Langkau ke kandungan utama

Tukar-tukar kerja

Antara perkara yang menarik pemerhatianku dalam dunia penyiaran hari ini ialah individu-individu yang bekerja di dalamnya. Satu corak yang aku perhatikan ialah budaya bertukar-tukar kerja, dari satu organisasi ke organisasi lain.

Ada yang memberi alasan tidak wujud kesetiaan dan sikap mengejar pendapatan lebih tinggi yang ditawarkan. Itu mungkin salah satu alasan yang timbul dan boleh diterima. Namun ada juga alasan yang tidak kurang pentingnya dari orang dalam dunia media ini.

Aku pernah melihat bagaimana seseorang itu bertukar kerja kerana hendakan kebebasan kreatif dalam kerjanya khususnya dalam dunia media. Aku juga pernah melihat bagaimana satu kumpulan dibentuk melalui individu-individu yang pernah bekerja dalam organisasi media yang berbeza untuk mencapai satu impian.

Ada juga yang menukar haluan kariernya kerana orang lain.

Kata-kata abang Jef, "Paling penting ialah kita membina asas dan landasan untuk generasi selepas ini. Abang mempunyai 4-5 perkara besar untuk dilakukan untuk organisasi ini dan selepas ini abang akan berundur dan biarkan generasi baru yang mengembangkannya"

Tambahnya lagi, "Hari ini ramai yang lebih bercakap dan bertindak. Jika dahulu, menyuarakan sesuatu itu penting agar lebih ramai mendengar. Tetapi zaman ini zaman orang melihat, dengar sedikit tetapi mahu melihat hasilnya."

Contoh yang diberikan jelas, dahulu ramai yang meminta agar diwujudkan radio Islam, televisyen Islam dan seribu satu lagi permintaan. Tetapi apabila ia diwujudkan, kritikan yang sama masih timbul. Masih aktif mengeluarkan resolusi tetapi kurang yang memberi perhatian untuk mengisinya.

"Jika dahulu orang berkata 'why not we' (mengapa tidak kita), sekarang ia harus berubah kepada 'how can we' (bagaimana sepatutnya kita)," katanya.

Pengalaman beliau ketika terjun dalam dunia nasyid sekitar akhir 90an cukup menarik perhatian dan harus difikirkan. Ketika itu beliau dan seorang lagi rakannya datang ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Ketika itu khatib sedang berkhutbah, sedang beliau dan rakannya baru sahaja hendak duduk bersama-sama jemaah lain, khatib dengan suara lantangnya berkata, "...kita jangan hanya tahu bernasyid sahaja...!" kritikan terbuka yang sengaja disebar luas melalui telinga-telinga makmum lain.

Bagi beliau, daripada mengkritik lebih baik mencari cara untuk menambah baik apa yang sedia ada. Misalnya, jika skripnya berbunyi, "Televisyen Islam hanya menyiarkan ceramah berjela-jela" tukarlah kepada "Televistyen Islam boleh lebih menarik jika adanya siaran-siaran..."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...