Langkau ke kandungan utama

Sanusi Junid & Anwar: UIAM bukan sekadar universiti tapi realiti perjuangan pelbagai hala dan idealisme.

Dr Mahathir Mohamad: SANUSI JUNID

Sebagai bekas pelajar dan alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), saya mengikuti perkembangan universiti dari jauh. Tetapi adakalanya dekat apabila ada rakan-rakan menghubungi dari talian dalam pejabat menceritakan isu-isu terbaru dalam kampus.

Itulah saluran rasmi saya iaitu melalui rakan-rakan sekerja dan junior kampus yang masih sudi berhubungan. Ini menjadikan saya dekat dengan universiti ini.

Lubuk pembangkang adalah serangan label yang selalu diberikan kepada para pelajar kampus ini setiap kali kempen pilihanraya kampus bermula. UIAM menjadi bahan berita apabila disenaraikan sebagai satu-satunya universiti yang gagal dikuasai pro aspirasi.

Cerita dan unsur ketakutan kempen yang sama diulang berkali-kali. Meskipun kesedaran politik parti di kalangan pelajar sebenarnya tidaklah serancak dahulu seperti zaman Universiti Malaya ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menggerakkan perjuangan mahasiswa di kampus.

Pernah diadakah satu kajian pada peringkat sarjana, tahap keluar mengundi pelajar kampus pernah mencecah tidak sampai 50 peratus di UIAM sehinggalah ia pernah diwajibkan dan kemudian tidak diwajibkan semula. Survey yang dibuat menunjukkan kebanyakan pelajar kampus UIAM tidak mengaitkan gerakan politik luar dengan calon kempen pilihanraya kampus.

Masing-masing dalam andaian sehinggalah survey ini dibuat oleh pelajar tersebut. Mana-mana yang berkata mereka cenderung kepada aspirasi dan pro aspirasi adalah kelompok minoriti. Kemenangan minoriti dan kekalahan minoriti. Hakikatnya, pelajar kampus perlu diberi suntikan kematangan agenda di luar kampus.

UIAM kini melalui peningkatan kualiti apabila menambah jumlah juruaudit bagi menyemak prestasi setiap jabatan. Itulah perkara yang diberitahu.

Ketika mana seorang pensyarah muda meluahkan perasaan kurang senang dengan pengurusan matrikulasi atau pusat asasi UIAM dan cara para pensyarah di pusat ini dilayan, saya juga diajukan soalan yang sama oleh orang luar sedangkan saya sudah tidak berada dalam sistem lagi. Gosip-gosip itu sudah lama didengar, tetapi soalan yang diajukan ini membuat saya ingin tahu apakah yang terjadi.

Kali ini Presiden UIAM diberhentikan daripada memegang jawatan yang sepatutnya dipegang sehingga tahun 2010. Saya kira apabila akhbar menyiarkan berita ini, akhbar jualan dalam kampus Gombak UIAM akan cepat habis sebagaimana kes ketua jabatan kaunseling dan motivator dakwah yang disiarkan pada muka hadapan akhbar beberapa tahun lalu.

Situasi Tan Sri Sanusi Junid mungkin membawa arus baru dan kepekaan pelajar kampus UIAM mengenai gelombang politik luar. Mungkinkah ini akan memberi nilai tambah kepada para pelajar untuk menjadikan realiti sebagai roti dan teori di kampus sebagai majerin?

Tertarik dengan desakan Tun Mahathir dalam lontaran suaranya di blog Che Det. Enam poin terakhir beliau,

Pertama

Saya harap sebab-sebab Tan Sri Sanusi hendak disingkirkan di jelas kepada rakyat. Jangan salahguna kuasa untuk kepentingan diri.

Kedua

Kepimpinan Kerajaan Pusat Barisan Nasional harus ingat Barisan Nasional bukan lagi menguasai seluruh negara. Negeri-negeri dan Wilayah yang terkaya di Malaysia sekarang dikuasai oleh parti lawan. Mereka tidak bertindak melantik hanya ahli-ahli parti mereka sahaja dalam badan-badan Kerajaan. Sebaliknya mereka sanggup melantik tokoh dari parti-parti Barisan Nasional untuk mengisi jawatan badan-badan yang terletak dibawah Kerajaan-Kerajaan mereka.

Ketiga

Sikap mereka ini tentu akan menyebabkan lebih ramai ahli dan penyokong Barisan Nasional berpindah kepada parti mereka atau menyokong mereka.

Keempat

Sikap suka balas dendam kepimpinan Barisan Nasional akan menghakis lagi sokongan kepadanya.

Kelima

Fikirkan baik-baik wahai orang yang berkuasa. Tiap seorang tokoh mempunyai penyokong sedikit sebanyak. Mereka tentu berasa tersinggung dan akan bersimpati dengan mangsa kerajaan dan tidak menyokong Barisan Nasional lagi.

Keenam

Fikirkanlah secara mendalam. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya.


Pastinya mereka di dalam UIAM ada kenangan dalam sejarah mereka menjadi sebahagian kisah di sebalik pemecatan Tan Sri Sanusi Junid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai ikatan sebagai presiden universiti ini.

Jika sambutan jubli pada masa akan datang, sebuah biografi universiti perlu memasukkan kisah-kisah ini selain daripada kisah pelajar menang piala itu dan ini atau pun mengangkat pelajar menjadi selebriti bidang itu dan ini. Ia adalah alat pemasaran imej yang bagus untuk digunakan tetapi dari sudut realiti luar, ia menjadi kosmetik. Kisah pergolakan ini akan universiti dilihat sebagai universiti kehidupan bukan sekadar universiti kertas dan pena.

Bezakan cerita UIAM berbanding universiti lain. Universiti ini mempunyai pemikir dan pejuang dalam haluan dan parti masing-masing.

Berita dari Malaysiakini


'PM pengaruhi pemecatan saya'
Sanusi sacked as UIA president, no reason given


Ingin terbitkan buku sendiri? Klik di sini!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...