Langkau ke kandungan utama

Forum Realiti Bisnes Malaysia bercerita mengenai realiti bisnes antara kaum






Tuan Ann Wan Seng, penulis buku best-seller Rahsia Bisnes Orang Cina (kanan)





Forum Realiti Bisnes Malaysia bercerita mengenai realiti. Perubahan yang perlu dibuat bagi memastikan usahawan berkualiti dapat dihasilkan. Rata-rata peserta forum berpuas hati dengan penganjuran persatuan Ekonomi dan Sains Pengurusan apabila menghimpunkan tiga panelis pelbagai bangsa bagi bercerita mengenai dunia bisnes dari perspektif formula bangsa.

" Di negara Cina pertumbuhan ekonomi meningkat sebanyak 15 peratus. Manakala Malaysia sekitar tiga peratus. Mempelajari budaya bisnes bangsa Cina sudah lama digalakkan malah dalam sejarah Islam, orang Islam digalakkan mempelajari beberapa ilmu penting. Pertama, kaedah membuat kertas menggantikan kaedah menulis atas pelepah tamar. Kedua, penghasilan sutera bagi digunakan membalut pedang. Ketiga mempelajari penghasilan tembikar bagi menggantikan bekas air daripada gangsa," bicara Tuan Ann Wan Seng membuka Forum Realiti Bisnes Malaysia di Bilik Persidangan, CAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Jelas Tuan Ann yang juga penulis best-seller Rahsia Bisnes Orang Cina, konsep survival yang diajar dalam masyarakat Cina menjadikan mereka hidup di mana-mana ceruk dunia.

Tuan Muhammad Faisal Sharbuddin menerangkan peranana ibadah dan bisnes yang jelas kelihatan dalam amalan perniagaan India Muslim. Penulis Buku Rahsia Bisnes Mamak ini melihat kebanyakan program bisnes yang dianjurkan oleh badan belia tidak begitu mencapai sasaran. Ini kerana mesej persuasif yang digunakan bagi menambah bilang peserta lebih menekankan kepada kepuasan jangka pendek.

"Para peserta dijemput dengan ajakan adanya makanan percuma, tempat tinggal yang selesa dan sijil penyertaan bagi mereka yang mendaftar. Ini menjadikan kursus bisnes yang ditaja oleh agensi lantikan tidak menghasikan usahawan-usahawan sebenar," jelas Faisal.

Bagi Tuan Fauzul, "Pemilihan penceramah dan pembimbing kursus bisnes tajaan kerajaan perlu dikaji semula. Kesannya tidak seperti diharapkan apabila penceramah terdiri daripada kakitangan agensi dan bukannya usahawan atau peniaga sebenar. Kesannya mereka tidak menceritakan realiti bisnes kerana mereka sendiri tidak bermula dari bawah dalam dunia bisnes."

Beliau menekankan beberapa mitos dalam dunia bisnes Melayu.

1. Bisnes perlu rasuah jika mahu berkembang.
2. Bisnes perlu ada orang politik untuk berjaya.
3. Bangsa Cina tidak akan membantu orang Melayu.
4. Mahu buka bisnes perlu cari pengalaman dahulu sebelum berniaga.
5. Sudah jadi takdir orang Melayu tidak boleh berniaga dan bersaing
6. Mahu berjaya dalam bisnes perlu kedekut ilmu.

Orang Melayu usah menjadi seperti jin dalam dunia bisnes. Maksudnya, berdampingan dengan orang tertentu untuk menjalankan bisnes. Sikap berdampingan dengan orang lain sebagai tuan (ahli politik) tidak ubah seperti jin yang berdampingan. Apabila tuan mati, maka jin akan mencari tuan yang baru. Amalan ini mesti ditolak jauh-jauh.

Bangsa Melayu mempunyai kemampuan bisnes kerana sejarah membuktikan kemampuan orang Melayu mengurus bisnes berisiko tinggi seperti pengurusan pelabuhan dan perdagangan sebelum berlakunya penjajahan pertama bangsa asing. Kemampuan bangsa Melayu dalam dunia bisnes secara langsung mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa bisnes yang wajib dipelajari oleh peniaga-peniaga lain. Kelebihan peniaga Melayu hanya dicatat oleh orang-orang asing.

Selepas penjajahan berlaku apa yang disebut sebagai 100 tahun tempoh senyap apabila tidak ada rekod mengenai perkembangan orang Melayu. Apa yang berlaku sepanjang tempoh senyap itu adalah hikayat-hikayat yang menunjukkan sisi negatif orang Melayu. Antaranya watak Pak Pandir, Lebai Malang dan Mat Jenin yang tidak kesampaian angan-angannya.

Tambah Tuan Fauzul, "Angan-angan yang disekat dalam cerita Mat Jenin adalah pemprograman minda agar jangan berani berangan-angan mencapai sesuatu yang terbaik dalam hidup dan bisnes."

"Semua bangsa ada yang menipu dalam bisnes, tetapi penipuan dalam bisnes adalah keuntungan bersifat sementara," jelas Tuan Ann.

Pendidikan dalam keluarga bangsa Melayu perlu diubah agar lebih bersedia dengan cabaran dan survival. Tuan Ann yang menjalankan kajia sosiobudaya masyarakat Melayu mendapati kesan didikan yang tidak diubah dapat dilihat dengan gejala histeria dan latah dalam masyarakat Melayu berbanding Cina.

"Histeria kesan daripada lemah semangat terhadap sesuatu. Selalu benar ia terjadi di kalangan pelajar Melayu, tidak pernah pula dengar ia terjadi di sekolah Cina. Latah pula adalah letusan daripada perasaan yang tidak diluahkan ketika kecil hingga tua. Kesannya menjadi 'terlebih' semangat pula. Maka, proses pendidikan dalam keluarga perlu menekankan kepada asas didikan yang menguatkan semangat dan memberanikan mereka membentuk pandangan," jelas Tuan Ann.

Survival masyarakat Cina berlaku di negara-negara Afrika. Kini, restoran Cina sudah berada di Kenya. Papua New Guine yang mempunyai masyarakat dengan 165 bahasa etnik pelbagai tidak menjadi masalah kepada masyarakat Cina membuka bisnes di sana.

"Orang Melayu tidak malas dan ini disanggah. Kualiti mereka sebagai nelayan dan petani yang lasak menguruskan keperluan kerja dapat diserapkan dalam budaya bisnes. Orang Melayu tidak perlu menjadi orang Cina untuk berjaya, bekerja seperti orang Cina pasti mereka akan berjaya dan kompetitif" sambung Tuan Ann.

Tuan Ann dan Tuan Faisal berkongsi pandangan yang sama pendidikan survival perlu diterapkan dalam masyarakat bisnes tempatan. Mereka perlu diajar bagaimana berhadapan dengan bantuan demi bantuan dalam sektor tertentu yang ditarik sedikit demi sedikit dalam jangka masa panjang. Budaya memberi terlalu banyak bantuan memberi keselesaan yang akan membuat para peniaga tidak bersedia dengan kejutan.

Masyarakat bisnes juga perlu diajar kaedah mengurus risiko. Usahasama tulin antara usahawan Melayu dan Cina dapat dilakukan apabila falsafah 'sin yung' (percaya) dan 'kuang si' (ambil berat) menjadi teras kepada kerjasama sesama kaum.

"Usah mengali-baba peluang bisnes yang diterima. Ia adalah sandiwara bisnes yang mahukan untung atas angin. Tetapi apabila penerima sub-kontrak memperolehi untung lebih banyak berbanding penerima kontrak asal, timbul rasa tidak puas hati dan mula menuduh orang lain menipu," ulas Tuan Ann.

Forum Realiti Bisnes Malaysia benar-benar menjadi satu wacana ilmu yang memprogram minda para peserta Melayu dalam budaya bisnes menurut acuan setiap bangsa.

Nota: Ini adalah entri terakhir saya bagi satu tempoh yang saya tidak pasti bilakah blog ini akan dikemas kini. Saya akan mengundur diri dari dunia blog sehingga ke satu tempoh saya bersedia kembali.

Terima kasih kepada semua pembaca blog ini. Saya doakan Tuan dan Puan berada dalam kesejahteraan, lapang jiwa, keceriaan dan dinaungi kasih sayang makhluk di langit dan di bumi.

Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.
Ketahui pendedahan 8 jutawan Malaysia oleh Irfan Khairi. Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...