Langkau ke kandungan utama

Hijau selamat, pemimpin keseorangan.

Alhamdulillah. Itu sahaja aku nak ucapkan hari ini. Si Hijau dapat diselamatkan untuk melakukan misi-misinya. Selepas dua minggu dimasukan ke dalam ICU, akhirnya doktor mengatakan beliau tidak dapat bergerak cergas seperti dahulu lagi. Terdapat banyak bad sector yang wujud sehingga ia merosakan memori hard disknya. Angkara Brontok. Dengarnya ramai sahabat-sahabat di PTS sudah dihinggapinya.

Tak mengapa, ada 3 perkara aku perlu selesaikan segera sebelum ke kursus hari Sabtu ini.

Ada satu perkara yang menarik minggu ini. Pertemuan badan pelajar paling tinggi di UIAM, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau lebih dikenali sebagai SRC (Student Representative Council) pada malam Rabu lalu. Aku hampir-hampir terlupa untuk menghadirinya sehinggalah Tuan Presiden datang ke bilik.

Hanya 50 orang sahaja yang memenuhi auditorium yang boleh memuatkan hampir 1000 orang di dalamnya. Lebih tepat lagi, 35 perempuan dan 15 lelaki. Sepanjang aku hidup di bawah 3 kepimpinan SRC yang bertukar ganti. Inilah pertama kali aku melihat keadaan ini.

Aku masih ingat lagi betapa sesaknya ruang yang sama apabila SRC terdahulu mengadakan program yang sama. Kebanyakan pelajar antarabangsa menjadikan ruang ini untuk menyalurkan masalah mereka. Responnya cukup baik. Salah satu sesi pernah dikendalikan oleh presiden yang kini menjadi penulis tersohor bersama Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

Mengapa keadaan ini berlaku? Ada beberapa andaian yang boleh dibuat.

1. Suasana kampus tanpa pilihanraya. Sejak awal lagi majoriti pelajar menganggap bukan mereka yang memilih wakil apabila senarai nama dikeluarkan meskipun disebut 'menang tanpa bertanding'. Mereka masih sukar menerima keadaan ini sehingga hari ini.

2. Kelewatan hampir 4 bulan untuk mengeluarkan poster. Sebagaimana disebutkan oleh presiden SRC dalam sesi tersebut, kini mereka mempunyai kesukaran mendapatkan lebih ramai untuk menganggotai jawatankuasa tersebut.

4. Persepsi awal masyarakat kampus terhadap mereka. Masih ramai yang mempunyai persepsi mereka ditentukan oleh kelompok tertentu untuk menerajui kampus. Dari survey, ini menyebabkan mereka menolak menjadi sebahagian SRC.

Aku pening dengan politik kampus. Kerana kelemahan memahami ideologi yang dibawa oleh para pelajarnya. Malah dalam kepimpinan MRC Ali yang mempunyai pelbagai macam pemikiran berorientasi politik, mereka membuat perjanjian 'darah' untuk tidak melibatkan kefahaman mereka ke dalam kebajikan pelajar residen. Syukur, ia sekadar menjadi bualan ketika minum malam, bukan alat mendominasi setakat ini.

Kami melihat bagaimana satu kelompok lagi dibangunkan dengan ideologi politik luaran dan seperti dijangka, pesta cakap-cakap sudah bermula. Dalam satu mesyuarat untuk menubuhkan satu badan yang bersuara atas nama pemimpin persatuan dan residen, masing-masing sudah jelas mendabik dada mengatakan mereka kenal YB itu, YB ini, Dato itu dan Dato ini untuk memperlihatkan mereka adalah 'seseorang' (somebody)

Aku sempat bertukar-tukar fikiran dengan seorang pentadbir universiti. Katanya politik kampus memang wujud tetapi perlu bijaksana . Tahu melihat apa yang perlu diisi dalam lingkaran kecil. Malang melihat kitaran ini berlaku dalam setiap universiti.

Fikiran aku kembali ke ruang auditorium yang seolah-olah tanah perkuburan. Kasihan kerana kesungguhan SRC tidak mendapat sambutan. Meskipun mereka dipujuk dengan kata-kata, "Numbers does not show the support" oleh seseorang yang aku hormati, tetapi bercakap sebagai pelajar dan sebahagian daripada organisasi kecil yang menguruskan pelajar, aku menafikannya.

Bilangnya, hanya golongan politik akan merasa gusar jika bilangan yang datang tidak ramai kerana ia petanda mereka hilang sokongan. "You are not politician," pujuknya lagi. Tetapi dari sudut sokongan, jumlah masih perlu diambil kira.

Mengapa? Kisah Fedex, sebuah syarikat multi-bilion dunia yang melakukan penghantaran 24 jam ke segenap ceruk alam membuktikannya. Pada hari pertama mereka melancarkan perkhidmatan mereka, hanya dua sahaja bungkusan yang diterima untuk dihantar ke destinasi. Itu pun dari Fedex dari satu cawangan ke satu cawangan lagi.

Apa yang mereka lakukan? Mereka mengkaji mengapa hanya dua yang berjaya dan pada masa sama, mengapa selainnya gagal. Kalau mereka tidak mengambil kisah dengan jumlah, Fedex mungkin tidak perlu bersusah payah mengkaji kedua-dua bungkusan tersebut.

SRC kini dalam usaha mengkaji mengapa hanya 50 sahaja yang hadir dan ke mana majoriti pergi?
Kemudian aku mengenalpasti satu keadaan, tidak ada seorang wakil SRC yang merupakan pelajar dari jurusan ilmu wahyu. Bagi aku kewujudan individu dari kelompok ini harus menjadi pelengkap pasukan ini.

Apabila jawab balas tentang isu aurat dan aktiviti berdua-duaan disampaikan kepada penyoalnya, hadirin berpandangan sama sendiri dengan satu pandangan yang kurang menarik. Ada sesuatu yang kurang kena berlaku. Mereka memerlukan seorang yang lebih arif untuk membalasnya.

Secara peribadi aku menyokong usaha yang dibawa SRC, tetapi jauh di sudut hati aku merasai, hakikatnya presidennya seorang diri. Aku tidak dapat memberikan jawapannya dengan jelas, tetapi melihat keikhlasan dan kesungguhan presiden, dia sebenarnya sedang berlari keseorangan tanpa teman setia. Maaf, perkara ini aku harus nyatakan.

Apabila disebut SRC ini mempunyai pengaruh politik sendiri dari rakan-rakanya, aku makin hairan. Jika benar SRC ada rakan-rakan politiknya, di mana mereka malam itu? Jika ada sekalipun, mereka mempunyai rakan politik kampus yang menang sorak sahaja untuk mereka.

Komunikasi adalah satu perkara yang kita boleh lihat berperanan untuk mengubah dan meyakini keputusan seseorang. Dalam satu majlis besar seperti ini aku belajar banyak perkara.

1. Wujudnya presiden atau pemimpin dalam sebuah kumpulan dalam perhimpunan seperti ini amat penting. Tambahan lagi, apabila dia bersuara. Kelompok hadirin melalui bahasa badannya akan condong ke hadapan apabila ketua bercakap. Ini menandakan ada tumpuan dan fokus yang diberikan.

2. Tidak perlu semua orang untuk menjawab satu soalan. Ia akan berakhir dengan dua tafsiran. Pertama, masing-masing kelihatan ingin menonjolkan diri dan 'tunjuk pandai'. Kedua, penyoal hilang minat untuk mendengar apabila terlalu banyak suara yang cuba menjawabnya. Cukuplah untuk seorang menjawabnya dan menambah jika perlu. Manusia tidak akan mudah menyerap semua beban maklumat.

3. Sebuah badan tertinggi seawalnya harus mendapat sokongan badan-badan kecil yang mewakili pelajar. Sebelum bergerak kepada kelompok pelajar yang lebih besar, harus bergerak dengan merapati golongan kecil yang dilantik oleh pentadbir. Golongan kecil pula harus memberi sokongan kepada mereka, antaranya dengan menghadiri majlis seperti ini.

4. Apabila seorang wakil SRC berdiri dan memohon maaf atas satu isu yang aku rasakan tidak wajar dilakukannya, aku rasa kagum. Sebagaimana kata Carnegie, maaf secara terbuka seseorang akan menjadi magnet sokongan ramai yang menyaksikannya. Kerana ia menunjukan beliau seorang yang berani mengakui kesilapan dan bersedia untuk memperbaikinya.

5. Kenalpasti kelompok majoriti. Dalam kepimpinan kali ini, tidak ada dari latar belakang ilmu wahyu, sedangkan mereka adalah golongan majoriti. Wujudnya walaupun seorang dari kumpulan ini setidak-tidaknya menjadikan majoriti bersedia memberi ruang untuk mendengar. Meskipun, belum bersetuju sepenuhnya.

6. Idea-idea besar harus diutarakan oleh presiden sendiri bukan naibnya. Ini adalah gagasan beliau. Jangan serahkan kepada orang kecil untuk menerangkannya kalau berada di kelompok ramai. Kesannya berlainan. Ia kelihatan orang kecil mahu menjadi orang besar dengan gagasan tersebut dengan menidakan presidennya. Lebih-lebih lagi, pembentangannya mesyuarat 'mendabik dada' dihadiri oleh kumpulan 'satu kepala' dengan alasan, "Mustahil untuk mengumpulkan semua orang (kebanyakannya dengan label 'bukan kelompok kami'."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...