Langkau ke kandungan utama

Marah isteri bakar rumah mertua

Dalam Negeri
Petikan Berita Utusan Malaysia 12 Oktober 2005
Marah isteri bakar rumah mertua


Oleh RAJMAH HASAN

KUALA TERENGGANU 11 Okt. - Gara-gara marahkan isteri kerana enggan mengikutnya pulang, seorang lelaki membakar rumah keluarga mertuanya di Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, dekat sini semalam.

Sebelum kejadian pukul 12.30 tengah hari, lelaki berusia 21 tahun dan berasal dari Kemaman itu dikatakan pergi ke rumah mertuanya kerana hendak menjemput isterinya yang mengandung lapan bulan pulang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Supritendan Saiful Azly Kamaruddin berkata, lelaki itu dikatakan `naik angin' setelah isterinya yang berusia 18 tahun itu enggan mengikutnya pulang ke Kemaman.

Kerugian

``Lelaki tersebut membaling batu dan buah kelapa ke dalam rumah sebelum bertindak menyimbah minyak ke langsir dan menyalakan api.

``Ekoran perbuatan suspek, api yang marak menyambar 85 peratus rumah kayu itu kecuali bahagian dapur batu) dan kerugian dianggarkan lebih RM60,000,'' katanya di sini, hari ini.

Menurut Saiful Azly, semasa kejadian, kedua-dua mertua suspek yang masing-masing berusia 57 dan 52 tahun berada dalam rumah berkenaan.

``Mertua dan isteri suspek berjaya menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa berlaku,'' ujarnya.

Beliau berkata, kejadian dimaklumkan kepada Balai Polis Batu Rakit kira-kira pukul 1.35 petang semalam oleh seorang lelaki berusia 57 tahun yang juga merupakan bapa mertua suspek.

``Polis sedang mengesan lelaki terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan ke atasnya mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api,'' katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...