Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2005

Chef topi panjang dan azan Maghrib

Si kecil yang nakal, anak buahku Abby Si kecil yang nakal seorang lagi, anak buahku Adik Meja nombor 59, berbuka di hujung dewan Persembahan ghazal dan lagu tradisional Mereka yang hadir dalam majlis berbuka puasa "Perlukah saya pergi?" soalku "Kenapa?" tanya abangku "Ada kerja sedikitlah," alasanku ringkas. "Sekejap sahaja. Ada majlis berbuka puasa di De Palma, pergi sekejap sahajalah," ajak abangku di ganggang telefon. Bersungguh benar. Aku mengiyakan sahaja. Kalau penyakit malas sudah menjalar satu badan, orang hendak belanja berbuka puasa pun hendak ditolaknya. Tetapi, peluang bukanlah selalu datang. Jadi ambilah peluang pergi. Jam enam, menunggu di stesyen LRT Setiawangsa, sehinggalah abangku datang menjemput bersama isteri dan dua orang anaknya. Sibuk juga keadaan di sana. Ramai yang mengambil peluang berbuka puasa sama bersama rakan-rakan atau ahli keluarga. Beratur panjang untuk mengambil makanan dan minuman yang disediakan secara bu...

Apa pandangan saudara?

Suhaidah dan Amy, sibuk menelaah subjek Photojournalism di meja sebelah Zalmimazura dan Zuraini, ketika temubual Jam sepuluh, telefon bimbitku berbunyi. Sengaja aku biarkan lama sedikit agar lagunya cukup satu rangkap didendangkan. Kedengaran suara wanita di hujung talian. "Minta tolong boleh?" pinta sahabatku, Zuraini. Sangkanya aku sedang sibuk menelaah pelajaran. Sebaliknya aku berada di bilik seorang rakan, menghantar kad Aidilfitri. "Begini, sahabat aku di Karangkraf sedang membuat tinjauan berkenaan muzik dan Islam, jadi aku hendak minta tolong engkau berikan pandangan. Esok boleh berjumpa, sekejap sahaja," pujuknya. Karangkraf bukanlah satu syarikat penerbitan majalah, buku dan akhbar yang asing buatku. Aku belum pernah menjejakan kaki ke sana, tetapi beberapa siri penerbitannnya menjadi ruang untuk aku menulis dan mencari rezeki dalam survival di universiti. Ditemubual bagi tujuan tinjauan umum satu perkara baru buatku. Sudah pasti aku hendak melalui peng...

Tadarus

Siti bertadarus menjadi fenomena baru dalam bulan Ramadan sehinggakan mempunyai slot berita istimewa menanyakan pandangan orang ramai berkenaan keadaan ini. Menjadi seseorang di bawah lampu 'spot light' memberi impak kepada orang ramai untuk melihat dan mengikuti setiap satu perkara yang dibuatnya. Tidak hairanlah jika ada peminat Curt Cobain dari kumpulan Nirvana sanggup membunuh diri mengikut jejak langkahnya yang berbuat perkara yang sama. Mampukah fenomena tadarus Siti Nurhaliza menjadi ikutan dan hafalan peminat-peminatnya sebagaimana lirik-lirik lagu yang menjadi nyanyian di waktu senggang mereka? Inilah motivasi yang perlu diperhatikan...

Elakan mahasiswa anuti pemikiran logik batu.

Elakan mahasiswa anuti pemikiran logik batu. Datuk Dr Shafie Salleh telah secara langsungnya membawa satu janji besar kepada mahasiswa-mahasiswi seluruh negara dalam mengkaji semula mengkaji semula Akta Universiti dan kolej Universiti khususnya dalam membenarkan sudut penceramah di universiti. Ia menjadi pemerhatian penulis Wind of Change untuk menolak cadangan ini. Sebahagian besar melihat arus perubahan ini sebagai satu pendekatan yang bukan sahaja meletakan pelajar kampus dalam satu perjalanan masa hadapan yang berbeza, tetapi ia juga memberi satu dimensi dalam mewujudkan satu hubungan baru antara pihak kementerian dan pelajar-pelajar IPTA sendiri. Dr Shafie Salleh mempunyai pendekatannya sendiri dalam membina kerjasama dengan warga kampus dalam etika professional yang layak diberi perhatian. Budaya pidato bukan satu perkara baru dalam dunia akademik tinggi. Pidato iti sendiri adalah satu rentetan perjalanan sejarah yang panjang dan telah memberi kesan kepada pemikiran serta tingkah...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Amerika, kami datang!

Seperti yang dijanjikan. Ataullah Bogdan Kopanski (tengah) bersama (dari kiri) Riduan, aku dan Anuar (duduk) Tenang. Suhaidah tersenyum sahaja, sedangkan ujian belum diambil Peta Eropah . Ujian peta bagi subjek Mediavel Europe History Tunjuk. Masing-masing cuba menghafal sebelum dipanggil Besar . Inilah peta yang menjadi igauanku sebelum ini

Program Gotong Royong Bubur Lambuk

Mesra. Timbalan Rektor, Ustaz Hamidun menyambut para pelajar dan staff untuk mengambil bubur lambuk yang disediakan Bincang . Para sukarelawan terdiri daripada staf UIAM sedang berbincang untuk mengagih-agihkan bubur lambuk Ambil . Para pelajar selepas mengambil peperiksaan ke tempat pengagihan bubur lambuk

Penghujung

Genaplah seminggu, akhirnya tamatlah peperiksaan akhir semester ini. Tetapi masih belum boleh untuk tersenyum panjang, petang ini ada satu lagi ujian yang perlu aku hadiri. Ujian peta Amerika Syarikat. Sudah beberapa kali aku datang ke biliknya, kerana minggu peperiksaan yang begitu singkat ditambah lagi dengan tarikh akhir semakan kertas jawapan yang sudah menghampiri cuti Aidilfitri, kebanyakan pensyarah sedikit terkejar-kejar untuk menghabiskannya. Bukan satu kelas, ada yang menjangkau sehingga tiga kelas dengan jumlah pelajar melebihi 50 orang. Ini belum ditambah lagi dengan tulisan yang pelbagai dan gaya bahasa yang belum tentu dapat dihadam satu persatu perkatan-perkataannya. "Bolehkah?" tanya Riduan "Entah, cuba sajalah," jawabku apabila melihat sekumpulan pelajar perempuan sedang sibuk melihat peta besar yang ditampal di dinding. "Pedulilah, janji hari ini kita hadir dan cuba. Dapat atau tidak itu perkara kedua!" tegasku, meskipun kepala sudah sedi...

Siapakah Ataullah Bogdan Kopanski?

Ataullah Bogdan Kopanski banyak memenuhi ruangan blogku sejak awal-awal lagi. Semaklah mana-mana catatan blog ini, kebanyakan kisah pengalaman orang lama dan sejarah puak Red Indian serta Amerika adalah catatan semula dari kisah-kisah yang dikongsinya. Aku akui untuk berhadapan dengannya sebagai seorang pensyarah mungkin akan menimbulkan kegerunan. Acapkali apabila peperiksaan dan ujian dimaklumkan, kata-katanya "I will slaughter you in this battle..." "I will cut part of your brain..." "I do not want the paper of an ignorance become part of my archive..." pasti akan kedengaran. Nampak seperti mengugut, tetapi itulah situasi kami dalam mempelajari sejarah pembunuhan dan kekejaman 'evil empire' Amerika Syarikat. Baru sebentar tadi aku meluahkan semuanya dalam kertas peperiksaan tentang penggunaan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) meliputi senjata nuklear, kimia dan biologi yang disalah-guna oleh Amerika dari tahun 1939-1993 meliputi peperangan-pe...

Program Iftar Jamie Mahallah Representative Committee (MRC)

10 Oktober lalu, kami berkesempatan berbuka bersama dengan ahli jawatankuasa pelajar kolej Ali, pengetua, fellow dan staf. Bukan mudah untuk duduk semeja sambil berbincang perkara-perkara yang ingin dibuat sebagai sambungan projek akan datang. Sememangnya, bulan ramadan jika diambil kesempatan dengan sesungguh-sungguhnya pasti akan membuahkan hasil, cuma kita tidak boleh mengharapkan sesuatu berlaku dengan cepat lebih-lebih lagi perkara kebaikan. Jika dikaitkan dengan pohon buah, bermula dengan benih maka akan tumbuh sedikit demi sedikit menjadi sebatang pokok. Begitulah program-program kecil ini, jika ia sekadar dilihat sebagai program mengisi perut dan kekenyangan, maka itulah apa yang kita dapat. Tetapi jika ia dilihat sebagai cara menguatkan rasa kebersamaan, dengan izin Allah perkara itu tidak ada mustahilnya. Dengan sedikit tazkirah sebagai peringatan, buah tangan fellow Zaid Mohamad (bersongkok) moga-moga dapatlah mengingati hatiku yang keras ini. Semakin lama aku di sini, sema...

Mengislamkan puak Harley.

Kumpulan penunggang Harley Davidson di Amerika Syarikat merupakan kumpulan yang digambarkan sebagai satu puak yang terasing dalam masyarakatnya sendiri. Mereka wujud atas dasar anti kapitalisme yang mementingkan budaya korporat, hartanah, gaya hidup berstatus yang menjadikan masyarakatnya saling berkejar-kejaran untuk menunjukan siapa yang lebih bayak wang dan lebih tinggi status hidup mereka. Kemunculan kumpulan penunggang ini sama seperti timbulnya kumpulan Hippies yang sentiasa melaungkan moto 'Peace No War' Tetapi di Amerika, baik kumpulan Harley mahupun Hippies mengalami serangan-serangan terbuka dari dalam dan luar. Mereka dilihat sebagai anti sosial, kaum Barbar, ganas, penagih dan perompak dari kaca mata Hollywood. Meskipun ada yang berlaku sedemikian, tetapi ia digambarkan seratus peratus berkeadaan sedemikian. Menyertai kumpulan Harley bukanlah semurah yang disangka. Motosikalnya sahaja mencecah puluhan sehingga ratusan ribu ringgit. Mereka memilih motosikal Harlay ke...

Hari sunyi

Semalam adalah hari yang sunyi untuk semua rakyat Malaysia. Dalam bulan Ramadan ini, kita sudah kehilangan dua tokoh dalam sejarah kepimpinan dan perkembangan sukan negara, Datuk Sidek dan Datin Seri Endon Mahmud. Ada yang bertanya mengapa kita mudah terkesan dengan kehilangan mereka berbanding puluhan ribu mangsa di Pakistan, aku hanya boleh mengatakan faktor geografi yang sangat dekat dan pendedahan terhadap mereka ini sudah lama kita ikuti menjadi diri kita lebih dekat dengan diri mereka. Itu tidak bermakna kita tidak bersedih dan bersimpati dengan mereka yangs edang menghadapi ujian yang hebat dari Tuhan. Kata pensyarahku, Prof Dr Fazal Rahim Khan seawal pagi Ramadan ketika di akhir kelas Communication Research Method selepas diam yang panjang, "Jangan kita menjadi Muslim hanya wujud pada label sahaja. Hari ini kawasan bergunung di Pakistan sudah menjadi tanah rata. Mereka menangis tetapi kita tidak merasa kerana sering ketawa." Ketawa dalam tafsirannya bukanlah dalam k...

Blog..luahan hati alam maya

Ruangan IKON Berita harian 19/10/05 Blog..luahan hati alam maya Oleh Diyanah Anuar BERJUTA-JUTA pengguna Internet di Malaysia, tapi ramai yang masih tidak tahu apa yang dinamakan blog. Tidak mengapa, memang sukar untuk meneroka dan mengambil tahu semua hal dalam ‘dunia tanpa sempadan’ yang maha luas ini. Blog bukan fenomena baru di alam siber. Setiap hari ada saja laman blog baru yang dibangunkan. Laman blog sudah menjadi sama popular dengan e-mel dan laman sembang virtual. Penulisan kreatif kini sudah popular di dunia digital! Blog, atau sebelum ini lebih dikenali sebagai weblog adalah sejenis jurnal elektronik yang mengandungi teks dan grafik berserta dengan bahan yang dipetik dari laman web lain yang berkaitan dengan isu yang dipaparkan. Terdapat juga komen daripada pelawat blog serta capaian (link) ke laman yang turut membincangkan isu yang sama. Penampilan laman blog terletak pada kreativiti pemilik blog itu sendiri. Ada yang lebih gemar memaparkan page yang ringkas di mana fokus ...

Baca 2 buku setahun?

Ruangan IKON Berita harian 19/10/05 Baca 2 buku setahun? Oleh Fairuz Zaidan BACALAH atau Iqra’ yang dipetik dari Surah al-Alaq iaitu wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad kira-kira 1,400 tahun lalu jelas menunjukkan betapa besarnya pengertian ilmu dalam rona kehidupan manusia.Namun, masih ada di kalangan masyarakat yang malas dan mengabaikan tabiat membaca atas alasan tidak mempunyai waktu yang cukup dan ‘pening’ melihat susunan abjad pada kandungan buku. Pening? Hmmmm... Hanya alasan!i-Kon minggu ini cuba mengupas, selain mendapatkan pandangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia mengenai tabiat membaca di kalangan masyarakat Malaysia, jenis buku dan usaha bagi memperkasakan tabiat membaca. Selamat membaca!MEMANG memeranjatkan bila meneliti hasil ‘Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia’ oleh Perpustakaan Negara pada 1996 yang merumuskan secara amnya rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun.Kajian ini juga mendapati, bahan b...

'Team' Al Ansar Channel

Inilah pasukan kerja dan keluarga Al Ansar di bawah MITV Coporation. Selama ini, aku jadi wakil pengirim potongan akhbar sampaikan sahabat-sahabat gelar aku pekerja sukarela Al Ansar sejak hampir setahun lalu. Kalau hendak pengalaman, secara peribadi aku mula bergerak sedikit untuk itu, ini adalah stesyen televisyen yang pertama aku jejak dan kini menjalankan operasinya. Insya Allah 23 Oktober 2005, program Ramadhan Kita di KLCC bermula jam 2.00 sehinggalah waktu berbukanya perlu dibuat liputan di sana untuk web Al Ansar ( http://www.ansarchannel.com/ ). Kalau tidak untuk Al Ansar, mungkin untuk tujuan media cetak. Aku tidak boleh menulis terlalu panjang berkenaan keluarga Al Ansar, baru sahaja berkenal-kenalan dengan mereka yang aku anggap guru dalam dunia penyiaran ini. Orang lama. Kita yang baru, kena banyak belajar dan berkorban sikit. Tapi ada waktunya orang luar tidak faham tujuan pengorbanan kita. Walau apa pun, Doakan kemudahan tugas kecil saya di sana. Kalau diimbas kembali, a...

5 Syarat untuk buat maksiat

5 Syarat untuk buat maksiat Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? "Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini ...

Melabur tanpa rugi

Melabur tanpa rugi Petikan Utusan Malaysia 14 Oktober 2005 Jika anda berhasrat untuk melabur atau telah pun melabur dan anda berpendapat anda tidak mahu rugi dalam pelaburan anda, teruskan membaca artikel ini. "Berapakah jumlah wang dan kerugian yang mampu saya tanggung?" Sebenarnya, produk pelaburan yang berbeza mempunyai tahap risiko yang berbeza. Hakikatnya mudah sahaja - lebih tinggi potensi ganjaran yang ditawarkan oleh sesuatu produk pelaburan, maka lebih tinggilah pula risikonya. Sebaliknya, jika risiko bagi sesuatu produk pelaburan itu rendah, maka ganjarannya juga rendah. "Tetapi, bolehkah saya melabur tanpa mengalami sebarang kerugian? Jawapannya mudah - TIDAK Boleh. Ini kerana, apa pun yang anda lakukan dengan wang anda, anda tetap terdedah kepada risiko. Jika anda melaburkan wang dalam sesuatu produk pelaburan pula, anda berhadapan dengan pelbagai risiko pelaburan yang berkaitan dengan produk tersebut. MENANGANI RISIKO PELABURAN Sebagai pelabur, anda tidak bo...

Burqa dan fesyen Barat.

Burqa dan fesyen Barat. Pertama kali aku mendengar perkataan 'burqa' apabila berita serangan Amerika Syarikat ke atas Afganistan meletus dan menggearkan dunia media antarabangsa. Seperti biasa, logik batu Washington akan mengatakan Afganistan melindungi Osama Laden dan pemerintahan militan Taliban perlu dihentikan kerana menindas rakyat khususnya wanita. Bukan sedikit wanita yang terpengaruh dengan cerita-certa ini. Selepas peristiwa 9/11, keadaan seperti berada di luar kawalan. Sehingga ke hari ini, cerita perang Afghanistan masih belum selesai. Bezanya, ceritanya telah disenyapkan dalam media antarabangsa, khususnya berita 'pengambil-alihan' Taliban di beberapa tempat yang pernah dikatakan sebagai kawasan kawalan Amerika. Berbalik dengan cerita burqa. Burqa merupakan pakaian tradisi wanita Afghanistan yang menutup seluruh tubuh kecuali mata. Ada yang berwarna hitam dan biru. Pakaian yang menyelubungi wanita-wanita tempatan ini dikatakan paksaan dan tekanan atas mereka...

Islamkan Barat maka Islamlah dunia

Islamkan Barat maka Islamlah dunia Bunyinya agak pelik apabila kita mengetengahkan teori, pengislaman dunia bermula dengan pengislaman Barat. Benarkah begitu? Tetapi jika kita cuba membandingkan kekaguman masyarakat hari ini terhadap Barat, mungkin teori ini boleh diguna pakai. Dunia hari ini melalui satu proses pembaratan yang terancang sejak zaman kolonial lagi. Anda diminta memakai pakaian Barat, bertutur dalam bahasanya, memakan makanannya dan berfikir seperti mereka agar anda layak dikelompokan sebagai golongan bertamadun. Mereka tidak kisah mengambil gambar dengan lengkap berpakaian Barat sehingga perlu dikancing butang ke pangkal leher di bawah kepanasan 30 darjah Tanah Melayu asalkan ia mempamerkan budaya mereka. Amerika dan Britain mempunyai perspektif yang berbeza tentang budaya. Britai sangat bangga dan memberi ruang untuk budaya lain hidup dan memberi warna di kota London sehingga digelar Londonistan. Anda boleh melihat lelaki Sikh dengan serbannya, pakaian sari dipakai ol...

100,000 murid tahun 2 hingga 6 tidak tahu membaca

Dalam Negeri Petikan Berita Utusan Malaysia 12 Oktober 2005 100,000 murid tahun 2 hingga 6 tidak tahu membaca KUALA LUMPUR 11 Okt. - Ketika negara memasuki fasa kedua menuju Wawasan 2020, terdapat lebih 100,000 murid tahun dua hingga enam sekolah rendah di seluruh negara didapati tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Datuk Mohd. Sarit Yusoh (BN-Temerloh) semasa mendedahkan angka itu berkata: ``Tidak guna kita laungkan ingin menjadi negara maju ke hulu ke hilir, untuk melaungkan Wawasan 2020 tetapi terdapat tiga peratus murid sekolah rendah tidak tahu membaca, menulis dan mengira. ``Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlaku. Kementerian Pelajaran perlu mempunyai program jangka panjang bagi memastikan tidak ada lagi murid-murid sekolah rendah tidak tahu membaca, menulis dan mengira.'' Beliau menyatakan demikian ketika membahaskan Bajet 2006 pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. Bagi sebuah negara seperti Malaysia, kata Mohd. Sarit lagi, keadaan itu tidak seharusnya ber...

Marah isteri bakar rumah mertua

Dalam Negeri Petikan Berita Utusan Malaysia 12 Oktober 2005 Marah isteri bakar rumah mertua Oleh RAJMAH HASAN KUALA TERENGGANU 11 Okt. - Gara-gara marahkan isteri kerana enggan mengikutnya pulang, seorang lelaki membakar rumah keluarga mertuanya di Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, dekat sini semalam. Sebelum kejadian pukul 12.30 tengah hari, lelaki berusia 21 tahun dan berasal dari Kemaman itu dikatakan pergi ke rumah mertuanya kerana hendak menjemput isterinya yang mengandung lapan bulan pulang. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Supritendan Saiful Azly Kamaruddin berkata, lelaki itu dikatakan `naik angin' setelah isterinya yang berusia 18 tahun itu enggan mengikutnya pulang ke Kemaman. Kerugian ``Lelaki tersebut membaling batu dan buah kelapa ke dalam rumah sebelum bertindak menyimbah minyak ke langsir dan menyalakan api. ``Ekoran perbuatan suspek, api yang marak menyambar 85 peratus rumah kayu itu kecuali bahagian dapur batu) dan kerugian dianggarkan lebih ...