Langkau ke kandungan utama

Hadiah diberi tapak dijanji

"Turun, kami di kantin kolej Ali,' arahnya.

Cepat-cepat aku menghabiskan ayat-ayat terakhir di skrin komputer dalam pejabat kolej. Hari ini ada yang sudi belanja makan malam.

Sahabat seorang ini adalah sahabat lama di kampus, tahun lalu sudah menggenggam ijazahnya dalam jurusan pengurusan perniagaan. Bekerja dengan sebuah hypermarket besar membuat aku teruja untuk mengetahui serba sedikit dunia beliau.

Aku seperti wartawan yang tidak berlesen mula mengajukan soalan-soalan, "Bagaimana engkau mendapatkan klien?"

Nampak ringkas dan bodoh sahaja bunyinya. Tidak mengapa kata seorang rakan niaga berbangsa Cina kepada abangku dahulu, "To get something from the big brother is; Act Stupid!"

Sambil memotong-motong daging kambing berlada kepada bahagian-bahagian kecil dia menyambung, "Ada dua. Pertama, bagi syarikat-syarikat besar mereka tidak akan datang kepada kita meskipun mereka tahu kita membuka cawangan yang besar. Ini cara mereka menjaga reputasi mereka. Jadi kami yang akan menghubungi mereka, memaklumkan di bahagian 'property' organisasi berkenaan dan aturkan temujanji."

"Oh, itu syarikat besar. Bagaimana pula dengan syarikat-syarikat kecil?"

Katanya lagi, "Kebiasaannya, apabila mereka mendengar ada sewaan tapak untuk hypermarket akan dibuka, mereka sendiri akan datang kepada kita atau menjemput kita ke tempat mereka."

"Dunia bisnes yang menarik. Habis, bagaimana pula dengan saingan. Maksud aku, untuk mendapatkan lokasi yang bagus untuk mereka berniaga."

Tersenyum beliau, "Macam-macam. Kebiasaanya mereka akan panggil kami ke tempat mereka untuk berbincang dan memberi hadiah. Bayangkan sebuah syarikat barang kemas memberi aku kad debit untuk pembelian barang kemas bernilai puluhan ribu ringgit. Malah ada juga yang memberikan produk-produk mereka yang mahal-mahal sebagai buah tangan. Kebiasaannya, perkara ini tidak akan dilakukan di tempat kami kerana pengurus kami yang akan menapis pemilihan. Itu sebab mereka hendak kami ke sana."

Beliau mengingatkan aku dan sahabatku seorang lagi, jangan menerima hadiah melibatkan wang kerana ia dikategorikan rasuah sebagaimana kad debit yang dihadiahkan kepadanya. Dia menolak.

Malah dalam banyak urusniaga, dia memberitahu satu perkara, "walaupun aku menerima hadiah itu dan ini, untuk menutup urusan aku sentiasa menekankan bahawa tidak ada jaminan 100% mereka akan mendapatnya. Mereka faham."

Malah ada juga persaingan melalui harga sewaan tapak. Masing-masing cuba menawarkan harga sewaan yang tinggi untuk mendapatkan tempat. Meskipun yang mendapatkannya membayar harga sewaan yang tinggi. Rekod di kertas mencatatkan nilai sewaan asal yang ditentukan pengurusan. Selebihnya, dimasukan ke dalam tabung pekerja.

Persaingan jenis perniagaan yang sama dalam sebuah hypermarket, sesuatu yang boleh difikir-fikirkan, "Ada satu kes, dua perniagaan barang kemas yang terbesar di Malaysia bersaing dalam hypermarket yang sama. Strategi mereka berdua ialah menukarkan tanda nama perniagaan kerana jenama 'kelas atasan' mereka tidak memungkinkan mereka menurunkan harga. Kesannya, berlaku penuruna harga barang kemas masing-masing sehingga satu tahap melalui jenama perniagaan baru sehinggalah kepada satu peringkat."

Puas hati dan seronok mendengar cerita baru ini. Lebih seronok lagi, merasa belanja chicken chop sahabat ini yang bakal bertugas di pantai timur, mencari bakal penyewa untuk hypermarket di sana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

Laman web dinaiktaraf.

Saya tidak berpuas hati maka saya ubah semuanya sekali lagi. Laman web rasmi penulis ditukar untuk kali ke berapa, saya sendiri sudah tidak pasti. Tetapi saya jangkakan laman web wajah baru ini bakal kekal dengan wajah ini bagi tempoh yang lama. Saya sedang cuba-cuba belajar menggunakan beberapa perisian grafik bagi keperluan foto di dalam laman web. Apa yang kasar dihaluskan, apa yang bertompok dihilangkan, apa yang gelap dicerahkan. Saya seperti kembali kepada usia 21 tahun, bermain-main dengan perisian grafik di komputer rakan saya. Zaman olok-olok. Kami bergembira dengan gambar dan warna. Kami hasilkan kulit album olok-olok. Kemudian kami hasilkan laman web ringkas seolah-olah laman web sebuah kumpulan muzik. Saya masih ingat lagi, kami berempat baru pulang daripada kelas bahasa Arab. Berlatar belakang dinding dengan permukaan berpasir dan kasar, kami mengambil gambar di situ. Sampai di bilik, kami ubah suai dan menjadi kulit album kumpulan ahli muzik. Bertudung labuh ke konsert un...