Langkau ke kandungan utama

Catatan

Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Oh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013!

Dipetik daripada laman Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,  " Bagi mereka yang tertanya-tanya tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, ia akan diadakan pada 26 April hingga 5 Mei 2013." Bagaimana kita memanggilnya, "Pesta Buku 2013?", "PBAKL 2013?", "KL Book Fair 2013?" semuanya sama, manusia membanjiri PWTC. Mengapa tunggu pesta buku sebagai seorang pembaca? Tukar diari menjadi seorang   penulis di sini Apakah buku-buku yang akan dapat ditemui pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 nanti? Kita bermula dengan buku-buku yang pernah muncul di booth PTS Media Group. Set untuk penulis Kaedah penulisan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas Ketahui bagaimana cara hendak menambahkan pendapatan dengan menulis artikel di majalah-majalah. Menjadi seorang penulis bebas tidak sekadar tertakluk kepada bakat semata-mata.  Kaedah pengurusan masa, kaedah membina matlamat dan strategi menjana idea adalah faktor-fa...

Apabila modul trainer menjadi surat cinta peserta

Pada tahun ini saya kerap menjalankan survey dalam setiap kursus organisasi dan individu dengan bertanya soalan yang mudah, "Mohon bertanya, di manakah modul Tuan dan Cik Puan berada selepas bengkel terdahulu?" Mereka memandang sesama sendiri dan ketawa. Inovasi modul bukan sahaja dari aspek pengisian malah pakejing dan fungsi modul selepas trainer tidak berada dalam kursus. Pada tahun 2011, kami mencuba kaedah modul organik, kesanya, peserta menggunakan modul itu dan terus menulis sehingga setiap kali idea timbul mereka menconteng modul organik itu. Pada tahun ini, saya sedang menguji modul TIP bagi melihat sejauh mana ia akan dibawa oleh peserta selepas bengkel. Kerap saya berfikir, bagaimana modul akan terus dibawa dan tidak dibuang atau disimpan dalam kotak sahaja? Bagaimana saya dapat mengejar peserta meskipun saya jauh daripada mereka? Sementara menantikan modul yang menjadi cara hidup hasil sentuhan Puan Bintu Azizul Zaisara selepas bengkel TAMRIN ...

Sebelas jam dan tiga buah buku

Pagi Sabtu yang bermakna. Peserta menaiki keretapi dari Perlis pada malam tadi, tiba di KL Sentral seawal subuh, bergerak ke KLCC. Mulut diam tanpa alasan, fikiran bertindak mencapai sasaran. Hari ini beliau di sini bersama-sama bagi sesi coaching penulisan buku di Kinokuniya. Setiap masanya adalah pelaburan bagi berkarya. Ya Allah, makbulkan doanya dan usahanya. Dalam sesi personal coaching di Cafe Kinokuniya tadi. Klien mengetahui: (1) Bagaimana kaedah silang menggunakan jadual dalam buku dapat menaikkan jumlah pembeli ebook. (2) Menaikkan nilai sederhana kepada nilai mahal kepada senarai isi di dalam buku. (3) Merancang kaedah jigsaw dan formula Merong Mahawangsa dalam mempakejkan buku. (4) Bekerja dengan sasaran mendapatkan kek industri 80% dengan mencipta rasional memasuki rak buku. (5) Mengukur potensi pembaca sebelum buku diterbitkan. Membangunkan pra pemasaran semasa buku ditulis. Sesi coaching perseorangan membawa kepada pembangunan pakej tiga buah buku kepa...

Berdikarilah berus dan kanvas selama mungkin

Cara orang dewasa melihat dunia tersekat dengan ukuran yang terhad. Sambungan kisah guru kreativiti saya, Dr Bahanurdin dari Hospital Rehabilitasi Cheras. Beliau menekankan kepada para pesakit cara berdikari bagi menguruskan hidup dalam lingkungan yang mampu dilakukan dan tidak bergantung kepada orang lain semata-mata. Itulah rehabilitasi. Ketika di Paris, saya melihat seorang ibu yang merupakan seorang pelukis jalanan. Beliau melukis di tepi jalan dan menggantungkan lukisan demi lukisan yang cantik di tepi pagar. Lukisan pemandangan itu menyerupai kawasan sekitar. Seorang kanak-kanak berada di sebelahnya. Turut memegang berus dan warna, mempunyai kanvasnya sendiri. Itu adalah anaknya. Kedua-duanya melukis di atas kanvas dan melihat pemandangan yang sama. Lama saya memerhatikan gelagat orang yang melihat lukisan ibu dan anak. Saya memerhatikan satu demi satu lukisan anak lebih banyak dibeli orang berbanding ibunya. "This is art!" pelanggan menilai dan membay...

Penjual cuka epal pun terbitkan buku?

Bayangkan jika buku terbitan kita berada pada pembalut botol seperti dalam foto ini. Bragg Organic Cider Vinegar Bragg Organic, Apple Cider Vinegar melakukan ke atas produknya. Malah mereka menerbitkan buku dalam kategori yang sama. Pada botol cuka epal ini tertera kulit buku kesihatan dengan tajuk yang sama. Strategi pemasaran bersilang ini digunakan oleh Dr Patricia Bragg yang dikenali sebagai penulis, pendidik dalam bidang kesihatan dan crusader dalam bidang kesihatan. Pembeli produk ini berpeluang membeli buku setebal 136 halaman bagi mengetahui lebih mendalam kebaikan cuka epal. Harga buku dijual $9.95 atau RM30.95. Manakala cuka epal dijual pada harga $3.49 atau RM10.85. Saya membelinya di farmasi Vitacare pada harga RM14.80 Pembuat produk kesihatan dan penerbit buku kesihatan ini telah berada di pasaran bermula pada tahun 1912. Ya, ia menjangkau 100 tahun di pasaran. Pemasaran bersilang yang memanjangkan hayat buku di luar kedai buku. Farmasi-farmasi temp...

Kuliah Trainer oleh Dr Billy Kueek

Kuliah Trainer (1) Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepada saya mengikuti woksyop Training and Presenting Like a Pro. Ia dikendalikan oleh Dr Billy Kuek, melalui konsultanya Billy Kuek International. Entri blog ini dan entri blog seterusnya adalah entri yang saya tulis khusus kepada rakan-rakan trainer dan saudara pembaca. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat belajar sesuatu daripada Dr Billy. Soalan pertama kenalkah kita kepada Dr Billy Kuek? Saya mengikuti woksyop seharinya selepas hampir setiap hari melihat iklan di FB. Dr Billy Kueek lahir di Singapura. Beliau merupakan speaker selama 13 tahun. Beliau sudah menjelajah 40 negara bagi memberi perkhidmatan kepada klien-klien antarabangsa. Dalam bengkel Training and Presenting Like a Pro dia menceritakan kisahnya yang bersifat 'gagal' Ketika sekolah beliau mendapat kepujian bagi subjek bahasa Cina. Subjek selebihanya, F dan E. Termasuk bahasa Inggeris. Apabila dibawanya keputusan itu kepada ayahnya, beliau berka...