Ini adalah ulasan yang diubahsuai mengikut gaya bahasa orang Singapura.
Dipetik dari Cyberita, milik Berita Harian Singapura. Ia disiarkan pada 19 Jun 2008, tiga hari selepas ulasan buku Rahsia Bisnes Mamak diterbitkan oleh Utusan Malaysia. Kredit masih diberikan oleh pihak Cyberita kepada Utusan.
Beberapa patah perkataan menarik saya bold apabila membacanya dalam gaya bahasa Melayu Singapura. Tajuknya diubah dari Rahsia Bisnes Mamak Berjaya kepada tajuk di bawah.
Salinan petikan.
Membongkar 'Rahsia Bisnes Mamak' berjaya di Malaysia
DALAM blog rasmi Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), terdapat dakwaan dan serangan ke atas rangkaian bisnes India Muslim, atau mamak, mengenai isu-isu makanan halal dan penipuan hingga menimbulkan persepsi kurang positif terhadap perniagaan kaum ini.
Menurut lidah rasmi laman web ini: 'Beberapa penjelasan terperinci mengenai perkara seumpama ini telah dibuat sebelum ini, namun masih belum difahami dan diterima oleh segolongan masyarakat khususnya masyarakat Melayu yang menjalankan perniagaan restoran.'
Presiden Kimma Kebangsaan, Syed Ibrahim Kader, berkata: 'Restoran India Muslim mempunyai pengaruh yang besar dalam menguasai perniagaan restoran. Semua ini adalah hasil kerja keras dan sikap tidak putus asa serta semangat juang dalam menguruskan serta memperkembangkan empayar perniagaan kami.'
Selain itu, isu mandrem, atau penggunaan sihir sebagai pelaris, dilihat sebagai senjata sebahagian peniaga bagi membantutkan kerancakan perniagaan India Muslim di Malaysia.
Peniaga India Muslim dituduh menggunakan ilmu hitam untuk melariskan niaga. Kisah ini disebarkan dari mulut ke mulut atau melalui sebaran elektronik seperti e-mel. Sehingga ke hari ini, isu pengamalan ilmu hitam oleh peniaga-peniaga India Muslim masih berlegar dan sukar dibendung.
Punca utama tersebarnya kisah penggunaan ilmu hitam sebagai pelaris bisnes India Muslim adalah faktor ia mampu menarik pelanggan yang ramai dan tetap pada satu-satu masa.
Selain itu, kecepatan perkembangan perniagaan India Muslim berbanding pesaing-pesaingnya menjadikan isu sihir dan ilmu hitam menjadi bahan cerita yang digunakan untuk melambatkan atau membantutkan bisnes tersebut.
Bercakap di hadapan hadirin ketika program bicara Rahsia Bisnes Mamak di ruang legar Mahkota Parade, Melaka, sempena ulang tahun ke-60 syarikat Buku Thai Kuang baru-baru ini, penulisnya, Muhammad Faisal Sharbuddin, menjelaskan perniagaan India Muslim sentiasa menjadikan ibadah sebagai formula nombor satu dalam apa jua perniagaan yang diceburi kaum India Muslim.
Perniagaan India Muslim dan ibadah dimanifestasikan melalui pembinaan masjid dalam komuniti yang bertahan sehingga kini.
Encik Faisal merujuk kepada kewujudan Masjid Malabar di Beach Street sebelum musnah akibat bom Perang Dunia Kedua dan perkampungan Malabar di Transfer Road sebagai bukti kewujudan mereka di Pulau Pinang.
Kehadiran Masjid Bengali di Leith Street dan Kampung Bengali di Butterworth menonjolkan kaum India Muslim di Malaysia.
Buku bisnes yang pertama membincangkan rahsia perniagaan India Muslim di Malaysia itu adalah urutan daripada buku Rahsia Bisnes Orang Cina karangan Ann Wan Seng, yang dibaca oleh 30,000 pembaca di Malaysia dan 40,000 pembaca di Indonesia.
Kemunculan Rahsia Bisnes Mamak juga membongkar penakatan niaga India Muslim dalam berhadapan krisis ekonomi, termasuk kenaikan harga barang kesan daripada kenaikan harga minyak dunia melangkaui harga sebelum ini.
Kewujudan blog Bisnes Mamak menjadikan buku ini antara buku terawal yang menggandingkan konsep blog dan buku secara konsisten.
Bercakap selama satu jam di hadapan para pengunjung yang memenuhi ruang hadapan pentas, Faisal merungkai misteri nombor '786' yang dianggap mistik dan tangkal oleh sebahagian besar pelanggan dan peniaga setempat.
Encik Faisal, yang berketurunan India Muslim dan berpengalaman dalam perniagaan keluarga sejak berusia 10 tahun, berkata terdapat dua pandangan mengenai rahsia di sebalik penggunaan nombor 786, yang jelas kelihatan di setiap papan tanda perniagaan restoran India Muslim.
Pandangan pertama merujuk kepada kaedah memberi nilai angka kepada huruf-huruf Arab. Ia bukanlah diperkenalkan oleh India Muslim.
Penggunaan nilai nombor kepada huruf-huruf Arab sudah lama dipraktik dan dalam perubatan kuno tempatan, yang menjadikan ia sebagai bahan perubatan alternatif.
Ada juga yang menamakan perniagaan percetakan milik mereka dengan nama Percetakan 786. Tidak kurang yang menjadikan 786 sebagai identiti dan tersilap mentafsir ia sebagai nombor tuah sehinggakan mempunyai nombor plat kenderaan dan nombor telefon dengan angka-angka ini.
Dilihat dari kaca mata ibadah, nombor 786 menjadi ingatan kepada peniaga agar memulakan perniagaan dengan bacaan 'bismillah'. Ia melambangkan proses pendidikan bisnes bermatlamat ibadah. -- Utusan Malaysia

Ulasan