Langkau ke kandungan utama

Forum dan Demonstrasi Aman, Menjawab Tindakan Media Barat terhadap nabi Muhammad.

Forum dan Demonstrasi Aman, Menjawab Tindakan Media Barat terhadap nabi Muhammad.

Zamri Mohamad

Penyiaran karikatur nabi Muhammad dalam akhbar-akhbar di Eropah telah menyebabkan kebangkitan di seluruh dunia Islam yang menentang tindakan mereka. Melalui dasar kebebasan bersuara akhbar sebagaimana yang dicanang oleh dunia Barat, ia secara langsung mengguris perasaan dan tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam keseluruhannya. Lebih mendukacitakan, tindakan yang dimulakan oleh sebuah akhbar di Denmark diikuti dengan tindakan yang sama melibatkan akhbar-akhbar di negara Perancis, Sepanyol, Itali dan Poland.

Tindak balas terhadap sikap kurang peka pengamal media Barat membawa kepada satu suara ummah menuntut agar ia ditarik balik dan tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia turut menjadi fokus dunia apabila isu ini turut membawa kepada satu mesej yang menentang kebiadapan ini.

Melalui usaha Majlis Perwakilan Pelajar, satu demonstrasi aman dianjurkan bagi memperlihatkan ketidak puasan hati terhadap keadaan ini. Demonstrasi yang diadakan sejurus selepas selesainya solat Jumaat menghimpunkan hampir 2000 pelajar yang majoritinya datang dari negara-negara naungan OIC.

Tandatangan bantahan turut diambil dari para pelajar sewaktu demonstrasi ini. Para pelajar turut diberi peluang memberi buah fikiran mereka melalui ucapan-ucapan yang disampaikan secara umum dalam demonstrasi yang berlangsung hampir 45 minit ini.

Situasi yang dianggap sebagai satu situasi yang menguji keimanan dan kasih sayang Muslim kepada nabi Muhammad jelas menunjukan satu prinsip yang menjadi pegangan para pelajar ini. Malah demonstrasi ini turut bukan sahaja menjadi platform menyuarakan rasa hati mereka, pada masa sama mereka turut bersetuju dalam beberapa tindakan bantahan seterusnya.

Demonstrasi aman ini jelas mempunyai kepentingan tersendiri dalam memberi gambaran perasaan umat Islam seluruh dunia terhadap tindakan mereka yang jelas cuba bermain dengan sensitiviti agama.

Satu forum turut di adakan sebagai menjawab kembali tindakan media Barat yang cuba menafikan ketegangan ini dengan menyifatkan ia sebagai hak dan kebebasan untuk bersuara.

Forum yang dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi UIAM menampilkan dua tokoh akademik, Prof Dr Yusof Hussain dan Prof Dr Fazal Rahim Khan. Selama dua jam, para hadirin dan wartawan didedahkan dengan analisa dan fakta yang jelas menunjukkan sikap tidak sensitif media Barat ialah satu perancangan kumpulan media yang pada masa sama masih dikuasai perasaan Islamophobia. Malah, kebebasan bersuara media barat hakikatnya untuk menguntungkan individu-individu tertentu yang cuba memanipulasi keadaan dengan menggunakan modal rakyat sebagai suara mereka.

“Kita sering didedahkan dengan perkataan jihad dalam pemikiran dan pengucapan kita. Sangat jelas kepada kita untuk memahami dan menyampaikan maksudnya. Sudah masanya kita membawa bersama maksud adab untuk disampaikan kepada mereka,” jelas Prof Dr Yusof Hussain ketika menjawab soalan hadirin.

Usaha pemboikotan ekonomi negara terlibat juga menjadi salah satu pendekatan yang berkesan untuk menjawab keadaan ini. Sebagaimana disebut oleh Prof Dr Fazal Rahim Khan, “Kita mempunyai seramai 1.3 bilion umat Islam yang menjadi pengguna perkhidmatan dan produk yang aktif. Seandainya setiap seorang memboikot barangan mereka bernilai sedolar, industri dan korporat mereka akan kehilangan 1.3 bilion dolar sehari dari poket umat Islam yang menolak produk mereka.”

Penentangan terhadap tindakan mengkarikatur nabi Muhammad bukanlah perkara baru. Menurut Prof Dr Yusof Hussain, ia sudah bermula sejak tahun 1920an lagi ketika India di bawah penguasaan penjajah British. Muslim di India ketika itu menentang habis-habisan tindakan sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan fizikal nabi Muhamad dalam paparan yang kacak ketika dalam perjalanan Israk-Mikraj.

“Kita menentang bukan sahaja kerana karikatur nabi yang digambarkan berserbankan bom semata-mata, tetapi apa jua bentuk gambaran tidak akan diterima. Mereka harus tahu penghormatan besar umat Islam dan rasa hati kami yang sangat menyintai nabi,” ulasnya.

Menyentuh tentang tindakan pembakaran kedutaan dan siri kekerasan yang timbul kesan daripada persitwa ini, Fazal Rahim menyebut, “Tindakan spontan dan kemarahan yang membawa kepada kerosakan hanya memberi kesan jangka pendek. Mekanisme yang betul dan perancangan yang strategik dan reflektif perlu agar tindak balas berterusan dapat dilakukan.”

Satu perkara yang sangat ketara dalam dunia Barat kini sudah diketahui umum. Tokoh-tokoh dalam mana-mana agama kini jelas dipersenda dalam akhbar terbitan mereka bukan kerana bukti kebebasan akhbar sebagaiman disebut-sebut. Ia adalah petanda kematian agama dan rasa hidup bertuhan dalam sistem sosial mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...