Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2006

Rezeki pagi

SMS pada pagi ini memang di luar jangkaan. Ada jemputan yang sememangnya aku nanti-nantikan. "Ke mana menghilangkan diri. Dari jam 9.30 pagi aku menelefon. Ada lawatan ke RTM, hendak ikut atau tidak?" Pucuk dicita ulam mendatang. Kesempatan ke sebuah organisasi televisyen dan radio kerajaan sudah lama aku inginkan. Dahulu kami pernah menghubungi kakitangan RTM, tetapi, kemungkinan hujung tahun maka mereka tidak memberi maklum balas positif. Kami tiba seawal jam 1.00 tengah hari. Surau yang terletak berhampiran pintu masuk menjadi tempat persinggahan pertama. Kedengaran suara ustaz sedang menyampaikan tazkirah pendek sebelum solat berjemaah. Dengan nada berseloroh tentang isu penghinaan Nabi Muhammad oleh akhbar Barat, beliau berkata, " Boikotnya barang-barang import mereka. Mengikut sumber, produk Carlsberg sendiri buatan Denmark, jadi bukan Islam yang hendak boikot pun perlu cari jenama lain." Keseluruhannya RTM mempunyai cara kerja dan struktur yang tersendiri dib...

Aku Pengintip Umat

Aku kini dipopularkan oleh senior tempat aku bekerja dengan gelaran 'pengintip'. Bukan secara berhadapan, tetapi melalui perantaraan visual koordinator yang merupakan pembimbing dan sahabatku. Nampaknya cerita James Bond dapat direalitikan dalam siri perjalananku. Rupa-rupanya catatan blog ini mejadi bacaan seniorku, "Aku memang tak sangka betul. Kalau orang lain bercakap, dia senyap sahaja. Alih-alih aku baca apa yang dicatatnya dalam blog. 'Spy' betul!" Satu perkara yang pasti, aku mencatat sesuatu yang bersesuaian dengan tema kehidupan yang aku sering sebutkan secara langsung dan tidak langsung dalam mana-mana penulisan. "Motivasi minda, manusia sekeliling sumber motivasi diri." Dengan erti kata lain, apa sahaja catatan dalam blog ini adalah cerita-cerita positif dan negatif yang boleh memberikan aku sisi satu lagi untuk memahami kekurangan dan kelebihan diri. Menjadi pengintip kehidupan manusia bukanlah sesukar mana, selagi mana emosi tidak menja...

Jawapan

Pernahkah anda berhadapan dengan seseorang yang begitu obses dengan dirinya. Setiap kali kelipan kamera terpancar, wajahnya pasti muncul terselit di celah-celah manusia. Kali terakhir aku menemui manusia seperti ini 8 ahun lalu, ketika bergelar sekolah menengah. Salah sau kecenderungan manusia yang terlalu obses dengan dirinya ialah, mengambil gambar sendiri, dengan kamera sendiri dan bersendiri. Antara corak yang menarik untuk anda perhatikan untuk manusia kategori ini ialah ramai perempuan mendampinginya, bersunguh-sungguh dengan kerja yang mempunyai namanya sebagai orang utama dan satu corak lagi sebagaimana disebutkan oleh guru kaunselingku di sekolah dahulu, "Perlu perempuan di sisi apabila bekerja." Seperkara lagi, pernahkah anda menemui manusia yang memilih-milih untuk menolong orang lain disebabkan wajahnya? Aku tidak pernah menemuinya kecuali hari ini. Situasinya cukup mudah, kalau gadis yang bekerja dengannya tahu perkara ini mungkin berkecil hati. Sekiranya anda di...

Lihat bintang, sahabat

Sejak dua hari aku bersms dengan seorang sahabat, membawa aku kepada satu perjalanan baru dalam memahami banyak perkara tentang hidup. Perkara yang perlu difikir-fikirkan dan sepatutnya dijadikan peringatan buat diri. Bagaimana manusia harus melihat dunia ini dengan hati dan akal mereka? Ada satu kata-kata yang cukup menarik perhatianku dan mungkin bagus untuk aku kongsikan kepada orang ramai, kata-kata yang menjadi nasihat diri. Kami berbicara tentang bintang. Makhluk Allah yang aku sendiri selalu terlepas pandang. Jika tidak seluruh kampus bergelap selama 8 jam bermula pukul 10 sehinggalah ke Subuh, mungkin aku tidak tidak tergerak untuk melihatnya. Kata sahabat ini dalam sms terakhirnya pukul 1.08 pagi, "Memang ciptaan Tuhan itu Indah, tengoklah bintang itu sepuas-puas hati. Kalau tak bergelap begini, bilakah lagi dapat melihat bintang dan menghayatinya." Sambungnya lagi, "Kadangkala lampu-lampu yang terang belum tentu dapat menerangkan hati manusia, sebagaimana kegel...

Pocong penghibur

"Boleh buat persembahan untuk majlis penutup malam ini?" tanya seorang sahabat melalui sms. Jam 6.30 petang. Aku baru sahaja pulang dari kursus PTS bersama seorang sahabat. Belum hilang penat, teringat Hari Keluarga di kolej Safiyyah. Kata mereka, semua wakil pelajar dari setiap kolej sudah datang melainkan kolej kediamanku yang hanya selang satu padang bola. Perlu pergi. Tetapi lain pula ceritanya, bukan pergi melawat, tetapi membuat persembahan. Cadangan asalnya hendak mempersembahkan sketsa along dan penjual jam (kebetulan sahabatku menjual puluhan jam tangan di biliknya) dan berakhir dengan pertemuan ahli keluarga yang hilang antara mereka, itu pun kerana jam yang mereka adalah sama dari pemberian ibu mereka. Tetapi, rasanya kurang menarik. "Tak bagus! Cari lain," cadang yang lain. Jam 7.40 malam, selepas Maghrib masih tiada apa-apa. Kolej Saffiyah sudah menelefon, bertanya boleh atau tidak kami membuat persembahan. "Susah-susah sangat buat sahaja sketsa ce...

Hijau selamat, pemimpin keseorangan.

Alhamdulillah. Itu sahaja aku nak ucapkan hari ini. Si Hijau dapat diselamatkan untuk melakukan misi-misinya. Selepas dua minggu dimasukan ke dalam ICU, akhirnya doktor mengatakan beliau tidak dapat bergerak cergas seperti dahulu lagi. Terdapat banyak bad sector yang wujud sehingga ia merosakan memori hard disknya. Angkara Brontok. Dengarnya ramai sahabat-sahabat di PTS sudah dihinggapinya. Tak mengapa, ada 3 perkara aku perlu selesaikan segera sebelum ke kursus hari Sabtu ini. Ada satu perkara yang menarik minggu ini. Pertemuan badan pelajar paling tinggi di UIAM, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau lebih dikenali sebagai SRC (Student Representative Council) pada malam Rabu lalu. Aku hampir-hampir terlupa untuk menghadirinya sehinggalah Tuan Presiden datang ke bilik. Hanya 50 orang sahaja yang memenuhi auditorium yang boleh memuatkan hampir 1000 orang di dalamnya. Lebih tepat lagi, 35 perempuan dan 15 lelaki. Sepanjang aku hidup di bawah 3 kepimpinan SRC yang bertukar ganti. Inilah p...

Forum dan Demonstrasi Aman, Menjawab Tindakan Media Barat terhadap nabi Muhammad.

Forum dan Demonstrasi Aman, Menjawab Tindakan Media Barat terhadap nabi Muhammad. Zamri Mohamad Penyiaran karikatur nabi Muhammad dalam akhbar-akhbar di Eropah telah menyebabkan kebangkitan di seluruh dunia Islam yang menentang tindakan mereka. Melalui dasar kebebasan bersuara akhbar sebagaimana yang dicanang oleh dunia Barat, ia secara langsung mengguris perasaan dan tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam keseluruhannya. Lebih mendukacitakan, tindakan yang dimulakan oleh sebuah akhbar di Denmark diikuti dengan tindakan yang sama melibatkan akhbar-akhbar di negara Perancis, Sepanyol, Itali dan Poland. Tindak balas terhadap sikap kurang peka pengamal media Barat membawa kepada satu suara ummah menuntut agar ia ditarik balik dan tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia turut menjadi fokus dunia apabila isu ini turut membawa kepada satu mesej yang menentang kebiadapan ini. Melalui usaha Majlis Perwakilan Pelajar, satu demonstrasi aman di...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...

Seksa dalam tidur

Hari ini aku di'seksa' oleh seorang budak botak yang memaksa aku menampal poster jam 4.18 minit pagi. Sehingga kini aku belum tidur lagi sementara menunggu kelas jam 8.00 pagi. Beberapa jam lalu kami baru sahaja menghadiri dialog bersama Timbalan Rektor, Hal Ehwal Pelajar, Ustaz Hamidon di Dewan Eksperimental. Banyak perkara yang dikongsi dan lebih kepada fokus memuhasabah diri. Menariknya ada beberapa perkara yang ditimbulkan dalam dialog yang membuat kami memikirkan semula penilaian kami terhadap orang lain selama ini sebagai wakil pelajar di kolej kediaman ini. "Kita di universiti selalu cepat memandang serong tanpa cuba memahami keadaan orang lain. Secara tidak langsung kita menjadikan mereka musuh, begitulah sebaliknya," katanya. Ia sebenarnya berkaitan dengan pentafsiran kami terhadap pelajar-pelajar antarabangsa yang sering kelihatan berdua lelaki dan perempuan ke kolej kediaman kaum hawa. Sambung beliau, "Terdapat satu puak di Sudan, lelakinya harus senti...

Hadiah diberi tapak dijanji

"Turun, kami di kantin kolej Ali,' arahnya. Cepat-cepat aku menghabiskan ayat-ayat terakhir di skrin komputer dalam pejabat kolej. Hari ini ada yang sudi belanja makan malam. Sahabat seorang ini adalah sahabat lama di kampus, tahun lalu sudah menggenggam ijazahnya dalam jurusan pengurusan perniagaan. Bekerja dengan sebuah hypermarket besar membuat aku teruja untuk mengetahui serba sedikit dunia beliau. Aku seperti wartawan yang tidak berlesen mula mengajukan soalan-soalan, "Bagaimana engkau mendapatkan klien?" Nampak ringkas dan bodoh sahaja bunyinya. Tidak mengapa kata seorang rakan niaga berbangsa Cina kepada abangku dahulu, "To get something from the big brother is; Act Stupid!" Sambil memotong-motong daging kambing berlada kepada bahagian-bahagian kecil dia menyambung, "Ada dua. Pertama, bagi syarikat-syarikat besar mereka tidak akan datang kepada kita meskipun mereka tahu kita membuka cawangan yang besar. Ini cara mereka menjaga reputasi mereka. J...

Pengalaman luka jadi penulis

Catatan Akhbar Mingguan Malaysia Ahad 5 Feb 2006 Pengalaman luka jadi penulis Oleh: DR. ILIAS ZAIDI ``ERTINYA, semua manusia inginkan kejujuran, bersikap jujur, dan mengharapkan orang lain juga jujur terhadap mereka. Jadi mengapakah hal ini terjadi? Banyak kemungkinan yang boleh disarankan, tetapi yang paling berhak menjawabnya ialah pihak yang melakukan perbuatan itu, bukan penulis yang mengirimkan tulisannya''. Pernyataan ini dicetuskan oleh Mohd. Affandi Hassan, yang saya kenali sejak tahun 60-an, ketika saya baru berjinak-jinak dengan alam sastera di Sekolah Alam Shah Cheras, sedangkan beliau sudah menjejakkan kaki di Universiti Malaya, satu-satunya menara gading di negara ini pada masa itu. Permasalahannya apakah rasional mantap di sebalik penolakan karya beliau yang berjumlah lebih 45 itu, baik berupa cerpen mahupun esei tidak mendapat tempat siaran dalam majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka? Andaian ketara ialah editor terbabit, bukan sahaja di DBP malahan o...

Tukar-tukar kerja

Antara perkara yang menarik pemerhatianku dalam dunia penyiaran hari ini ialah individu-individu yang bekerja di dalamnya. Satu corak yang aku perhatikan ialah budaya bertukar-tukar kerja, dari satu organisasi ke organisasi lain. Ada yang memberi alasan tidak wujud kesetiaan dan sikap mengejar pendapatan lebih tinggi yang ditawarkan. Itu mungkin salah satu alasan yang timbul dan boleh diterima. Namun ada juga alasan yang tidak kurang pentingnya dari orang dalam dunia media ini. Aku pernah melihat bagaimana seseorang itu bertukar kerja kerana hendakan kebebasan kreatif dalam kerjanya khususnya dalam dunia media. Aku juga pernah melihat bagaimana satu kumpulan dibentuk melalui individu-individu yang pernah bekerja dalam organisasi media yang berbeza untuk mencapai satu impian. Ada juga yang menukar haluan kariernya kerana orang lain. Kata-kata abang Jef, "Paling penting ialah kita membina asas dan landasan untuk generasi selepas ini. Abang mempunyai 4-5 perkara besar untuk dilakukan...

Duit ada kolej menghilang

Aku tidak dapat memberi apa-apa komen yang kuat sebagai respon terhadap penutupan beberapa kolej dan institusi pengajian swasta di Malaysia apabila PTPTN mula untuk tidak memberikan sebarang pinjaman kepada para pelajar yang mendaftar pengajian mereka. Namun begitu, secara kasarnya, boleh aku katakan seorang pelajar IPTS membayar harga yang lebih tinggi dan berbanding IPTA. Cuma ada satu kisah yang menjadi satu pengajaran besar bagi mereka yang bercadang hendak melanjutkan diri ke kolej-kolej swasta ini. Kisahnya mudah sahaja, beberapa bulan lalu beliau telah menamatkan pengajian di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Namun begitu, terdapat tunggakan RM3500 lagi untuk diselesaikan sebelum melayakan beliau mendapatkan sijil dari pihak kolej berkenaan. Ini bermakna, sepanjang tempoh hutang tersebut, sijil beliau ditahan. Beliau tidak duduk diam. Pelbagai jenis kerja beliau lakukan untuk melangsaikan hutang tertunggak seberapa segera yang mungkin. Ini yang menyukarkan aku menemuinya sel...

Ulama muda contoh

Ulama muda contoh Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN) JIKA anda merasa megah dengan menghasilkan pelbagai jenis novel, buku panduan peperiksaan, mahupun antologi cerpen dan puisi atau apa sahaja, anda sepatutnya lebih kagum dengan kebolehan luar biasa Muhammad Fuad Kamaludin - penerima Anugerah Khas Maal Hijrah 1427 peringkat Negeri Sembilan. Ini kerana pemuda berusia 32 tahun ini telah membuktikan dirinya `ulama muda' yang berjaya menghasilkan 115 buah kitab pelbagai disiplin dan digunakan oleh ahli pengajian serta menjadi rujukan kepada ulama lain, bukan sahaja di negara ini tetapi juga di luar negara. Logiknya, menggarap buku yang diilhamkan dengan fiksyen semata-mata boleh dilakukan oleh mana-mana penulis pun, tetapi menghasilkan sebuah kitab yang kemudian diguna pakai oleh ahli pengajian, tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya, jika penulis itu tidak mempunyai ilmu yang cukup tinggi. Malahan, keilmuwan Muhammad Fuad ini turut mendapat pengiktirafan pakar hadis dari Mek...