Langkau ke kandungan utama

Siapakah Ataullah Bogdan Kopanski?

Ataullah Bogdan Kopanski banyak memenuhi ruangan blogku sejak awal-awal lagi. Semaklah mana-mana catatan blog ini, kebanyakan kisah pengalaman orang lama dan sejarah puak Red Indian serta Amerika adalah catatan semula dari kisah-kisah yang dikongsinya.

Aku akui untuk berhadapan dengannya sebagai seorang pensyarah mungkin akan menimbulkan kegerunan. Acapkali apabila peperiksaan dan ujian dimaklumkan, kata-katanya "I will slaughter you in this battle..." "I will cut part of your brain..." "I do not want the paper of an ignorance become part of my archive..." pasti akan kedengaran.

Nampak seperti mengugut, tetapi itulah situasi kami dalam mempelajari sejarah pembunuhan dan kekejaman 'evil empire' Amerika Syarikat. Baru sebentar tadi aku meluahkan semuanya dalam kertas peperiksaan tentang penggunaan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) meliputi senjata nuklear, kimia dan biologi yang disalah-guna oleh Amerika dari tahun 1939-1993 meliputi peperangan-peperangan besar ciptaannya.

Ditambah lagi dengan kisah Thomas Jefferson dan sejarah perhambaan di sana. Insya Allah, jika ada kesempatan aku akan susun semula dalam artikel untuk media sebagai motivasi sejarah kita.

Sempat sahabat memberitahuku di masjid petang tadi, "Kelas dia memang sukar, tetapi semangat dia hendak mengajar memberi inspirasi. Engkau lihat tidak sebentar tadi di dewan peperiksaan?"

"Lihat apa?" soal aku.

"Tadi, apabila pelajar-pelajar keluar dewan, masing-masing menyapanya, 'thank you sir', 'see you sir', 'bye-bye sir' macam-macam lagi. Aku tengok muka dan matanya sayu sahaja melihat anak-anak muridnya untuk semester ini.

Aku mengangguk. Dia bersemangat dalam segala hal, namun naluri seorang tua pasti ada. Malah harapan dia sangat besar terhadap kami, harapan yang sering disampaikan kepada kami apabila "tubuh saya sudah hancur dimamah tanah", bilangnya. Tidak lain tidak bukan, wujudkan dunia khalifah dan jadilah duta-duta Muslim yang membawa kebaikan sejagat. Kembalikan identiti Muslim, lagi dan lagi inilah kata-katanya.

Budaya bukunya menakjubkanku. 18 000 buku koleksinya sehingga isterinya berbangsa Arab menyebut, "Awak belilah sebuah rumah lagi untuk buku-buku awak."

Beliau adalah peminat haiwan, begitu juga anak perempuannya. Kopanski mempunyai seekor kucing di biliknya. Kata sahabatku, kucing itu adalah baka yang sama dipelihara oleh ratu Elizabeth. Aku pernah bertanya tentang kucingnya yang bernama Raisa, ia adalah kucing kacukan yang dibelinya dan merupakan kucing tercerdik di dunia.

Malah kucingnya, sebagaimana sebilangan rakan-rakanku menyebut ia mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap manusia. Jika ada yang berniat tidak baik, seawal anda melangkah masuk ke biliknya akan disambut dengan taring serta kukunya. Malah kucing ini juga agak ganjil. Dalam ujian peta Amerika meliputi 50 negeri, beberapa sungai dan gunung utama beserta ratusan pekan dan ibu negeri utama, ada waktunya kucing ini yang akan menunjukan tempat-tempat yang ditanya oleh Kopanski dalam ujian.

Siapakah Kopanski? Aku empat melayari beberapa laman web di Googel untuk mencari identitinya dalam dunia maya. Mungkin ini sebahagian daripada latar hidupnya yang aku perolehi.

Petikan http://islam-usa.com/sword.html

BOGDAN KOPANSKI (now Bogdan Ataullah Kopanski 3): originally Polish now American; Ph.D. in history and politics, had a very interesting journey to Islam and faced severe hardships; was imprisoned twice by the Polish communist regime (1908, 1981-82). He embraced Islam in 1974.

"When I was 12 years old I rejected illogical and contradictory faith of the Church. Two years later in 1962- I was fascinated by victorious struggle of the Algerian Muslim mujahideen against French colonialism. It was the first ARROW of Islam.

The high school and earliest days of my education in the University, I was a typical example of 'rebel generation' of Reds.

My way to the Truth of Al-Qur'an was slow and unpaved. In 1974 I visited Turkey, I wrote my MA. dissertation about Sultan and Caliph Suleiman Kanuni's policy towards Polish Kingdom. There, I was hit by the most beautiful voice of mankind, ADHAN, the call to prayer. My hair stood up. Unknown powerful force led me to old masjid in Istanbul.

There, old smiling Turkish, bearded men taught me WUZU, ablution. I confessed to tears SHAHADAH and I prayed my first SALAH Maghrib. I swept out the rubbish ideologies. The First time in my life, my mind was relaxed and I felt pleasure of Allah's love in my heart. I was a Muslim."

Ulasan

jiGOMorrison berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...