Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2008

Novel Cinta Islami Kuseru Namamu Kekasih

Terima kasih kepada Cik Siti Nor Fadilah Salleh Dzulkafli selaku editor perolehan PTS Millennia atas peluang yang diberi bagi membaca keseluruhan karya Kuseru Namamu Kekasih dan memberi testimonial kepada karya ini. Komen saya selepas membaca karya ini terangkum semuanya dalam testimonial tersebut (Klik pada gambar). Sedikit latar belakang novel Kuseru Namamu Kekasih tulisan Puan Maya Iris. Rayyan, gadis yang sanggup berkorban apa sahaja demi teguhnya cinta terhadap kekasihnya. Dia sanggup memutuskan tali pertunangan dengan Zaim, agar mendapat keredaan kekasih. Hanisa, gadis yang terpaksa meninggalkan dunia yang dikasihinya kerana kebahagiaan yang dikecapi berakhir dengan kesengsaraan. Dunia yang pada mulanya indah adalah palsu belaka. Zaim, lelaki yang tidak pernah terfikir akan jatuh cinta dengan gadis bertudung yang mengamalkan cara hidup Islam dengan sepenuhnya. Namun, dia sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan hati seorang kekasih. Mark, lelaki yang sedang tercari-cari se...

Aziz Desa, Rahsia Bisnes Mamak dan Nasi Lemak Kopi O di TV9

Di studio sebelah, Tuan Aziz Desa sempat pula memaklumkan kepada penonton mengenai tetamu di MHI sedang rancak bercerita mengenai Rahsia Bisnes Mamak. Tuan Roslan memaklumkan kepada kami kerana beliau menonton TV9 dari kampungnya di Melaka selepas sesi kami tamat. Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.

Video Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3 pada 27 Jun 2008

Ucapan terima kasih kepada Tuan Mohd Hazali dari Waiz Malaysia ( klik ) atas kesudian Tuan merakamkan sesi siaran langsung Rahsia Bisnes Mamak. Tidak dilupakan kesudian Tuan dan isteri memiliki buku tersebut pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Rakaman Malaysia Hari Ini, Rahsia Bisnes Mamak di TV3 pada 27 Jun 2008 Tuan Fitri dan Puan Wardina mengendalikan sesi bersama penulis Rahsia Bisnes Mamak di MHI Rahsia Bisnes Mamak (kiri) dan branding laman web Zamri Mohamad (kanan) Ingin terbit buku sendiri klik di sini!

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Jangan Curiga Potensi Bahasa Melayu

Mempelajari bahasa itu digalakkan tetapi kaedah disampaikan melalui media usahlah sehingga bersikap merendah-rendahkan dan memberi label kelas kedua pada bahasa lain. Kita tidak menafikan peranan bahasa asing sebagai bahasa ilmu tetapi itu tidak bermakna satu bahasa mempunyai kedudukan lebih tinggi berbanding bahasa lain. Baca lagi di sini

Festival Membaca 2008

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan malaysia (KPKKW) menerusi Perpustakaan Negara Malaysia akan menganjurkan Festival Membaca 2008 pada 2 hingga 4 Julai 2008 bertempat di legar Putra, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulaijam 10 pagi hingga 6.00 petang. Program. Demonstrasi Bacaan Pentas Bacaan Kegemaran Saya (BKS) Sejenak Bersama Penulis Remaja Aspirasi Sasterawan Negara Forum Menggapai Kejayaan Menerusi Pembacaan Karya Kreatif dari Menara Gading Menjejak Inspirasi Penulis Mengasah Kemahiran Jawi Pendaftaran Keahlian PNM Secara Percuma

Al fatihah

Al Fatihah kepada abang kandung kepada Tuan Roslan, pegawai perhubungan PTS yang meninggal dunia selepas serangan sakit jantung di PUSRAWI pada Selasa, 24 Jun 2008. Semoga Allah rahmati dan naungi rohnya dengan kasih bersama-sama hambanya yang soleh.

Gagal di sekolah, bukunya terjual 10,000 naskah

Hari ini saya ingin berkongsi semula cerita Tuan Heng yang saya temui ketika Pesta Buku Popular. Jika saudara dan saudari tidak pernah membaca entri pertemuan kami. Klik di sini . KOSMO menyiarkan cerita beliau dan banyak perkara yang kita dapat pelajari daripada pelukis berbangsa Cina ini. Petikan Kosmo 24 Jun 2008 Melukis dari hati Dengan sepasang mata bulat dan rambut menutupi dahi, Ping Ton berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila lagak lucunya sering menjadi perbualan dalam kalangan pelajar-pelajar Cina. MEMBELEK helaian-helaian komiknya, anda pasti akan tersenyum lebar. Watak-watak komik hitam putihnya sangat ringkas, mudah difahami dan bersahaja. Ia seakan satu refleksi tentang pelukis itu sendiri. Jika diamati, stail dan identiti persembahan idea komik ini sedikit 'merepek'. Tetapi tidak pula hilang logiknya. Sekiranya anda seorang dewasa yang cuba memahami jenaka komiknya, simpan sahaja hasrat tersebut. Ini kerana golongan sasar siri komik Ping Ton adalah pelajar s...

Dari Cyberita Singapura, Rahsia Bisnes Mamak dipetik oleh World News.

Dari Cyberita Singapura, Rahsia Bisnes Mamak dipetik oleh World News (klik pada gambar). Sedikit maklumat berkenaan World News The World News (WN) Network was founded in 1995 and launched online in 1998, with the primary objective of being the most comprehensive, one-stop news resource on the Internet. Today, World News has over 20,000 global thematic and regional news sites - enhanced by the web’s most comprehensive multilingual search engine. A global leader in online news, the World News Network has around 400 media partners, from mainstream providers ( BBC, CNN, Reuters, Washington Post, Al-Jazeera, etc) to more regional and localized sources ( The Independent, The New York Times, International Herald Tribune, New Zealand Herald, Khaleej Times, The Guardian), delivering unparalleled coverage on a vast range of subjects. This empowers our users by providing a wide variety of perspectives and different interpretations on breaking news events. WN's global readership offers an unri...

Rahsia Bisnes Mamak diteropong dari jauh oleh warga Singapura

Ini adalah ulasan yang diubahsuai mengikut gaya bahasa orang Singapura. Dipetik dari Cyberita, milik Berita Harian Singapura. Ia disiarkan pada 19 Jun 2008, tiga hari selepas ulasan buku Rahsia Bisnes Mamak diterbitkan oleh Utusan Malaysia. Kredit masih diberikan oleh pihak Cyberita kepada Utusan. Beberapa patah perkataan menarik saya bold apabila membacanya dalam gaya bahasa Melayu Singapura. Tajuknya diubah dari Rahsia Bisnes Mamak Berjaya kepada tajuk di bawah. Salinan petikan. Membongkar 'Rahsia Bisnes Mamak' berjaya di Malaysia DALAM blog rasmi Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), terdapat dakwaan dan serangan ke atas rangkaian bisnes India Muslim, atau mamak, mengenai isu-isu makanan halal dan penipuan hingga menimbulkan persepsi kurang positif terhadap perniagaan kaum ini. Menurut lidah rasmi laman web ini: 'Beberapa penjelasan terperinci mengenai perkara seumpama ini telah dibuat sebelum ini, namun masih belum difahami dan diterima oleh segolongan masyarakat khusu...

Laman web Zamri Mohamad melalui perubahan sekali lagi tahun ini

Beberapa pengubahsuaian laman web rasmi Zamri Mohamad dilakukan bagi kemudahan pengunjung. Kali ini pautan bagi pengunjung yang terdiri daripada pekedai buku dan pengedar buku diwujudkan bagi mereka mudah menghubungi wakil penerbit PTS Publication. Buku tulisan Tuan Nazrul Samsudin, Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku juga disenaraikan bersama bagi kemudahan jualan online. Beberapa maklumat terbaru dan perubahan dibuat. Bendera Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei diletakkan bagi memaklumkan bahawa buku ini menggunakan bahasa Melayu tinggi yang sesuai dengan tutur bahasa serumpun. Ia juga menjadi matlamat penulis untuk memasuki semua bahagian negara Asia Tenggara khususnya Indonesia dan Singapura. Moga-moga para pengunjung berpuas hati dan selesa dengan paparan baru laman web http://www.zamrimohamad.com/

Rahsia Mamak Bertahan di Utusan Malaysia bertarikh 16 Jun 2008

Pihak penerbit menerima panggilan telefon daripada Tuan Mohd Fazil bin Abdullah apabila berlaku sedikit kejutan selepas ulasan ini disiarkan dalam Utusan Malaysia. Tuan Mohd Fazil bin Abdullah adalah Pengerusi, Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Wilayah Persekutuan. Beliau memaklumkan mendapat tidak kurang daripada 200 panggilan telefon dari seluruh Malaysia kesan daripada isu yang didedahkan dalam ulasan buku ini (Klik gambar untuk membaca atau klik di sin i). Tuan Mohd Fazil bin Abdullah juga banyak membantu mengetengahkan beberapa sudut pandang baru dalam komuniti India Muslim. Alhamdulillah saya sudah menghubungi Tuan Mohd Fazil bin Abdullah pada tarikh yang sama pada jam 8.30 malam bagi mendapatkan maklumbalas beliau berkenaan isu ini. Maka saya bersetuju membuat susulan kepada ulasan buku tersebut dengan penyataan kami (bersama Muhammad Faisal Sharbudin) berkenaan kekeliruan dan kejutan kesan daripada siaran ulasan buku terbabit Berikut adalah petikan respon susulan kepada for...

Saya ingin berkongsi tip dan cerita saya mengurus masalah dan konflik di pejabat

Assalam alaikum wbt Alhamdulillah, buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart sedang dicetak dan bakal menemui pembaca pada Julai ini. Kini saya sedang menyiapkan manuskrip Mengurus Konflik Cara Streetsmart. Sudah pastinya Tuan dan Puan para pembaca adalah keutamaan saya. Kisah dan tip Tuan dan Puan merupakan kisah benar yang boleh membantu semua orang. Jika pernah membaca buku Dale Carnegie, buku itu dipenuhi dengan idea-idea orang ramai di sekelilinya. Ia membantu dan memberi kegembiraan kepada orang lain! Marilah kita sama-sama berkongsi idea kita. Terbuka kepada semua rakan-rakan di Brunei, Malaysia, Singapura dan Malaysia. Saya ingin menjadikan suara anda kedengaran dalam buku terbaru ini. Bagaimana? 1. Kongsi pengalaman manis dalam mengurus konflik di pejabat atau di luar pejabat. Jika ia kisah manis, nyatakan nama individu dan organisasi terbabit. Ia akan menjadi puji-pujian anda kepada mereka! 2. Kongsi pengalaman pahit dalam mengurus konflik di pejabat atau luar pejabat. di pejaba...

Ceramah Buku Mendapat Sambutan : Laporan separuh halaman Sinar Harian Edisi Melaka

Sinar Harian edisi Melaka-Negeri Sembilan, bertarikh 13 Jun 2008. (klik gambar untuk membaca) Berita lanjutan tim penulis PTS bersama-sama kedai buku Thai Kuang dalam sambutkan ulangtahun ke-60 pada minggu lalu. Laporan separuh halaman mendapat tempat dalam akhbar Sinar Harian. Terima kasih kepada wartawan Cik Nor Farhana Yaacob atas liputan ini. Disiarkan dalam akhbar Sinar Harian edisi Melaka-Negeri Sembilan, bertarikh 13 Jun 2008. Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.

Al fatihah untuk pejuang dan pemberi inspirasi, Mohamad B Haji Omar.

Allahyarham Mohamad Hj Omar (1939-2001) petikan Berita Harian 13 November 1994 Hari ini, Jumaat 13 Jun 2008, genap tujuh tahun ketiadaan bapa saya. Terima kasih buat ayah yang mendidik kami dalam ketegasan dan dalam diam, menjadikan kami survival dalam dunia yang penuh ujian ini. Didikan jiwa, suntikan pemikiran yang ayahanda beri menjadi inspirasi berkarya bagi memandaikan bangsa melalui ilmu yang bermanfaat. Moga setiap karya yang dihasilkan oleh anakanda menjadi pahala yang berkekalan dan sampai kepada ayahanda yang banyak berkorban kepada kami semua. Moga setiap cetak namamu pada setiap kulit-kulit buku menjadi doa para pembaca agar ayahanda sentiasa mendapat naungan rahmat dan syurga Allah. Al Fatihah buat ayahanda, Mohamad Hj Omar (1939-2001)

Akan datang : Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart

Dalam kenaikan harga barang dan krisis ekonomi, pekerja perlu terus relevan dalam organisasi agar dapat bertahan. Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart memberi pendedahan ini. Klik gambar bagi mendapatkan maklumat lanjut. Terima kepada semua yang memberikan idea dan sumbang saran sehingga lahirlah siri pertama Streetsmart. Kit survival dalam berhadapan situasi yang tidak menentu kini.

Tim penulis buku bisnes PTS dalam akhbar Sinar Harian

Sinar Harian edisi Melaka-Negeri Sembilan, bertarikh 11 Jun 2008. Berita gambar berangkai (empat keping foto, kiri) menunjukkan tim penulis PTS bersama-sama kedai buku Thai Kuang dalam sambutkan ulangtahun ke-60 pada minggu lalu. Terima kasih kepada wartawan Cik Nor Farhana Yaakub atas liputan ini. Disiarkan dalam akhbar Sinar Harian edisi Melaka-Negeri Sembilan, bertarikh 11 Jun 2008. Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.

Majalah Dewan Bahasa edisi Jun 2008 : Pengulangan Fungsional

Bulan ini saya menulis berkenaan pengulangan fungsional dalam propaganda media. Ia menyentuh bagaimana pengulangan mesej dalam pakej bahasa digunakan dalam propaganda bagi menarik sokongan. Pendedahan dalam artikel ini menceritakan bagaimana media Barat di bawah penguasaan Yahudi berjaya menjadi propaganda sebagai lesen membenarkan serangan di Iraq. Kaedah persuasif ini telah digunakan dalam al Quran dan diterapkan dalam kaedah penulisan berpengaruh. Bagaimana kita dapat menulis menggunakan kaedah fungsional. Artikel bertajuk Pengulangan Fungsional dalam majalah Dewan Bahasa tulisan Zamri Mohamad mendedahkan. Dapatkan majalah Dewan Bahasa bulan Jun 2008 di pasaran hari ini. Ingin terbitkan buku sendiri? Klik di sini.

Utusan Malaysia : Kualiti bentuk kelas sosial pembaca

Kualiti bentuk kelas sosial pembaca Zamri Mohamad Utusan Malaysia 9 Jun 2008 Penulis tempatan bukan sahaja berperanan memperbanyakkan judul buku tempatan. Pada masa sama, buku yang ditulis hendaklah mematuhi adab berkarya, iaitu mengambil kira keperluan menulis menggunakan bahasa Melayu tinggi. Penulis menggalas tanggungjawab meningkatkan kualiti karya secara berterusan. Tanggungjawab berkarya dengan adab bahasa yang betul memberi kelegaan kepada masyarakat khususnya kepada ibu bapa yang mencari-cari bahan bacaan yang baik kepada anak sepanjang proses tumbesaran mereka sehingga meningkat dewasa. Baca lagi di sini Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini

Sanusi Junid & Anwar: UIAM bukan sekadar universiti tapi realiti perjuangan pelbagai hala dan idealisme.

Dr Mahathir Mohamad: SANUSI JUNID Sebagai bekas pelajar dan alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), saya mengikuti perkembangan universiti dari jauh. Tetapi adakalanya dekat apabila ada rakan-rakan menghubungi dari talian dalam pejabat menceritakan isu-isu terbaru dalam kampus. Itulah saluran rasmi saya iaitu melalui rakan-rakan sekerja dan junior kampus yang masih sudi berhubungan. Ini menjadikan saya dekat dengan universiti ini. Lubuk pembangkang adalah serangan label yang selalu diberikan kepada para pelajar kampus ini setiap kali kempen pilihanraya kampus bermula. UIAM menjadi bahan berita apabila disenaraikan sebagai satu-satunya universiti yang gagal dikuasai pro aspirasi. Cerita dan unsur ketakutan kempen yang sama diulang berkali-kali. Meskipun kesedaran politik parti di kalangan pelajar sebenarnya tidaklah serancak dahulu seperti zaman Universiti Malaya ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menggerakkan perjuangan mahasiswa di kampus. Pernah diadakah satu kajian pada ...

Pengunjung lebih responsif dan terbuka pada sesi penutup ulangtahun ke-60 Thai Kuang bersama tim PTS

Pengurus Jualan dan pembaca buku Rahsia Bisnes Mamak, Tuan Damien (tengah). Beliau berketurunan Serani campur India. Tim PTS bersama pengurus Thai Kuang, Tuan Mavin (tiga dari kanan) Menunggu giliran bercakap Cik Jacky Chua dari Hectar Black merakamkan ceramah penulis dari tingkat atas Pengunjung istimewa (kiri) bersama ahli keluarga mendengar ceramah penulis PTS Penjual roti dan donut (kanan) berdekatan dengan pentas utama mendengar ceramah penulis PTS Remaja di tingkat dua yang berada bertentangan dengan pentas Cik Yat (kanan) mendengar ceramah Rahsia Bisnes Mamak Dua generasi yang memenuhi kerusi bagi mendengar ceramah penulis PTS Selepas program ke Pantai Klebang, merasa Roti John (bin Abdullah) dan Otak-otak. Inilah keluarga Tuan Shamsuddin Kadir. Tuan Faisal berfikir langkah seterusnya Hari ini merupakan penutup kepada ulangtahun ke-60 Kedai Buku Thai Kuang. Sesi terakhir bicara penulis melibatkan saya, Tuan Faisal Sharbuddin dan Tuan Shamsuddin Kadir. Berbeza daripada ...

Sinergi pekedai dan penerbit sempena ulangtahun ke-60 Thai Kuang memberangsangkan!

Tuan Malvin, Pengurus Thai Kuang berusia awal 30-an Satu keluarga India Muslim memilih buku-buku PTS Komitmen Tuan Roslan mempromo dua penulis dua jam tanpa henti Dari bawah ke atas pentas Menu ilmu pada hari ini disediakan oleh dua orang chef. Pembeli Magnet Cinta (baju merah) lepasan SPM Hari kedua ulangtahun ke-60 kedai buku Thai Kuang menunjukkan satu perubahan yang ketara. Saya melihat ini satu pendekatan yang positif bagi sebuah rangkaian buku yang baru pertama kali menganjurkan program bersama penulis di negeri ini. Setiap hari adalah proses menambah baik dan mencantikkan proses yang sedang berjalan, begitu juga program ini. Bertambah cantik dari segenap segi. Menjadi sebahagian daripada sejarah 'pertama kali' ini dalam dunia buku di Melaka membuat saya gembira dan berbangga. Tidak ada ceramah buku seperti ini dibuat sebelum ini. Kali ini saya berkesempatan berkenalan dengan pegawai jualan Thai Kuang bernama Damien. Keramahan beliau memudahkan kami berinteraksi sam...