Langkau ke kandungan utama

Program Iftar Jamie Mahallah Representative Committee (MRC)

10 Oktober lalu, kami berkesempatan berbuka bersama dengan ahli jawatankuasa pelajar kolej Ali, pengetua, fellow dan staf. Bukan mudah untuk duduk semeja sambil berbincang perkara-perkara yang ingin dibuat sebagai sambungan projek akan datang. Sememangnya, bulan ramadan jika diambil kesempatan dengan sesungguh-sungguhnya pasti akan membuahkan hasil, cuma kita tidak boleh mengharapkan sesuatu berlaku dengan cepat lebih-lebih lagi perkara kebaikan.
Jika dikaitkan dengan pohon buah, bermula dengan benih maka akan tumbuh sedikit demi sedikit menjadi sebatang pokok. Begitulah program-program kecil ini, jika ia sekadar dilihat sebagai program mengisi perut dan kekenyangan, maka itulah apa yang kita dapat. Tetapi jika ia dilihat sebagai cara menguatkan rasa kebersamaan, dengan izin Allah perkara itu tidak ada mustahilnya. Dengan sedikit tazkirah sebagai peringatan, buah tangan fellow Zaid Mohamad (bersongkok) moga-moga dapatlah mengingati hatiku yang keras ini. Semakin lama aku di sini, semakin aku menghormati dan menyayangi mereka. Harapnya aku mendapat kasih sayang yang sama dari sahabat-sahabatku. Terima kasih kepada Abang Tony (sahamurni Catering) yang menaja kami.
Kepimpinan. Ustaz Fauzi Muda (kanan) dikelilingi fellow-fellow
Azan bergema. MRC membaca doaAlu-aluan. Saudara Muhsin memulakan program dengan ucapan alu-aluan sementara fellow Zaid Mohamad (bersongkok) yang menyampaikan tazkirah dan pengetua, ustaz Fauzi Muda khusyuk mendengar.
Senior. Orang lama MRC yang berdedikasi untuk berkhidmat demi kebajikan warga kolej Ali. Terima kasih atas kesabaran dan komitmen mereka dalam membimbing kami. Moga Allah memberkati usaha murni anda.

Retak dua. Kasihan saudara Amir, sedang enak menikmati juadah, pinggan secara tiba-tiba sahaja terbelah dua. Tak mengapa, itu tanda ada orang yang rindu agaknya. Entah apalah yang bermain dalam fikirannya waktu itu. Ini salah satu memori lucu yang sukar aku lupakan (aku sendiri yang merakamkannya di hadapan)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
pinggan retak bersantau
Tanpa Nama berkata…
pinggan retak bersantau

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...