Langkau ke kandungan utama

Pocong penghibur

"Boleh buat persembahan untuk majlis penutup malam ini?" tanya seorang sahabat melalui sms.

Jam 6.30 petang. Aku baru sahaja pulang dari kursus PTS bersama seorang sahabat. Belum hilang penat, teringat Hari Keluarga di kolej Safiyyah. Kata mereka, semua wakil pelajar dari setiap kolej sudah datang melainkan kolej kediamanku yang hanya selang satu padang bola.

Perlu pergi. Tetapi lain pula ceritanya, bukan pergi melawat, tetapi membuat persembahan.

Cadangan asalnya hendak mempersembahkan sketsa along dan penjual jam (kebetulan sahabatku menjual puluhan jam tangan di biliknya) dan berakhir dengan pertemuan ahli keluarga yang hilang antara mereka, itu pun kerana jam yang mereka adalah sama dari pemberian ibu mereka. Tetapi, rasanya kurang menarik.

"Tak bagus! Cari lain," cadang yang lain.

Jam 7.40 malam, selepas Maghrib masih tiada apa-apa. Kolej Saffiyah sudah menelefon, bertanya boleh atau tidak kami membuat persembahan.

"Susah-susah sangat buat sahaja sketsa cerita hantu," cadangku yang berakhir dengan persetujuan.

Entah kenapa kami memilih tema hantu malam itu. Pastinya niat hendak menakut-nakutkan residen kolej tersebut agaknya. Disebabkan persembahan tanpa latihan, kami memutuskan menyampaikan ia dalam bahasa Melayu.

Aku naik ke pentas dengan baju Melayu dan ketayap putih. Bertentangan sekali dengan cadangan asal.

"Assalamualaikum wbt. I would like to thank to the organizer for inviting us tonight. As been told before, today we will having the special performance from mahallah Ali. As been requested by the organizer, I will be giving a religious talk or maybe a short tazkirah."

Mereka memprotes. Jam sudah hampir 9.30 malam hendak beri tazkirah sebagai persembahan majlis penutup. Kedengaran suara ooo di hadapan. Sedangkan aku sendiri tak bercadang berbuat demikian, sekadar hendak menguji keadaan.

"Sebenarnya, saya di sini hendak berkongsi satu kisah benar yang tidak diketahui oleh mana-mana residen mahallah ini. Ikuti kisah ini," maka bermulalah sketsa sehingga ke akhirnya.

Bersesuaian dengan tema mereka 'We are Family', kami menceritakan beberapa cerita hantu yang dikaitkan dengan blok-blok kediaman mereka sehinggalah penutupnya ketiga-tiga pelakon, (aku, Haiqal dan Syakir) mengetahui mereka semua adalah dari keluarga hantu yang sama. Itu pun selepas pocong naik ke pentas dan menimbulkan ketakutan kepada penonoton.

Lucunya, watak pocong yang kemas berbalut putih terpaksa berhinjut-hinjut daripada belakang tangki air ke pentas membuat mereka yang tidak sedar kehadirannya menyangka ia benar-benar wujud. Ada yang mengambil gambar, memberhentikan kenderaan untuk memperhatikan sehinggakan sahabat aku terpaksa berpura-pura menjadi bantal panjang.

Malah, disebabkan watak beliau inilah membuat salah seorang jawatankuasa pentas melarikan diri apabila melihat beliau di belakang pentas.
Ketika persembahan 'menakutkan' orang berjalan lancar, seorang pengunjung secara tidak sengaja menyepak fius sehingga ia terbakar dan mengakibatkan mikrofon serta bunyi kesan khas yang kami gunakan tidak berfungsi. Ia menyebabkan kami menggunakan pembesar suara sebesar kotak kasut sehingga akhir.

Sebagaimana kata Puan Ainon, humor adalah medium yang tidak begitu berkesan dalam menyampaikan mesej. Dari pengalaman kami malam itu, memang benar. Mereka lebih mengingati jenaka spontan kami berbanding mesej 'We Are Family' pada malam itu.

Maafkan kami atas idea spontan yang timbul. Apa pun, kami berasa seperti kumpulan Senario yang menjadi bidan terjun untuk membuat persembahan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...