Langkau ke kandungan utama

Seksa dalam tidur

Hari ini aku di'seksa' oleh seorang budak botak yang memaksa aku menampal poster jam 4.18 minit pagi. Sehingga kini aku belum tidur lagi sementara menunggu kelas jam 8.00 pagi. Beberapa jam lalu kami baru sahaja menghadiri dialog bersama Timbalan Rektor, Hal Ehwal Pelajar, Ustaz Hamidon di Dewan Eksperimental.

Banyak perkara yang dikongsi dan lebih kepada fokus memuhasabah diri. Menariknya ada beberapa perkara yang ditimbulkan dalam dialog yang membuat kami memikirkan semula penilaian kami terhadap orang lain selama ini sebagai wakil pelajar di kolej kediaman ini.

"Kita di universiti selalu cepat memandang serong tanpa cuba memahami keadaan orang lain. Secara tidak langsung kita menjadikan mereka musuh, begitulah sebaliknya," katanya.

Ia sebenarnya berkaitan dengan pentafsiran kami terhadap pelajar-pelajar antarabangsa yang sering kelihatan berdua lelaki dan perempuan ke kolej kediaman kaum hawa.

Sambung beliau, "Terdapat satu puak di Sudan, lelakinya harus sentiasa menemani kaum wanita di mana sahaja mereka pergi. Bimbang jika wanita tersebut diculik. Sebagaimana di kampus ini, mereka melakukan perkara yang sama kerana sudah menjadi tradisi mereka."

Kami tertarik dengan maklumat yang disampaikan. Katanya lagi, "Malah dalam tradisi puak ini, seandainya kaum lelaki tidak melakukan perkara tersebut maka dia tidak akan kembali ke kampungnya lagi."

Seharusnya kami bertanya. Itulah perkara awal yang harus kami lakukan. Satu pengajaran besar yang harus kami ambil. Malah sikap sesetengah pelajar antarabangsa yang masih berada dan menginap di kolej kediaman selepas pengajiannya juga ada cerita tersendiri.

"Saya pernah bertanya. Mengapa mereka tidak pulang dan masih di kampus ini. Respon mereka, bagaimana "kami hendak pulang dalam keadaan negara kami masih huru hara dengan peperangan?" Jika anda di tempat mereka, apa yang akan anda lakukan?" soalnya kepada kami.

Berhadapan dengan para pelajar dari 90 negara di seluruh dunia mendedahkan betapa kecilnya dan naifnya kami terhadap pengurusan pelajar di kolej.

Dari sudut kepimpinan ada sepotong yang diucapkan oleh Bill Gates dan disampaikan semula oleh ustaz Hamidon. Ungakapannya, "Jika hendak menjadi jutawan, ambil dan jangan memberi. Jika mahu menjadi multi-jutawan, ambil separuh dan beri separuh. Tetapi, andai mahu menjadi multi-bilion, berilah semuanya."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...