Langkau ke kandungan utama

Mengislamkan puak Harley.

Kumpulan penunggang Harley Davidson di Amerika Syarikat merupakan kumpulan yang digambarkan sebagai satu puak yang terasing dalam masyarakatnya sendiri. Mereka wujud atas dasar anti kapitalisme yang mementingkan budaya korporat, hartanah, gaya hidup berstatus yang menjadikan masyarakatnya saling berkejar-kejaran untuk menunjukan siapa yang lebih bayak wang dan lebih tinggi status hidup mereka. Kemunculan kumpulan penunggang ini sama seperti timbulnya kumpulan Hippies yang sentiasa melaungkan moto 'Peace No War'

Tetapi di Amerika, baik kumpulan Harley mahupun Hippies mengalami serangan-serangan terbuka dari dalam dan luar. Mereka dilihat sebagai anti sosial, kaum Barbar, ganas, penagih dan perompak dari kaca mata Hollywood. Meskipun ada yang berlaku sedemikian, tetapi ia digambarkan seratus peratus berkeadaan sedemikian.

Menyertai kumpulan Harley bukanlah semurah yang disangka. Motosikalnya sahaja mencecah puluhan sehingga ratusan ribu ringgit. Mereka memilih motosikal Harlay kerana rekabentuk besinya yang menonjol yang mempamerkan kelakian mereka. Dengan mengikat bandana di kepala, sebilah pisau dan jambang, mereka akan berkonvoi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ada waktunya mereka digelar sebagai glongan 'enviromentalist' iaitu mereka yang memelihara dan mencintai alam. Kehidupan mereka mementingkan kekuatan fizikal. Jika berlaku perselisihan, pistol bukanlah penyelesaian meskipun ia mudah didapati. Badan yang dicomoti minyak gris adalah perkara biasa untuk mereka.

Kebanyakan mereka turut datang dari keluarga kapitalis yang kaya raya yang sudah tidak mementingkan keluarga. Gaya kehidupan kumpulan Harley meniru cara hidup dan gaya berpakaian puak Red Indian dengan menjadikan jaket kulit, alas tempat duduk dari kulit haiwan dan bulu sebagai perhiasan motosikal masing-masing.

Mereka mempunyai tempat berkumpulnya sendiri. Ia pernah mencecah ratusan ribu apabila berkumpul. Pernah satu kumpulan dakwah menghampiri kumpulan ini ketika hari perhimpunan mereka setiap tahun. Di tempat inilah, segala perkara haram menjadi halal. Kumpulan dakwah ini diketuai oleh pensyarahku yang menjalankan misi ini bersama rakan-rakannya, dengan menyewa motosikal Harley.

Perkara biasa menjadi sindiran di kalangan mereka. Itu dilihat ringan oleh kumpulan pendakwah berjubah dan berserban ini yang terdiri daripada wajah Barat dan Arab di kalangan mereka bertiga. Tetapi keganjilan mereka memudahkan mereka didekati dan dijadikan medium perbualan. Hidayah Allah masuk ke dalam hati seorang dua daripada mereka. Sehingga kini ada beberapa daripada mereka kembali kepada Islam. Salah seorangnya berkahwin dengan dua orang wanita Filipina. Apabila kumpulan pendakwah menemui mereka yang bergelar Muslim, ada yang menunjukan tatu yang penuh di tangan mereka dan berkata, "Inilah kesan kejahilanku. Jika tidak kerana ia mencacatkan kulit, sudah lama aku membuangnya." Namun kegemaran mereka terhadap Harley Davidson masih sama.

Ketika kumpulan pendakwah ini ingin meninggalkan kawasan tersebut, mereka terdengar suara wanita memanggilnya.

"Hey are you Mosleem!"

Mereka berpaling. Seorang wanita tanpa seurat benang sedang memanggil mereka dari belakang. Wajahnya kelihatan sugul dan benar-benar meminta pertolongan. Seorang dua pendakwah menundukan wajah mereka dari melihat susuk tubuh gadis tersebut.

"I don't know who you are. But please let me out from this hell. If you think that i'm will be in the hell after this, let me tell you i've been there 15 years ago..." katanya dengan solekan yang semakin luntur dek kerana air mata. Tempat itulah nerakanya sejak 15 tahun yang sentiasa menginginkan tubuhnya.

Para pendakwah saling berpandangan. Segera salah seorang daripada mereka menghampirinya dan membalutnya dengan kain tebal yang dibawa bersama dalam ekspidisi mereka. Apa yang terjadi dengan wanita ini? Kini dia berkahwin dengan seorang warganegara Afghanistan, menetap di sana, menutupi tubuhnya dengan Burqa dan lebih penting lagi ialah kata-katanya, "Apa yang ada hari ini lebih menggembirakanku."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...