali, kontroversi rancangan kendaliannya menjadi magnet yang menarik penonton dan paparan realiti yang disampaikan mencetuskan kegerunan.

Hari ini, penulis ini sudah bersama TV3 melebihi 13 tahun. Pengalaman beliau di TV3 khususnya mengendalikan rancangan 360 menjadi inti kepada penceritaan.

Sebelum saya pulang ke Melaka, saya sudah berjanji kepada diri dan penulisnya untuk membaca buku penulis ini. Ternyata saya tidak merasakan satu kerugian memiliki buku ini. Buku Virus Kehidupan membongkar modus operandi sindiket dadah, GRO dan pelumba haram atau dikenali nama Mat Rempit. Pengalaman sebagai wartawan penyiaran atau biasanya disebut BJ (Broadcast Journalist) di kalangan mereka memberi ruang dan peluang bagi penulis ini membedah siasat gejala ini. Tidak dilupakan kisah menyedut pasir dan penternakan khinzir serta wabak JE juga dimuatkan. Ada cerita lebih lanjut berbanding apa yang dilaporkan dalam berita perdana di televisyen.

Secara peribadi, buku ini wajib dibaca oleh badan-badan bukan kerajaan dan pembuat polisi serta masyarakat sebelum membuat susulan dan respon kepada gejala ini. Memahami minda komuniti yang semakin rosak dan mencari jalan kepada pembaikan pemikiran dan tingkah laku adalah langkah awal pencegahan.

Saya mengirim e-mel kepada penulis ini, "Secara dasar, penggunaan banyak dialog dalam buku Tuan sememangnya pendekatan yang tepat. Menurut teori penulisan mengikut kaedah Surah Yusof (www.sasteraislami.blogspot.com), dialog mencetuskan pergerakan aktif atau action kemudian diiringi dengan latar atau setting yang ditulis. Ia lebih mudah dibaca, lebih laju, mencetuskan imaginasi pembaca dan jika mahu didramakan kisah Virus Kehidupan, ia mudah dijadikan skrip.

Saya gembira apabila Virus Kehidupan ditulis sedemikian. Jika diulang cetak, jika ada kemaskini, mohon agar gambar ditambah khususnya tempat-tempat yang dimaksudkan dan diterangkan sedikit gambarnya. Moga ia menarik lebih ramai pembaca bagi mengetahui kisah kewartawanan dan isu sosial dari sudut perjalanan sebenar. Jika di Indonesia sudah ada karya Jakarta Undercover" (Sex in The City) oleh Moammar Emka, saya kira Virus Kehidupan adalah versi Malaysia yang mempunyai kekuatan tersendiri. "

Ulasan penuh mengenai buku Virus Kehidupan akan saya paparkan di sini dalam tempoh terdekat. Terima kasih kepada Tuan Mazidul atas maklumbalas yang diberi.

Secara asas, dapat saya katakan ia adalah autobiografi, perjalanan hidup Tuan Mazidul Akmal dari kacamata karier sebagai wartawan. Jika ia disebut sebagai travelogue, mungkin juga Virus Kehidupan adalah catatan travelogue kehidupan. Ia menyentuh perjalanan beberapa individu dan realiti yang dihadapi mereka.

Virus Kehidupan menjadi ruang bebas bagi penulis menerangkan beberapa isu dan lontaran kritikan yang diterimanya melalui e-mel para penonton. Sebahagian daripada mereka menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap beberapa reaksi penulis ini ketika berhadapan dengan kumpulan bermasalah dalam masyarakat. Buku ini memberi satu persatu jawapan yang selama ini didiamkan oleh penulisnya sendiri.

Kita menantikan lebih ramai lagi individu seperti Tuan Mazidul menulis. Moga-moga Tuan terus berkongsi cerita dalam buku-buku akan datang. Mungkin Tuan dapat berkongsi lebih lanjut dunia kewartawanan yang penuh jargon tertentu dan keunikan dunia TV3 pula selepas ini.

Mungkinkah kali ini giliran Tuan Kamal Affendi Hashim menulis autobiografi dan catatan kerjayanya?

Catatan Tuan Mazidul Akmal Sidik, respon kepada e-mel saya, "Saudara Zamri, Saya tidak pernah bermimpi untuk menulis buku memandangkan kekangan masa menghimpit. Bagaimanapun saya mencuba sebaik mungkin. Saya teruja dengan komen saudara. Setakat ini Virus Kehidupan dilapor mendapat sambutan menggalakkan. Jika menurut maklumat disampaikan pihak penerbitan. InsyaAllah buku sama bakal diulang cetak sekaligus dikemaskini dalam jangkaan terdekat. Terima kasih sekali lagi"

Nota: Gambar diambil dari blog rasmi Tuan Mazidul Akmal Sidik.


Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...