Dalam Negeri
Petikan Berita Utusan Malaysia 12 Oktober 2005
100,000 murid tahun 2 hingga 6 tidak tahu membaca
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Ketika negara memasuki fasa kedua menuju Wawasan 2020, terdapat lebih 100,000 murid tahun dua hingga enam sekolah rendah di seluruh negara didapati tidak tahu membaca, menulis dan mengira.
Datuk Mohd. Sarit Yusoh (BN-Temerloh) semasa mendedahkan angka itu berkata:
``Tidak guna kita laungkan ingin menjadi negara maju ke hulu ke hilir, untuk melaungkan Wawasan 2020 tetapi terdapat tiga peratus murid sekolah rendah tidak tahu membaca, menulis dan mengira.
``Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlaku. Kementerian Pelajaran perlu mempunyai program jangka panjang bagi memastikan tidak ada lagi murid-murid sekolah rendah tidak tahu membaca, menulis dan mengira.''
Beliau menyatakan demikian ketika membahaskan Bajet 2006 pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Bagi sebuah negara seperti Malaysia, kata Mohd. Sarit lagi, keadaan itu tidak seharusnya berlaku.
Beliau merasakan Kementerian Pelajaran tidak melakukan pemantauan sewajarnya terhadap murid-murid sekolah rendah sehingga timbul masalah itu.
Sehubungan itu ahli Parlimen tersebut menggesa agar dilaksanakan program bagi mengatasi masalah berkenaan yang dianggapnya sebagai defisit pendidikan.
Mohd. Sarit juga membangkitkan mengenai infrastruktur pendidikan yang tidak selari di seluruh negara kerana ada sekolah-sekolah yang tidak ada bekalan air, elektrik dan kemudahan lain.
``Apa yang menjadi persoalannya ialah bukan kita tidak mampu, kalau tidak mampu lain cerita. Ini kita mampu, bagaimana keadaan ini boleh berlaku,'' ujarnya.
Sehubungan itu beliau meminta Kementerian Pelajaran menyelesaikan masalah itu dengan segera dengan harapan ia tidak lagi timbul tahun depan.
NUTP akui banyak murid tak tahu baca
Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengakui hampir semua sekolah rendah di seluruh negara ada menempatkan murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira pada masa ini.
Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, senario membimbangkan itu dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk kekurangan guru bagi mengendalikan kelas pemulihan bagi murid yang mengalami masalah membaca dan menulis.
``Masalah ini sudah lama berlaku, ia hampir berlaku di setiap sekolah rendah. Kerajaan pernah cuba menangani masalah ini dengan mewujudkan kelas pemulihan bagi membantu murid ini.
``Tetapi kita dapati guru yang mengendalikan kelas ini amat terbatas, ada sekolah yang menyediakan hanya seorang guru untuk mengendalikan kelas pemulihan bagi semua kelas tahun satu hingga tahun tiga,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas kenyataan seorang penyokong kerajaan yang mendedahkan 114,000 murid dari tahun dua hingga tahun enam di seluruh negara tidak tahu membaca, menulis dan mengira.
Datuk Mohd. Sarit Yusoh (BN-Temerloh) ketika membahaskan Bajet 2006 pada sidang Dewan Rakyat di sini ini berkata, Kementerian Pelajaran perlu mempunyai program jangka panjang bagi memastikan tidak ada lagi pelajar sekolah rendah yang mengalami masalah itu.
Yim Pheng berkata, selain faktor kekurangan guru kelas pemulihan, masalah itu juga disebabkan oleh faktor berikut:
Murid kelas pemulihan juga terpaksa mengikuti kelas sukatan pelajaran lain, jadi mereka tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas pemulihan.
Murid tidak mendapat pendidikan asas dari awal (prasekolah) sehingga menyukarkan mereka menyesuaikan diri dengan kelompok murid pintar.
Murid lewat mendaftar masuk kelas tahun satu (ada yang lewat hingga satu dan dua bulan) menyebabkan mereka tidak mengikuti pendidikan asas membaca dari awal.
Masalah keluarga, murid kerap tidak hadir ke sekolah sehingga ketinggalan dalam proses pembelajaran.
Wujud kelompok murid yang mempunyai daya pemikiran yang pantas dan lembap. Jika tidak diasingkan, yang lembap akan terus ketinggalan; dan
Murid tidak mempunyai sebarang minat untuk belajar.
``Jadi, NUTP berpandangan, kerajaan perlu mengukuhkan peranan kelas pemulihan bagi memastikan murid yang mengalami masalah tersebut dapat `dipulihkan' secara lebih berkesan,'' tambahnya.
Kementerian sedar wujud murid tidak tahu membaca
KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kementerian Pelajaran menyedari wujudnya masalah murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat semalam.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usaha mengatasi masalah itu sedang dilakukan termasuk persetujuan Kabinet supaya guru pemulihan khas segera ditambah segera ke sekolah terbabit.
``Jadi tugas kita sekarang adalah untuk bekerjasama dengan JPA bagi memastikan perjawatan guru pemulihan khas dapat diisi dan dihantar segera dengan tumpuan akan diberikan kepada sekolah kurang murid dan sekolah luar bandar.
``Malah Kabinet juga mahu supaya program pemulihan khas dimantapkan dan semua ini memang sedang dalam proses pelaksanaan kerana masalah ini memang kita sedar ada berlaku,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Wacana Ilmu Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Hishammuddin ditanya mengenai pendedahan Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Mohd. Sarit Yusoh di Parlimen semalam bahawa terdapat 100,000 murid sekolah rendah dari tahun 2 hingga tahun 6 tidak tahu membaca, mengira dan menulis.
Jumlah itu mewakili tiga peratus dari murid sekolah rendah di negara ini.
Menurut Hishammuddin, bilangan sebenar murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) belum dapat disahkan sama ada benar 100,000 atau kurang daripada itu.
Untuk itu, katanya, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon diarah menyiapkan laporan lengkap mengenai masalah itu.
``Ia akan dimaklumkan esok dan dari situ baru kita dapat tahu jumlah serta di sekolah-sekolah mana yang perlu diatasi segera.
``Namun saya percaya jumlah pelajar yang tidak dapat menguasai sepenuhnya ketiga-tiga kemahiran itu mungkin tidak sampai 100,000 tetapi jumlah 100,000 mungkin mencakupi kegagalan menguasai salah satu dari tiga kemahiran itu,'' jelasnya.
Beliau menambah, Kementerian Pelajaran sebenarnya sudah melihat masalah ini sejak awal tahun ini lagi dengan Ahamad sendiri diamanahkan untuk mengatasinya.
``Kita sebelum ini berhadapan dengan bilangan guru pemulihan yang terhad hingga kita kena kenal pasti betul-betul mana sekolah yang efektif untuk kita hantar,'' katanya.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Hishammuddin berkata, beliau berhasrat melihat sekolah-sekolah agama setanding dengan sekolah terkenal di negara ini.
``Bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia dan pelajar yang dilahirkan di sekolah agama juga sebaris dengan pelajar yang dilahirkan sekolah-sekolah terkenal di dunia lain.
``Ini cabaran kita, malah sepanjang saya menghadiri persidangan UNESCO (Pertubuhan Kebudayaan, Sains dan Pendidikan Bangsa-Bangsa Bersatu) di Perancis baru-baru ini, isu persepsi terhadap umat Islam juga sangat panas dengan tragedi pengeboman Bali.
``Ini yang kita di Malaysia mahu atasi dan buktikan mengenai ajaran Islam sebenar,'' tambahnya.
Muka Hadapan
`Kejar' silibus punca murid ketinggalan
Oleh: HERMAN HAMID
KUALA LUMPUR 12 Okt. - Keghairahan pihak sekolah untuk menamatkan sukatan pelajaran atau silibus dilihat sebagai punca utama masih wujud pelajar tidak tahu membaca, menulis dan mengira walaupun negara dalam fasa kedua menuju Wawasan 2020.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Prof. Madya Dr. Rahman Daud berkata, beliau melihat perkara tersebut sebagai puncanya kerana para guru sentiasa `mengejar' bagi menamatkan sukatan pelajaran hingga tidak dapat memberi perhatian kepada pelajar yang lemah dalam kemahiran asas.
Katanya, disebabkan itu murid lemah akan terus ketinggalan kerana guru perlu mengutamakan keperluan majoriti murid dengan meneruskan pengajaran mengikut silibus yang ditetapkan.
``Akhirnya sampai naik darjah enam pun tidak boleh membaca, sebab hujung tahun tetap naik darjah dan yang tercicir ini hanya segelintir bilangannya di setiap sekolah.
``Pada saya kita kena pastikan sampai darjah tiga saja, murid mesti boleh menguasai tiga kemahiran ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai pendedahan yang dibuat di Dewan Rakyat berhubung terdapat 100,000 murid sekolah rendah dari tahun 2 hingga tahun 6 tidak tahu membaca, mengira dan menulis.
Datuk Mohd. Sarit Yusoh (BN-Temerloh) berkata, jumlah itu mewakili tiga peratus dari murid sekolah rendah di negara ini.
Sehubungan itu beliau berpendapat Kementerian Pelajaran perlu mempunyai program jangka panjang bagi memastikan tidak ada lagi murid sekolah rendah tidak tahu membaca, menulis dan mengira.
Menurut Abdul Rahman, kebanyakan kes membabitkan pelajar yang tidak tahu membaca adalah di luar bandar.
``Terutama sekali bagi mereka yang tidak pernah mengikuti kelas prasekolah. Walaupun jumlahnya mewakili peratusan sangat kecil tetapi jika dilihat dari angka, ia suatu jumlah besar dan sememangnya tidak boleh dibiarkan,'' ujarnya.

Ulasan