Langkau ke kandungan utama

Pengunjung lebih responsif dan terbuka pada sesi penutup ulangtahun ke-60 Thai Kuang bersama tim PTS

Pengurus Jualan dan pembaca buku Rahsia Bisnes Mamak, Tuan Damien (tengah). Beliau berketurunan Serani campur India.
Tim PTS bersama pengurus Thai Kuang, Tuan Mavin (tiga dari kanan)
Menunggu giliran bercakap
Cik Jacky Chua dari Hectar Black merakamkan ceramah penulis dari tingkat atas
Pengunjung istimewa (kiri) bersama ahli keluarga mendengar ceramah penulis PTS
Penjual roti dan donut (kanan) berdekatan dengan pentas utama mendengar ceramah penulis PTS
Remaja di tingkat dua yang berada bertentangan dengan pentas
Cik Yat (kanan) mendengar ceramah Rahsia Bisnes Mamak
Dua generasi yang memenuhi kerusi bagi mendengar ceramah penulis PTS



Selepas program ke Pantai Klebang, merasa Roti John (bin Abdullah) dan Otak-otak. Inilah keluarga Tuan Shamsuddin Kadir.
Tuan Faisal berfikir langkah seterusnya


Hari ini merupakan penutup kepada ulangtahun ke-60 Kedai Buku Thai Kuang. Sesi terakhir bicara penulis melibatkan saya, Tuan Faisal Sharbuddin dan Tuan Shamsuddin Kadir. Berbeza daripada hari-hari sebelumnya, kali ini di hadapan ruang pameran dan pentas utama terdapat gerai pameran Maxis.

Itu juga menjadi kelebihan kepada penganjur kerana mereka yang sedang melihat-lihat produk Maxis juga berpeluang mendengar isu-isu yang kami utarakan sepanjang bicara penulis bermula jam tiga sehingga lima petang. Malah, kerjasama pihak Maxis dihargai apabila memberi ruang kepada kami menyampaikan ceramah apabila mereka merendahkan sistem bunyi yang dibawa sendiri.

Kali ini dari pentas, saya dapat melihat siapakah audien yang melibatkan diri secara langsung dan secara tidak langsung dalam program ini. Mereka yang berdiri di sepanjang koridor kompleks membeli belah Mahkota Parade adalah antara audien yang melihat acara yang berlangsung di atas pentas. Kebanyakan mereka adalah remaja. Mereka melayan diri masing-masing sambil memandang pentas yang ketika itu saya dan Tuan Faisal menyampaikan tajuk ceramah kami, Rahsia Bisnes Mamak.

Buku Rahsia Bisnes Mamak hanya tinggal sebanyak tiga naskhah berbanding hari-hari sebelumnya. Maka meja di atas pentas ditambah dengan koleksi buku lain seperti buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas.

Kelihatan cucu kepada pengasas Thai Kuang dan pengurus Tuan Mavin sibuk melayan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh mereka. Aktiviti mewarna untuk kanak-kanak sebenarnya membantu dari aspek penyediaan audien secara tidak langsung sepanjang empat hari lalu.

Sementara menantikan hadiah disampaikan kepada para kanak-kanak (semuanya pemenang), ibu-bapa mengambil kesempatan mendengar ceramah Rahsia Bisnes Mamak dan Merancang Kewangan daripada para penulis.

Saya lebih tertumpu kepada jenis audien dan mengambil beberapa keping gambar ketika mana Tuan Faisal sedang berceramah. Mereka berada di depan, atas, kiri, kanan dan belakang kami.

Sistem pembesar suara di pentas ini sememangnya memberi kesan besar kerana ia dapat didengar dari jauh khususnya di empat jalan masuk utama ke dalam kompleks membeli belah ini.

Seorang lelaki bernama Rio yang terlibat dalam perniagaan hartanah memberi pandangan beliau terhadap beberapa isu yang kami sampaikan di atas pentas. Malah beliau bersetuju dan sedar bahawa ini adalah kali pertama ceramah buku diadakan dan memberi galakan sepenuhnya agar aktiviti ini diteruskan. Salah satu kata-kata beliau, "Bagus, kamu orang muda terus berjuang seperti ini. Ia bagus untuk semua orang."

Ya, beliau menyebut perkataan 'berjuang' di hadapan kami berdua selepas ceramah tersebut.

Kehadiran kakitangan pengurusan kompleks membeli belah Mahkota Parade juga menarik perhatian kami. Beliau bernama Jacky Chua mewakili Hectar Black, pengurusan baru yang mengambil alih operasi kompleks ini. Insya Allah, jika berkesempatan, saya akan berkongsi gambar-gambar dari kamera beliau selepas menerima e-melnya.

Kami sempat berkenalan dengan beberapa pengunjung. Antaranya, Cik Yat yang sedang bercuti panjang. Beliau merupakan petugas di Arkib Negara dan memilih Melaka sebagai destinasi percutian. Tingkah laku Cik Yat dengan menunjukkan tanda bagus secara spontan membuat kami terkejut. Beberapa komen beliau dalam perbualan pendek kami memberi kami peluang belajar memberi lebih lagi kepada hadirin dalam program pada masa akan datang.

Kami amat berbesar hati mengenali Cik Yat dan Tuan Rio yang menunggu sehingga tamat sesi ini. Selain itu, kehadiran satu keluarga yang berdiri di belakang kerusi-kerusi penonton menarik perhatian kami. Bersama-sama seorang lelaki (kami anggap ayah mereka), yang berkerusi roda dan anak-anak tekun mendengar ceramah yang disampaikan. Kehadiran mereka memberi inspirasi kepada kami. Kepercayaan menjadi teras kepada mereka terus berdiri dan mendengar dari awal hingga akhir sesi.

Penjual roti dan donut yang terletak tidak jauh dari pentas menarik perhatian saya. Beliau mendengar isi ceramah yang disampaikan dalam bahasa Melayu.

Corak audien di Melaka mempunyai variasi yang besar berbanding Kuala Lumpur. Jelas pecahan komposisi pengunjung yang datang terdiri daripada pelbagai kaum. Maka variasi isi penyampaian dengan sensitiviti budaya yang tinggi adalah rencah kepada pengucapan awam dalam majlis seperti ini di Melaka.

Puan Norlela Zubir dan Tuan Zainal datang memberi sokongan beliau. Terima Kasih kerana kehadiran yang cukup bermakna dan memberi dorongan besar kepada kami.

Pada akhir perpisahan kami dalam program ini, Tuan Mavin, pengurus Thai Kuang berkata, "Bulan Ogos ini kami ada aktiviti lagi. Saya harap kita dapat bekerjasama lagi."


Ingin terbitkan buku impian anda? Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...