Saya dan Tuan Serunai Faqir berada di Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra, sama-sama mimum teh petang, sepinggan pisang goreng dan roti canai berkuahkan kari. Sudah lama saya tidak bertemu beliau. Bertemu pada kali ini membawa kepada cerita-cerita baru mengenai diri beliau.
Sahabat saya sudah berumahtangga pada bulan Mac lalu. Kali ini Tuan Serunai Faqir juga memilih menjadi penulis bebas sepenuh masa selepas sembilan tahun berkhidmat. Kami sama-sama bersetuju bahawa cabaran pertama yang perlu dihadapi ialah mengubah persepsi. Persepsi keluarga yang sudah terbiasa dengan dunia kerja.
Tetapi kami tidak menuding jari kepada sesiapa. Isunya, kefahaman belum timbul dan menjadi penulis bebas sepenuh masa ini sebenarnya masih asing dan dianggap satu kerja hobi semata-mata.
"Enam bulan pertama memilih jalan ini adalah ujian yang besar," jelas Tuan Serunai Faqir.
Ujian ini termasuklah pengurusan kewangan, mencari sumber pendapatan melalui penulisan, memberi keyakinan kepada ahli keluarga dan memberi gambaran yang positif terhadap pilihan ini.
Tuan Serunai Faqir menyambung sambil tersenyum, "Tetapi isteri pendorong yang memahami."
"Selagi mana penulis tidak dilihat sebagai karier dalam sebuah industri, selagi itu penulis dilihat sebagai kerja suka-suka," jelas saya kepada Tuan Serunai Faqir.
Mengapa saya menyebut ia sebagai kerjaya dalam sebuah industri?
Apabila disebut industri, maka perkara yang berkait rapat dengan istilah ini ialah proses penghasilan, bersifat komersial, adanya pemilikan, adanya pengurusan dan kerja yang sistematik. Kesemua ini mewakili maksud industri. Penulis berada dalam industri buku membawa bersama ciri-ciri ini. Penulis juga wujud dalam industri filem apabila adanya kumpulan penulis skrip di dalamnya. Mereka sebahagian daripada industri yang disertai.
Situasi dihadapi para penulis sepenuh masa, pertama mereka sendiri belum faham sepenuhnya apakah jenis industri yang diceburi, tidak begitu mengambil tahu keperluan sebuah industri bagi berkembang. Selain itu, keyakinan bahawa penulis itu adalah karier yang memerlukan kemahiran profesional masih belum padu.
Malah situasi masyarakat hari ini masih belum didedahkan dengan pengetahuan yang tepat dengan maksud penulis sendiri. Inilah sama halnya yang disebutkan oleh Puan Ainon Mohd dalam bukunya Memulakan Bisnes Sendiri. Mereka yang terdiri daripada keluarga makan gaji akan pesimis dan curiga dengan pilihan suami yang berniaga. Ia dilihat sebagai satu kerjaya tidak memberi jaminan kepada anak gadis mereka.
Mungkinkah ini yang disebut oleh sebahagian orang, "Ramai pelajar mengambil bidang penulisan kreatif, tetapi majoritinya tidak pula menjadi penulis"
Saya tidak dapat menjawab soalan ini. Mungkin kita memerlukan kajian dan tinjauan ke mana graduan-graduan ini berada selepas tamat pengajian.
Apabila disebut mengenai sistem dalam pengurusan penulis di Malaysia. Saya tertanya-tanya, apakah ada satu inisiatif mengumpulkan maklumat para penulis tempatan dalam pelbagai bidang. Ia seperti sebuah direktori penulis yang mempunyai senarai penulis.
Contoh terbaik adalah di laman web Writers.net. Setiap penulis mendaftar mengikut negara dan kemahiran masing-masing. Jumlah penulis Malaysia yang berdaftar di situ melibatkan dua jenis kelompok penulis iaitu yang menjadikan ia karier dan yang sepenuh masa. Terdapat 219 penulis tempatan telah mendaftar. Dibandingkan dengan United Kingdom, seramai 2000 orang penulis telah mendaftar dalam web ini. Klik di sini
Mengapa direktori penting?
Karier sebagai penulis memerlukan rangkaian kenalan yang ramai bagi meningkatkan prestasi kerja dan meningkatkan hasil mutu karya. Di sinilah para penulis dalam bidang yang sama dapat bekerjasama, satu penulis kepada penulis lain dapat menyampaikan peluang-peluang baru kepada rakan-rakan. Ia juga memudahkan pencarian oleh klien-klien yang berminat mencari khidmat menulis secara komersial.
Semalam saya menyemak kembali model bisnes Learning Annex. Seperti saya sebut sebelum ini, ramai penceramah yang memenuhi kelas mingguan dan harian kelolaan Learning Annex adalah penulis. Dalam senarai tersebut tidak kurang daripada 74 orang penceramah dan tenaga pengajar merupakan penulis dalam 13 bidang berbeza. Klik di sini
Saya mendapati apabila penulis diangkat dan diiktiraf menjadi kerjaya. Ciri-ciri itu dapat dilihat dalam sebuah negara.
Pertama, media menjadikan penulis antara prioriti bagi membincangkan isu-isu semasa dalam berita dan rancangan khas.
Ini pernah berlaku dalam rancangan Larry King yang menjemput penulis buku Rich Dad Poor Dad, Robert T Kiyosaki bagi membincangkan mengenai sikap rakyat Amerika yang membiarkan rumah dilelong tanpa berbuat apa-apa selepas krisis ekonomi timbul.
Larry King menggabungkan tiga panelis iaitu penulis buku iaitu Robert T Kiyosaki bersama-sama seorang menteri, penganalisis hartanah dan Donald Trump selagi tycoon hartanah di sana.
Rancangan Oprah dihoskan oleh Oprah Winfrey mengguna pakai formula yang sama. Dalam satu topik mengenai dilema kewangan rakyat Amerika, Oprah menjemput seorang penulis buku, dua penasihat kewangan dan individu yang hampir muflis dalam satu bual bicara.
Kedua, penulis dilihat masyarakat sebagai sumber rujukan penting bagi mereka.
Ketiga, dasar dan undang-undang dalam industri yang disertai penulis sering dikemas kini bagi melindungi hak dan sumber pencarian mereka.
Keempat, wujudnya gerakan dan kesatuan yang aktif bagi menyokong peranan sesama penulis dan tindakan mereka memberi kesan kepada negara. Ini dapat dilihat apabila Writers Guild memulaukan industri filem dan drama Hollywod apabila tuntutan mereka agar harta intelek mereka dikaji semula ditolak.
Cerita saya dan Tuan Serunai Faqir mengenai cabaran dunia penulis bebas masih belum tamat, tetapi jam sudah menunjukkan pukul 7 petang. Tuan Faqir perlu ke Pudu untuk pulang bersama isterinya.
"Tuan di mana Pizza Hut terdekat di kawasan Pudu? Isteri saya tiba-tiba mengidam makan piza pula," tanya kepada saya.
Saya pun tidak pasti. Satu yang pasti, saya dan Tuan Serunai Faqir optimis dan positif dengan pilihan kami.
Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini

Ulasan