Langkau ke kandungan utama

Zamri Mohamad di sana-sini



Saya dijemput menjadi moderator forum anjuran Persatuan Ekonomi & Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak bersempena Entrepreneurship Festival 2008 berdasarkan maklumat berikut :

Tajuk : Realiti Bisnes Malaysia
Tarikh : 20 Julai 2008 (Ahad)
Masa : 10 hingga 12 tengah hari
Tempat : Cultural Activity Centre, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor
Panelis :

En. Fauzul Na’im Ishak (Pengurus PTS Millennia Sdn Bhd merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Book Pro)
En. Ann Wan Seng (Pengarang buku Rahsia Bisnes Orang Cina)
En. Muhammad Faisal Sharbuddin (Pengarang buku Rahsia Bisnes Mamak)

Bagi mereka yang ingin mencadangkan soalan-soalan mencabar bagi diajukan kepada para panelis, mohon nyatakan soalan di kotak komen bagi entri ini. Terima kasih

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Salah satu rahsia jutawan adalah mereka merahsiakan kejutawanan mereka. Maklum sahajalah, mereka takut nanti banyak yang datang minta tolong, minta derma dan minta hendak pinjam duit.

Perangai manusia dengan duit adalah macam kereta. Kalau bunyinya menderum-deram, sahlah, kereta itu cc-nya kecil, ekzosnya yang besar.

Yang senyap itu adalah kereta cc-nya besar dan mahal, itu sebab bunyinya senyap....

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...