Jam 2 petang, Khamis 17 Julai 2008. Kami bertemu di hadapan panggung wayang, One Utama. Berbaju petak warna merah putih dengan beg galas berwarna merah, Tuan Mazidul Akmal Sidik menyambut dengan genggaman salam yang erat. Kami beredar menuju ke sebuah kafe. Sangka beliau sebelum ini, saya adalah individu berumur sekitar 30 hingga 40-an selepas membaca e-mel saya. Jangkaan itu meleset setelah melayari laman web saya.
Katanya, "Jika saudara buang gambar dalam laman web, saudara berpotensi menjadi con man."
Saya ketawa.
Di kafe, saya bertanya, "Bagaimana Tuan terdorong menulis buku Virus Kehidupan?"
"Saya tidak pernah terfikir mahu menulis buku. Tetapi sebagai pengendali rancangan realiti 360, saya selalu terfikir betapa perlu cerita yang dipaparkan pada setiap minggu diperincikan agar para penonton tahu cerita di sebaliknya," jelas Tuan Mazidul
Pelayan menghampiri kami membawa pesanan hidangan yang sama. News Cafe menjadi tempat temubual secara tidak formal mengambil tempat. Keadaan News Cafe yang semakin galak dengan kehadiran pelanggan tidak mengganggu urusan kami yang berada di meja bersebelahan dinding kafe.
Mencari penyambung cerita
Tuan Mazidul menyambung, "Saya mencari-cari medium yang membolehkan saya menjelaskan apa yang berlaku dalam setiap peristiwa yang dipaparkan dalam televisyen. Penonton perlu memahami sebab-sebabnya. Apa yang ditonjolkan dalam televisyen adalah klimaks kepada sesuatu peristiwa. Apa yang terjadi sebelum itu? Maka saya mendapati menulis buku adalah satu cara mendokumentasi kisah-kisah ini."
Bagi beliau buku tidak tertakluk kepada masa yang terhad. Sebuah kisah dapat dicerita sedalam-dalamnya bagi mendidik para pembaca mengenai akar kepada sebuah realiti yang dihadapi masyarakat.
Sempat berkongsi cerita, Tuan Mazidul sedang menulis sebuah buku berjudul Tangan di Bawah yang memaparkan realiti kisah para pengemis dalam masyarakat. Beliau mengibaratkan buku sebagai sebuah pintu satu lagi bagi mendidik penonton.
Tuan Mazidul dan tim bersama-sama memikul tanggungjawab memastikan rancangan 360 yang sudah mencapai 2 juta penonton setiap minggu kekal pada prestasinya.
Berkarya awal pagi
Satu perkara yang diakui oleh beliau, pengalaman menulis buku yang terhad dan tidak diberi gambaran hala tuju penghasilan buku yang selari dengan industri menjadikan beliau belajar dengan mencuba-cuba beberapa pendekatan. Tuan Mazidul mengakui menggunakan waktu malamnya bagi berkarya. Malah pernah beliau menulis sehingga jam empat pagi bagi bukunya yang pertama.
Beliau tidak menggunakan waktu bekerja sebagai waktu menulis. Ini bagi menghormati pihak TV3 dan menjaga profesionalismenya. Ia juga membantu mengelak daripada konflik dengan pihak majikan.
Eksperimen persembahan baru
Ceritanya mengenai buku kedua, "Dalam buku kedua saya, setiap kisah ditulis dalam bentuk jurnal. Maksudnya, setiap bab dipecahkan mengikut ceritanya tersendiri. Ada yang penuh satu halaman, melebihi satu muka surat, malah catatan separuh halaman juga ada."
Guna kaedah jurnalis
Bagi memantapkan buku beliau, Tuan Mazidul menggunakan kaedah jurnalistik bagi mendapatkan sudut pandang baru.
"Jika ada personaliti-personaliti hadir ke TV3 bagi memenuhi undangan program, saya akan mengajukan soalan berkaitan bagi mendapatkan sudut pandang baru. Biasanya selepas program terbabit saya akan bertanya. Contohnya, saya bertanya kepada Zur Eda dan Datuk Rahim Tamby Chik mengenai isu pengemis," jelas beliau.
Kata Tuan Mazidul, ia merupakan subjek yang sama tetapi mempunyai dua sudut pandang yang berbeza. Masing-masing mempunyai pengalaman dan cadangan yang berbeza. Maka ini menjadi bonus kepada pembaca bagi mendapatkan lebih banyak idea dan saranan yang baik. Apabila ia dihimpunkan dalam sebuah buku, maka lahirlah sebuah buku yang padat dengan idea.
Kuasa dialog
Saya mengajukan soalan seterusnya," Mengapa dialog?"
Jawab Tuan Mazidul, "Dialog menjadikan kita tidak dapat mengagak apa yang akan terjadi seterusnya. Ia menjadi buku tidak mudah bosan dibaca. Para pembaca menanti-nantikan apakah yang akan disebut oleh individu-individu terbabit dalam kisah yang ditulis. Saya mahu menjadikan pembaca terdorong mahu mengetahuinya sehinggalah adanya oh pada mulut pembaca."
Tuan Mazidul percaya bahawa ilmu perlu disampaikan dalam pakej yang menyeronokan. Ia perlu mencipta 'oh' kepada pembaca apabila mereka dibongkarkan dengan sesuatu pendedahan.
Dialog dalam buku Virus Kehidupan adalah pendekatan Tuan Mazidul bagi membawa para pembaca bersama-sama berada dalam lokasi dan berinteraksi dengan watak-watak terbabit dalam cerita yang disampaikan.
Pengalaman yang tercatat
"Buku membenarkan kita membina satu platform untuk membaca dan berfikir semula apa yang berlaku. Bagi menulis Virus Kehidupan, ia memerlukan pengalaman sebenar bagi bercerita semula," jelas Tuan Mazidul.
Sambungnya, "Jika saya bergantung kepada imaginasi, maka cerita yang indah akan diperindahkan lagi. Jika ia adalah realiti, yang indah kekal indah dan yang buruk kekal buruk. Ia tidak ditokok tambah."
Realiti dicari-cari orang ramai
Virus Kehidupan dilaporkan mula menjadi perhatian ramai dan pekedai-pekedai buku telah menggandakan pesanan buku selepas dua minggu di pasaran. Bagi Tuan Mazidul, beliau melihat tarikan dalam televisyen hari ini tidak jauh beza dengan tarikan dalam dunia buku yang baru disertainya.
"Orang ramai menggilai realiti kerana itu rancangan realiti mendapat sambutan yang tinggi. Realiti yang dibukukan juga mencipta tarikan yang sama. Mereka mahukan sesuatu yang benar," ulas Tuan Mazidul.
Kenalpasti premis apabila berkarya
Berhadapan dengan persepsi yang mengatakan buku Virus Kehidupan adalah pendedahan kebobrokan masyarakat yang tidak perlu dihebah-hebahkan, Tuan Mazidul mempunyai alasan dan tujuan sendiri.
Mengakui ia mempunyai pro dan kontra dalam penghasilan buku seperti ini, Tuan Maziul menambah, "Premis kepada tindakan kita perlu jelas dan betul. Cerita yang ditulis kepada pembaca hendaklah dikunci dan berfungsi sebagai perbandingan. Ia perlu membantu pembaca keluar daripada kejahilan dan keluar daripada terjerumus dalam situasi itu sendiri.
"Virus Kehidupan ditulis sebagai satu manual agar kita lebih berhati-hati. Apabila ia dihasilkan sebagai sebuah buku, ia menjadi satu medium yang selamat yang memasuki rumah-rumah dalam komuniti kita," sambungnya.
Tuan Mazidul percaya pendedahan kepada simptom-simptom berlakunya satu jenayah itu perlu diketahui oleh keluarga dan rakan-rakan sebagai langkah awal membantu anak dan remaja yang terbabit yang menunjukkan tanda-tanda tersebut.
Sikap tidak ambil tahu tanda-tanda masalah ini oleh masyarakat menjadikan keadaan semakin serius dan memasuki tahap pencegahan yang lebih serius sehingga memaksa anggota penguatkuasa memainkan peranan.
"Sama ada perkara baik atau pun buruk seperti jenayah hanya berlaku apabila ada ruang dan peluang. Kenalpasti ancama-ancaman (tandanya)," jelas Tuan Mazidul.
Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.
Ketahui pendedahan 8 jutawan Malaysia oleh Irfan Khairi. Klik di sini

Ulasan