Langkau ke kandungan utama

Elakan mahasiswa anuti pemikiran logik batu.

Elakan mahasiswa anuti pemikiran logik batu.

Datuk Dr Shafie Salleh telah secara langsungnya membawa satu janji besar kepada mahasiswa-mahasiswi seluruh negara dalam mengkaji semula mengkaji semula Akta Universiti dan kolej Universiti khususnya dalam membenarkan sudut penceramah di universiti. Ia menjadi pemerhatian penulis Wind of Change untuk menolak cadangan ini.

Sebahagian besar melihat arus perubahan ini sebagai satu pendekatan yang bukan sahaja meletakan pelajar kampus dalam satu perjalanan masa hadapan yang berbeza, tetapi ia juga memberi satu dimensi dalam mewujudkan satu hubungan baru antara pihak kementerian dan pelajar-pelajar IPTA sendiri. Dr Shafie Salleh mempunyai pendekatannya sendiri dalam membina kerjasama dengan warga kampus dalam etika professional yang layak diberi perhatian.

Budaya pidato bukan satu perkara baru dalam dunia akademik tinggi. Pidato iti sendiri adalah satu rentetan perjalanan sejarah yang panjang dan telah memberi kesan kepada pemikiran serta tingkah laku manusia secara langsung.

Namun, apabila ia sudut sudut penceramah di universiti dikatakan sebagai satu tindakan yang akan memberi peluang seluas-luasnya untuk membangkitkan isu-isu sensitif secara terbuka ia menjadi satu kenyataan jenaka bagi mereka yang mengikutinya.

Konteks yang lebih luas harus dilihat dalam memberi ruang untuk mewujudkan semula sudut sebegini, tambahan lagi ia bukan sahaja satu keuntungan individu atau universiti semata-mata tetapi ia adalah satu pelaburan besar untuk kerajaan sendiri bagi melahirkan naka tempatan yang bukan lagi digelar sebagai mahasiswa kolej, katil dan kampus.

Dalam tempoh dua puluh akan datang, pembentukan generasi mahasiswa hari ini harus mempunyai perkembangan minda yang peka terhadap isu semasa, bukan dengan lontaran kemarahan dan ajakan ke arah pemprotesan semata-mata, tetapi mempunyai keberanian dalam mengeluarkan satu resolusi, cadangan dan idea yang boleh diaplikasi terus kepada masyarakat. Sekiranya ia gagal, kerajaan ketika itu akan mengalami kesulitan dalam ruang kuasanya sendiri. Barisan pemimpin beku dalam kabinet, yang dahulunya tidak peduli apa-apa yang berlaku sekitarnya dan tidak dididik bagaimana hendak bertindak balas dengan keadaan.

Perkara ini adalah satu bentuk latihan jangka panjang dan ruang universiti sememangnya satu lokasi yang bagus untuk memulakan agenda pemikiran bangsa yang berkaliber untuk menjadi pemimpin dunia akan datang.

Meskipun si penyampainya kelak bukan berakhir sebagai ahli politik, namun proses pembinaan minda kritisnya secara langsung telah memberi keyakinan kepadanya untuk menerokai ruang kerjaya baru yang memerlukannya menonjol dalam khayalak. Ia mewujudkan warganegara berkualiti yang boleh menyumbang. Sejak dahulu lagi, pendekatan yang sama telah diaplikasi dalam perniagaan antarabangsa.

Malah, dalam mana-mana kes gerakan kampus khususnya dalam pilihanraya pelajar, hakikat sebenar dilihat hanyalah dua kelompok kecil tanpa identiti saling berkempen dengan risalah. Majoriti pelajar tidak mengenali mereka yang bersembunyi dengan pelbagai gelaran di kampus sehinggalah ia dikhabarkan kepada mereka. Jika ada yang berani ke hadapan, mereka mempunyai latar belakang keluarga dan sokongan yang kuat walau apa pun jenis tindakan bakal dikenakan ke atas mereka.

Sememangnya satu garis panduan diperlukan dalam mewujudkan sudut penceramah di universiti yang agar ia menghormati peraturan universiti dan kehendak kementerian sendiri agar ia tidak menjadi ruang mengambil kesempatan oleh mana-mana pihak.

Kita mudah cemburu dengan perwakilan pelajar universiti luar negara yang datang melawat universiti-universiti tempatan hanya kerana kecerdasan mereka dalam mencari ruang membincangkan isu-isu universal, tetapi kita masih lewat untuk menghasilkan produk yang sama dan mempunyai kredibiliti tersendiri. Ia berpunca daripada pemikiran logik batu (rock logic) yang lebih kepada andaian bahawa satu campur satu jawapannya hanya dua, bertentangan dengan pemikiran logik air (water logic) yang menjadikan jawapannya kepada tiga. Sayangnya logik air hanya ada dalam dunia bisnes, bukan di dunia kampus lagi.

Surat Jawapan ini ditulis kepada seorang sahabat bergelar Wind of Change dalam Berita Harian. Salinan surat kepada editor yang telah disiarkan.

Kampus tidak perlu sudut pidato
Berita Harian 27 Oktober 2005

SAYA tertarik dengan pengumuman Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Salleh, yang ingin mengkaji semula Akta Universiti dan kolej Universiti (AUKU) khususnya mengenai membenarkan kembali sudut penceramah di universiti.

Saya sebenarnya bimbang akan perkembangan ini. Jika kita baca dalam akhbar baru-baru ini, banyak tersiar mengenai pelajar berdemonstrasi dan sebagainya. Demonstrasi mereka tidak lain tidak bukan tetapi mengutuk pentadbiran universiti, Kementerian Pengajian Tinggi dan kerajaan. Malah dalam satu demonstrasi mereka di pintu pagar Parlimen, mereka melukis gambar karikatur Datuk Shafie dan menulis perkataan ‘blur’.

Apakah ini pelajar yang ingin kita lahirkan, yakni berdemonstrasi dan mengutuk kerajaan, universiti dan sebagainya. Saya bimbang sudut penceramah ini akan hanya digunakan oleh sekumpulan kecil mereka yang berkepentingan untuk menjayakan agenda mereka. Setiap hari dan minggu pelajar ini akan bercakap dengan hanya mengutuk universiti, kementerian dan kerajaan.

Itu bukanlah hasrat sebenar menteri dalam mewujudkan sudut penceramah. Jika ada perkara yang pelajar ingin utarakan kepada kerajaan, gunakan saluran yang ada termasuk melalui Majlis Perwakilan Pelajar, persatuan dan sebagainya.Sudut Pidato tidak akan dimanfaatkan oleh ramai pelajar untuk berlatih bercakap, berpidato dan sebagainya.

Dalam konteks ini, hasrat kementerian untuk mengurangkan pelajar yang ‘kaku, malu dan sebagainya’ tidak akan tercapai. Saya yakin banyak cara lain yang dapat kita gunakan selain sudut penceramah. Zaman Profesor Diraja Ungku Aziz tidak sama dengan zaman sekarang kerana pelajar sekarang lebih ekstrem.

Saya yakin kita ingin melahirkan pelajar yang berilmu, berhemah dan berwibawa. Ini akan tercapai dalam keadaan persekitaran universiti yang tenang, aman dan berilmu. Bukan menjerit, menengking dan sebagainya.Jika perlu juga mengadakan sudut bercakap atau berceramah, biarlah Naib Canselor yang memutuskan kesesuaiannya dan janganlah ia menjadi satu peraturan yang wajib.

Malah saya ingin menyoal pihak universiti dan kementerian kenapa tidak ambil tindakan disiplin menggunakan AUKU atau undang-undang universiti terhadap mereka yang berdemonstrasi tempoh hari yang memalukan universiti, kementerian, kerajaan dan Menteri Pengajian Tinggi sekali.Jangan ada peraturan AUKU tetapi tidak digunakan.

WIND OF CHANGE,Pandan Indah, Ampang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...